Friday, August 2, 2013

Ramadan 24: “Azah, ikan kita hilang...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
02-08-2013


Rata-rata, hampir semua sekolah di Msia akan berakhir hari ini sebelum bercuti panjang semester kedua bersekali dengan cuti Hari Raya. Ramai parents yang dah plan nak mula bergerak balik kampung pada hari ini lepas sekolah. Dah boleh agak, petang nanti kompom la jem!

IKA pun akan balik pada hari ini, tapi cuti cuma seminggu saja. Raya ke-4 nanti dah kena balik ke skulah semula.

MyToklaki semalam masak Nasi Lemak (again). Yeaa... kali kedua dalam bulan posa ni. Dah habis idea ler tuh. Bini dia ikut saja. Mana berani nak komplen banyak, dah ler balik time berbuka jer. So apa yang terhidang, terima jer lah.

Yang kelakar, kelmarin dulu dia call saya ke opis.

“Zah, ikan kita hilang!”

Haaa? Hilang? Ikan apa yang hilang? Kita ada bela kucing ker yang boleh ada kes ikan hilang nih? Saya dok musykil sendiri.

Sebelum tu, saya call ke rumah tanya itu ini. Masa tu MyToklaki tengah siang ikan. Then lepas borak-borak (menurut citer dia laaa), dia masuk dapur semula dan tengok ikan hilang. Jenoh dia mencari, sampai ke tong sampah. Takut kes terbuang. Pelik sungguh la citer dia.

So, balik petang tu saya tengok lauk yang terhidang memang ada ikan yang dia beli. (Ikan tongkol Masak Kicap — pekat, sedap youuuu...!)

Saya tanya, “Awak beli ikan tongkol ni? Jadi ikan apa yang hilang?”

“Ikan tongkol tu memang awak beli kan? Ikan yang I beli yang hilang.” Lagi saya pelik. Bila pulak saya beli ikan tongkol?

Hahahaha...!

“Ini la ikan yang awak beli. Sendiri beli, sendiri siang, sendiri masak pun boleh tak tahu?”

MyToklaki ni ntah apa-apa. Boleh dia tak sedar? Uishhhh... hilang ingatan ke aper?

“Hmmm... ayah ni dah nyanyuk. Dah nak mati agaknya...” keluhnya... Gulppp!


Tayang-tayang:


Tolong bisnes kawan. Kuih raya (pelbagai jenis). 1 set = 6 jenis kuih (saiz  bekas yang sama) = RM80 sahaja.

Kerana saya cuma mahu 2 jenis, so kami share-share beli. Means, cuma RM13.35 sahaja sebekas. Murah kan? Peniaga asal adalah orang kampung, ‘home-made’ dari Perak. Menjual secara set macam ni memang mudah dan berbaloi.






 ~...mengusap lembut kurung pesak gantung berkain sutera Shantung bercorak kosong, tergantung di dinding bersebelah dengan baju Melayu kepunyaan HISYAM di tanduk rusa, memberikan rasa rindu tentang masa silam di kotaraya tentang suasana lebaran yang semakin jauh menjadi kenangan, kerana tanah Kampung Separuh Desa sudah memberikan suatu fenomena baru kepada mereka berdua, lantaran tiada tangan orang tua yang hendak disalam-cium, tiada bahu ibu yang hendak disandar-pilu, malahan SERI BULAN tidak lagi mahu menyebut tentang kubur yang hendak diziarahi kerana HISYAM sudah mula melupa sebuah kisah parah yang dulu pernah menjadi barah di hati berdarah...~




44 comments:

  1. Replies
    1. Kerana dia jual set sekali 6 bekas, so harga jatuh sedikit la.

      Delete
  2. Sekolah saya mula cuti hari selasa.ahad dan isnin masih sekolah....
    Wahhhh murahnya biskut raya tu..yg saya tunjuk semuanya rega rm20 ke atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Terengganu bersekolah lagi pada Ahad Senin ya? Kalu ikut kerajaan pusat, depa bagi kelonggaran sekolah boleh cuti mula Senin tu. Tapi kena ganti tu.

      Delete
  3. Murah dan berbaloi kak dari bt sendiri... Ikan hilang? ermmm mcm pelik jer. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba teka, dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang dicari?

      Delete
    2. Bahulu ikan? Tulang ikan? Hahahah!

      Delete
    3. Ikan yang hilang.

      Tu hubby akak cari ikan yang hilang, kan?

      Delete
    4. Apa saja yang hilang, memang akan dicari sayang oiii....

      Delete
  4. anak saya yg sekolah menengah dah mula bercuti..sekolah sampai kelmarin(kamis ja) sedangkan siadik sekolah rendah bersekolah sampai isnin depan...susah bila cuti sekolah tak diseragamkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena la amik cuti terakhir tu baru boleh serentak plan bila nak balik kampung. kan?

      Delete
  5. Murah sangat tu Kak Azie biskut tu.

    Anak2 Aina last sekolah hari ni mak je last kerja hari Isnin org tua tu asyik merengek ja tak bagi balik Sabtu kalau dak pagi esok hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal sangat nak balik? Buat kuih Raya di kampung ker? Giliran mana tahun? Perlis ke Perak?

      Delete
  6. kalau dekat boleh share jugak kuih tu kak.. ;)

    part ikan hilang tu kelakar pulak.. membayangkan kucing bawak lari.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak pernah la pulak bela kucing. Tu yang pelik sangat tuh!

      Delete
  7. Kak, tak buat delivery by pos ke? Murah la biskut tu. Tak sempat raya pun tak pe. Next year promo awal-awal, confirm akak tak cukup tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan yang jual tu pun last minit juga kaborkan. Next year kalu tahu set kuih macam ni, nak juga try ambik stok dan jual. Umtung sikit sikit pun jadi la...

      Delete
  8. part ikan itu kelakarlah kak..mesti ingat kucing yang ambik..
    murah betul biskut itu,susah nak dapat harga macam itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak dapat harga camtuh. Paling murah pun RM18 rasanya tuh.

      Delete
  9. Replies
    1. Pembuatnya tu dari kampung. Bukan dok KL. Agaknya dia kira harga kampung kot...

      Delete
  10. suka yang kaler hijau nampak sedap tuh...
    murah la kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap harap sedap la. Sebab tak buka makan pun lagi.

      Delete
  11. selamat hari raya......kuih raya saya buat sendiri jer......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik buat sendiri sebenarnya. Tapi dengar ramai merungut, barang kuih pun bukan main mahal. Naik harga katanya...

      Delete
  12. Salam kak,
    Senyum panjang saya baca.
    Sedih pula baca pantun.
    Moga raya ini penuh ceria...

    ReplyDelete
  13. azie.murahnya!! xjumpa pula orang jual macam tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kira dapat dah last minit. Sebelum ni tak pernah pula kawan cerita pasal set ni. Tak sempat saya nak jual pun.

      Delete
  14. murahnya..untung la beli set macam ni.xde la jenuh kuar duit bayar kuih raya hehehe..

    ikan hilang?tapi ikan yang konon2nya hilang tu la yang tok laki masak tu kan?hehehe kelakar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie memang tak pernah bajet banyak pun utk Kuih Raya. Biasanya bajet berlebih untuk lauk pauk untuk dimakan di Hari Raya. Kerepek pun banyak. Kuih raya ni kurang sket.

      Delete
  15. byk benda dia fikir tuh . tu sebab lupa . heheheee ...

    ReplyDelete
  16. As salam kak azie..

    He..he.. kelakarlah citer ikan hilang tu.. wah.. berbaloi2 dapat beli kuih dengan harga yang rendah.. kuihnya pun nampak menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita harap yang menarik tu akan juga rasa sedap. Biar berbaloi kata orang.

      Delete
  17. Cemas ja bunyi ikan hilang, padahal tak hilang pun, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak hilang pun. Tapi dia terkeliru dan tak ingat.

      Delete
  18. tersenyum baca..kelakar pun ada, suspen pun sama ikan hilang hehehe..btw rasanya Toklaki akak banyak benda dalam fikiran dia tu ;-)

    Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin akak!

    ReplyDelete
  19. hahaha...kelakar la pulak kisah ikan yang hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan esok esok dia mengadu rumah hilang atau bini hilang... sudahhhh!

      Delete
  20. Penat sangat kot pose.. ... heheheh
    sampai keliru.... pelik tp kelakar.

    Ohh murahnya... saya bru sempat buat dua jenis ajer

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails