Monday, January 16, 2012

Cendol, Cendol, Cendol...! *pic snap sendiri, tak cilok orang punya

Assalamualaikum
Senin
16-01-2012



Cuaca panas sekarang kan?

Semalam aku berada di sekitar Kajang. Sementara menanti-nanti, singgah duduk di deretan gerai di hadapan Mesra Business Park. Dulu, gerai-gerai ni tak wujud pun, tapi sejak setahun kebelakangan ni makin banyak kedai yang beroperasi. Paling menonjol tentulah Kedai Cendol JZ ini. (AA dah pernah buat entri pasal Cendol JZ nih).



Dulu pernah try Laksa & Mee Rebus, kali ini Mee Kari. Ohhhh terbaek!
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya.


Tak tergoda, tak tahu lah! Ohhh nikmattttt....!
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya.

Ada orang memang tak makan cendol, kan?


Sempat snap jalur jingga senja kelmarin. Indah.
*perjalanan pulang dari Dengkil, melalui Putrajaya.


Seseorang sms pagi tadi. Ayat “*pic snap sendiri, tak cilok orang punya?”

Kerana aku tidak mahu ada yang sangka pic di blog aku (TERUTAMA pic MAKAN-MAKAN) adalah cilok dari blog orang. Isu copy gambar tanpa memberi kredit menjadi isu beberapa hari lepas di beberapa blog.

Jika aku ambil dari Google, aku akan mengaku. Selebihnya, memang Hak Milik Terpelihara. Tak terfikir pun nak cilok pic orang pastu ngaku sendiri punya. Jangan la begitu. Ohh pleaseee... Susah ker nak taip kredit pada pemilik asal pic?




~...HISYAM selalu perasan SERI BULAN dia punya bukan cilok hak milik orang...~








32 comments:

klcitizen cikgunormah said...

isu hangat ya... cilok gambar tak bagi kredit. memang patut diisukan pun :)

alahai cendol, meleleh air liur

Queenie said...

uish..gandingan jahat itew..

KhaiRin - anies said...

bdk umah sy x mkn cendol..rugi nyer...

luahfikiran ... mari kita said...

sALAM,
Osh, di kajang ..dah dekat bangi tu .

Kakcik Seroja said...

Tu sebab kakcik suka letak 'jenama kakcik' kat gambo2 yang kakcik snap sendiri, kecuali gambo yang ada 'watermark' wajah ahli keluarga. Kalau ambik gambo dari gugel, kakcik akan nyatakan. :)

RAIN90 said...

Sedapnya Cendol..
lagi2x cendol madu..
dah lama x minum cendokkk..

eelobor said...

hahahaha..... masa rajin saya letak credit atau link mana sumber yang di ambil

Fatin Mraz said...

nmpk sgt2 sedap..nyum2..

Kalamhati said...

Saya kalu cendol memang tak tolak kak!hehe

Citarasa Rinduan said...

ayu mengaku ayu tak makan cendol...

senakk..

dan.. ayu mengaku. sukar nak ambil pic orang dgn sukasuki..

Deru Ombak said...

Suka cendol... Padankan dgn rojak mee pun sedap...

Ibu n Abah said...

Azie...
kat mana mee rebus dan mee kari sedap tu?
bagi direction sikit...
akak memang mencari nak makan mee rebus...
dahlah tu kat kajang pulak tu...

azieazah said...

Cikgu NORMAH:
Ia tidak akan jadi isu jika tak kantoi. Tapi lama-lama mesti tuan punya gambar terjumpa juga.



KAK QUEENIE:
Jahat untuk orang baik! hahahaha



KHAIRIN:
Mungkin ada sebab dia tak makan cendol. Serikkan sesuatu kot.

azieazah said...

DATO’ LF:
Dari Kajang saya memang melalui Bangi menuju Dengkil. Tapi sebab keja, memang tak sempat.



KAKCIK SEROJA:
Kadang2 kita memang mengGoogle, itu biasa. Tapi kalu copy paste, memang patut nyatakan pemilik asal.

azieazah said...

RAIN 90:
Cendol Madu? Saya tak penah dengar. Tapi I suka Cendol Pulut + Jagung!



EELOBOR:
Masa rajin saja ya? hehehe


FATIN MRAZ:
Bukan nampak lagi, memang sedap pun!

azieazah said...

KALAM HATI:
Tak tolak, tapi asyik tarik jer kan? hehehehe



AYU:
Jika takut senak, buat cendol sendiri guna susu segar. Pun sedap gak tuh.

azieazah said...

DERU OMBAK:
Memang itulah padanannya. Baru terangkat!



AKAK:
Saya rasa macam dah pernah Akak tanya masa entri pertama dulu.
Jika Akak dari Kajang, ikut jalan lama ke Sekamat.
Lepas Sek Men SAAS tu, sebelah kanan nampak Taman Mesra.
Gerai ini tepi jalan jer (sebelah kanan). Sebelum stesen Shell, berhadapan trafik light Simpang Balak.
Ada banner CENDOL JZ.

Zaitun said...

Cendul buat kak Zai tergoda,susah nak cari yang sodap hehehe...

mohd zulfadly said...

ada gak terbaca isu cilok menncilok ni, btw kak azie, cendol namapk sedap, kat shah alam ni, dekat seksyn 7, ada cendol n laksa sedap, kalau petang2, ramai sungguh manusia beratur

mohd zulfadly said...

ada gak terbaca isu cilok menncilok ni, btw kak azie, cendol namapk sedap, kat shah alam ni, dekat seksyn 7, ada cendol n laksa sedap, kalau petang2, ramai sungguh manusia beratur

Farid said...

Kenapa ditekankan ayat itu...adakah sesuatu yang kita tak tahu

azieazah said...

KAK ZAITUN:
Buat sendiri maksud saya, cendol hijau tu tetap beli. Bancuh sendiri. hehehehe



MOHD ZULFADLY:
Saya jarang dapat pegi Sekysen 7 wpun anak memang dok situ. Paling2 cuma duduk makan di Pak Li Kopitiam

azieazah said...

FARID:
I tak pasti ramai tahu atau tidak. Tapi isu mengambil gambar dari blog orang lain tanpa memberi kredit menyebabkan ada blogger yang terasa hati... sebab dah kantoi dia jumpa gambar dia digunakan sebagai entri blogger lain tanpa dia tahu... dia tak kenal pun blogger tu.

Uncle Lee said...

Hi Azieazah, Your header pictures, itu Kota Baru, kan? Or is it Trengganu.?
I used to go Kelantan, Trengganu every month back in the 70's, '80s, and the pics looks familiar.
I love laksa and mee rebus. Laksa Kelantan, Alor Star sedap.

And I miss eating cendol. Da 25 years ta'makan.
You have a nice day, simpan satu lagu dalam hsti.
Lee.

Pok Amai-Amai said...

Wah! Ini entri sarkastik yg sinis!

Terbaekkk!

Acik Erna said...

AA acik percaya pic tak cilok orang punya.
acik memang pantang nampak gambar cenol..mesti tergoda punya.

kakchik@ella said...

hurmmmm .. nyam ... nyam .. nyam .. SEDAPNYA.

AzeedA said...

eemmm my peberret is es cendol jagung xtra.. emmm emmm tghari ni misti gi cari kat pasor tani :)
akk dh try testing naik klia transit lom ni?

MaryaYusof said...

Salam kak,
Sy pun sama ade gambar tak cilok org punya, ade yg google... ngaku je lakan..heheee...
Cendol tu buat sy geram & jeles....
huwaaa!!!

azieazah said...

UNCLE LEE:
How are you?
Yeah.. that pic, Kota Bharu.
Lagu apa nak simpan dalam hati? Lagu rindu yaaaaa...? hehehe



POK AMAI-AMAI:
Tak reti dah nak guna cili segala... so entri antara cara.

azieazah said...

ACIK ERNA:
Musim-musim panas ni... cendol memang pilihan terbaik!



KAKCHIK ELLA:
Memang sedapppppp. Jom kita mencendol!

azieazah said...

AZEEDA:
Cendol jagung extra? Woiiiiii jeles nih!
KLIA transit dah penah naik 2 kali. Tapi lama dah tak naik.



MARYA YUSOF:
Kita akan rasa lebih happy jika dapat papar gambar hasil snap sendiri, kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails