السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
16-08-2013
Salam Jumaat.
Okeh atas permintaan beberapa orang yang nakkan resipi Laksa seperti dalam entri saya sebelum ini, saya kongsikan di sini dalam sebuah entri khas.
*kaum lelaki yang tak minat, or tak faham boleh abaikan saja entri ini.
Laksa Kedah ni (Laksa Utara) saya dah pernah citer sebelum ini. Terbaru saya berjaya dapat resipi kuah laksa dari sorang kakak orang Sarawak. Handal masak, lalu bila makan Laksa dia terus MyToklaki terpikat. Kena la bini dia gigih belajar resipi tuh. (Sebenarnya kakak tu juga handal masak Laksa Sarawak, tapi bersuamikan orang Kedah dia pun handal masak menu Kedah juga).
Entri lain tentang resipi ni juga boleh klik di sini: “Laksa Kedah tapi menu orang Sarawak... ” Resipi ni sekadar ulangtayang saja:
Okeh atas permintaan beberapa orang yang nakkan resipi Laksa seperti dalam entri saya sebelum ini, saya kongsikan di sini dalam sebuah entri khas.
*kaum lelaki yang tak minat, or tak faham boleh abaikan saja entri ini.
Laksa Kedah ni (Laksa Utara) saya dah pernah citer sebelum ini. Terbaru saya berjaya dapat resipi kuah laksa dari sorang kakak orang Sarawak. Handal masak, lalu bila makan Laksa dia terus MyToklaki terpikat. Kena la bini dia gigih belajar resipi tuh. (Sebenarnya kakak tu juga handal masak Laksa Sarawak, tapi bersuamikan orang Kedah dia pun handal masak menu Kedah juga).
Entri lain tentang resipi ni juga boleh klik di sini: “Laksa Kedah tapi menu orang Sarawak... ” Resipi ni sekadar ulangtayang saja:
- Tumis cili kisar (cili kering) dengan sikit minyak sampai masak/garing/pecah minyak. (saya tambah cili padi sikit)
- Then, masukkan bawang besar, bawang putih (yg putih sikit saja) yang telah dikisar. Masuk BELACAN.
- Seterusnya, masuk bahan utama lain yang biasa kita buat kuah laksa. Isi ikan kisar, bunga kantan, daun kesum, asam keping, garam...
Ulangtayang pic Laksa, yang saya makan di rumah Kak Ros masa Raya tahun lepas.
*****
Selain tu, ada juga yang minta resipi Fetuccini Chicken Carbonara. Menu ni sangat ringkas.
Bahan utama:
- Fetuccini — sejenis pasta. Ada orang tanya saya apa itu fetuccini. Saya pun tak reti nak explain. Saya cuma jawab, itu sejenis pasta selain spagheti, macaroni, lasagna, linguine. Itu jer pun yang saya tau.
- Krim carbonara — cari di pasaraya. Mudah sangat. Jenama Prego paling banyak. Botol biru, isi krim warna putih. Selalunya sebungkus fetuccini, saya gunakan 3 botol krim carbonara.
- Cendawan — utk cabonara saya gunakan Straw Mushroom. Dalam tin. Buang airnya, hiris nipis.
- Minced chicken — ayam kisar. Jenama Ramly paling sedap.
Masukkan cendawan dan garam. Masak pekat. Siap.
Ulangtayang koleksi gambar lama saya.
Versi orang lain mungkin berbeza. Kalu ikut cara saya, memang cara orang nak cepat saja.
Oh ya.. Pulut Kuning? Ahhh... jemu dah bercerita pasal Pulut Kuning. Tapi nanti kalu jadi nak dating di Bangi, saya akan usahakan Pulut Kuning tuh yaaa...!
~...jangan pandai menggoda tapi tak pandai menukar reda, jangan pandai berjanji tapi bila bersua mulut terkedu macam kena kanji dan HISYAM sering dikritik manja kerana tidak lagi pandai memujuk SERI BULAN yang kelelahan bagai burung pungguk yang semput lelah...~
saya pun kalau buat laksa mesti tambahkan setin sardin....pastu suka letak nenas yg ranum sbg salah satu ulamnya..
ReplyDeleteSama ler kita. Saya pun kadang-kadang blend satu tin kecik ikan sardin. Nenas tu kadang2 jer guna.
DeleteSalam Jumaat Azie.
ReplyDeleteBila nak ajak saya merasa makanan awak yg simple tapi nampak sedap ni?
Kakcik taknak pulut kuning, nak laksa juga... boleh? :)
ReplyDeletedua2 menu saya suka
ReplyDeleteacaner tu ;)
tapi rasanya lebih pada fetucini cabonara tu kan...hehe
Deletesedap kak .. saya nak cuba .. tapi x dapat rasanya nak buat utk bday anak saya .. banyak ekeke
ReplyDeletebuat utk makan sendiri aje lah ! .. saya akan cuba
TQ kakak sms saya .. ;)
Laksa Utara kalau lagi lama lagi besttttt...panas berhari2 tu yg buat makin kaw. Ada org dok tanya pasai apa laksa Aina pucat ja, nak buat gena laksa org Perlis memamng lagu tu. Kuah tak pedas sangat nak pedas kena tambah potongan cili padilah.
ReplyDeletewahhhh, cara sama kita buat fettucinne tu, sy selalu tambah susu utk menambah kuahnya.. dan laksa tu selalu (padahal baru dua kali masak) sy rebus jer terus, tak pernah tumis sebab cuma belajar rebus, len kali (kalu rajin) nak try tumislah jugak...
ReplyDeletepedas x laksa tu kak ?
ReplyDeleteJika banyak malas campur semua kek lapis guka susu air sama, blender, minum srupppbanya
ReplyDeleteMacam senang jer cara akak buat laksa. Saya kenalah cuba lain kali.
ReplyDeletelaksa tu yg best tu...!
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteasal tidak didera dgn gambornya, pulut kuning tu simpan dalam hati je...kang mata terpandang gambor tang mana-mana, hu hu huhu siksa batin kena mengukus. Makannya sepinggan je...
oo..paham paham.. saya buat tak letak velacan.. nanti boleh cuba.. masih kak..
ReplyDeletesomi saya orang klate besar kat kedah.. so laksa mmg paberet dia..
masa balik raya hari tu..gi beraya tak ada pulak sedera mara belah asben buat laksa...
ReplyDeletennpk laksa kak azie terus rasa nak mkn laksa..harus carik ni...
oooo kena tumis yerk.. kita main sekali harungjer... ooooo baru tau...
ReplyDeletemasakan ringkas selalunyer sedap....