السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
20-08-2013
Ramai dari kita – terutama orang pompuan – rajin berniaga secara kecilan sambil bekerja tetap. Pasaran paling mudah, tempat kerja sendiri. Maklum, kat opis tu macam-macam jenis orang ada. So macam-macam jenis selera.
Samada bermusim atau tidak, berniaga ni memang best. Untung or komisen, or apa saja hasil adalah sangat seronok. Menambah duit poket, duit utk makan sedap or duit untuk plan jalan-jalan. Tak kira apa tujuan, pendekata prinsip saya: “Sapa buat dia dapat.”
Cuma, dalam pada seronok berniaga, ada beberapa perkara yang harus difikir, dipertimbang dan diperhatikan.
Dulu, opis saya tak berapa ramai staf. Paling ramai saya pernah kerja bersama 66 orang pekerja. Then yang terbaru ritu (3 tahun) staf cuma belas-belas orang saja. Tu pun department saya cuma 5 orang. Nak jual apa la sangat...
Then bila saya masuk kija sini, wahhh.. peluang jual barang sangat best. Department saya jer ada lebih 50 orang, dua department lain lagi ada ratus-ratus orang. Well... pasaran memberangsangkan.
Walaupun dah sedia ada yang meniaga macam-macam termasuk sudut jual kerepek, kekacang untuk kudapan, tapi tak pernah menjadi salah pun untuk berniaga. Yang penting jangan buat workstation macam pasar.
Berniaga bermusim memang best. Especially time bulan posa (ada yang jadi pembekal ikan bilis, bawang, udang kering, kerisik, kerepek... dll)
Tu belum masuk bab kain baju, tudung, brooch, kain ela... Segala macam lah!
Selepas habis musim Raya, saya hanya kekalkan Kedai Peanut Candy saya ni (24 jam atas meja tepi saya dengan bakul duit tersedia, masing-masing beli bayar tak perlu jaga pun), jualan Tart Nenas & Kek Coklat Sepanjang Tahun yang sentiasa bersedia menerima order tak kira musim.
*Peanut Candy, bekalan khas dari Kuala Selangor. Kami borong secara kilo. Pernah dijual oleh MyKakak di sekolah dia. Beratur budak sekolah berebut nak beli...! (rupa: bayangkan coklat bantal masa kita kecik dulu)
Well... cuti Merdeka nanti saya dah plan nak jalan-jalan makan angin bersekali balik ke Perak atas urusan keluarga.
Jalan-jalan Makan Angin? Hmmmm... tahun depan la nampaknya.
Pesanan: jangan paksa orang beli barang kita. Jangan sekali sekali perlekeh barang yang dijual orang lain. Dan sekali sekala beli juga barang kawan lain sebagai sokongan.
~...hanya SERI BULAN tahu dan sedia maklum akan urusan debit-kredit HISYAM kerana sepanjang menjadi pendamping paling setia dia sangat memahami kenapa HISYAM sanggup melepaskan segala lubuk emas permatanya semata-mata untuk berada di Kampung Separuh Desa dan atas sebab yang hanya mereka berdua tahu, untuk terus kekal di situ mereka harus pula menyimpan kukuh segala penyata tentang sukda-duka menjadi SB...~
Kakcik juga yang tak pandai berniaga...
ReplyDeleteTakpa, janji bijak membeli. hehehee
Deleteshin suka berniaga kat tempat keje utk ilangkan boring sementara nak ngabiskan sisa sisa masa yak byk shin abiskan kat tempat keje.. kejadian org liat nk membayo.. benti keje sblm bayo.. nk kena remind suh bayo dah jadi perkara biasa.. untung x seberapa tp seronok.. selalu shin dah kira skit untung kalo berniaga.. dan trademark shin "bayar 2 kali RM60 bayar cash pon RM60" amounts berubah ekot item yak di jual.. try elakkan bejual beli secara riba' #sengih
ReplyDeleteMana mana perniagaan pun, pasti ada untung rugi dan risiko tertentu. Pandai pandai la kita menguruskan ikut kesesuaian. Ada ketika, yang cenekel nak bayar tu, buat kita tension skit tuh.
Deletewow, anna pon suka berniaga2 ni :)
ReplyDeleteMemang seronok, apa lagi bila kita tahu apa yang kita boleh jual, sebab kita dapat pasaran yang baik dan mudah.
Deleteseronok bis kecik2...saya selalu terima tempahan tapai beras pulut...ada yg nak buat kenduri..nak beribu2 cup..mmg tak mampu hehe...
ReplyDeleteSaya suka Tapai Pulut. Dah lama tak makan. Buat langsung la tak reti. Alahai.. sedap tuh!
Deletemula kecil-kecilan,lama2 mana tau jadi bisneswomen yang berjaya..hurmmm azie azah enterprise:)
ReplyDeleteHehehe Aaaaminnn... belum terfikir ke situ, tapi dan terbiasa jual macam macam ni, seronok pulak.
Deletekak azie..
ReplyDeletehehe,igt sy je yg suka main jual-jual ni
setakat ni jual tudung paling laris
bawak 2/3 hari sebelum gaji..member mesti tak berkira nak ambik
sbb lagi sehari dua dah boleh bayar bila gaji
satu yg sy perasan, kalau cash n carry lambat sikit laku
Bergantung apa jenis barang yang kita jual. Biasanya cash boleh, installment juga boleh. Tengok nilai barangan. Kalu nak kekal lama dengan customer, kena la ada tolak ansur nya. Bagi sedikit kelonggaran bayaran, depa suka.
DeleteWah besar pasaran di ofis azie tu. Ofis saya cuma ada emak adam dan anak2. Nak jual apa barang kat depa tu? .... huhu
ReplyDeleteMengada bang YB ni. Dia berniaga lagi hebat, sampai luar dari opis. heehhe jual tanah pun best bang...
DeleteRezeki masing2 ye dok?
ReplyDeleteBerniaga memang best tapi kalau part timelah, full time struggle jugak tu kena fikir komitment yg berderet.
Ohh full time memang tak sanggup. Modal pusingan memang nak kene jaga sentiasa. Pening!
DeleteBetul kak. Saya setuju. Antara banyak-banyak yang paling pening adalah nak jaga rolling. Nak jaga rolling puncanya kena jaga debtors, creditors, marketing. Memang banyak dan pening.
Deletesatu hari lihat staff room tukar jadi supermarket...juling mata dibuatnya.Ada baju dok bergantung,ada kerepek berplastik,kuih muih berbalang...mcm mcm ...alahai.
ReplyDeleteTempat kerja saya langsung tak boleh kelihatan macam kedai. Kena jaga bab tu. Kami gunakan waktu free utk buka barang. Then barangan boleh juga diletak di dalam surau utk setiap staff tengok. Utk barang makanan yg kecil (such as kerepek, coklat, kekacang) boleh la letak atas meja work station.
Deleteazie pun suka meniaga kecil2 ini..best..
ReplyDeletewoww akak meniaga peanut candy...peberet azie itu :)
Peanut Candy ni memang sedap. Sebab ada rasa kacang tu, kan?
DeleteSaya suka semua yang berkaitan dengan kacang. Tapi kan, sebenarnya kacang ni kalori ia sangat tinggi tau. Huhu. Sesiapa yang menjaga kalori intake, memang makan kacang cukup untuk lepaskan tekak aje.
Deleteiya sy pn minat beniaga kecik2 mcm ni d opis..dan bermusim..prna tu jual nasi lemak ..gigih bgn awal g msk2 awal pagi..tapiiiii...apa yg kita buat teda semistinya semua org suka...beniaga dgn untung yg stkt mkn kfc shj tu pn ada yg sakit ati...ta mo tinguk kwn sng..kwn lebi..tp sy ta tau pn org ta suka..sbb org ni dpn2 bgs..tp sy ta kesah pn..just ignore..idup sy ta susah..hepi lg ada...hihi..
ReplyDeleteBerniaga ni memang nak kena jadi orang kental. Tebal telinga, muka dan hati kena kuat selalu. Dengan orang tak boleh prasangka. Buat jer bila yakin. Orang keliling ni, kita tak leh nak teka apa dalam hati depa. So biar jer lah.
DeleteOoo..sedap ni kak. Saya biasa beli kt pasar kurma. Tapi tak bole makan bnyk2 sebab maniZzz
ReplyDeletePeanut Candy yang Kak Azie jual ni tak manis pun. Dia lemak lemak kacang manis buah jer.
Deletewow... hebat berniaga sampai boleh mkn cikencop tiap ujung minggu. masyuk betui ni... hehehe
ReplyDeleteMana la lalu tiap minggu nak makan chicken chop. Tukar makan Yong Tau Foo la pulak. hehehe
Deletemusim raya.. niaga apa pun laku.. kiki
ReplyDeleteYup. Jual kerisik dan udang kering pun laku sungguh!
DeleteKalau peanut candy nie, saya rasa tak sempat orang beli kot. Habis kat saya jer kot..hahahahhaha
ReplyDeleteHahaha tu la. Tokey kena kuat semangat tak makan lebih.!
Deletesalam azie.. wow bernas sungguh idea main letak je brg nak jual..tak payah tunggu.. elok jugak tu..kalau ygtak bayar kira sedekah..sambil jual dapat pahala jugak..
ReplyDeletecikda setuju.. yg penting x boleh paksa org beli..
selamat hari raya
maaf zahir batin.. :)
Betul. Setakat benda letak dalam balang, depa boleh amik sendiri. Letak duit. Kita percaya jer kat depa. Kalu nak ambik tak bayar, tu masing masing tahu sendiri la.
Deleteacu pun suka peanut candy nie
ReplyDeleteKat sekolah anak, depa jual 1 = 60 sen. Berebut bebudak!
Deleteslm. sy zaiton idris silent reader. sy nak order tart macam mana ya. no. hp sy 0142315104. tk
ReplyDeleteOhh sori. Nanti saya contact.
Deletekak, kacang tumbuk ni memang sedap... mana nak carik ek??
ReplyDelete* nak balik PB nanti nak oder tat tersohor lagi 2 pek bleh?
Wokeh. Hujung bulan kita jumpa tauuu...!
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteDaku jual kepek...alhamdulillah, kongsi 2 orang bolehlah bayar hotel murah di seoul hu hu hu
Ehh bila nak gi Seoul? Nak ikuttttt....!
Deletebakat meniaga ni bukan semua orang ada..
ReplyDeletekalau ada alhamdulillah...
seronoknya berniaga kat tempat akak, ramai orang...
Kalu staf ramai, memang seronok menjual ni. Lain orang lain kehendak depa.
Deletebagus idea peanut candy akak ni, tak payah jaga..tak payah promote. sape nak, bayar & amik.
ReplyDeletemmg la tak jadi kaya, tapi rugi lepaskan peluang dpt duit senang.
Setuju. Itulah sebenarnya keadaan sebenarnya.
Deletechot suka itu peanut candy.sedap!
ReplyDeleteYup. Memang sedap pun. Ini memang Peanut Candy yang terbaik. Borong dari peniaga IKS Melayu kita di Kuala Selangor.
DeleteAs-salam kak Azie..
ReplyDeletewah.. bagusnya bila ada business minded.. dapat juga duit poket tambahan.. saya pun suka peanut candy tu.. bestnya kalau satu ofis dengan kak azie.. dapat beli kacang tumbuk tu untuk kudapan time mengantuk.. he..he..
Yup. Memang sesuai utk orang yang selalu mengantuk. Hahahaha
Deletesaya suka saya suka.. saya pun tergolong macam akak juga.. berniaga di pejabat. tapi di pejabat ni tak ramai sangat orang.. ada rezeki dari kawan kawan dari luarpun jadila. buat tampung kehidupan di bandar.. =)
ReplyDeleteSetuju. Itulah... sedikit asal ada. Sapa buat dia dapat...
DeleteLihat pasaran, target customer dulu. Apa yang depa susah nak dapat dari dalam opis? Kadang tu barang dapur seperti sabun, bawang, tepung pun boleh jual.
ReplyDeletecoklat bantal yang lapisan luar dia nipis.. boleh dimakan.. nanti lekat kat lidah tu kann..?
ReplyDeletesedapppppppp
Yessss tau pun!
Deletedulu masa keje kilang, ramai operator & staff so senang berniaga, now dah tukar keje staff pulak tak sampai 8 orang....stop ler berniaga....but saya suka candy tu........
ReplyDeleteWah LB saya pun jual candy ni dekat ofis dia. Harga jual pun sama...saya nak jual kat ofis tak berani.a maklum management baru...
ReplyDeleteHi..
ReplyDeleteSaya pun berniaga kt opis..jual nugget cucuk2 tu... hehee