Tuesday, August 6, 2013

Ramadan 28: cempedak itu tidak lagi di luar pagar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
06-08-2013


Hari ini hari terakhir bagi saya bekerja sebelum bercuti Hari Raya. Perancangan esok adalah ke pasar untuk barangan basah. Kalu sempat ke lain-lain tempat untuk barangan kering. MyBonda dah pesan nak Pulut Kuning, and MyAnak-anak Menakan nakkan Sambal Bilis.

Saya cuma apply cuti sehari saja, yakni esok. Raya Eve. Banyak persiapan akhir kena buat. Walaupun kami hanya akan beraya di KL saja, tapi itu tidak bermakna tak banyak kerja nak buat.

2,3 orang kawan saya galakkan saya ambil cuti lebih, sebab biasanya bila Raya, jarang cuti tak lepas. Hampir semua yang apply dijamin dapat kelulusan, cuma ada beberapa orang yang terpaksa dipotong cuti. Sesiapa yang ambil terlalu lama cuti (ada yang apply sampai 2 minggu), dipotong sehari or 2 hari. Itu biasa. Jadi kata depa, saya boleh jer apply lebih. Tapi, lumrah orang baru macam saya (macam buah cempedak di luar pagar itu...) mana ada cuti. Jadi sehari sudah memadai. Senin 12hb, saya dah balik kija semula. Rasanya saya akan menjadi orang pertama kot yang ‘balik ofis’. Takpa lah.

Sejak semalam, sudah sebahagian warga ofis dah mula bercuti. Dah mula rasa lengang dah. Jalanraya jer yang belum lengang lagi.

Uhh semakin hari saya semakin hilang idea nak menulis.

Tayang-tayang:
masa di Jinjang minggu lepas, MyKakak bawak cempedak dari kampung. Cempedak dari Kedah. Memang manis dan elok enak. Dibuat goreng masa berbuka dan memang bila dah ramai semua jadi sedap. Lalu tak puas makan.

Ahad lalu, kami jumpa satu lori mai meniaga cempedak terus dari atas lori. Mai pedi Kedah, katanya. Memang Kedah tengah musim cempedak ker la nih?

Dijual pukal, 3 biji = RM10.


Alhamdulillah... elok berkilauan serta tebal isinya.


Hasilnya. Ahh... memang berbaloi dan puas makan. Baunya saja sudah cukup semerbak serumah.






 ~...ketika ingin meneduhkan cahayanya, SERI BULAN tetap berseri selagi lelaki berwajah tenang itu terus tenang menjadi pendampingnya dan masih sudi meminjam telinga capangnya, HISYAM tidak mungkin berpaling ke arah pohon kelapa walaupun cahaya bulan hanya terlihat di celahan daun nipah tua dan sekali-kali berbayang di permukaan Sungai Menghijau Lumut...~




48 comments:

  1. Cepatnya akak msuk keje blik....orng lain msti ramai tgh dok bercuti...
    Murah tu..cempedak 3 biji spoloh hinggit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang baru, cuti belum layak. Ni pun kira unpaid leave nih. Kerja pun banyak. Kami beraya di KL saja, so 5 hari tu dah kira cukup la tu.

      Delete
  2. uiks.. makan kepek/kueh raya sorang sorang la nek cuti raya tu ek kalo x puasa 6 huhuhu cian akak.. xpe laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa. Makan ramai-ramai dengan staf lain yang bukan Muslim. Mujur la staf ramai, so tak ler sunyi sangat nanti.

      Meh la hantor kuih raya ke sini,...

      Delete
  3. tu dia....puas makan cempedak goreng!

    selamat hari raya kak azie !!!!
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas. Ada lagi sebijik lagi tak belah. Nak kene goreng juga kasi habis tu.

      Delete
  4. Kakcik langsung tak ambil cuti... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh... biar betul Kakcik! Nanti kita pegi beraya rumah Kakcik yaaaa!

      Delete
  5. Saya pulak apply cuti panjang tapi minggu depan dah kembali bekerja.. ;)
    Buah cempedak tu sangat memikat.. ;) lagi sedap kalau ai dapat.. hehehe..

    Apa-apapun selamat hari raya Aidilfitri buat kakAzie sekeluarga. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita. Minggu depan Senin dah naik semula. Apa nak buat, nasib badan orang “cempedak di luar pagar, saya budak baru belajar” hehehe

      Delete
  6. p/s salam lebaran buat kak azie sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam buat Rin juga. Selamat menyambut Syawal, semoga Raya kali ini lebih menggembirakan.

      Delete
  7. SAlam Ramadhan Azie

    sama la kita
    ambil cuti 1 hari jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang takda cuti, terpaksa la ambil sehari saja. Tahun depan baru boleh amik banyak.

      Delete
  8. aduhai..terbau2 semerbak cempedak goreng!

    ReplyDelete
  9. Saya lebih suka cempedak berganda2 dari durian. Entah mengapa. Tapi kalau cempedak goreng tu, macam tak cukup2 makan. Kalau durian, 2-3 ulas jer dah surrender.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie lebih gemar durian. Kalu yang mentah tu, ahhh tak menahan. Suka sangat!

      Delete
  10. saya suka makan cempedak...baunya harum semerbak bila digoreng...
    nnt balik kg nak carik buah cempedak laa....kalau ada jual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti negeri lain ada musim ker tidak, dok dengar Kedah jer yang tengah banyak musim sekarang ni.

      Delete
  11. Sedapnya tengok cempedak tu.... Saya suka sangat cempedak goreng...
    Selamat berhari raya kak azie :)

    ReplyDelete
  12. lama tak makan cempedak goreng, sedapnya kak...

    selamat hari raya...
    maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cempedak ni buah bermusim. Bila ada musimnya, baru kita dapat makan.

      Delete
  13. Adus cempedak goreng my fav kak. Saya dah cuti..tapi LB saya keje lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beraya kali pertama la sebagai isteri ya? Balik rumah mertua kah kali ni?

      Delete
  14. saya pun baru goreng cempedak..mmg benar kata kak azie...baunya sungguh tak menahan....kaka saya terima cempedak juga daro Kedah...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni dengar memang Kedah jer yang dok tengah musim cempedak ni...

      Delete
  15. Cempedak itu tidak lagi di luar pagar, sebab sudah dipetik dan sudah digoreng Kak Azie bagi family makan.

    Saya cuti smp Rabu 14hb. Tapi sebab mood raya xde, nak coti lelama pun rasa x best, makanya Isnin saya masuk kerja balik. Hahaha.. saya ni kan pekerja yang berhemah.

    pst Kak Zie, raya ni akak pi Tanjong Karang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Kalu jadi pegi, kami nak pi hari Sabtu. Why?

      Delete
  16. awal juga la akk mula kerja ya.
    kt cheras ni pon ada org jual cempedak, katanya drp Kedah. mungkin mmg musim kot

    Selamat Hari Aidilfitri kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa balik kerja awal, sebab cuti takda dan juga kerja memang banyak.

      Delete
  17. pergh.. berbau smpi melaka ha....

    ReplyDelete
  18. dapnya.. hhmmm.. nak cikit.. kiki

    sy start kerja ari selasa.. biasa la dah xde cuti sgt dah nih.. hehe

    ReplyDelete
  19. Cuti sekolah, saya pun bercuti.....hihihi...
    Wahhhh...aroma cempedak sampai terbau2 kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii cikgu ni. Seronok jdi cikgu bila bab cuti, depa pun ikut cuti sekali.

      Delete
  20. Replies
    1. Selamat Hari Raya Rozi. Beraya di mana tahun ni? Kelik Kelate?

      Delete
  21. Murah laa 3 bijik sepoloh hengget.. hari tu pi pasar mlm ada org juai cempedak goreng.. teringin punya pasai beli jugak la.. dia boh dlm polistrin hat cangkat =rm3.. mahai pun mahai la..teringin punya pasai beli la jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang murah. Buahnya tak le besar sangat. Sederhana saiz saja, tapi berbaloi sebab isinya elok elok belaka.

      Delete
  22. kelmarin pun saya berbuka goreng cempedak .. tak habis sebiji, ada separuh lagi dalam peti ais.

    cuti raya saya tidak diapprovekan oleh makngahnya .. huhu.

    ReplyDelete
  23. Memang syok membaham cempedak tu, tapi angin le.. kang time terawih asek terbatal je huk huk

    ReplyDelete
  24. Azie, baru ptg tadi buat cucoq cempedak.dari kebun sndiri..ulas besaq2,manis giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahhh ini lagi dasat. Petik dari kebun sendiri. Alaa nak pegi petik jugak lah!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails