Friday, December 7, 2012

Kerjaya saya: Depression tu apa sebenarnya?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
07-12-2012


Sejak saya join tempat keja yang sekarang, saya kerap dengar rungutan dari Lady Bos bukan bini Bos Besar dan juga MyManager pasal depression.

Dari bulan ke bulan, akhirnya saya dengar mereka berdua sampai ke tahap terpaksa bergantung kepada jumpa doktor tiap bulan dan ubat depression. Sebelum ini saya memang tak pernah tahu apa itu depression. Bermula dari tekanan, la kan?

Yang saya sangat pelik (dengan diri saya yang naif ini) saya tak pernah ambil tahu pun sebelum ini. Sebab sebelum ini walaupun saya bekerja dengan Bos dari luar negara, dengan staf yang berpuluh-puluh orang, dengan manager yang ramai juga, belum pernah sekali pun saya dengar mereka ni bergantung kepada ubat depression. Menyebut diri kena depression pun tak pernah. Walaupun kami dulu banyak buat journals @ medical reference books belum pernah saya dengar sesiapa yang terkena penyakit yang tak nampak ini.

Dan antara sebab yang menyebabkan tempat keja saya TERPAKSA menutup operasi hujung tahun ini adalah:
  1. Dua (2) orang pihak Management dan Sales kena depression yang teruk dan tak boleh nak terima tekanan lagi.
  2. Big Boss saya sudah berumur 68 years, pernah buat major operation jantung dan dia memerlukan suasana kerja yang tidak menekan. Lady Bos bukan bini Bos Besar itu sudah 60 years.
  3. Mereka sudah ada harta yang cukup hingga 7 keturunan (bangunan 3 tingkat ini sudah habis dibayar lama dulu, semua mesin dalam factory tiada hutang lagi, kereta Mercs sudah 3 biji, rumah dan kondo) lalu untuk bekerja bermatian seperti masa muda bukan lagi keutamaan.
  4. Persaingan yang semakin ketat antara buku dan IT bilamana orang semakin kurang membaca buku tetapi lebih gemar membaca online, malah student hari ini pun menerima text dari guru/pensyarah melalui email atau FB Group > contohnya.
Yang kerap saya dengar bila mereka ni kena depression, selalu buat muka tak boleh tengok, takda mood nak kerja, tak lalu makan, menung dan lembik longlai. Kenapa tiada positif dalam diri mereka?

Lalu, seorang saya amat menghormati suasana dan keputusan. No heart feeling. Saya sendiri bukan muda lagi untuk berbalah apa pun. Saya sendiri malas nak fikir perkara yang bukan bidang kuasa saya atau bukan urusan saya.

Saya sentiasa tahu di luar sana banyak lagi peluang kerja, banyak lagi tempat untuk berbakti dan memberi sumbangan juga rezeki yang menanti. InsyaAllah lebih baik, siapa tahu.



~...HISYAM sentiasa bersifat memahami, bersikap menanti lalu SERI BULAN pula sengaja membuat hal tanpa kompromi dan setiap kali ada balah-tegah di ruang tengah Mak Utih akan menjadi orang kiri dan kanan dengan niat menolak salah seorang ke lawang yang terbuka luas atau setidak-tidak seorang yang letih dahulu akan masuk merebah diri di lembek beralas cadar belang-belang...~



 




27 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Semua dah ada, buat apalah nak stress bagai kan? hu hu hu hu jwpn yg takdak motivasi.

    Hakikatnya, kalau saya ada reta benda hingga 7 keturunan tak habis, saya mungkin mcm dia orang jugak kecuali bila bab "suka dgn keja saya kat sini" tapi kerja itu sebab suka aje. tak adalah mati-matian berjuang sebab selain dr rasa "suka" itu, dah tentu saya nak nikmati hidup buat sesuatu yg saya suka contohnya: habiskan duit keliling dunia & byk benda lain lagi nak buat.

    Sila jgn stress ya...stress buatkan kita tak awet muda lagi. Moga2 cepat dpt keja baru ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita belum sampai peringkat itu, jadi agak susah kita nak selami apa yang ada dalam fikiran depa. Saya insyaAllah akan terus bersikap positif dan bertenang. Tentulah saya nak awet mudo selalu! hahahaha

      Delete
  2. salam kak..
    saya selalu keluar perkataan 'stress' ja..he he
    ubat depression tu susah tau nak buat, tapi semakin mendapat permintaan sekarang ni (pasaran malaysia)..

    doakan yg terbaik buat akak..moga dipermudahkan segalanya untuk akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie tak pernah tahu pasal ubat depression tu. Sebab apa yang difahami, bila kita ada masalah hati dan perasaan seeloknya berzikir, berdoa dan bersikap positif.

      Delete
  3. setakat nih tak teruk benor lg.. payah2 sy cr krja lain.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu boleh menyusun hidup semudah itu, bagus. Kita kena bertenang dan positif selalu.

      Delete
  4. alhamdulillah..nasib baik opis Nur tak stress...siap kena ambil ubat bagai ni...mmg strees kerja kat situ rupanya...moga dilindungi olehNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun heran kenapa depa mesti stress? apa yang stress sangat pun tak tau la.

      Delete
  5. Assalamualaikum Azie.

    OOOOOOO...
    iNSYAaLLAH rezeki menanti nanti.
    Jom fikir dan zikir.
    tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Mama Ju. Saya belum lagi nak fikir apa-apa yang serius. InsyaAllah ada rezeki. Saya tak bimbang pun

      Delete
  6. My fren cni...opis mate but not in 1 unit team...ada 2 org yg kaya sgt...harta bole d gela jutawan...tp tetap setia dtg opis bt keja yg kdg2 dgr jg dia merungut2 stress...but keja in govt stress mcm mn pn bole handle lg...kwn tu pn ada masa jg tiap2 tahun g melancung obersi 2/3 kli..kdg pegi tmpt yg sm byk kli sbb asben da bli tikit..imagine kn org bgtu da duit byk tp nak jg keja..if sy..dah lama duduk rmh kikis kuku shj...my fren tu bngsa cina...urmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang cara hidup orang lain tak sama kita. Kita sering berangan nak jadi macam orang hebat dan kaya pada pandangan mata kita. Tetapi ada juga orang yang jenis tak pandai nak nikmati hidup.

      Delete
    2. Ya betul tu...sbb tu duit dia byk....hihi...klu tingok luaran sepa yg x knl...x tau yg urg tu duit be kepuk2 dlm bnk..hihi

      Delete
  7. Dear Azie.depress (murung ) memang lebih drpda tekanan.lebih tension la tu kalau smpai murung.tapi kalau saya jdi big boss saya akan teruskan business walau harta meimbun.walaupun menggunakan pimpinan baru, bos baru.at least periuk nasi para pekerja terjamin.
    Tutup business mknanya tutup pntu rezki org yg brgantung hidup dgn kita.Anyway yg bgi rezki ialah Allah SWT.doa dan berbaik sgka.In Sya Allah..kita akn keluar dari msalah itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos saya dilihat sebagai orang yang pentingkan diri sendiri. Itu yang saya dengar dan lihat. Apapun saya tidak salahkan pihak dia. Anggap itu suatu putaran hidup.

      Delete
  8. Org dah kaya kadang merasa dia belum kaya Azie.

    Dahsyat juga tempat kerja Azie sampai ada yg kena depression. Betul banyak tempat boleh cari rezeki. Pengalaman kakak dari dulu hingga kini walau melompat dari satu company ke satu company semua bos kakak bukan org M'sia agak mudah deal. - syukur dan harap boleh sampai pencen hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang saya pun tak faham kenapa mesti sampai kena depression? Kenapa tidak pandai mengawal kerjaya sendiri hingga memudaratkan? Saya jadi heran...

      Delete
  9. kat tempat keje sy ada yg ditamatkan perkhidmatan sbb depression.kiranya depression ni betul2 penyakit berhantu zaman teknologi ni..

    pendapat sy semuanya berbalik kpd diri sendiri.kita yg kawal diri bukannya org lain.semua org stress,semua org tension.pandai2 kawal emosi diri supaya stress tak berubah kpd depression..

    so kak azie kena cari keje lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah kan? Stress tu kena kita sendiri yang mengawal supaya tak menjadi mudarat dan teruk sehingga kena makan ubat depression. Sedangkan kerja macam Kak Azie ni tekanannnya tidak lah seteruk mana pun. Entahlah lain orang lain perangai.

      Sekarang ni relax dulu, bulan depan baru start pegi interbiu.

      Delete
  10. Kadang2 depress nie ialah interpretasi kepada emosi lain. Tapi ambik general, sebut depress jer. Hehehehehe. It could be kecewa, sakit hati, panik, risau, dan juga tak ada mood. Kan..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju. Yang saya tak bleh faham tu, bukannya budak-budak lagi. Dah matang dan lebih tua dari saya. Duit banyak pun masih depressed? Lain la orang susah selalu tak cukup duit macam kita ktia ni...

      Delete
  11. emosi sahaja ..
    kalau di layan depress lah kak ekek ;)

    ReplyDelete
  12. ishhh..takutnya dengar perkataan tu kak..apa pun sekali keadaannya kita yang kawal diri kita..Insyallah ada lah rezeki untuk akak berbekalkan pengalan yg lama tu..

    ReplyDelete
  13. wasatiah untuk segala2nya..insyaAllah semuanya selamat ^_^

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails