Tuesday, December 4, 2012

Bila orang atas bergolak, orang bawah dah tak boleh nak gelak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
03-12-2012


Keadaan di tempat kerja saya, bergolak lagi. Kali ini isu lama berulang lagi. Jumaat kami meeting. Tadi management pulak yang meeting.

Rabu nanti akan ada meeting lagi dan pengumuman beberapa perkara besar.

Saya melihat semua keadaan dari segenap sudut yang boleh. Beberapa orang rakan sekerja memang nampak gelisah, tapi saya cuba menenangkan mereka dan berkali-kali saya menyebut, kita kena positif walaupun mungkin keadaan bukanlah seperti yang kita harapkan.

Suatu saat, suatu ketika keadaan pasti akan berubah. Setiap perubahan itu harus dilihat sebagai cabaran untuk kedaan yang lebih baik. Jika orang lain cuba membuat keadaan menjadi sebaliknya, kita tidak boleh turut terpengaruh atau kalah oleh keadaan tersebut.

Dalam situasi sekarang, seseorang harus bijak mengawal diri sendiri agar orang lain turut merasa sedikit tenang. Ini bukan masanya untuk mementingkan diri sendiri. Buruk baik keputusan, setiap orang harus bertanggungjawab dan bersatu padu.

Mode sekarang: muka Bos Pompuan boleh disebut sebagai “muka tak boleh tengok”!

Tayang-tayang:

Angpau dari MyBoss untuk Dak Amoi, sempena Kepujian Kelas Pertama tempohari. Isinya, boleh makan tengahari selama seminggu!




~...semasa mereka menetapkan keputusan hendak menjadi pemastautin Kampung Separuh Desa, hati masing-masing memang separuh-setengah-tidak penuh, tetapi demi ikrar janji bukan sumpah setia, SERI BULAN yakin selagi HISYAM masih sudi menjadi tangan sebelahnya, dan juga telinga sebelahnya juga, dia sanggup menjadi anak angkat kepada siapa sahaja asal tidak perlu memasak tidak perlu memerun kayu api...~



 




21 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Gitulah nasib orang bawah kan...cuba2 lah nengok kalau2 ada rezeki tempat lain.

    Saya pun tengah bergolak jugak...bakal jadi mangsa orang besau sebab kita ni kecik aje walaupun badan dah makin membesar. Paling-paling pun kami kena arah pi sana sini je, alhamdulillah tu antara untungnya keja gomen.

    bahang dah terasa sejak awal tahun, namun...biarlah mereka yang terbakar dulu. Tu gunanya jadi bos kan? Bukannya nak lepaskan kepala sendiri je ;) ----> errrr...tetiba terjadi entri pulak kat sini ya...ampunnnnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi setengah orang, agak panik bila mengalamai situasi sebegini sebagai pengalaman pertama. Saya sudah melaluinya 2 kali sebelum ini. Jadi saya masih boleh bertenang dan masih teguh untuk positif bahawa dalam kerjaya, turun naik itu adalah perkara biasa. Sentiasa bersyukur kerana saya rasa saya sentiasa memberikan yang terbaik dalam kerjaya saya.

      Delete
  2. masa keja dgn swasta dah penah merasa cemana kompeni bergolak dan terpaksa mencari rezeki tempat lain.. masa tu baru je grad n 10 bulan kerja dgn kompeni tu.. rupanya kompeni mmg banyak masalah ekoran big bos tak jujur.. x jujur dgn staf dan x jujur dengan wife sendri..

    bila dikenang, betapa bersyukurnya eja bila berada di sektor gomen.. syukur sangat2..

    semoga kak Azie pun makin kuat semangat utk mencari rezeki di tempat lain.. in sha Allah ada la tu nnt...

    ReplyDelete
  3. Bila orang atas bergolak, orang bawah dah tak dapat elak ...

    ReplyDelete
  4. klau brkerjasama mmg sronok buat keje.. org atas yg brgolak mmg x dapek nak topih

    ReplyDelete
  5. Ermmm sush gk ek klu timbul situasi camtu..harap2 semua selesai...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Azie

    Alhamdulillah...kerja gomen jarang sangat berlaku...
    moga Azie tabah menghadapinya..

    ReplyDelete
  7. Ish, babmeeting yg ade agenda saspen tu yg tak bape gemor nak gr u!

    ReplyDelete
  8. akak...semoga tiada perkara yang terlalu serius berlaku..

    tapi dalam apa keadaan pun, tetap ingat bahawa bumi Allah ni luas. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  9. doa byk2 akak.. kadang2 org atas neh x penah nk pikir akibat kejadian bakal berlaku kepada org2 bawah.. nasib kita makan gaji neh kena yakin dan tekad semangat nk bekerja walau apapon masalah yg berlaku..

    InsyaAllah.. rezeki dari Allah..
    di mana2 pasti ada bahagian kita :)

    ReplyDelete
  10. Makchaq doakan keadaan tak seteruk yang dijangka.. Insya allah kalau masih di situ rezekinya tak ke mana..

    ReplyDelete
  11. moga y baik2 bt kak azie


    ayu perasan sejak kita kenal didunia blogger. ini kali ke 2 kak mengalami masalah y serupa

    ReplyDelete
  12. As salam Kak Azie,

    Bestnye dapat angpau! Lama tak dapat angpau...hehehe... take care kak AA :))

    ReplyDelete
  13. Salam Perkenalan dari KLPOS News Media : www.klpos.com

    Blog anda sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri.

    Di harap dapat berkongsi maklumat bersama kami.

    Mohon jasa baik anda agar turut memberi ruang kepada KLPOS disenaraikan menerusi senarai blog pilihan di blog anda.

    Sekian. Jutaan Terima Kasih.

    ReplyDelete
  14. salam sis azieazah
    Penah jua rasa tahun 90an.waktu tu compny goyang..ramai dah rezine..tup tup compny ok..itu bg ta la.

    ReplyDelete
  15. Kadang2 bila durian sama durian bergolek.. timun ditengah apalah nasibnya.. terima..pasrah...redha..:)

    ReplyDelete
  16. Koperasi kami agak bergolak juga bila Agrobank diswastakan dan hampir semua org besar2 org luar..takut semua bisnes diambil oleh kroni mereka..
    Apa akan jd pada nasib kami kelak jika betul2 jd begitu...
    Mudah2an Allah permudahkan segala urusan AA dan sy juga..

    ReplyDelete
  17. Pergolakan yang kadang2 lebih ribut dari angin yg bertiup. Harap kenyataan tidaklah seteruk gossipping yg melanda.

    ReplyDelete
  18. seramnya nak tunggu keputusan. takpe, bersabar ye kak AA, semoga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  19. Wowwww!!! makan lunch selama seminggu!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails