Monday, December 10, 2012

Rumah blogger terbakar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
10-12-2012


Selepas hadir di majlis perkahwinan Azrul Hisham di Rawang, kami kemudian bergerak ke Lembah Beringin untuk menziarahi keluarga seorang blogger yang ditimpa musibah.

Rumah blogger Linda Rosman @ KakNgah telah kebakaran pada Selasa 4 Disember lalu. Rumah kuarters yang didiami mereka sedang dalam proses untuk baikpulih dan semua staf yang menetap di kuarters berkenaan sudah mula mengemas untuk berpindah sementara di taman berdekatan untuk tempoh 3,4 bulan.

Linda sudah mengemas dan membungkus beberapa barangan dan pakaian. Tetapi pada hari kejadian, dikatakan anak lelaki ke-3 nya bermain lighter yang dijumpa dalam bilik tidur. Mula membuat eksperimen dengan membakar buku, sehingga api tiba-tiba menyambar langsir dan merebak.

Bilik tidur utama musnah sama sekali. Di sini api bermula.

Bilik air yang turut musnah seluruhnya.

Bilik anak-anak di sebelah juga hitam oleh asap dan banyak juga barang rosak disambar api.


Ruang tamu juga turut rosak, cair dan musnah.

Mujur sebahagian perabut sudah dibungkus plastik untuk berpindah. Malah sebahagian barang juga sudah ditempatkan di rumah sementara termasuk dokumen penting keluarga. Syukur.


Sedih...

Koleksi novel Linda yang turut musnah.

Yang empat segi yang hangus berwarna hitam itu adalah al-Quran.

...tetapi isinya masih baik terpelihara.

Semoga Linda & Rosman sekeluarga tabah dan bersabar dengan ujian ini.

Untuk pengetahuan, kutipan derma juga sudah mula dibuat sesama blogger bermula dari KKA ke akaun Linda sendiri dan cadangan untuk lawatan ke rumah beliau juga sedang dirancang pada 30 Disember akan datang. InsyaAllah.





~...SERI BULAN bukan tidak takut kepada api menyala tetapi HISYAM pernah beramaran untuk lebih takutkan api membara di dalam sekam yang tidak kelihatan tetapi bahangnya boleh terasa dari hujung kepala tanah sampai ke hujung kampung tanah sawah bermula...~



 




15 comments:

  1. Assalamualaikum Azie

    Moga Allah mengantikan yg lebih baik dan cantik lagi kepada mereka

    ReplyDelete
  2. Kalau tiada halangan, bolehlah kita bersama dengan rombongan pada 30/12 nanti ya Azie. :)

    ReplyDelete
  3. tahziah buat keluarga blogger nih.. moga tabah menghadapi dugaan.

    ReplyDelete
  4. Kesiannya... mujur juga dokumen penting telah dihanter ke rumah baru. Tindakan teman blogger di sana sgt kakak kagumi.

    ReplyDelete
  5. Semoga tabah menghadapi dugaan Nya...

    ReplyDelete
  6. Semoga beliau tabah menghadapai musibah ini...

    ReplyDelete
  7. Insyaallah...nanti boleh sama2 ziarah ke sana.

    ReplyDelete
  8. takziah.moga Allah akan menggantikan dgn krnia yg lebih baik.amin..

    ReplyDelete
  9. Subhanallah, Al Qur'an tu masih elok lagi...

    ReplyDelete
  10. banyak juga barang yang musnah, nasib baik semua anggota keluarganya selamat...

    ReplyDelete
  11. sedih...tapi malang memang tak berbau kan...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah depa sekeluarga selamat, budak2 memang suka main mancis/pemetik api.. kawan makchaq pun ada rumah terbakaq pasai anak2 try bakaq tilam...

    Takziah Azie atas pemergian Mak Mertua, semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  13. Hope Linda sekeluarga tabah dgn ujian ini

    ps: takziah buat kak Azie atas kehilangan ibu mertua

    ReplyDelete
  14. ala sedihnya tgk banyak barang2 peribadi hangus..tp terubat rasa tgk AlQuran tu..

    kak azie, takziah ye..

    ReplyDelete
  15. kesiannya..semoga mereka tabah dgn ujian ini..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails