السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-12-2012
Semalam saya dan MyToklaki tonton satu drama di 104 Prima, bertajuk “Biarlah Rahsia”. 2,3 kali dok tengok promo, macam best. Well... tontonlah dari mula. MyToklaki tengok dah separuh jalan sebab balik dari surau dia ‘tersangkut’ di kedai kopi layan Pertandingan Bintang (ala-ala Kilauan Emas) di RTM2.
Drama Biarlah Rahsia, mengambil tajuk lagu popular Siti Nurhaliza, dan lagu ini menjadi tema drama. Drama lakunan oleh cuma 5,6 pelakun sahaja, tapi gandingan yang cukup hebat. Zahiril Adzim, Tiz Zaqyah, Norish Karman, Zaidi Omar, Kazar, seorang pelakun tak kenal watak doktor dan heroin citer ni ialah seorang jururawat bernama Puteri. (tak ingat nama dia, walaupun dah pernah tengok dia berlakun dalam drama ‘Jambatan ke Syurga’ hari tu)
Pelakun yang saya minat ini, bukan sahaja kerana tahi lalat manisnya itu, tetapi kerana lakunannya. Dalam drama ini, dia menjadi Rizzuan, anak kepada Norish dan Zaidi. Anak yang menurut kata. Terlalu menurut kata, sehingga isteri sendiri menjadi mangsa dan deraan dalam rumah mereka. Rumah banglo besar yang hanya satu-satunya di tengah hutan, jauh dari jalan besar, 2 jam perjalanan dari pekan.
Rumah yang menyimpan misteri dan rahsia. Isteri Rizzuan (Nila) dikurung, didera mentalnya, kerana sebab yang tidak jelas. Yang saya faham, dia dikatakan sakit jiwa dan kemurungan yang teruk kerana keguguran anak. Sering meracau dan mengamuk. Lalu Puteri dihantar bertugas sebagai jururawat, dan kemudian menyedari sesuatu yang pelik terhadap rumah itu dan seluruh ahli keluarga.
Akhirnya Puteri berjaya menyiasat punca kenapa Nila meracau, meraung dan merayu dibawa keluar dari rumah ‘neraka’ itu. Rupanya, setiap kali dia mengandung, anaknya adalah lelaki dan digugurkan dibunuh. Bersubahat dengan doktor peribadi keluarga, semua rahsia keguguran disimpan rapi.
Pengakhiran cerita, Puteri berjaya menyingkap bahawa semua itu
berpunca dari Puan Hamimah (Norish Karman), ibu Rizzuan sendiri. Terlalu inginkan cucu
perempuan. Taksub. Setiap kali menantunya mengandung, dia mahukan cucu
perempuan. Dan yang lebih sadis, lelaki yang mengandungkan menantunya
adalah suaminya sendiri! Tuan Aziz.
Cubaan Puteri untuk membawa Nila lari dari rumah itu gagal, dan
Puteri akhirnya turut menjadi mangsa sama seperti yang diterima oleh
Nila. Dikurung dan kisah sadis untuk mendapatkan cucu perempuan itu
berulang lagi.
Kisah itu berakhir begitu saja! Ohhh... gerammnya. Memang rahsia sungguh...!
~...walaupun SERI BULAN tidak pernah bersijil berjela tentang apa yang disebut bidan or misi kampung, tetapi dia sangat memahami setiap kali ada kisah meroyan disebut orang dia menyimpan malu sendiri bila HISYAM pura-pura pandai bertanya kenapa kening mesti berpilis, kenapa bengkung tidak pernah nipis...~