Sunday, December 9, 2012

Azrul Hisham sudah bernikah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
09-12-2012


Sabtu, 08-12-2012, saya, Kakcik Nur Seroja & Acu Sephia yang menerima undangan ke walimatulurus blogger AZRUL HISHAM.

Kami hadir di majlis sebelah perempuan di Rawang kerana majlis di sebelah Azrul minggu hadapan di Terengganu, agak menyukarkan kami hadir.

Pengantin serba ungu.

Tak plan, kami pun rupanya hampir sedondon dengan tema majlis.

Nasi Hujan Panas disebut orang. Jarang saya jumpa di mana-mana majlis pun. Ishak Catering, Batu Caves.

Saya suka Ayam Masak Merah, pilih part kepak yang kurang isi (kurang muak). Acar Buah yang enak. Cuaca yang terang-benderang sangat membantu keserian majlis persandingan.

Saya mengenali Azrul Hisham lama dahulu, kalu tak silap 3 tahun dulu. Jumpa di gathering blogger beberapa kali. Dia seorang anak muda pendiam tetapi tidak sombong. Hubungan kami sesama blogger bagai adik kakak tidak pernah ada masalah langsung.

Tahniah Azrul Hisham & Cik Sakura (sekarang dah tak ‘cik’ laa..), semoga kekal rukun aman damai dan bahagia hingga hujung nyawa.




~...ketika marhaban mengiring majlis berinai kecil di rumah beratap zink yang sedang ditimpa ujan gerimis, HISYAM terperangkap dalam sejuk dingin di balai menyiang daging, sedang SERI BULAN sudah lama melayan rasa sedih pilu dengan alunan muzik di bumbung beradun dengan rentak marhaban yang indah...~



 




10 comments:

  1. Tahniah pengantin...cantik warna baju pengantin

    ReplyDelete
  2. Rasa mcm nak kawin sekali lagi .....keh keh keh ....rindu detik debar2 tu ....kuang kuang ....

    ReplyDelete
  3. tahniah azrul...moga kekal selamanya

    ReplyDelete
  4. tahniah pengantin..
    acar buah is my peberet kak azie..kalau pegi kenduri mesti cari acar buah:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    selamat pengantin baru Azrul hisyam dan CIK PUAN sakura ;) moga bahagia dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ejaan nama ‘hisyam’ tidak tepat. ‘hisyam’ itu belum kahwin. Ahaks!

      Delete
  6. kita pun pergi..tapi agak lewat, selepas 2.30 ptg

    ReplyDelete
  7. Ehhh tersama pulak, semalam saya pi kenduri kahwin anak staff ofis lama juga dihidangkan oleh Ishak Catering batu caves. Cuma kami dapat nasi minyak biasa yang lembut sangat. Anak dara saya sampai menambah nasi 2 kali padahal nak hentam nasi lemak 2 pinggan pagi tu!

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kepada kak Azie and the gang sebab sudi hadir ke majlis. Kepada yang berada di sekitar Terengganu dijemput hadir ke majlis sambut menantu pads 15hb ni.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails