Tuesday, August 27, 2013

Majlis Raya Tempat Kija: meriah dan tak murah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-08-2013


Sekitar Majlis Aidilfitri di tempat kija saya, yang berlangsung Sabtu, lalu. Malam hari.


Saya snap seawal 6:30 pm.


Staf ada kira-kira 400± orang. Hadiah cabutan cuma ada 100 hadiah. Rebut la. Dan tahniah kepada yang bertuah.




AJK & petugas boleh makan dulu (last minit saya ditugaskan untuk menjaga bahagian meja VIP). Tapi agak rugi juga sebab saya hanya sempat makan Spagheti, sedikit satay, Murtabak Telur (yang tak sedap pun...), dan Udang Masalla yang enak sangat...! Kambing Golek Panggang yang menjadi pelakun utama malam itu, saya langsung tak sempat nak rasa.





Inti (telur) untuk Murtabak.



Masa mula tengok chef tu kerjakan Murtabak Mini ini, saya teruja nak rasa. Sebab nampak lain dari yang lain. Tapi, bila dah rasa, hmmmm sekeping yang kecik tu pun tak boleh nak habis. Mungkin saya yang tak ‘pandai makan’.


Teka Sampul Raya. Saya teka 208. Rupanya cuma 195. Tak pasti sapa yang menang.


Ini sudut makanan untuk anak-anak. Tapi mak-pak budak pun belasah gak.


Antara tetamu khas ialah Anak-Anak Yatim, dari Sungai Buluh.


Selain setong aiskrim untuk anak-anak, clown ni jugak menjadi tarikan.



Tiap tahun ada pertunjukan bunga api. Memang jelas memeriahkan lagi majlis.


Penyanyi AIREN (yang menjadi penyanyi secara tiba-tiba malam itu). Sedap gak dia nyanyi lagu Hari Raya. (Sempat pula ibunya [Datin apa ntah, tetamu VIP OurTopGun], berbisik kepada saya “Anak saya ni penyanyi kumpulan rock, ada satu album. Esok dia kuar Melodi”. Tapi saya tak tengok pun Melodi tuh!


MyAbang Long dan MyKakak Ipar yang turut mendapat undangan khas malam itu (kebetulan pula saya jaga area meja VIP). [Depa berdua ni orang Kementerian yang sering berurusan dengan beberapa pegawai di sini]

Last but not least... Puan Blog.


Packing makanan pun antara tugasan saya.


Ya... yaa.. sama tang hidung. Saya tahu! Hahahaha!

*Oh ya... hadiah utama TV 50” tu dimenangi oleh seorang kakak dari Store Department, selepas 4 orang (EMPAT orang tau...) nama sebelum tu tak muncul. Nama ke-5 baru ada pemenang. Perhh...! Hadiah 2nd Grand TV 39” dimenangi oleh seorang staf lelaki. AZIE? yeah... saya cuma dapat penat. Tapi syukur.





 ~...antara sebuah ikrar janji dan dendam terindah yang pernah terluah, mana pernah sama dengan airmata yang pernah tumpah lalu HISYAM seboleh mungkin tidak mahu mencalar langsung hati seorang SERI BULAN apalagi mempunyai niat untuk melukakan hati seorang teman setia yang dulua pernah kata, alangkah perit berdepan muka tapi tidak dapat berkata-kata cinta... Huh!~




52 comments:

  1. alamak, bestnyaa kalau dapat tv 50 inci tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la best. Grand prize tuuu...!

      Delete
    2. Memang rezeki kakak tu la kan kak? Dah lepas 4 orang baru nama dia terpanggil. Mesti 4 orang yang nama mereka kena panggil tu menyesal giler sebab tak ada. Terlepas macam tu aje.

      Delete
    3. Betul. 2 nama adalah dari department kami. Memang frust giler dia. Siap kene ejek la bila masuk ofis Senin hari tu. hahahaha!

      Delete
  2. Blom ada rezeki tu kak...insyallah thun depan...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Sebenarnya dok target Kamera DSLR tapi malangnya tahun ni kamera yilek.. Agaknya tu pasal la tak dapat hadiah lain kot. hahha

      Delete
  3. Walaupun dapat penat tapi saya hepi!

    ReplyDelete
  4. wow seksinya kambing tu.ehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kambing yang dah takda bulu, memang la seksi. Wakakka!

      Delete
  5. Wah...jaga VIP best sebab jaga kakak n abang sendiri...hehehehhe. Tapi memang penatlah macam gini kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan la pulak, abang dan kakak pun dapat jemputan, wpun saya tak bagitau depa pun pasal majlis nih.. Petang tu tetiba jer depa call bagitau depa nak mai sebab dapat undangan khas. Kebetulan la pulak.

      Delete
  6. Kak, benda hijau dalam first gambar tu, garden hose kah? Apa dibuatnya kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... masa snap dah nampak dah tapi tak berani nak ubah pun. Tu depa stanby jer kot kot masa bunga api ada apa fire ker.. hehehe

      Delete
  7. bunga api tu yg best ... sempat gak datin tu wat promosi utk anaknya . saya pun jarang tgk melodi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga api tu menjadi acara tetap setiap tahun, kata depa. Kira-kira 10 minit pertunjukan tu. Best gak!

      Delete
  8. memang meriah sesangatlerkan... ituler pasal sekarangni kalau ada duit semuanyer jalankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu cuma acara tahunan. TAk leh buat selalu, banyak kos nya tuuu

      Delete
  9. siap ada bunga api tu...meriahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... bunyi dan warna tu sebagai penambah kemeriahan...

      Delete
  10. tiap kali uruskan hadiah gini, sy selalu tengok saja...... semua y sy nak, kene usaha... jarang bertuah.... usaha tangga kejayaan mmg nadi hidup sy. :) biar penat asal seronok


    errr.... sy x tgk melodi pun... dah tua kot, x dulik pun pasal artis ni.. (dr x tua dulu pun camtu gak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. saya pun tak layan melodi. tak ambil kisah pun pasal artis. kalau artis lalu depan saya, mesti kesian kat depa, sebab saya tak de la nak minta autograph depa semua. saya buat tak tahu lagi ada la.

      Delete
    2. Kak Azie tak kisah sangat pasal TV tu, sebab dulu dulu dah pernah dah dapat hadiah TV lucky draw company. Dok target Kamera DSLR sebenarnya,. tapi hmmm hampa.

      Delete
    3. Sama ler. Belum pernah lagi Kak Azie ni pi mintak autograf mana-mana artis pun. Malah tak heran sangat pun dgn signature depa. Bergambar dgn artis, sekali dua tu ada ler juga.

      Delete
  11. Amboi..gojes tudung puan blog. pinky winky...cntik kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gojes yaa.? hahahaha maklum, nak tunjuk baju raya. hahaha!

      Delete
  12. wah meriahnya kak azie, siap buat waktu malam lagi, ada bunga api.. best2.. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best.. cuma bab makan dan hadiah tak dapat tu... tak best!

      Delete
  13. Replies
    1. Yup. Acara company tahunan setahun sekali...

      Delete
  14. akak.. sy dah tgk baju akak.. kiki..

    apa2 pun meriah sekali majlis office akak.. ada gak la kan (majlis raya) dr takde cam kampeni sy nih.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti design cantik-cantik untuk baju tu yaaaa! hahaha

      Delete
  15. wahhh. lain mcm menu jamuan raya ofis akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa la yang lain nya. Majlis Raya kami ni ala ala dinner tahunan. Masukkan semua agenda dalam satu majlis. Mudah dan jimat.

      Delete
  16. meriahnye kak! best!
    dlm begitu, pada yg kurang bernasib baik tetap tk dilupakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah. Meriah tu mungkin juga kerana jumlah staf yang ramai dan agenda yang disusun untuk semua orang.

      Delete
  17. Lucky draw?? Hmm.. dari dulu tak penah lucky.. huhu


    *cam sedap ja nampak kamben tu.. sayangnya eja tak makan daging kamben..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa ruginya tak makan kambin. Sedap tau. Tapi malam tu, Kak Azie pun tak sempat rasa.

      Delete
  18. meriah dengan makanan..meriah ngan hadiah..hati lagi meriah kan azie =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. betul. Hati saya sangat meriah. Senantiasa!

      Delete
  19. uih..meriah sesangat la gini,hadiah lucky draw pun lumayan. saya kadang2 ada jugak rezeki jadi yang terpilih masa cabutan bertuah. hadiah belakang kira, kalau dapat rezeki..kalau tak dapat, tumpang happy untuk kawan-kawan. yang pasti dapat adalah....penat..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada sesuatu yang kita dapat. Dapat kenangan pun kira seronok la jugak!

      Delete
  20. puan blog pink uols!!! hihihi!

    hai kakak! saya rindu awak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh dear! Kita pun sangat sangat rindukan awak!

      Delete
  21. sgt meriah majlisnya...
    tudung akak pun meriah gak tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dara saya kata, bunga tu tak cantik. Tapi ada saya kisah? hahahaha! melaram sakan!

      Delete
  22. Seronok tetap seronok. Seronok jumpa ramai orang yang selama ni dok tengok muka tapi tak sempat pun nak borak borak.

    ReplyDelete
  23. meriah sungguh majlis raya siap ada cabutan no bertuah lagi......

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails