Monday, August 12, 2013

Raya cara kami: Tanjong Karang & Sekinchan @1...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
12-08-2013


Sebagai rekod. Raya ke-3, ke Tg Karang.


Sebenarnya, keluar saja dari hiway LATAR, menuju Kuala Selangor bermula Pasir Penambang jer, jalan jem dan jem.



Sungai apa ntah? Tak sempat tengok pun sign board. I like the awan.


Rumah pertama. Haji Abdullah. Our Paksu. Adik MyArwah Ayah. Adik bongsu, satu-satunya adik lelaki ayah yang tinggal. Dia memang macam MyArwah Ayah. Rupa, gaya bercakap, gaya senyum... semuanya.


Rumah kampung. Rugi jika tak jelajah ke belakang, melihat reban ayam. Yang dah berbelas tahun saya tak tengok. Suatu hari, nak pi lagi, nak makan ayam kampung plak.


Dan, puluhan ekor burung merpati yang dipelihara di belakang rumah. Jinak bebas terbang tapi akan balik ke bumbung dan sarang juga. Kata orang, burung merpati pun sedap. Saya tak pernah cuba. Sebab selama ni saya dok sangka, burung merpati tak boleh makan.


Nampak lampu punjut tuh? Seronoknya beraya di kampung.



****

Tahniah Dato’ Lee Chong Wei wpun kalah dan menarik diri kerana cedera di Kejohanan Dunia, dia tetap juara di hati rakyat Malaysia. Kita bangga dengan you, DLCW.....!


*Saya dah mula kerja semula hari ni. Hmmmm....





 ~...usah mengharap hujan di tengahari jika semalaman ribut melanda sehingga daun nyior riuh berpukulan, jangan menunggu surat di bawah tempurung, jika semalaman juga HISYAM terkepung di Teratak Nyatuh lalu SERI BULAN menjadi pendengar setia pelbagai versi cerita sehingga Kopi Vietnam habis seteko...~




18 comments:

  1. Kakcik pun dah kerja hari ini.

    Raya pertama, kami bercadang ke Sabak Bernam, tapi sebaik keluar dari LATAR ke Ijok, jalan sangat sesak sehingga kami (4 buah kereta) ambil keputusan untuk berpatah balik ke KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tiba area situ sekitar jam 12:00 tengahari. Then singgah Giant yang baru buka di Kuala Selangor tu. Lunch dulu.

      Memang merangkak juga sebelum tu esp kat area Bukit Rotan menuju Tanjong Karang tu. Aduhai...

      Selamat bekerja Kakcik.

      Delete
    2. Memang jammed nak ke Tanjong Karang hari Sabtu tu. Nak balik, kami berpakat lalu Bukit Talang, lancar walaupun ambil masa lama baru nak sampai.

      Delete
  2. berada dikampung mmg best...fikiran terasa bebas..tanpa internet..tanpa suratkhabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Layan persekitaran yang best. TV pun tak mo tengok.

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kak azie.

    Sakan raya, pasai apa tah tak singgah beraya di ketereh sat ;)

    ReplyDelete
  4. Sungai Kuala Selangor tu tak silap saya kan kak. Saya suka shopping keropok kat situ. Saya pun dah bekerja semula hari nie.

    ReplyDelete
  5. zie pun dah start keje kak azie..
    reban ayam, reban burung (reban ke?) lampu punjut memang sinonim ngan kampung kan..umah mil pun pasang lampu punjut.umah zi pasang lilin je tu pun sbb anak2 buah nak main bunga api hehehe

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh muslimin & muslimat...

    ReplyDelete
  7. selamat bekerja azie... dan selamat berhari raya

    ReplyDelete
  8. Lembap jer kat ofis hari ni....

    ReplyDelete
  9. sayangnya saya dh tk dak kampung.bestnya tengok u beraya sakan di kampung..

    ReplyDelete
  10. rajen akak update blog.. shin masih mood raya.. mendapppp je ni #nanges

    #x dpt beraya kat umah.. shin beraya kat blog je laaa.. selamat ari raya kak.. maap zahir batin ek

    ReplyDelete
  11. blog saya cerita dengan gambar je kemeriahan raya

    ReplyDelete
  12. burung merpati buat gulai. sedap! isi lembut dari daging ayam.

    chek pun dah start keja hari ni...mood raya dah lama "tenggelam."

    ReplyDelete
  13. Tanjong Karang di mana? Hari Sabtu lepas pun saya beraya di sana.

    ReplyDelete
  14. Kat Pelis boleh tahan lagilah jalannya tak ada masalah sangat tapi jem kat rumah pulak sebab tak berhenti saudara-mara datang langsung tak boleh berjalan ke mana.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails