Saturday, December 1, 2012

Laksa Kedah tapi menu orang Sarawak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
01-12-2012


Hari pertama Disember, 2012. Bulan terakhir.

Ada banyak peristiwa berlaku sepanjang tahun. Banyakkkk sangat. Jadikan tauladan, pedoman dan kenangan. Hmmm....

****

Laksa.

Menu ni bagi keluarga kami, sejak saya kecik lagi sudah selalu dibuat. Tiap kali tiba hari besar, seperti Hari Raya or kenduri, menu Laksa Utara ni seolah wajib dibuat.

Saya tak berapa pandai masak Laksa. Dalam family, rasanya adik-adik saya lagi pandai, sebab depa rajin buat. Practice makes perfect, kan?

Sejak kahwin, saya buat Laksa Utara saja. Ikut resipi family, yang mana saya ingat saja lah. Laksa lain such as Laksa Kelantan ker, Laksa Johor ker memang tak pernah saya buat, sebab langsung tak pernah tahu pasal menu. Tak pulak rajin nak Google pun. Sebab Laksa bukan menjadi paberet sangat dalam family saya sekarang. Anak-anak makan bila ada, takdak kalu depa tak pernah request pun.

MyToklaki lagi la tak minat laksa. Dia hanya makan sekali saja, tak pernah nak ulang-ulang walaupun kadang tu saya masak banyak bila tiba Hari Raya. Kemudian 2 tahun lepas, kami beraya dan makan di rumah seorang sahabat di BTS. Kakak tu orang Sarawak tapi dia memang pandai masak! Dia hidang Laksa Kedah, dan MyToklaki makan bertambah. Dia suka! Oh takkan lah MyToklaki nak kena pegi rumah orang tiap kali dia tingin Laksa, kan?

So terus mintak resipi dan teknik. Dah pernah buat sekali awal tahun hari tu. Agak menjadi — ayat popular dalam Masterchef!

Hari ini saya buat lagi sekali, tapi kerana tak berapa yakin betul tidaknya, saya call Kak Roskalas lagi sekali. Hehehe..!


Hasilnya. “Plating tak inviting!” — again ayat dari Masterchef!

Kerana blog saya bukan blog resipi, saya tak pandai nak tulis macam resipi. Cuma saya boleh sebut teknik:
  1. Tumis cili kisar (cili kering) dengan sikit minyak sampai masak/garing/pecah minyak. (saya tambah cili padi sikit)
  2. Then, masukkan bawang besar, bawang putih (yg putih sikit saja) yang telah dikisar. Masuk BELACAN.
  3. Seterusnya, masuk bahan utama lain yang biasa kita buat kuah laksa. Isi ikan, kantan, daun kesum, asam keping...
Cuma bezanya, saya tambah satu bahan lain, 1 tin sardin (tin kecik cukup) sebagai penambah rasa ikan. Ni saya belajar dari adik saya di Penang.

Terimakasih Kak ROSKALAS! Tak sia-sia berkawan dengan Kak Ros bertahun-tahun lamanya. *nama Roskalas itu sendiri adalah dari bahasa Sarawak.




~...jangan menyebut benci jika di hati tidak pernah terlintas iri, jangan menyebut rindu jika di sanubari masih ada dendam tak terperi lalu HISYAM terus juga pergi ke Tenggara walaupun SERI BULAN berdegil hendak bercuti ke Padang Lalang yang jarang dijengah orang...~



 




6 comments:

  1. Tq Azie... dapat cara baru, tumis dulu bahan untuk kuah..... mesti kuah sedap sebab bahan sudah sebati dalam tumisan!

    ReplyDelete
  2. wow..........

    serius.. ayu pun suka makan...
    tq syer resepi. walau tulis macam tu.. ku faham

    ReplyDelete

  3. Hi Azieazah, nice laksa, di Perlis ni kdg2 tk masuk belacan.tpi bawang besar mesti kena banyak..isi ikan biar banyak juga baru pekat.
    Daun kesum jgn lupa.itu penambat memberi aroma hebat...

    Dont stop cooking..have a beautiful nite ahead.

    ReplyDelete
  4. Makchaq masa kecik2 suka sangat makan laksa, la ni suka jugak tapi tak la hantu macam dulu.. Tengok gambaq ni teringin pulak nak makan...

    ReplyDelete
  5. ...kebetulan pulak...esok memang dah rancang nak buat laksa..kitorang punya kuah laksa pun kena letak 1 tin kecil sardin...lebih sedap!

    ReplyDelete
  6. laksa sarawak pun sedap.. dah terai sekali...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails