Tuesday, December 4, 2012

Biarlah Rahsia? Memang rahsia sungguh...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-12-2012



Semalam saya dan MyToklaki tonton satu drama di 104 Prima, bertajuk “Biarlah Rahsia”. 2,3 kali dok tengok promo, macam best. Well... tontonlah dari mula. MyToklaki tengok dah separuh jalan sebab balik dari surau dia ‘tersangkut’ di kedai kopi layan Pertandingan Bintang (ala-ala Kilauan Emas) di RTM2.

Drama Biarlah Rahsia, mengambil tajuk lagu popular Siti Nurhaliza, dan lagu ini menjadi tema drama. Drama lakunan oleh cuma 5,6 pelakun sahaja, tapi gandingan yang cukup hebat. Zahiril Adzim, Tiz Zaqyah, Norish Karman, Zaidi Omar, Kazar, seorang pelakun tak kenal watak doktor dan heroin citer ni ialah seorang jururawat bernama Puteri. (tak ingat nama dia, walaupun dah pernah tengok dia berlakun dalam drama ‘Jambatan ke Syurga’ hari tu)


Pelakun yang saya minat ini, bukan sahaja kerana tahi lalat manisnya itu, tetapi kerana lakunannya. Dalam drama ini, dia menjadi Rizzuan, anak kepada Norish dan Zaidi. Anak yang menurut kata. Terlalu menurut kata, sehingga isteri sendiri menjadi mangsa dan deraan dalam rumah mereka. Rumah banglo besar yang hanya satu-satunya di tengah hutan, jauh dari jalan besar, 2 jam perjalanan dari pekan.

Rumah yang menyimpan misteri dan rahsia. Isteri Rizzuan (Nila) dikurung, didera mentalnya, kerana sebab yang tidak jelas. Yang saya faham, dia dikatakan sakit jiwa dan kemurungan yang teruk kerana keguguran anak. Sering meracau dan mengamuk. Lalu Puteri dihantar bertugas sebagai jururawat, dan kemudian menyedari sesuatu yang pelik terhadap rumah itu dan seluruh ahli keluarga.

Akhirnya Puteri berjaya menyiasat punca kenapa Nila meracau, meraung dan merayu dibawa keluar dari rumah ‘neraka’ itu. Rupanya, setiap kali dia mengandung, anaknya adalah lelaki dan digugurkan dibunuh. Bersubahat dengan doktor peribadi keluarga, semua rahsia keguguran disimpan rapi.


Pengakhiran cerita, Puteri berjaya menyingkap bahawa semua itu berpunca dari Puan Hamimah (Norish Karman), ibu Rizzuan sendiri. Terlalu inginkan cucu perempuan. Taksub. Setiap kali menantunya mengandung, dia mahukan cucu perempuan. Dan yang lebih sadis, lelaki yang mengandungkan menantunya adalah suaminya sendiri! Tuan Aziz.

Cubaan Puteri untuk membawa Nila lari dari rumah itu gagal, dan Puteri akhirnya turut menjadi mangsa sama seperti yang diterima oleh Nila. Dikurung dan kisah sadis untuk mendapatkan cucu perempuan itu berulang lagi.


Kisah itu berakhir begitu saja! Ohhh... gerammnya. Memang rahsia sungguh...!




~...walaupun SERI BULAN tidak pernah bersijil berjela tentang apa yang disebut bidan or misi kampung, tetapi dia sangat memahami setiap kali ada kisah meroyan disebut orang dia menyimpan malu sendiri bila HISYAM pura-pura pandai bertanya kenapa kening mesti berpilis, kenapa bengkung tidak pernah nipis...~


 




42 comments:

  1. citer psiko takde ending. nasib baik pelakonnye besh. heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang best ialah Zahiril Adzim. Tiz Zaqyah asyik meraung saja.

      Delete
  2. Replies
    1. Giler dan bodoh. Ada ker mak mertua soh laki dia rogol menantu sendiri?

      Delete
  3. Uish...geramnya...kalau saya memang tak lelap tidur tu.

    ReplyDelete
  4. penat tGk citer nii coz kene fikirkan endingnya sendiri. anyway jln citernya best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan? Suspens dan tak jemu. Plot dia laju.

      Delete
  5. Tak seronoklah cerita tanpa 'kesudahan'...

    Sekarang ni banyak drama yang Norish tu berlakon jadi perempuan jahat, kan?

    ReplyDelete
  6. saya tak sempat tgk. en. abah nak tgk pertandingan bintang kat tv2 tu le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar citer, pertandingan akhir Bintang tu pun best juga, kan?

      Delete
  7. Hahahahaha! Cite Melayu mmg bt org geram je kak. Hahahahah!

    ReplyDelete
  8. saya pun bengang tgk ending mcm tu, sia2 jer tgg 2jam

    ReplyDelete
  9. tgk promonya memang dah rasa best.. tapi terlupa pula nak tgk malam tadi.. haisshhh.. nasib akak bercerita di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ulangan rasanya nanti. Tak puas tengok si Zahiril Adzim. Ahaks!

      Delete
  10. Tengok cerita tak der ending ni buat tak lena malam kak...GERAM pun ada, tertanya2 apa yg terjadi lepas tu. Takkan 7 keturunan jadi macam tu.

    ReplyDelete
  11. ...macam syiok je ceritanya tapi sayang saya tak melanggan Astro tapi melalui belog Azie ni dapatlah tau mengenai drama2 di stesen itu sekurangnya taklah terpinga2 bila rakan menyembang di sini mengulas mengenainya...thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasanya mengulas drama-drama yang best mengikut pandangan saya saja. Ada orang setuju ada yang tidak.

      Delete
    2. Tapi knpa info astro cerita ni lbh krg cam ni..." nila yg telah b'kahwin dgn rizzuan tapi menjalin hubungan t'larang (sejenis) dgn puteri".....
      Agaknya sebab tu cerita ni 't'gantung' sebab byk scene kena edit ataupun info astro tu yg salah.Maaf kalau saya t'silap sebab tengok dah separuh jln:))

      Delete
    3. Tapi knpa info astro cerita ni lbh krg cam ni..." nila yg telah b'kahwin dgn rizzuan tapi menjalin hubungan t'larang (sejenis) dgn puteri".....
      Agaknya sebab tu cerita ni 't'gantung' sebab byk scene kena edit ataupun info astro tu yg salah.Maaf kalau saya t'silap sebab tengok dah separuh jln:))

      Delete
    4. Betul Wan Yu, Kak Azie pun ternanti-nanti jugak bila nya ada skandal lesbian antara nurse tu dgn Nila. Dan konon “info” tulis nurse tu jadi madu Nila. Semua info bercanggah terus dengan cerita yang sebenar, kan? Langsung takda pun Rizuan tu kahwin dengan nurse tu. Tergelak pulak bila diingat.

      Delete
  12. tgk juga mlm tadi...seram sangat..menjadi betul watak norish karman tuh...tapi endingnya tergantung...kasihan puteri jadi mangsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri tu jadi sama macam menantu yang lain tu. Semata-mata nakkan cucu perempuan,kan? Rasa macam tak masuk akal.

      Delete
  13. bila tgk promo citer ni dah pasang niat nak tgk... tapi bila masa ditayangkan je mulalah lupa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler. Kak Azie pernah niat nak sangat tengok filem Laskar Pelangi dulu, pastu asyik lupa. Akhirnya tunggu lama baru diulang semula. Masa tu pastikan betul-betul jadualnya.

      Delete
  14. azieazah
    Bila "ending"nya "abrupt", maknanya baik hatilah si pengarahnya. Dia beri kita kebebasan buat penutup sendiri. Patut ada pula peraduan, penutup siapa yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ada peraduan? Berebut orang sms nanti.

      Delete
  15. wak pon dh lama X tengok drama tv jugakkk.. UUhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abih... Wak tengok apa. Tengok gelas saja kah?

      Delete
  16. kak saya tgk cite tu dah nk habis tapi sakit hati tgk..rasa macam tak bermoral jer cite camtu..saya emosi sikit kalo tgk cerita yg tak patut berlaku dlm masyarakat kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Kak Azie tak boleh terima bila ada perempuan sanggup soh suami sendiri rogol menantu perempuannya. Giler!

      Delete
  17. Tak sempat pula menonton drama ni..

    ReplyDelete
  18. baru lepas tengok cita ni.. best tapi ending tergantung, geram kot.. btw, Zahiril Adzim teramat sangat handsome :D

    ReplyDelete
  19. Bila tak habiskan ayat tu...memanglah menjadi rahsia dan geram sungguh. Sebenarnya saya pun tak sempat nak tengok.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails