السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
05-12-2012
Rata-rata kita selalu dengar, baca ayat: “Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaliknya”.
Walaupun saya rasa sudah ramai yang menonton program bertajuk Berkahwin Usia Muda dalam slot Selami Jiwa bersama Dr Hj Fadzilah Kamsah tapi saya baru berpeluang tonton yesterday. Tetamu, Anne Ngasri dan pakar mata, Prof Dr Muhaya.
Pro kontra tentang berkahwin usia muda. Prof Muhaya kata, bina diri sendiri dulu. Segala aspek diri harus diteguhkan, peribadi yang baik dan ilmu yang sepatutnya. Bila segalanya lengkap, isu kahwin umur berapa sekalipun sudah tidak menjadi isu.
Bagi setengah orang mungkin melihat bernikah di usia seawal 18 tahun or 20 tahun tidak lagi sesuai di zaman ini. Usah membanding zaman Jepun attack Malaya, nenek atuk kita bernikah di usia 13 tahun.
Zaman sekarang, anak-anak tamat belajar pun dalam lingkungan umur 22-25 tahun. Nak bekerja setahun dua, nak rasa pegang duit. Nak beli keta, rumah, nak bantu famili, adik-adik masih belajar... Kalu sambung belajar lagi? Berapa tahun lagi masa diperlukan? Kadang-kadang suatu peringkat, ianya menjadi dilema bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga kepada ibubapa.
Jujurnya, saya sendiri sudah terfikir soal ini kerana saya ada anak dara sulung yang sudah 22 tahun. Sudah tamat belajar dan sudah bekerja. Walaupun dia belum sambung belajar, tapi niat sudah ada. Jadi bila agaknya nak kahwin. Dan dia pernah sebut, “lambat laaa...” Saya tidak suka mendesak dan memberi tekanan. Tidak perlu. Sebab saya sendiri belum bersedia. Ingat senang nak jadi Ibu Mertua yang baik?
Bagi saya, berapa pun usia untuk bernikah bukanlah isu yang besar. Tetapi komitment dan kesungguhan untuk memegang tanggungjawab itu yang lebih penting dari segalanya. Kesedaran tentang tanggungjawab itu akan memudahkan segala urusan lain dan segala perkara mendatang.
Selebihnya, kita sedia maklum, jodoh itu DIA yang tentukan. Jangan terlalu tertekan. And doa.
Bak kata Prof Muhaya, “Jangan risau apa yang orang kata, tetapi risaukan apa yang ALLAH akan kata...”
Untuk masak “sup bodo” macam gambar di atas, tak perlu pergi belajar masak kat mana pun tetap boleh kahwin. Jangan risau pasal tak pandai masak tetapi jika boleh masak Cucur Badak ada badak, itu satu bonus!
~...sejak azali SERI BULAN memang sangat lembab mengesot untuk belajar masak-memasak tetapi dia paling suka main masak-masak di pondok menunggu durian di dusun Pak Utih kerana HISYAM akan jadi rajin mencari kayu api, pucuk paku di tepi sungai yang berbatu licin dan dia sentiasa rela menjadi peneman kala kabus Subuh menipis menghilang sehingga Mak Utih terpaksa mengekor dari belakang...~
saya tak risau sangat sebenarnya. tapi agak risau juga nak nak time PMS. heheh.
ReplyDeletetapi mak saya yang lebih risaukan saya. saya faham tapi...
Kita perlu menyalahkan sesiapa pun. Ini bukan suatu kesalahan or kesilapan. Ini ketentuan yang boleh kita ubah atau DIA akan ubah. Cuma masa belum sampai. Setuju?
DeleteRalat: Kita ‘tidak’ perlu menyalahkan sesiapa pun.......
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletemana nak cari badak tu ya?
Hu hu hu "bukan senang nak jadi mak mertua yg baik" tak ramai orang fikir, tapi saya tahu...kakak ipaQ saya yg sorang tu (usia kami sama, sekolah dulupun sama cuma lain kelas), tetap menantu Mek (yg cerewet) yg terbaik. kami anak2 dia pun tak leh jadi sebaik kakak ipaQ kami tu...mmg kagum giler dgn dia ;) [tak rasa mcm kak ipaQ...mcm kakak sendiri-wpun sama umoQ]
Agak gerun bila nak dapat title Mak Mertua ni. Maklum kita masih lagi ada anak sekolah rendah yang kadang-kadang kami main sama macam budak Ribena. Adehhh!
Deletehehehe.. macam yang saya ckp.. zaman excited nak kawen sgt2 tuh dah berlalu.. skarang saya relax smp org lain pulak yg risau sbb sy x membicarakan isu kahwin..sup bodo neh saya lulus kak.. :p~
ReplyDeleteAlhamdulillah jika setakat sup bodo camtu bleh pass...! Pasni kena gigih buat menu lain tau. Bukan pasal nak kahwin, tapi ilmu memasak ni memang sangat best!
Deletedalam banyak kes..mak-mak yang lebih risau anak-anak dara belum berjodoh..saya pun rileks je..hikhik..kadang2 tu orang lain yang melebih. ingat senang hidup berumahtangga..??
ReplyDeletesup tu tak nampak bodo pun...tempting lagi ada la!
Kalu difikir, semua benda pun tak senang. Tapi kena positif, optimis. Bila seru sampai, kena lah bersedia mental fizikal.
Delete'Sup bodo' saya suka :p
ReplyDeleteJodoh itu kuasa Allah.
Saya jadi menantu org waktu tengah jadi student....kekok kak oii....hahaha. pulak tu menantu sulung, sampai skrg rasanya masih belum jd menantu tip top.kikiki
Tak mengapa. Asal terus berusaha menjadi lebih baik dari tahun ke tahun. Kita mana boleh nak puaskan hati orang (apa lagi orang tua) dalam masa setahun dua. Maklum dari kelompok akar berbeza, mesti ada clash di mana mana.
Deleteer.. tak tau nak komen apa sebab anak kecik lagi..
ReplyDeletekomen pasai sup je laa.. tu hat bulat2 tu daging ka bola daging? (meatball)
Hat bulat tu memang bola.
DeleteHat daging tu memang daging.
Kakcik sedang belajar menjadi mertua yang boleh jadi kawan kepada menantu. :)
ReplyDeleteSaya yakin Kakcik boleh. Kita terus jadi diri kita sendiri tanpa perlu berlakun pun.
DeleteSedang membayangkan 15-20 tahun akan dtg, jika sampai rezeki mendapat 3 menantu perempuan..
ReplyDeleteSubhanallah.. jauhkanlah dr yg sudah ada sedia menjadi contoh di depan mata..
Bertabahlah wahai hati..
Begitulah kan Sham? Kita sering bimbang tapi yang lebih bimbang jika kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik or lebih baik dari yang kita pernah lihat or lalui selama ini. Semoga semua kita mampu menjadi ibu mertua yang baik.
Deletemoga kita semua menjadi mertua yang terbaik buat anak2 menantu. harap apa yg kita lalui bersama mertua dapat menjadi sempadan dan teladan.
ReplyDeleteSemoga begitulah. Doa kita semua. Apa yang kita lihat hari ni, mana yang boleh diambil menjadi contoh wajar diteladani.
DeleteAhahaha...
ReplyDeleteAzie jadi ibu mertua?
Akak nampak azie mak mertua yang sporting... Mudah menantu nak tumpang bermanja....
Hahahaha Akak!
DeleteBelum lagi kak. Lambat lagi.
Akak pun, anak dara semakin membesar cantik tuh. hehehehe
Mak mertua sporting? alaaaa saya tak pandai sport!
wak pon sukak sup bodo jugakk.. ahHKs
ReplyDeleteWAK pun boleh buat sendiri. Pastu hidang dalam gelas! hehehe
Deleteakak ada 3 puteri...
ReplyDeleteakak berdoa agar menjadi ibu mentua yg menghormati dan dihormati bila tiba saat itu nanti...
azie...
akak akan puashati kalau anak akak dihargai suami..
sebenarnya akak tak bimbang untuk menjadi ibu mentua, yang akak selalu fikirkan bagaimana lelaki mengambil alih tugas kita ibubapa terhadap anak kita...kalaupun tidak lebih baik, kita harapkan kesinambungan dalam memelihara anak kita...
tak boleh jawapkan azie...ni rahsia Allah..ya kita terus berdoa agar segalanya dipermudahkan sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah swt..
ermm...ada kacang panjang dlm sup tu..
nanti akan cuba buat sup kacang panjang bebola ikan...
Begitulah Kak Ros. Kita selalu berharap yang baik baik sahaja. Jikapun tidak yang terbaik, setidaknya menantu kita akan cuba yg terbaik dan lebih baik dari kita menjaga anak kita.
DeleteAmiiiinnnn
mak saya ada 3 org menantu. kadang2 dia layan menantu melebihi dia layan anak2 dia. saya berharap, errr mak mentua saya macam mak saya jugak. hihi
ReplyDeleteSeharusnya kita terlebih dahulu menganggap mertua kita seperti ibu kita sendiri. Insyaallah kita akan mendapat layanan sebegitu juga.
DeleteAzie, I dh ada 2 menantu.memang kena jaga hati depa.tpi so far we have no prblem.depa pn asyik2 balik umah kita diPerlis walaupun depa dok di KL dn Klang.mak mntua pndai jek(ckp Perlis)meaning 'ampu'.he he
ReplyDeleteKalu dah menantu lebih suka balik ke rumah Mertua, pasti ada keserasian dan kimia di situ...
Deletesup bodo camnila feveret kami sekeluarga
ReplyDeleteSup dalam gambar tu tak lengkap sebenarnya. Sebab takda carot dan daun sup.
DeleteAgaknya mak Aina tu seorang Mak Merta yang baik, asal ngadu pasal pasal rumahtangga je mesti dia menangkan menantu. Minta anak2 perbaiki diri...huishhh...
ReplyDeleteMak mertua yang baik adakala juga adalah kawan yang baik yang juga seorang pendengar yang baik.
DeleteSaya pun bersependapat dgn Prof Dr Muhaya tu. Saya kurang berkenan isu kawen muda. Bagi saya,penuhkan ilmu di dada tu dulu,stabilkan hidup kita barulah kita mengorak langkah berikutnya. Membina rumah dan tangga tak semudah main masak2. Kak Azie orang yg dah lama kawen tentu maklum kan bukan mudah handle isu2 rumahtangga. kalau tak sabar,boleh bercerai-berai kita. Mcm saya,saya dah akhir 20an and still single. Kenapa? Saya lebih kenal diri saya macam mana.. :)
ReplyDeleteBila mengambil keputusan untuk menikah muda, biasanya ibubapa pasti terlibat sepenuhnya. Menasihat, kaunseling dsb. Kerana sebagai ibubapa pun, tentulah tidak mahu disalahkan pula kalu terjadi apa-apa kendian hari kelak.
Deletesup bodo sebenarnya lg sedap dari sup pandai..betul kan..
ReplyDeletesy boleh dikatakan kawen awal juga,abis belajar umur 22..btunang 24, kawen 25..walaupun dah kawen 4 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat.jadi bila agaknya sy boleh merasa ada menantu?
ZIE, mengikut survey orang ramai dlm program tu, memang rata-rata menyebut umur 25 adalah umur sesuai untuk berkahwin bila sudah sampai jodoh.
DeleteSoal anak, pasti akan ada rezeki nanti. Kena sabar menanti.
sup bodo tapi gerenti sedap ....
ReplyDeletebetul tu ... baik penuhkan ilmu di dada sebelum berkahwin.... tapi klu dah betul2 ada jodoh muda pun ok je....
Lain orang lain pendapat. Jika sudah bersedia, soal umur bukan isu lagi.
DeleteSaya dah pun bergelar Mak mertua...Baik ke tidak tak tau lah...sedap lah sup tuh..terliur pulak!
ReplyDeleteKalu masak apa-apa, menantu mintak resepi, kira ok le tuh.
Delete