Wednesday, January 11, 2012

Bila Cedih Tak Kena Tempat, “Dilwale Dulhania” Kena Pada Masa...!

Assalamualaikum
Rabu lagi
11-01-2012


Cedih tak kena tempat. Sebab terpaksa berada di dua tempat pada masa yang sama, untuk majlis yang sama! Wuaaaaaa tak tau harus berada di mana dulu. Bukan mana dulu, tapi hanya satu tempat saja, jika majlisnya serentak?

Dua keluarga yang sama penting > kepada aku secara peribadi.

Tiada perbandingan yang mampu dibuat, tapi mereka tahu aku tahu. Mereka sama penting walaupun bukan sebumbung. Tapi ikatan jiwa kekeluargaan itu membuatkan pertimbangan tidak lagi mampu dibuat. Pilihan cuma satu. Tension!

Bila cuba mendapatkan pendapat, sampai nangis-nangis dalam tepon. Padahal bukan majlis sedih pun, tapi majlis gumbira. Agak ralat bila dua majlis penting bertindih tarikh sedang aku ingin berada di tengah kedua-dua majlis tersebut. Bukan pasal aku siapa-siapa (majlis tetap on kalu pun aku takda), tapi penglibatan itu sebenarnya adalah kerana kasihsayang yang terjalin bertahun-tahun...!


Lalu makan... dan makan:

Lunch. Sampai lupa apa nama mee ini.


Selain itu, aku nak hiburkan diri sendiri dengan filem Hindustan yang sangat aku minat sejak dulu. “Dilwale Dulhania Le Jayenge” malam ini di RTM2, jam 10 malam.

Aku dah pernah buat entri pasal filem ini: Balik Cepat duhai si Peminat Dilwale!



Part paling dinanti tentulah masa scene bertunang itu. Lagu tu asyikkkkkkk sekali! Jom layan...!



~...malam itu juga HISYAM dipanggil mengadap kedua orang tua empunya Teratak Nyatuh memberi keterangan dengan sumpah ikrar bercakap benar belaka kenapa membawa SERI BULAN ke baruh bagai tidak takutkan geruh, kenapa pulang menghantar sehingga senja seolah remaja...~








19 comments:

kakcik said...

Mana telur masinnya? hehehe...

Mujur kakcik baca catatan Azie ni, kalau tidak kakcik pun tak tahu ada cerita Hindi sekejap lagi... :)

Citarasa Rinduan said...

betul tu kakcik, mujurlah kak azie ingatkan..
ayu tak tau pun..

sebenarnya badan penat, uruskan kedai, ke hospital temankan en zalie, cari bahan basah..
layan lagu hindustan, minta2 ayu rasa nyaman

eelobor said...

hehehehe....mesti layan nih

azieazah said...

KAKCIK:
Tadi boh dah, pastu macam tak kena gaya, banyak sangat gambar. hehehe next time ler nampaknya.



AYU:
Jom kita layan sama sama yaaaa! Jangan nangis tau!



EELOBOR:
Minat juga eh?

Ibu n Abah said...

mmm...
nyum..nyum...

ainnoraini said...

Saya minat jugak citer hisdustan tapikan lagi suka tengok citer tamil... Huhuhu.. Tak tipu punya...

NzA said...

TENSIONnya kalau perkara camtu terjadi...sabar ye azie.....

Chik Att said...

lagu dia besttttt .....tapi mlm ni tak leh tengok big boss ada... karang dapat ceramah freee...

azieazah said...

AKAK:
Dok kunyah apa tuuuu...?



AIN NORAINI:
Kak Azie pun minat gak Tamil film, tengok juga pelakunnya. Kalu Kamal Hassa or Rajnikant.. memang layan!

azieazah said...

NZA:
Tension sebab asyik dok fikir benda tu jerrr... alahai.


CHIK ATT:
Hindustan ni, kalu takda lagu, tak sah Hindinya...!

Farid said...

Kita memilih bila tengok cerita hindustan...tak semua dilayan...tapi filem ni memang tak leh blah...penuh nostalgia...tak sangka kita peminat filem yang sama...suka tang lagu yang mula2 tu...ketika kajol menyanyi pakai tuala.

mama ju, said...

Salam AA
Moga bahagia.
Tgklah Dato LF di blog kak.

al-lavendari said...

isteri saya dengan anak pompuan bongsu sedang layan cerita tu kat tv sekarang ini..

siang2 dia dah pesan .. jangan kacau!

Zul said...

mee udon! nyum2

azieazah said...

FARID:
Kak Azie dulu masa banyak time free masa Sabtuday tak keja, memang filem Hindustan la dok layan petang2. Skang ni, susah dah. Banyak filem I minat, dan menjadi kenangan.



MAMAJU:
Tengok Dato’ LF? hehehe

azieazah said...

Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
Sapa soh kacau? hehehe



ZUL:
Mee Wantan kot. Lupa...

Panglima Muda said...

ah sedihnya

Anaa said...

kak azie,
cer nyanyi sikit.. ni sure hafal lirik.. kehkeh.. saya jugak peminat tegar lagu tu, dan citer dulhania jugak..

JunAina said...

Layan hindustan boleh nagis2 Kak Azie. Kadang2 kena gelak ngan laki & anak2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails