Monday, December 3, 2012

Macam-macam: Tudung rega RM5 tu tak kira tutup auratkah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
02-12-2012


Sudah 2,3 minggu lalu lagi kisah orang beratur sakan di depan butik tudung terkenal di Bandar Baru Bangi tu saya baca. Malah kuar suratkabar pun. Malah saya sendiri lalu di hadapan butik tu pada suatu hari minggu (ketika itu tutup, so tak dapat la tengok barisan panjang pelanggan dia).

Kisah beratur panjang menjadi fenomena berebut nak beli tudung tu tak berakhir, kerana mereka beratur sehingga menyebabkan jalan di situ jem teruk, dan penduduk sekitar semakin tidak selesa dengan fenomena itu.

Sampai ada soklan kepada saya, “apa agaknya yang menyebabkan tudung di situ menjadi rebutan sakan?” Saya sendiri tak tahu, sebab saya memang beli tudung di pasar malam saja. Level tudung butik bukan level saya.

Blogger ANNYS yang merupakan penduduk setempat juga pernah menulis tentang fenomena itu. Entri bertajuk “Makin Ramai Wanita Jelita Gigih Menutup Aurat”.

Dan, membaca entri Dr HANIE yang INI, dan melihat sendiri gambar-gambar yang dirakam oleh beliau, terus saya tertanya-tanya:

Berbaloikah beratur panjang seawal 3,4 pagi, di kaki lima bangunan semata-mata untuk membeli tudung jenama terkenal? Siap ada suami sekali di situ baring atas simen. Hmmmm ntah, tak tercapai plak akal saya nak fikir ke situ. Kalu lah ada antara mereka yang beratur panjang itu boleh menjawab....

Apapun, kita tak tahu apa yang mereka fikir dan apa pendapat mereka yang terlibat itu.


*****


Saya tak pernah tengok Durian Crepe “hidup-hidup”, jauh la nak merasainya. Suatu hari nanti saya nak kena beli juga.

Jadi hari ini kami beli durian, di deretan kedai durian yang terkenal di depan rumah kami.


Hasilnya, cukup membanggakan!

D24 yang hanya RM5 per kg!


Beli 4 biji dapat lagi tambahan 2 biji percuma. Itu saya terima sebagai balasan orang mulut ramah!

Dan edisi membeli durian, makan sakan-sakan adalah sangat berbaloi!




~...ketika musim durian belum rahat lagi, SERI BULAN sudah panjang berpesan dia tidak dilupakan untuk sama-sama menjadi penunggu durian di kebun Pak Utih, tetapi Mak Utih sudah berpakat dengan HISYAM, pacat dan nyamuk akan dijadikan alasan gadis itu tidak diajak sama kerana risau harus mendengar rengekan dan rintihan marahkan nyamuk tetapi tiada kelambu hendak dibakar...~


 




56 comments:

  1. Salam,
    siapa yg mulakan durian crepe ni? saya tak ikut cerita, alih2 dah boom. Hari ni dan semalam beli durian crepe di MAHA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Ju, apa yang saya pernah baca, Crepe ni berasal dari barat terutama di Perancis. Kemudian menular di seluruh dunia. Benda sedap ni memanglah cepat saya orang minat. Apatah lagi durian adalah buah negara kita.

      Delete
  2. Saya pun pakai tudung tak ikut trend . Jumpa...berkenan beli. Tak kira lah kat mana ..... tp sampai sanggup beratur ....huh ...itu bukan saya ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tentang harga ramai orang mampu yang beli hatta yang mahal sekali pun. Tapi untuk beratur seawal tengah malam tu, macam pelik sangat!

      Delete
  3. pelik tapi benar. geram sungguh tengok suami2 yg yang sama naik beratur dengan isteri. siap bawa anak kecil lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya suami yang sangat menyokong tindakan isteri hendak menutup aurat!

      Delete
    2. good.. good...think +ve. nyata jelita

      Delete
  4. entry neh best.. hehehehe.. tudung saya pon murah2 je.. eh ehhh~ da lama x memlebi tudung.. kena terjah muaz neh.. ahakss~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suatu hari nanti, Kak Azie pun tingin nak jengah Muaz. Kena beratur tak? hehehe

      Delete
    2. Beratur untuk bayar jelah kak azie tapi kekadang panjang gak nak beratur tuh!

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Ohhhh durian lagi...

    ReplyDelete
  6. Kalau sampai beratur dari awal pagi itu dah di luar kebiasaan.. memang kena tanya jawapan pada mereka yg terbabit je.. Sanggup kan.. Pelik juga...

    Demam durian crepe memang melanda..pernah juga rasa sekali. Seronoknya kalau dapat makan durian puas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim durian camni la terasa macam hendak ada dusun durian sendiri.

      Delete
  7. Salam kak azie..sekarang sedang musim durian..memang murah..

    Kenyang dan puas makan , sampai pening-pening dibuatnya..he3

    ReplyDelete
  8. Salam, you know bab tudung ni dah besa terkena.beli di butik hrga RM 80.tut2 jumpa kawan di tempat knduri pakai tudung sebijik sama, so kami share2 oa bertanya tanya.
    "you beli mana tudung kita serupa la."
    Dia jawab " psar malam saja RM 40 hingget je."
    malu pulak nak cakap saya dah terkena so I answerd, " sama la , I pun beli pasar malam."
    lain kali make sure check di pasar malam..harga murah.bnda sama.I siap compare lagi..
    budaya tudung berganti fesyen dan pattern makin meruncing.yg penting kita pilih yang berpatutan dan practical..sekali terkena 2 kali sudah tahu..
    gd day Azieazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar juga kisah Kak Inda. Begitulah dunia fesyen. Boleh dapat di mana saja tapi harga beza-beza. Kata orang tepuk poket. Memang ada jenama terkenal yang produk tudungnya tak seberapa. tapi sebab brandnya, kadang2 kita lupa dan terjadi lah kes sebegitu.

      Delete
  9. D24 RM5 sekilo??? pehhh!! Berbaloi3!!!

    Beratur 3 pagi nak beli tudung murah??? Huh!! Tak berbaloi langsung! Ni cubaan ke betul2 kejadian???

    hihi.. mesti pening banyak benar tanda seruan & soalan.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudung tu saya rasa tidaklah murah. Harga lebih RM100±± saya rasa. Tak pasti la pula.

      Delete
  10. Disini kalau tak musim sekilo rm25.heran sungguh depa ingat kat ostrolia ka jual smpi mahai kerat tengkok org.

    Tp skrg musim melambak dpt la yg koman sikit rega dia sekilo rm5.kalau yg cantik sikit rm10 hoho.

    Cerita tudung mahai tu aku pun pelik.adik aku cerita kat sg petani smpi org berebut nak beli sanggup pinjam nama org lain pasai sorang bole beli 2 helai saja.adik aku pun beli juga kat anak dia umur 9 tahun dah alang2 pi sana selai rm150.

    Aku rasa kalau org cantik jd model tudung mmg lah nmpk cantik,toksah pakai hat mahai pun kan dah cantik hoho :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selai RM150? Kalu aku beb, boleh dapat 4,5 lai tuh!

      Delete
  11. Azie..
    akak yg duduk bangi ni pun tak tahu jenama mana yg jual murah cenggitu..
    tapi nak tunggu dari awal pagi... memang tak sanggupler...

    Akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak... yang sederet dengan bank-bank tu Kak. Kat Seksyen 8. Tapi saya rasa tidaklah murah pun.

      Delete
  12. kak...
    pembetulan..
    depadh bkampung start jam 12 malam...

    pitammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kul 12 tengah malam dah bertunggu tangga di situ? Memang pitam!

      Delete
  13. Sama la kak, tudung saya paling mahal la ni RM25 utk 2 helai. Last bwli tudung mahal 4 tahun lalu RM45.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal harga tu ramai orang memang mampu. Tapi beratur seawal begitu yang saya tak faham.

      Delete
  14. Erkkk... dahsyat sungguh sanggup berembun beratur sblm masuk waktu subuh kerana tudung. Tapi baguslah kalau berlumba2 beli tudung utk tutup aurat. Jgn berlumba2 sebab tudung lawa semata. Pakai tudung lawa takpe hehe.
    Saya shopping tudung kat giant je. Orang kata kat jalan TAR lagi murah, tapi saya jenis tak sanggup meredah lautan manusia, rembat sajalah kat giant ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli tudung pasar malam depan rumah saya. Kalu musim raya, gigih la ke Masjid India. Setahun sekali.

      Delete
  15. gila ahh.. beratur dari tgh mlm semata nak beli tudum rega ratus2.. mesti byk bawak duit..

    eja penah beli tudum online.. mahei laa jugak selai je dh 50-60 hengget.. satu hari p kedai dekat pusat bandaq jumpak kain lebih kurang sama rega 28-30 hengget ja.. beza pasai ada nama cap kat tudum tu..
    satu lagi komen encik somi time eja ngada-ngada mintak dia beli tudum hat mahai tu.."tudum kemain mahai tapi pakai dok ateh pada dada jugak..tutup urat ke aurat"

    terdiam tak terkata apa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kan? Kita boleh jer beli tudung mahal, ikut poket. Niat tu yang tak berapa betul.

      Delete
  16. Macam tak percaya saya dan emak Adam baca kisah ni dan juga link anyss dan Dr Hanie tu. Sampai ada yg bentang tikar kat kali lima kedai semalaman.

    Banyak tempat lain lagi yg jual tudung kalau setakat nak tutup aurat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah realiti kehidupan hari ini. Ramai sudah terlalai. Semoga kita tidak tergolong dalam kelalaian seumpana itu walau dalam apa perkara sekalipun.

      Delete
  17. Saya tak peduli la depa nak beratur 10km ka, nak usung anak ka...

    Yg saya peduli sebagai saudara seagama, berbaloi tak beratur tu..patuh syariah tak tudung tu...BANYAK beza pakai tudung VS menutup aurat.

    ReplyDelete
  18. Yg selalu i tgk tudung butik ni mahal tapi tal cukup kain..selalu pendek...hilang dah tujuan tutup aurat tu dah ternmpk bentuk yg nk ditutup...rugi kan?
    Durian....i sukaaaa tp musim ni blum ber beli lg...kena join lahh hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian tengah murah sekarang ni you! Kena beli dan rasa sebelum habis musim.

      Delete
  19. durian crepe sedapppppppp...

    sedawa still bau derian macam makan derian betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ker? Nak kene cari Durian Crepe jugak la pasni.

      Delete
  20. kakcik pakai tudung yang mahal dan berjenama kalau ada yang sudi sponsor... :)

    ReplyDelete
  21. macam x caya nak bli tudung sampai cenggini caranya... murah bebeno ke? kalau masih beratus2 reganya mmg x mampu la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la murah mana. Tapi yang beratur sampai macam tu yang saya tak faham.

      Delete
  22. As salam Kak AA,

    Dah lama tak beli tudung... kena tunggu balik Msia lah nampaknye ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Peru pun tentu ada tudung yang menarik dan unik, kan? Beli la untuk kenangan,

      Delete
  23. kak AA,

    di kampung saya, durian melambak-lambak. jual tak laku sebab banyak sangat. makan dah tak lalu, buat tempoyak je la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim durian selalunya menjadi rezeki melimpah kepada pemilik dusun durian. Dan sebab tu disebut, durian runtuh! Pakcik kayo!

      Delete
  24. menutup aurat, pakai tudung berjenama tu tak salah, tp NAWAITU tu biarlah kerana ALLAH, bukan nk menunjuk2..
    bukan kah?

    ReplyDelete
  25. Aina tak pernah kisah bab jenama tudung ni tapi agaknya kualiti bagus le kot kat butik tu... Selalu pi Muaz ja Ariani dah tobat...ahahaaa...

    The very marbeles lulian! Kat rumah ada orang Felda Ijok kat Selama mai buka khemah tang tu. Walaupun tak der brand tetap marbeles duriannya... Siap beli boleh mintak xtra..ahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie baru 2,3 bulan ni dengar nama Muaz ni. Pergi tak pernah lagi, malah tak tahu pun kedai tu kat mana. Ariani pernah lalu saja. Beli, belum lagi lah.

      Delete
  26. sampai skrg sy tk faham mengapa mereka sanggup berkampung dr mlm sekadar nk beli tudung harga termurah rm120..kalau harga dia dari 200 jd 20 taklah pelik sgt...

    muaz tu tklh beratur mcm tu tp masa nk.bayar yg kena beratur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom bila bila kita pegi Muaz. Tunjuk kat saya, di mana letaknya kedai Muaz tuh...?

      Delete
  27. D24 cuma RM5 sekilo?
    kalau dekat harus sy borong AA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh pun U nak datang. Area Sepang harus ada lagi murah.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails