Saturday, December 1, 2012

MAMA 2012 punya pasal, remote berganti servis...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
30-11-2012


Petang tadi ada mesorat tergempar di tempat kija. Bukan tergempar pasal ada isu kontroversi or perkara hangat pun. Tergempar sebab tiada notis awal. Lagi 5 minit nak balik, baru dibagitau.

Kebetulan malam ini pun ada sudah ada temujanji untuk suatu mesorat lain. Macam berjanji pulak. Hari ini hari mesorat sedunia, kah? Ohhh lupa, kan ker kita sedang melihat Mesyuarat Agung UMNO?


Kalu tak kerana mesorat tadi, tak merasa la saya Prosperity Burger ni. Tak ingat bila kali akhir saya makan burger ni. Lupa. Jarang beli.


****

Balik dari mesorat tadi, saya dah agak anak-anak dara pasti sedang layan MAMA 2012. Beberapa hari sebelum, masing-masing dah siap warning, booking sekian time sekian tarikh nak tengok MAMA ni. Saya tak pernah tahu apa itu MAMA. Ohhh program anugerah muzik untuk artis Korea rupanya. Patutlah bersungguh bebudak ni nak tengok. Maklum depa memang tengah kemaruk artis/muzik Korea tahap Gaban!



Sejak keempat-empat anak dara saya minat Korean artis, depa saling mempengaruhi. Yang paling ketara masing-masing dok kemaruk siri Running Man yang beratus-ratus siri tuh ler. Pastu selalu Google cari gambar artis Korea. Ini kerja Chak dan Alia. Bila dah collect, save dalam pen-drive, dan saya jadi tukang printnya (maklum printer warna). Untuk apa? Gunting dan simpan macam album gambar.

Ohhh lupa... masa saya sekolah rendah dulu saya pun pernah buat lagu tuh. Tapi tak print la. Zaman belum ada internet. Gunting dari majalah, pastu tampal kat buku. Selalunya buku rampaian yang dah penuh dan tak pakai lagi, jadi mangsa. Sampai naik tebal buku tu sebab penuh bertampal gambar artis! Yang kompom la lawa-lawa dan hensem-hensem!

Program MAMA 2012 tadi hampir sepenuhnya dalam bahasa Korea. Jadi part anugerah tu boleh lah tune ke siaran Maharaja Lawak Mega, tapi part lagu memang depa nak layan. Muzik yang universal, wpun bahasa tidak difahami, tapi kebanyakan lagu popular artis Korea, bebudak ni boleh ikut nyanyi. Heran aku! Ops... saya pun minat lagu Hindi walaupun tak faham sepatah haram.

SHINee juga perform tadi.

Lain-lain artis, saya tak kenal sangat. Kecuali biasa la dengar bebudak ni sebut nama-nama seperti kumpulan Super Junior dan Big Bang.

Artis Korea hampir semua cun, sweet, cute, comel dan saya pernah tulis plastic surgery di kalangan artis Korea (dan Hong Kong serta Jepun) adalah perkara normal di sana.





~...walaupun SERI BULAN pernah menyebut dia sangat meminati lelaki sedikit sepet tetapi apabila melihat HISYAM buat pertama kalinya semasa di majlis reunion dulu dia sudah lupa tentang comelnya sepet mata lelaki, tentang cutenya senyum lelaki, juga tentang romantisnya bahasa lelaki dari tanah besar kerana yang dilihat hari ini melebihi segalanya...~



 




1 comment:

  1. Anak2 Aina yang dua beradik tu pun sama tapi belum lagi la nak buat koleksi bagai cuma depa dok ulang2 lagu korea je.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails