السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
03-12-2012
Hari Orang Kurang Upaya Sedunia telah diisytiharkan oleh PBB iaitu pada setiap 03 Disember.
Dalam dunia kita hari ini sudah terlalu kerap kita melihat golongan ini. Malah golongan ini juga sudah menjadi sebahagian ahli masyarakat kita yang berjaya sehingga kita terlupa tentang apa yang disebut kekurangan upaya atau kecacatan itu. Malah ramai sudah golongan mereka jauh lebih berjaya dari kita yang disebut sempurna ini.
Saya tidak mahu menyenaraikan berapa ramai orang kurang upaya yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk akademik, dunia korporat, dunia muzik... dan lain-lain. Terlalu ramai. Dan kita sentiasa kagum dengan depa nih.
Tapi saya suka nak menulis tentang salah seorang peserta Masterchef US musim terbaru yang buta, Christine Ha. Walaupun siri tersebut belum berakhir ditayang (sehingga semalam, masih peringkat Top 6) tetapi pemenang musim ini adalah Christine Ha!
Walau banyak keraguan tentang dirinya di awal penyertaaan (baca di web), tetapi Christine berjaya membuktikan beliau mampu dan boleh melakukan dengan baik sekali! Kagum nya...!
Saya tidak mahu menyenaraikan berapa ramai orang kurang upaya yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk akademik, dunia korporat, dunia muzik... dan lain-lain. Terlalu ramai. Dan kita sentiasa kagum dengan depa nih.
Tapi saya suka nak menulis tentang salah seorang peserta Masterchef US musim terbaru yang buta, Christine Ha. Walaupun siri tersebut belum berakhir ditayang (sehingga semalam, masih peringkat Top 6) tetapi pemenang musim ini adalah Christine Ha!
Walau banyak keraguan tentang dirinya di awal penyertaaan (baca di web), tetapi Christine berjaya membuktikan beliau mampu dan boleh melakukan dengan baik sekali! Kagum nya...!
Selain cantik, Christine memang pandai masak!
Ternyata golongan ini berhak untuk menikmati kehidupan seperti orang yang normal, dan saya yakin mereka juga mahu dilayan sama rata, tanpa prejudis dan double-standard.
******
Saya memang tak pandai masak. Tetapi tugas memasak adalah sebahagian dari hidup. Soal pandai tidak, sudah tidak menjadi isu lagi. Bukan nak masuk bertanding pun.
Kek ni kompomlah kena beli.
Paprik Ayam — bila dah kerap buat, saya berjaya improvekan rasa. Cewahhh!
*Tahniah buat IZYAN, pemenang Masterchef Malaysia musim ke-2...!
~...sudah berulangkali Mak Utih menyebut tentang mengupas bawang memotong kentang, tetapi SERI BULAN seperti terawang bagai membayang wajah orang yang belum lagi melintas laman untuk hari ini dan Pak Utih berdehem bagi memberi isyarat HISYAM yang dinanti sekejap lagi akan ke mari...~
Kakcik pun tak pandai masak. Tapi sebagai isteri dan ibu, kakcik kena pandai masak juga... (eh! macamana pulak tu? hehehe)
ReplyDeletePandai masak mengikut standard kita sendiri la Kakcik.
Deletesedap dah padprik tu lagilah kalau ada kuah lebih macam tu, mesti laku!!
ReplyDeleteKuahnya kena pekat, dan pedas. Biasanya memang laku lah. Rakyat dalam rumah ni tak banyak kerenah.
Deletememang salute kat Christine tu.. i tak miss. terus tgk kat You Tube.. Tau dah dia yang menang.. gilos pandai..
ReplyDeleteI pun suka tengok Masterchef US. Ramai yang handal masak. Dan program tu pun penuh dramatik!
Deleteya..adakalanya kita yg sempurana tak berupaya capai apa yang mereka kurang upaya gapai..
ReplyDeletemanusia yg menamai mereka orang kurang upaya..
sebaliknya keupayaan mereka tiada bedanya dari yg sempurna..
Betul. Golongan ini tidak kurang hebatnya. Malah dalam beberapa keadaan, mereka lebih hebat dari kita, kan?
DeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeleteayah pun kena pandai masak
guna pakai masa isteri merajuk ...he he
Kena la belajar, kalu bini dalam pantang, mana boleh asyik makan kat kedai saja, kan? hehehe
Deletetahniah buat Christine...wlaupun buta..kejayaan bersama beliau..
ReplyDeletesedapnya paprik...
Sedap mengikut lidah kita masing-masing. Ada orang buat jauh lebih sedap.
DeleteKelebihan yang Allah beri atas kekurangan yang juga Allah beri kepada mereka. Hati mereka terang.
ReplyDeleteBab memasak Aina balik2 sambal ikan, sambal ayam, sambal bilis dan segala jenis sambal lain...ehehee...
Ok juga sambal. Sebab lidah Melayu ni mana boleh terlepas dari nak makan sambal semedang!
Deletesaya pun tak pandai masak kak, setakat lauk yg simple2 tu boleh la
ReplyDeleteMana ada orang terus pandai, kan? Kena la belajar dan berlatih. Lama-lama nanti mesti pandai juga.
Deletesaya tak pandai masak jugak. pandai campak campak jer. huhuhu~
ReplyDeleteYang campak-campak tu la yang selalunya sedap, tau.
DeleteLa...buta rupanya dia. Sy tatau pun. Selama ni tgk kilas2 je iklan MC US tu...mmm....kuasa Tuhan.
ReplyDeleteSy pandai msk tapi versi sy sendiri. Sedap tak sedap, subjektif. Huhuhuhu....nak kate sy tak pandai msk, klu tak pandai - nak petik dapur gas pun sy tak pandai. Ye tak? Huuu~
Pandai mengikut skala kita sendiri la. Jangan kisah sangat soal pandai dalam skop yang lebih luas. Apa yang kita masak, selagi tak mudarat dan boleh ditelan, dah kira sedap dah tu.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletePaprik ayam lagi! -----> blm buat lagi ni...huihhh!
mungkin masa sertai master chef US tu, Christine kata "saya nak buktikan orang buta pun pandai masak" la la la
Hahahaha...! betullah. Ala-ala Cik Lah gitu!
Deletebetul ke kak azie christine yg menang?best r kalau dia yg menang
ReplyDeleteYa. Memang Christine yang juara. Dia berjaya ke final 2 bersama Josh!
DeleteAssalamualaikum Azie,
ReplyDeleteSeorang sahabat pernah berkata,
"Jack of all trades, master of none"..
Biarlah kita tahu serba-sedikit sana sini walaupun tak ada satu pun yg "perfect".. daripada "sempurna" satu benda sahaja.
Begitulah proses kehidupan. Kita cuba untuk mengetahui banyak benda walaupun mungkin sedikit daripada hanya tahu 1 benda yang belum tentu pun semua kita ketahui tentangnya. kan?
DeleteSaya tak pandai masak juga, especially kalau nak memenuhi expectation orang2 yang perfectionist. Tapi kalau untuk orang2 yang menghargai rezeki yang ada, Insyaallah lulus ujian. Still, belum dapat menandingi Kak Azie.
ReplyDeleteAziela, tidak timbul isu nak tanding sesiapa. Selagi kita masak boleh dimakan orang, itu suatu kejayaan. Tiada yang boleh disebut gagal pun.
DeleteTiada kayu ukur untuk menyebut pandai. Ianya sangat subjektif.
rindunya lama tak mengomen kat sini huhuhu.. Well,saya ni Kak Azie,setakat pandai masak nasi,masak yg basic2 bolehla. Pastu Spaghetti Bolognese ngan Lasagna tu bolehla nak ubah selera. Masakan Melayu memang fail...ahaks macam mana ek nak kawen? :)
ReplyDeleteNurul niiiii.... Orang yang kahwin tu pun bukan semuanya pandai masak pun. Tapi jika dah niat nak kahwin, elok juga kalu belajar dan berlatih masak. Sebab suami ni elok diikat perutnya, dan ditambat seleranya. Ahaks!
DeleteKagum dgn mereka yg OKU tapi berbakat dan berjaya.
ReplyDeleteKakak walau tak pandai masak tapi anak-anak dan hubby kakak telan juga (dah terpaksa nak macam mana - kalau nak sedap beli di luar)
Pada saya, beli di luar tu pun belum tentu lagi sedapnya Kak Zakie. Ada ketika, kita masak jauh lebih sedap. Bersih dan jimat lagi!
Delete