Wednesday, December 5, 2012

Sampai bila keburukan orang hendak dijadikan bahan lawak?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-12-2012

Kita biasa melihat, mendengar, menonton dan mungkin mengalami sendiri: bahan lawak yang banyak menggunakan kelemahan/keburukan orang lain sebagai bahan utama.

Jika kita tonton Maharaja Lawak samada Mega tak Mega, banyak punch-line, bahan lawak mengambil dari kelemahan/keburukan orang lain. Rakan sepasukan or orang lain.

Contoh, kegemukan seseorang, buncitnya perut seseorang, jongangnya seseorang...
kadang-kadang kehodohan atau kebodohan seseorang... ada juga melawakkan kepincangan orang lain. Mungkin mereka melihat itu suatu bahan lawak yang paling mudah, paling senang nak buat orang lain ketawa.

Lupakan sebentar pasal program lawak di tv. Tetapi cuba perhatikan, dalam kehidupan sebenar pun, kita selalu dengar orang lain buat lawak pasal diri orang lain. Dan kita pun kadang ikut sama menyokong, ikut sama ketawa terbahak-bahak. Lucukah, bila orang lain bercerita pasal seseorang yang telinganya capang macam telinga gajah? Lucu? Lucu kah? Macam badut kah? kah?

Tidak sah jika tidak mengaitkan sesuatu rupa fizikal itu dengan benda lain, kan?

Begitulah kita manusia. Kalu bab nak gelakkan orang, memang lupa semua. Gelak macam diri sangat sempurna. Lupa orang lain terutama orang yang digelakkan itu ada perasaan.



Tiada apa yang boleh dijadikan bahan lawak dengan Sambal Tumis Udang + Petai ini. Tapi lepas makan, jangan bergelak sangat, sebab bila bergelak mulut terbuka luas, kan? kan?




~..setiap malam sebelum tidur, Pak Utih semakin rajin menjadi Penglipur Lara bercerita mengarut-meraban tahap Gaban sehingga SERI BULAN terkikih ketawa dan HISYAM menumpang ceria lalu terlupa pulang dan bila berbaring menunggu mata meredup, mulut mengulang cerita dengan dinding sampai Mak Utih menepuk lantai menamat anganan...~


 




31 comments:

  1. akak menggoda saya dengan hidangan ini..
    adushhh~ udang berenang2 dalam kuah sambal di celah2 buah PETAI.. nikmatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii bombastiknya gambaran. Udang berenang? Petai tu buah eh? hehehe

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Ada masa kita gelak sbb benda tu GEDEBUK kena muka sendiri. Cer tengok citer P.Ramlee...kita gelak dgn penuh sedar yg depa tu bantai kita tak henggat ;)

    Hu hu hu dikau memang! Suka menggoda dengan udang itu...paprik masih terhutang blm buat lagi tau hu hu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. P.Ramlee pernah buat lawak pasal fizikal orang lain. Kita gelak sungguh-sungguh. Padahal kita pun gitu juga. hehehe

      Paprik? Alahai... berapa mangkuk dok susun tuh?

      Delete
  3. pernah merasa sambal tumis udang an petai yang paling sedap sekali...masa tu kawan arwah mak masak.. tapi sekarang tak jumpa lagi dah rasa yang serupa...
    kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin rasa kasih sayang itu yang dibawa bersama. Lain orang lain selera. Saya sendiri pun belum handal masak, tapi boleh laaa..

      Delete
  4. dan pastikan x ada cili melekat di gigi selepas mkn sambal...nnt jd bahan lawak jugak hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh awak sangat kreatif! Bakat pelawak!

      Delete
  5. Sedih. Tak suka lawak yg sebegitu.

    ReplyDelete
  6. Sbb tu sy tk suka kumpln osbon dulu tu..asyik os jelah yg kena..hermm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kita pun bergelak sakan la jugak, kan? Adehhh

      Delete
  7. Sama pulak menu kita. Semalam emak adam masak sambal tumis udang + petai. Semerbak bau bilik air kami .... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala bang. Jangan salahkan petai, jangan salahkan udang.

      Delete
  8. Gitula kaedahnya lawak org Melayu kita....kehabisan modal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tidak semua begitu. JOZAN masih boleh dipuji. Ramai lagi yang membuat lawak bijak tanpa perlu mengejek rupa paras orang lain.

      Delete
  9. betol tu kak..ada orang langsung tak pernh fikir perasaan org lain & rasa malu org..memang ada org jenis camtu macam seolah-olah dia sempurna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang mereka merasa orang lain takda perasaan. Mereka rasa seronok mempersendakan diri orang lain untuk dijadikan bahan lawak.

      Delete
  10. Setuju.
    Lawak pd kita mungkin air mata bg org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah... aduhai. Sedih jika terkena diri kita sendiri, kan?

      Delete
  11. Rasulullah SAW melarang kita mempersendakan sifat orang lain...

    ReplyDelete
  12. saya pun tak suka lawak macam tu....tak pikir perasaan orang...

    ReplyDelete
  13. Tak baik gelakkan org. Tapi udang melingkar dalam pinggan tu pun tak baik juga buat kakak kecur semacam.

    ReplyDelete
  14. Memang tak baik lagelakkan kekurangan fizikal/kelemahan orang,
    tapi makchaq selalu jugak cerita kat member2 & gelakkan kesengalan diri sendiri..(tak tau la kenapa makchaq selalu buat benda sengal..)

    Sambal petai -- masa anak2 kecik2 habih depa kutip petai, tinggai udang /ikan bilis ja.. mak abah terpaksa redho..

    ReplyDelete
  15. tulah namanya manusia kak
    kalau x cari salah org dan aibkan org x sah
    harap2 kita x digolongkan dari org2 macam tuu kak huhuh

    ReplyDelete
  16. mmg gitu kalau tak kutuk org tak lawak namanya..
    cair air liur tengok sambal tumis tu...

    ReplyDelete
  17. melawak..bergurau tak salah..yang salah bila dalam melawak atau berjenaka tu kita dah mempersendakan rupa fizikal seseorang..serius...saya pun tak suka jenis melawak macam ni..

    ReplyDelete
  18. Yup. Sy pnh tekankan bab ni dlm entri lama dulu. Bergurau dgn menjadikan keburukan org lain sbg modal. Kenapa? Orang gemuk itu kelakar ke? Org jongang tu kelakar ke? Kdg2, bercakap pun tak pk perasaan org len. Sy dulu pnh gak tersentap sbb sy ni bukan normal mcm org2 Msia yg ada. Jumpa je sy, gelakkan saya. Katanya, sy ni mcm gorila - tinggi besar

    Tersentap sungguh!

    ReplyDelete
  19. salam kak azieazah.salam kenal dari ahli baru KKA:)

    orang anggap bergurau tapi yang terkena ni menusuk ke dalam hati..sedih..lawak tak kena gaya

    sedap sambal udang+petai..memang wajib harum bilik air hahaha

    ReplyDelete
  20. alahaiii kak, feveret saya ni, sambal udang ngan petai...sedapppp sgttttt

    ReplyDelete
  21. Tu la.. kehabisan modal barangkali.. Sedap benor tengok sambal udang tu.. Nur tak makan petai..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails