السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
07-12-2012
Saya menjadi seorang blogger yang hilang idea hari ini.
Buka ‘new post’ tapi terbiar nak dekat setengah jam. Mata lekat di Citra; now showing filem Ombak Rindu, untuk kali ke berapa ntah.
Tetiba sampai scene sembang-sembang Pak Dollah & Mak Jah.. bla bla bla.........
Then, MyToklaki terus berbunyi “Zah, ye lah kan. 6 orang anak macam kita. Nanti tua tinggallah kita berdua.” (dalam rumah saya dipanggil Azah)
Hmmmmm... Nak ramai, pi la menikah lagi. Dah suruh pun, bukan tak suruh. Larang pun tidak langsung.
Lauk dinner kami malam ini kebetulan ada Telor Masin. Ehh apa kaitan?
Tayang: Telor Masin yang MyKakak bawak dari kampung dulu. Beragih-agih sesama kami. Home-made dari pembekal di kampung, Kuala Kurau. Murah and sangat enak!
~...SERI BULAN tidak pernah memaksa pun HISYAM untuk mengikat apa jua sebarang ikatan antara mereka di masa kini atau di masa akan datang, kerana dia sedia lagi setia maklum hubungan yang terbentang sekarang adalah lebih indah untuk dihayati, untuk dinikmati bukan untuk dikeji walau sudah lali...~
Salam AA
ReplyDeleteBgitulah lumrah hidupkan?
Suami saya sgt suka telor masin.Dah mkn malam?
Salam Mama Ju.
DeleteKami kerap juga beli Telor Masin. Semua rakyat suka.
Kami biasanya makan malam sebelum maghrib. Sebab Toklaki suka makan dulu sebelum ke surau. Dan lepas maghrib ada anak yang kena pegi mengaji.
Anak ramai best, saya baru nak masuk 3..sedapnya telur masin kak...
ReplyDeleteJika anak baru 3 belum memadai, sila tambah lagi dan lagi. Bukan ada orang nak marah pun. Kita yang nak beranak, kan? hehehe
DeleteBes nya ank ramai...sy ank 2 urg...tr pkir bla ank2 da bsr2 sunyi nya...mmg nk tmbh tp x rezeki smpi skrg...
ReplyDeleteKalau balik Selangor, selalunya bawa telur masin balik Sabah sebab bonda jual di kedainya.
ReplyDeleteDi tempat kami ni... sebiji telur masin RM1.20 sen...
dayah penah sembang hal cam gini dengan suami..
ReplyDelete:)
Azie...
ReplyDeletesedap telur asin tu...
(saja cakap pasal telur asin.. asalnya nak tegur sebab banyak kali dah azie offer cik abang tu bukak cawangan baru...)ekekekekekek
gitu la Azie, last2 tinggai berdua.hang tengok aku, aku tengok hang, last2 trgelak...habis cerita..
ReplyDelete...suka telur masin tapi selalu tak puashati bila terbeli yang tak sedap macam buatan sendiri.
ReplyDeleteskrang ni pun dah rasa sunyi...esok2 tak tahulah macm mana...
ReplyDeleteTelur masin, peberet saya tu...
Dah terasa pun kak, tahun depan 2 orang tak ada. Tinggal lagi 2. Apa apa pun hidup perlu di teruskan. Masa tak ramai dan free sikit ni lah nak kena carik ilmu akhirat banyak banyak sikit :) Lama sungguh tak jejak blog akak.
ReplyDeleteSemlm saya offer abg leman suruh tmbah 1 lg dgn syarat ...... hahahaha ....
ReplyDeletedulu gatai2 gak berangan nak beranak 5-6, tapi dah nak masuk 29 pun x kawen2 lagi, tak nak berangan beranak ramai, nanti dah tua anakkecik2 lagi...hehe
ReplyDeletehahaha...tergelak lak baca entry ni...intro baekkk punye..tetiba last telur masin...mmg takde kaitan lngsung..hahahaha
ReplyDeleteminat sungguh ombak rindu...smlm tgk jugak..hehehe
Assalamualaikum Azie,
ReplyDeletePernah jugak Sham & Cik Asben berbincang psl isu ni.
Hakikatnya anak 1 ke 10 ke.. sampai masa kita tetap kena tinggal jugak nnt.
p/s;
Sini telur masin buat guna telur ayam saja.
sy memang berangan nak anak ramai..nanti dah tua insyaAllah ada yg sedia menjaga..
ReplyDeletetelur masin sy makan yg merah je,yg putih tolak tepi hehehe
akak..saya ada 4 jer, lagi lah sunyi nnt kan? nak tambah lagi, kuota dah di tutup pulak. Kilang dah tak moh bagi subsidi..camno? sob3!!
ReplyDeletesalam kak azie, samalah dialog mak ngan apak saya, selalu cakap macamtu,huhuh
ReplyDeletekak Azie,
ReplyDeletetelor masin biasanya bleh tahan berapa lama??
*tetiba kluo topik... ahaks!
Lelaki cam tulah suruh tak nak pulak buat cer kita larang dan2 tu nak buat.
ReplyDeleteBerdua ok lagi Kak Azie...Aina ni entah macam mana esok2 kalau umur panjang.