Sunday, August 4, 2013

Ramadan 26: mengukur jalan — kita dah tak muda lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
04-08-2013


Wahhh termasuk hari ini, lagi 4 hari saja dah nak Raya. Suasana semakin meriah.

Cuma di tempat kija saya, walaupun majoriti (90%) staf adalah Melayu, tapi opis tidak pernah dihias dengan apa jua tanda perayaan. Memang sejak dulu gitu, kata depa. Mari lah raya apa pun, tak pernah depa nak hias-hias.

Jika di tempat lama saya dulu, memang ada juga kami hias gantung-gantung. Tapi tempat sekarang ni, semuanya penuh dengan keja keja keja... Heeeeeeeeeeeeee! > mode geram.

Semalam Sabtu, atas arahan kerahan terpaksalah juga kami kerja sekerat hari tapi kena stay sampai 4:30pm. Saya cabut 2:30pm sebab ada janji dengan MyAnak Buah atas beberapa urusan. Janji nak jumpa di KL, sebab depa nak pi Jalan TAR. Lalu saya mengambil masa yang ada singgah di sekitar Masjid Jamek. Rupanya ada bazar Raya di situ.



Masa ni nampak orang dah ramai tapi masih longgar la. Belum bertemu bahu lagi. Macam biasa, area sini memang antara tempat tumpuan beli barangan untuk Raya. Saya lebih berminat nak tengok suasana persiapan, berbanding belek belek barang. Memang persiapan Raya, hebat. Jual lah apa saja, pasti akan ada pembelinya.

Kain baju, kuih muih, biskut tak biskut... tudung pelbagai fesyen melimpah ruah, baju bergayutan... perhiasan, beg, kasut. Sebut jer lah.


Tapi bila saya terjebak masuk ke dalam kawasan bazar berbumbung, adehhh.. Padat, sendat, pekat melekat. Nyesal saya masuk, padahal saya sekadar nak merentasi kawasan ni menuju LRT station jer. Aduhai... letih kaki saya padahal saya agak saya singgah cuma sejam saja. Cepat-cepat lari balik. tak tahan!

Hasilnya: cuma tudung nan sehelai.

Sebenarnya, saya plan nak meronda Jalan TAR pada malam Raya nanti. Itupun kalu larat.

Kita dah tak muda. 7,8 tahun dulu boleh la. Tiap Sabtu jer rajin ukur Jalan TAR sampai tahu mana lorong mana kedai. 3,4 jam berjalan pun steady jer. Hmmm... jangan dibanding la dengan diri yang sekarang. Surrender!

Citer lain:
Today 04-08-2013 — besday Dak AMOI ke 23.



Perancangan tahun depan dia. InsyaAllah nak sambung buat Master. Baru minggu lepas dia sempat uruskan pasal loan MARA dia masa belajar dulu. Alhamdulillah... tak perlu bayar balik, sebab dah jadi scholar.





 ~...HISYAM sudah diarah bermalam di Teratak Nyatuh menemani Mak Utih yang hendak berjaga menunggu tungku, lalu SERI BULAN mula merancang hendak menjamu sesuatu tetapi bila tiba-tiba anak dara Pak Imam berkunjung datang, dia terasa hendak menghidang bom peledak bersalut dedak...~




11 comments:

  1. selamat hari lahir ek utk anak akak.. shin mmg x gemar jalan ngah ramai org.. stress hehe tp kalo dpt belaga bahu ngan org yak shin suka.. leh jer..

    ReplyDelete
  2. salam...di sana banyak penyakit ? Orang perempuan suka tempat macam tu

    ReplyDelete
  3. betul sangat la tu.. baru balik dari pasar tani shah alam, letih tengok orang ramai belaga bahu. jalan sejam macam nak pengsan dah! rasa nak tercabut kaki dah! nampak sangat tak mudanya kan!

    tahniah untuk dak Amoi, happy 24th birthday. semuga panjang umur, murah rezki dan sihat selalu...

    psssttt.... mother n daughter macam adik beradik jer...muda lagi la tu!

    ReplyDelete
  4. Saya pun jenis tak larat jln kaki lama sgt..beza dgn zaman remaja. Tmpt sesak lagilah cuba elak.

    Akak dgn anak tu mmg mcm adik kakak tau. :)

    ReplyDelete
  5. Salam AA,

    Sejambak ucapan Joyeux Anniversaire kepada DakAmoi nan comel nian (gambar photonya semasa kecil) yang kini lawa manis rupaparasnya semoga diberkati kesejahteraan olehNya dengan apa sahaja yang dicitakan demi untuk masa depan yang kukuh terjamin dengan jayanya, Amin.

    Suasana menjelang Syawal disana terasa meriahnya namun...? disini Peranchis Ratna tidak pernah merasa mengukur jalan, seperti semalam tatkala membeli daging & ayam bakal direndangkan nanti disebuah " Halal butcher" dimana penjualnya orang Arab akan tetapi pembelinya ramai orang Peranchis (blonde & bermata biru dan hijau) lansong luntur rasa hati karena demam berayanya kok tidak terasa.. !!!

    Hari ini Ratna akan bertambah sebok dengan pelbagai kesebokan yang tidak seberapa namun semestinya disempurnakan sebelum hari Syawal nan mulia... sampai nanti..
    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
  6. tahniah dak amoi.
    selamat hari raya aidil fitri

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki anak kak azie. Selamat Hari Raya kak! :)

    ReplyDelete
  8. geram jer tgk ramai org tuh . dah lama bebenor x gi shopping raya kat c tu ...

    ReplyDelete
  9. Dak AMOI ni anak yang sulung ke kak? Dah serope rupe mak dia. Pipi dia, geram nya! Hahahaha..

    ReplyDelete
  10. Lame dah tak pegi jalan TAR ni.
    Happy birthday to dak Amoi.. Semoga beliau success selalu.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails