Friday, November 29, 2013

I want nobody, nobody but you..!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
29-11-2013


Setiap hari (sebenarnya setiap malam) saya lalu melintas depan gerai panjang yang jual durian tepi Petronas Taman Dagang nih. Mana leh tengok saja, kan?



Tiada Musang King, tiada durian Siam or D24 or apa jenis D pun. Semua Durian Kampung mari saja. So susah nak jangka akan jumpa isi kuning menyerlah bak kuning diraja... yang isi gempal gebus padat tergolek.

Hampir keseluruhan isi durian kampung, biasanya putih krim, tak tebal tetapi manis dan lembik. Susah nak cari isi yang rasa pahit-pahit. Ada setengah orang suka yang pahit-pahit tu kan?


Dari 6 biji yang saya beli semalam (dapat sebijik ekstra, sebab peramah lebih kot...) hanya sebiji ini saja yang berisi warna kuning.

Rasa? Kalu saya soh beli sendirik dan rasa, amacam? Hahahahah!

Yeah... saya peminat durian tahap Gaban! Gaban pun tak makan durian. And saya selalu kata, ruginya orang yang tak pandai makan durian.

Dalam rumah saya ada sorang. IKA tak makan durian, tapi kalu buat pengat durian, makan pulak. Semalam masa bawak balik durian, MyToklaki terus panggil, “Ika, ayah belikan paberet Ika nih.” Melompat la si Ika nak tahu apakebender-nya. Bila tengok durian, terus, “Eeeeeee....!!”

Hahahahaha....!

Sekian.




 ~...sejak terjebak dengan cinta banyak penjuru dan pelbagai hala tuju, HISYAM sudah semakin pandai bercerita tentang resah hati seolah-olah semua mata-air yang ada di Kampung Separuh Desa itu ingin dia miliki sehingga berkali-kali pula SERI BULAN mengingatkan sambil menyindir, dirinya masih setia di samping, masih muda untuk merasa perasan, masih kuat untuk menadah telinga juga masih mampu menjadi si pendorong kasih sayang...~




Thursday, November 28, 2013

Dia nak dengar apa yang dia nak dengar saja...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
28-11-2013


Exam SPM dah berakhir (bagi aliran Sains, dll, masih ada paper, kan?). Cuti hujung tahun tidak sepenuhnya dapat dirancang memandangkan rutin kerja (pola kerja) saya sangat berbeza. Bercuti skulah bagi kami adalah jalan-jalan hujung minggu buat apa yang kami suka. Or masak sakan-sakan, or mungkin makan di luar beramai-ramai (kadang tu sekadar foodcourt depan rumah jer...).

Sebenarnya saya nak tulis tentang kekesalan yang saya rasa, juga beberapa insiden yang saya lihat sebelum ini. Apabila kita menghadapi kesulitan or kerumitan or perkara-perkara yang memerlukan nasihat dari orang lain, sering pula kita merasa dipersendakan.

Adakah kerana kita terlalu berharap akan jawapan yang kita sudah jangka dalam kepala? Lalu bila menerima jawapan yang salah (yang kadang langsung tidak berjawap) or ditempelak dengan beberapa nasihat yang kita tak berapa suka dengar.... rasa bengang dak?

Hmmm... ramai sekali dari kita lupa dan tidak sedar dalam perbualan antara kawan yang memerlukan nasihat bernas selalu menjadi “kita nak dengar apa yang kita nak dengar saja.” Lalu bila baru sebaris dua kita bercerita, sudah diberi nasihat berjela-jela (macam kita budak sangat pulak), rasa nak hang-up jer!

Apapun, terimakasih kepada sekian ramai orang teman/sahabat saya sebelum ini yang sentiasa menjadi pendengar yang baik.

Tayang-tayang:


Lunch saya semalam. Malas masak (sebab sepanjang minggu ni balik ku 8:00pm and reached home sekitar jam 9:00pm) lalu delivery service sangat-sangat berbaloi!





 ~...alangkah sedihnya hati SERI BULAN apabila HISYAM sudah berani bercerita pada Mak Utih dan Pak Utih tentang dia bertemu dengan anak dara Pak Imam di jalanan lalu ada kata bual berbaris-baris yang sudah pasti diiring juga dengan senyum dan jeling manja si dara itu, sedangkan sejak dulu SERI BULAN sahaja yang mampu merakam kenangan wajah tenang HISYAM yang apabila senyum matanya jadi sepet sedikit dan kemudian dia seperti hendak mencubit lengan yang gebu...~




Wednesday, November 27, 2013

Ah..! kenapa la orang sematang saya tak terfikir sebegitu?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
27-11-2013


Saya diberikan satu tugasan (projek baru) semalam. Mula-mula saya panik (freak-out) tak ketahwan hala, sebab:
  1. job tu orang lain punya. Ini kali ke-3 saya kena cover job orang yang sama ini, sebab dia selalu cuti dan tak suka nak stay buat OT (dah kaya kot...)
  2. saya tak pernah buat projek ni dari awal, kadang-kadang saya buat semasa ianya sudah siap dan saya hanya jaga pada peringkat 2nd-P or 3rd-P, jadi agak mudah
  3. saya dok dengar MyManager sangat sayang pada tuan job ni, jadi apa saja job dia yang tak selesai (or ditinggalkan) memang akan ada orang jadi mangsa kena selesaikan (harap-harap ini dakyah)
Lalu saya bercakap dengan my superior. Berbincang dan menerangkan kesulitan saya kerana saya tak tahu dari mana nak mula (tanpa menyebut hal-hal yang remeh tu).

My Supervisor said, Cuba la dulu, tak cuba tak tahu.

Saya: Ala.. saya tak dapat gambaran apa pun pasal title ni. Saya bukan terer macam dia. > ayat saya langsung tak profesional.

And, dia replied, Sebelum dia jadi terer, dia pun macam U. Dulu, dia pun taktau apa-apa juga. Inilah cabarannya.

Well... kenapa saya tak terfikir sebegitu? Aduhai.. saya berterimakasih kepada dia, sebab sebaris ayat dia menyedarkan saya bahawa itulah cabaran. Itulah cabaran. Kenapa saya nak mengalah? Uishhh macam bodoh pulak saya semalam.

And, alhamdulillah. Tak sangka betul. Saya berjaya menyiapkan projek tu hanya separuh hari saja tanpa sebarang masalah.

Dulu, saya selalu sebut pada diri sendiri, Masalah ni kecik saja, aku pernah hadapi masalah yang lebih besar dari ini. So, apalah sangat.

Saya terlupa prinsip sendiri. Huh.. ketuk kepala sendirik!

Tayang-tayang:


Apa motif tayang botol budu nih? Ahaa jangan tak tau, saya juga ada stok budu di tempat kerja saya. *Botol baru, belum buka.

Dan, saya mula rasa nak pegi jalan-jalan bercuti ke Kelantan lagi!




 ~...hajat hati ingin mengadu kepada si kawan sejati, tetapi HISYAM lebih senang menyendiri, ntah merajuk tak dapat pergi bercuti atau tak sempat menyapa sinar mentari lalu SERI BULAN lebih rela menyanyi lagi yang tak ketahwuan mana korus mana coral dan kemudian bila hujan mula merembes di cucur atap, dia terus terkenang zaman mereka di kota metropolitan dulu saat hujan lebat menyimbah dinding kaca pejabat HISYAM yang tersergam tetapi sudah lama terpaksa ditinggalkan....~




Tuesday, November 26, 2013

Masterchef Malaysia All Stars: rasa nak slap sorang-sorang..!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
26-11-2013


Sabtu lepas dah start dah musim terbaru Masterchef All Stars ni. Saya tak faham kenapa nak disebut ‘all stars’? Sedangkan rata-rata depa yang bertanding tu baru masuk 2 musim jer pun! Atau mungkin sebab depa bercampur sekali dengan para selebriti? Tak faham...

And seperti biasa, reality show pasti banyak drama. Even kalu tengok US Masterchef pun ada dramanya. Yang memang diperlukan untuk meraih rating penonton. Yeah... kami sekeluarga memang dok follow US Masterchef sejak musim 1 hingga sekarang musim 4. Malah Masterchef Australia pun kami follow (Australia kurang drama, but they are so positive and supportive!) Malaysia Masterchef... hmm rasa nak slap jer beberapa orang dalam tuh...!

Walau bukan semua memaparkan sikap ‘drama la sangat!’ tapi hampir keseluruhan program tu nampak annoying dek perangai beberapa orang tuh.

Contoh paling ketara: Azwan Ali, Michael Ang, Che Lah Perasan Lawa dan Kenchana Dewi. (Raja Azmi jer kali ni nampak belum kuar drama apa-apa)

Saya tabik kepada sebahagian besar yang lain yang nampak bersungguh bertanding, sangat menghormati peserta lain, nampak jujur dan dedikasi tanpa perlu nak berdrama bagai...

Tapi yang 3,4 orang tu.. alahai rasa nak pegi slap jer sorang-sorang...!

Tak bolehkah guna bahasa yang baik sekalipun marah dengan pesaing sendiri. Apakah memang artis-artis Malaysia kita kalu marah or nak maki orang memang dok guna gaya bahasa camtuh eh? Ahh... saya tak faham. Mungkin depa tak sedar, reality show tu memaparkan sikap dan peribadi depa yang sebenar.

Dan yang lebih tak faham lagi, kenapa la kami pegi tengok? Baru 2 episod. Tengok jugak. Sebab tarikan utama ialah saya nak budak-budak muda lelaki (yang dah la hensem....) masak apa. Contoh: Zamir, Along, dan Ah Hong.

Kalu lah program tu memerlukan undian rakyat Malaysia... buat rugi duit saja.

Saya jumpa ‘Telur Ikan’.

Adakah entri saya ini akan membantu program tu semakin ingin ditonton? Silakan menyokong.

Saya mengharapkan Celina (finalist tahun lalu) menang kali ini. Or mungkin Zamir?




 ~...SERI BULAN sebenarnya sudah lama kepingin buah cempedak yang boleh bertukar menjadi nangka yang konon disebut orang mudah dipetik tak perlu dipanjat tetapi HISYAM bagai cuak sendiri hendak menjadi peneman kerana pernah termakan cerita buah cempedak mustahil boleh menjadi nangka sebaliknya teringin melihat buah tembikai menjadi semangka...~




Monday, November 25, 2013

Pi majlis kenduri pakai seliper Jopun, ada ker yang nak tengok?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-11-2013

Secara kebetulan, 23hb Nov (yakni Sabtu lepas) saya dan seorang kawan sekerja menerima jemputan walimatulurus dari orang yang sama. Iaitu kawan lama kami masa kerja di company lama (2 company berbeza la masa tu).

Mak pengantin ni menjadi rakan sekerja saya selama kira-kira 3-4 tahun masa ofis di Jalan Imbi dulu. Sebelum itu bekerja di company lain di area Stadium Negara sana.

2 company, lalu 2 orang rakan sekerja. Kerana dia hanya ada sorang saja anak, kami rasa amat wajar kami memenuhi jemputannya. Di Pantai Hillpark, dekat Kerinci. Lalu lepas kerja, kami terus ke dewan majlis.

Hmmm... nak citer la jugak. Sejak bulan posa lalu sehingga hari ini, saya sebenarnya ada masalah sakit ankle. Walaupun dah tak berapa sakit berbanding dulu, tapi secara totalnya, saya langsung tak boleh pakai heels melainkan sandal saja.

But, majlis kenduri ritu, saya pun tingin nak pakai heels saya yang banyak tersimpan dalam kotak. Tapi apa yang jadi?


Entah sejak bila kasut merah saya ni makan diri sendiri. Bila sampai jer opis, talinya tercabut. Hmmm... tiada pilihan. Seliper ungu tu la yang menjadi penyelamat. (Kemudian saat akhir, sandal seorang kawan sekerja yang saya pinjam)


Saya juga berjumpa beberapa orang rakan sekerja dulu yang kini masing-masing sudah berkeluarga. Antara mereka juga adalah beberapa orang bekas pelajar saya. Yeaa... dulu saya pernah menjadi tenaga pengajar di tempat kerja. Membuka kelas selama 3 bulan mengajar junior belajar software dari zero sehingga pandai buat layout. Kemudian pula mengendalikan kelas In-Design kepada beberapa orang senior. Mak pengantin ni juga dulu merupakan salah seorang pelajar saya.

Dan ya betul, tiada siapa pun peduli kasut apa yang kita pakai. Mata orang biasanya lebih tertumpu kepada majlis, or tudung tetamu (hahahaa!)... dan juga menu yang tersedia.

Melihat beberapa orang rakan sebaya lepas sorang sorang menerima menantu, saya pula yang jadi cemas. Huh...!




 ~...laman Teratak Nyatuh memang sentiasa luas, tetapi terasa sempit pula bila tiba musim hujan kerana becaknya sentiasa memberi resah pada HISYAM dan SERI BULAN yang cemas dek tempias gerimis di balik kain tutup tingkap yang sering tersingkap, namun apabila melihat HISYAM berdiri di situ menanti kata salam disambut, tiada yang lebih bahagia melihat mata tenang itu tidak pernah menjemukan memandang ke atas menunggu SERI BULAN pula yang tegak dengan senyuman paling nyaman...~




Sunday, November 24, 2013

Kim Tan @ Min Ho: aarrrghhhh... saya sudah terjebak suka...!

hالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
23-11-2013

The Inheritance. Menjadi Korean drama of the year di sana. Sebab ceritanya menarik golongan remaja. Memang remaja sekarang tengah kemaruk Korea.

Dan, saya yang tua bangka ni pun, akhirya terjebak jugak. Selepas saya dok follow siri I Miss You di TV9 beberapa bulan dulu, kini satu lagi drama dok follow. Baru bermula beberapa episod, di channel Korea yang baru Astro395.

Alahai... sekali terjebak memang parah. Dan yang paling tak tahan, siri ini heronya ialah Lee Min Ho...! Peminat Korea semua, mana bleh tak kenal Lee Min Ho, kan? Nama dia juga pernah disebut dalam novel cinta Melur Jelita dulu. Alahai..

Sampai ada budak-budak ni sebut, 'kenapa la Kim Tan ni hensem sangat? Aaaahhhh...!"

Huhhh.. pujian melambung gini selalunya bermusim. Habis drama, habislah pujian.


Ada yang cair tak? Dalam gambar nampak sangat macho macam tak lojik. Tapi bila melihat lakunannya dan wajah tanpa 'photoshop', Lee Min Ho sebenarnya lebih kacak bila dia menjadi seorang lelaki tenang yang susah senyum, lelaki pendiam yang sukar ketawa tetapi bila bercakap sangat jujur sehingga tidak masuk akal pula ada insan sebegitu dalam dunia hari ini.


Barisan pelakun utama siri The Inheritance. Setiap Rabu dan Khamis jam 9:00 malam, saluran Astro395.


Hero dan heroin. Kisah ketabahan gadis miskin yang menumpang di bilik orang gaji rumah jutawan. Dia bertemu dengan anak lelaki jutawan itu di California lebih awal tanpa tahu siapa Kim Tan ini sebenarnya. Sebuah percintaan yang sedih dan sayu.


Drama ini juga diulangsiar pada petang Sabtu berikutnya.
(Siri ini masih ditayang di Korea, setakat ini sudah episod ke-14. Dak AMOI dah download, tapi saya takmo tengok nanti jadi spoiler!)


*ada kawan pembaca blog saya pernah tegur, tak suka bila ada entri saya suka mengulas drama-drama or filem yang saya tonton. Sebaiknya, lihat label entri saya terlebih dahulu. Jika ianya berlabel drama or filem, sila pangkah. Saya tak kisah.



 ~...pernah juga telinga SERI BULAN mendengar pujian melambung dari anak-anak dara dan mak-mak orang di Kampung Separuh Desa tentang hebatnya HISYAM sehingga ada yang menyamakannya seperti orang Korea yang sedikit sepet, tall but not dark...~




Friday, November 22, 2013

Jumaat yang indah jangan dicemari rasa marah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
22-11-2013


Hidup jangan banyak komplen sangat. Jangan banyak merungut, sebab ada orang memang tabiat suka merungut. Lemas!

Untungnya kita yang jadi blogger ni (or sekurang-kurang berjinak dengan media sosial) boleh juga luah perasaan terkilan secara terus or secara tersirat dengan cara menaip.

Di tempat keja saya, hampir setiap minggu kami terlibat dengan briefing or taklimat berkaitan kerja. Saya melihat ini sebagai perbincangan yang baik walaupun ada ketikanya tak berkaitan dengan projek saya. Tapi tadah telinga juga la. Taklimat biasanya berlangsung paling lama pun 15 minit saja.

Yang lemas, soksek belakang. Bab ni, kita pegi la balik langit ke tujuh pun pasti ada. Jenis orang yang suka merungut dan soksek belakang. Kalu tak puas hati kenapa tak cakap depan? Dan bagi orang jenis camni juga, bila orang yang berani cakap berdepan, depa dok anggap kita ni melawan, berlagak dan kunun bodek. Payah berdepan dengan orang yang narrow minded nih!

Saya lihat, orang camni orang yang lupa nak bersyukur. Lupa yang dia ada kerja yang baik, tapi berapa ramai kat luar sana, ada degree pun susah nak dapat kerja. Kadang tu, kerja juga tapi tak setimpal dengan ijazah yang disandang.

Lupa nak bersyukur, rezeki tu tetap ada. Lupa nak bersyukur yang kerja dia tu adalah tanggungjawab dan amanah.

Peringatan lebih kepada diri sendiri.

******

Tayang-tayang:


Sarapan saya pagi tadi. Pau Inti Nyior yang lemak manis, dan Kuih Koci Labu. Ko ader? Heheheh!

Yeahhh entri ini sepatutnya publish pagi tadi. Tapi... belasah jer lah!




 ~...atas rasa bersalah dan sedar diri SERI BULAN tidak pernah akan lupa akan segala senda gurau dan sakat manja sepanjang Mak Utih menjadi penjaga paling setia dan Pak Utih yang tiba-tiba berubah menjadi paling manja, tetapi HISYAM yang sentiasa menjadi paling maskulin menjaga dan melindungi, semuanya menjadi anugerah dan anganan malam yang sukar dilupakan...~




Thursday, November 21, 2013

SuperMokh souvenirs...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
21-11-2013


Teater SuperMokh The Musical dah berakhir pada Senin 18hb lepas. (Kisah penuh di entri saya: SuperMokh the Musical)MySon sebenarnya terlibat dalam production ini, lalu pada hari terakhir + sehari selepas itu, depa bekerja mengemaskan pentas dan segala props.


T-shirt ni, untuk krew sahaja.



Ini antara beberapa cenderahati yang dijual sepanjang teater berlangsung. Buku cenderahati rasmi itu memaparkan kisah arwah Mokhtar, ucapan-ucapan penghargaan dari Sultan Selangor, orang-orang yang terlibat dalam bolasepak... dan sebagainya. Serta gambar-gambar kenangan.


T-shirt pelbagai saiz. Yang warna kuning tu saiz kecik, kaler pink ni saya rasa untuk remaja perempuan. Memang cantik. Saiz Alia.


Ini yang paling saya suka. Muq yang ada gambar SuperMokh (sebelah lagi gambar Awie) yang terus saya letak di workstation saya sebagai tayangan eksyen! Ewahhh...!


Saya tak berani nak guna sebagai gelas minuman, sebab risau ianya akan retak or nanti pecah. Well... kita letak jer pen wpun bekas pen dah ada.





 ~...menerima Mak Utih sekeluarga bagaikan satu hadiah yang terindah tetapi HISYAM sering merasakan SERI BULAN adalah anugerah terindah yang belum dapat dikalah oleh mana-mana anak dara Kampung Separuh Desa meski selain Anak Dara Pak Imam, ada bongsu Haji Bilal pun mula pandai bermain kata, mula pandai menjeling mata...~




Rentetan kes hp hilang: Penghujung cerita, memang kena sedar diri sendiri...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
20-11-2013


Kerana masalah nak tuntut sim card baru, saya terpaksa cuti half-day. Nak cuti sehari rasa bazir pulak, sementelah banyak projek sedang rancak dalam tangan.

Kepenatan sekerat hari memberikan pula rasa emosi dan geram semacam. Kalu citer, bukan orang faham pun.

Bermula dengan tengahari panas, berjalan ke jalan besar dari gate opis (tak perlu bayangkan jaraknya). Terlupa payung bila sedar matahari terik atas kepala, dan kemudian menyedari tiada siapa yang sesuai untuk ditumpang keluar.

Then, silap sendiri kerana menukar destinasi. Kunun saya jangkakan saya boleh berurusan di Low Yatt saja. Berpusing-pusing kemudian rasa nak nangis sebab cawangan telco Low Yatt tak uruskan. Masa berjalan. Akhirnya kena juga ke centre seperti plan asal.

Berkejar meligan masa dan akhirnya berjaya masuk ke kaunter lagi 10 minit sebelum kaunter tutup jam 5:00pm. Rasa macam gila jer gamble camtuh!

Apapun alhamdulillah berjaya uruskan (urusan 10 minit jer pun!) dalam mengah sesak nafas dan lelah kelaparan seorang makcik yang dah masuk level vintage!

Masa tu terfikir jugak, bila kita mengharap akan bantuan tiada pula yang ada masa untuk kita.

Orang pernah sebut, kawan senang/gelak-gelak memang ramai, kawan masa susah memang payah nak cari. Saya rasa kes saya belum lah sampai ke tahap itu kot, tapi terasa jugak dalam hati yang saya belum cukup untuk dipandang orang.

Kemudian, di penghujung cerita saya akhirnya sedar sendiri. Saya sebenarnya belum cukup baik sebagai kawan or kenalan untuk diterpa kala susah. Saya belum cukup baik untuk orang lain tumpang merasai kesulitan dan atau saya belum cukup baik untuk dijadikan kawan baik(?).

Yang penting, saya dah sampai rumah kala matahari masih terang dan anak-anak ceria tengok saya balik awal dari kebiasaan.


Kegilaan blogger. Bulan awal pagi (kira-kira jam 6.45am) yang saya snap sementara menanti kawan datang menjemput saya.

Bulan suram? Tidak. Saya malas nak fikir insiden hari ini, kerana esok saya akan hadapi hari macam biasa dan ceria. Orang tak perlu tahu apa kita rasa pada hari kelmarin.




 ~..bukan SERI BULAN tidak pernah bercerita kisah lama yang parah berdarah tetapi untuk merasainya kembali walau HISYAM sedia menemani rasanya bagai tidak perlu lagi, kerana suatu hari nanti Kampung Separuh Desa akan ditinggal pergi juga dan kemungkinan besar mereka akan tetap terpisah dalam payah...~




Wednesday, November 20, 2013

Tak pernah rasa penting, tapi bila hp hilang, semua jadi penting...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-11-2013


Tak sedar pun kat mana cicir, or masa bila kena seluk. Tahu-tahu masa nak bayar beli Mee Rebus Jawa di pasar malam tadi, baru perasan zip sebelah luar handbag terbuka. Dan Henpon Cap Itik saya, dah hilang.

Okeh. Redha. Mungkin dah sampai masa, saya kene tukar henpon lain. Lagipun, 2,3 minggu lepas, henpon tu jatuh dan skrin ada calar sket.

Yang saya ralat, terlalu banyak senarai nombor dalam henpon tu yang saya simpan. Dari nombor lama hingga terkini. Semuanya penting bagi saya.

Okeh.. pun harus redha. Pelan-pelan nanti ejas balik.

Henpon saya murah saja, tak sampai setengah ribu tapi ianya menjadi penting sepanjang masa menjadi penghubung untuk segala jenis komunikasi.

Kerana saya pengguna postpaid, terpaksa call Customer Service, dan nombor sudah disekat bermula malam ini sehingga saya pergi menuntut simcard baru (mujur tiada charge, sebab saya sudah bertahun menjadi pengguna postpaid).

Nampaknya esok kena amik time-off untuk tuntut sim card baru.

Henpon baru?

Malas nak fikir dulu.

Bebudak soh guna henpon nih:


Habih la gaji saya 2,3 bulan!



 ~...kuciwa itu hanya sementara dan SERI BULAN tahu kuciwa itu bukan seperti kucing mengiau tetapi bila HISYAM banyak bercerita tentang anak ikan yang kuat makan, dia rasa seperti kena perli...~




Tuesday, November 19, 2013

C dan E bergaduh, D terperangkap di tengah, rasa macam nak sepak kiri kanan....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-11-2013


Sejak hari pertama lagi, saya sudah dimaklumkan secara bisik-bisik tentang perang dingin antara C dan E.

C memang nampak macam garang, serius dan kuat komplen. E selamba cool. Kemudian E bagitau saya punca depa bermasam muka tak bertegur sapa tu semua berpunca dari kerja. Tiada kerjasama dan ada selisih faham. Berlarutan sudah berbulan (dan sehingga hari ini, dah berbulan-bulan-bulan lamanya).

Saya baik dengan E dan juga C. Mula-mula dulu C pun tak berapa nak tegur saya, berselisih pun dia buat tak tahu saja. Tapi saya (seperti lumrahnya orang yang mesra-alam-damai) buat selamba akan tegur dan tanya pasal kerja jika perlu. Lama-lama, bila saya buat ketegaq agaknya, dia pun semakin ok dengan saya. Siap boleh gurau senda gelak-gelak tepuk tampar lagi.

Tetapi bila kita berada di dalam keadaan dua orang tidak bertegur sapa, keadaan tu merimaskan, sebenarnya. Saya bimbang akan ada salah faham di situ. Tetapi malas lah nak fikir.

Bagi saya, ‘bergaduh’ pasal kerja, saya pun sanggup. Asal kita dapat mencapai kata sepakat untuk kualiti kerja yang baik dan menyelesaikan kerja dengan cemerlang. Tetapi berbalah sampai bermasam muka hanya kerana kerja, itu bukan sifat saya. Paling saya elak ada yang salah faham lalu melihat ‘pergaduhan’ tentang kerja dibabit kepada isu peribadi lalu semuanya bertukar mencari musuh dan benci. Bodoh!

Ada satu lagi kes yang hampir sama. Dua orang yang juga bermasam muka tidak bertegur sapa kerana pernah berbalah pasal kerja sehingga bergaduh mulut dalam bilik Manager. Tiada siapa berani nak sebut sapa salah sapa betul. Cuma soksek di belakang biasanya lebih nak menuduh kepada pihak yang diam. Pihak yang banyak bercampur dengan orang lain, lebih mesra, dilihat lebih ‘betul’ kerana dia yang lebih banyak menyebut ‘akan betulnya’ dia, lalu automatik orang melihat si diam itu memang ‘jahat’. Kesian.

Saya tak suka keadaan itu kerana ada ketika kita bagaikan disuruh menjadi juri untuk mengadili sikap seseorang, sedangkan setiap hari kita berhadapan dengan orang itu selama lebih 8 jam dan 6 hari seminggu. Lalu membuat judgment itu saya kira adalah tidak adil bagi mereka yang kita adili sebelah pihak. Kenapa mesti?

Saya lebih suka lihat, pandang, dengar. Samada korang nak bergaduh sampai tarik rambut pun, selagi tidak melibatkan saya, I better buzz off...!

Tayang-tayang:


Sarapan saya. Lontong yang enak, import dari Restoren Tahu Bakar, KD. Kuih talam nan seketul tu, dari rakan sekerja yang angkut dari rumah.



 ~...SERI BULAN terpaksa juga menulis surat walau hanya sebaris dua, lalu tetap juga diletak di bawah tempurung di hujung ampaian tempat lintasan HISYAM kala senja, demi menyampaikan situasi di mana Mak Utih semakin bersedih pilu dan Pak Utih bermuram durja dek kerana lama sekali HISYAM tidak datang menyapa, seperti dulu-dulu kala dia sering melompat tiga anak tangga bila terbau akan enak sambal nasi lemak dan juga menangkap asap wangi kopi dari dapur kayu yang masih teguh ber-abu ber-atang...~




Monday, November 18, 2013

Program pertama cuti sekolah: 2 hari tanpa anak...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
18-11-2013


Aduhai sibuknya saya. Nak buat draf untuk tukar header bagi bulan Disember pun tak sempat.

Sabtuday lalu, wpun hari bekerja dan balik seawal jam 3:00 pm, tapi mood nak berjalan sebagai agenda "hari untuk diri sendiri" tidak terlaksana. Sebab 2 orang anak kecik kat rumah akan berada di kem cuti sekolah. Lalu dengan sendirinya, hati tak berapa seronok. Ingat nak balik rumah jer.


Surau taman saya, menganjurkan Kem Anak Muslim dan MyToklaki daftarkan Alia dan Chak. Lalu pagi Sabtu, depa masuk daftar seawal jam 8:00 pagi. Program 2 hari 1 malam. Tidur di surau.


Petang tu, saya ikut MyToklaki pegi ke surau melihat bebudak. Ramai juga yang join kem ni wpun pada awalnya depa jangka tak ramai dan ianya terhad kepada 50 orang saja. Tapi yang saya kira, nampak lebih dari 50 orang budak.

Ini gambar semasa depa makan malam (seawal jam 6:30 petang), dan kemudian kami bersolat Maghrib berjemaah.


Satu dulang, berkongsi makan 4 orang. Ada la sebabnya bebudak ni diberi makan cara begini. Tentulah ustaz dan ustazah yang menjadi tenaga pengajar (secara percuma plak tuh) ada menerangkan tujuan makan berkongsi sebegitu.


Masa mula nak hantar CHAK, dia muncung. Sebab dia macam takut kena tidur kat surau. Mujur Alia ada, so dia ok la sket. Masa saya datang jenguk dia, boleh plak dia cakap, 'Kenapa mak datang? Kenapa mak nak duk sini lama-lama?' Amboiii... dah ada kawan, eksyen plak dia...!

Alia dillantik menjadi ketua grup bebudak pompuan, sebab dia paling besar (paling tinggi sebenarnya) di situ.

Ada banyak pengisian program sepanjang 2 hari di situ. Saya kagum dengan usaha sebgini. Ianya merupakan program kali pertama pernah diadakan. Memandangkan sambutan ini, saya harap program ini akan berterusan lagi di tahun mendatang. Cuma kos selalu menjadi isu. Semurah RM30 sekepala ianya sangat berbaloi.


Berjaya dalam akademik tetap memberikan laluan mudah untuk berjaya mencipta karier or memulakan kehidupan masa depan dengan lebih baik.

Tetapi jika akademik tidak selancar dan berjaya seperti orang lain, usah merasa kecewa kerana kehidupan itu sendiri ada banyak laluan yang boleh menjadi pilihan.

Sebagai ibubapa, tanggungjawab kita harus dilaksanakan sebaik mungkin walaupun ada ketika kita merasa sangat sedih dan sakit menghadapi cabaran itu. Tapi... untuk membina semangat sendiri, hidup harus diteruskan.





 ~...bila tiba musim muram durja dan HISYAM sudah jarang melintas laman Teratak Nyatuh, SERI BULAN juga sudah malas hendak menukar kain tutup tingkap meski sudah kusam dan ditegur berkali oleh Mak Utih dengan muka masam lalu Pak Utih terasa hendak menyebut tentang rindu yang tak perlu dan kasih yang masih serta sayang jangan dibiar melayang...~




Saturday, November 16, 2013

UPSR: ragam budak nak exam, lalui exam dan terima result exam...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
16-11-2013


Tahniah buat semua pelajar yang menerima keputusan UPSR baru-baru ini. Tidak kira, berapa A(s) yang dicapai, setiap keputusan adalah sesuatu yang perlu disyukuri.

Adatlah, budak berusia 12 tahun mengharap tinggi kerana ini exam besar pertama depa, lalu andai kurang A dari hajat tentulah depa kecewa. Kompom la ada yang menangis sampai ke petang tuh!

Takpa, perasaan kecewa dan sedih tu, ada dan biasa. Biarkan depa nak lepaskan perasaan dan sesak dada. Then, bila dah reda bolehlah dipujuk.

Di tempat kija, 2,3 orang ibu yang ambik cuti khas untuk ambil result UPSR anak masing-masing. Alhamdulillah, rata-rata ramai yang cemerlang.

Sejarah saya secara peribadi: dalam ramai anak, saya hanya pernah amik result exam besar anak, cuma sekali. Masa UPSR Alia 2 tahun dulu. Yang lain tu, semua MyToklaki jer yang tengok.

Ada kes semalam: sorang rakan sekerja boleh tersilap tengok jadual exam Paper 3 Sejarah, Dia sangka exam start kul 10:00 pagi. Tapi bila cikgu sekolah anak dia call sebab anak dia tak sampai-sampai, melompat la si anak di rumah (tengah sedap tidur tapi jam dah dekat kul 8.00). Mujur boleh juga masuk dewan exam wpun terlewat 20 min... dan tak sempat mandi pun! hehehe kesian...

Sebab itu, parents kena rajin semak jadual waktu exam anak setiap pagi untuk memastikan tidak tersilap.

Tayang-tayang:


Saya peminat Yong Taufu. Kali ini saya beli dari penjual pompuan Melayu di pasar malam area Ampang. Memang sedap, dan agak murah. Berbaloi.

*Ada orang tanya, adakah ketika saya snap apa saja pic di atas keyboard saya PC saya sedang on atau off? Jawapannya, sedang on. Masuk saja ofis, mesti on Mac tu dulu. Dan untuk snap gambar di atas keyboard or berhampiran, memang kena hati-hati agar tidak terjadi sebarang tumpahan or kemalangan. Matilah saya kalu ada tumpah walau setitis. Snap pic saja, tapi makan kena makan di ruang makan di luar ruang kerja.



 ~...walaupun irama fitnah sudah semakin perlahan alirannya di serata Kampung Separuh Desa, tetapi luka di hati SERI BULAN hampir terluah di bibir untuk dijadikan aduan rasmi kepada HISYAM, dan Pak Utih yang bermuram durja akan dihadap bagai melihat sultan nan murka...~




Friday, November 15, 2013

Potong barisan tunggu teksi: “Heii orang Malaysia semua pandai beratur tau...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
15-11-2013


Situasi 1:
Seorang mak orang dengan anak dua orang. Baru kuar dari JJ. Tunggu teksi di taxi stand. Yup memang ada taxi stand di situ. Masuk barisan di belakang seorang lelaki yang juga bawa isteri dan sorang anak.

Giliran si emak tu pun sampai. Teksi sampai dan turunkan penumpang. Tetiba seorang pompuan dan dua orang kawan (I can say, pompuan tu agak berumur (of course la matang, kan?) muncul dari belakang dan terus memintas dan membuka pintu teksi.

Si emak ni menjerit, Eh itu teksi saya lah! Beraturlah kalu nak teksi.

Si pemandu teksi kemudian membenarkan si emak tu dengan anak-anak tu masuk.

Si emak tu, (kerana dek penat dan nak cepat), sempat menembak sebaris: Awak bukan orang Malaysia, kan? Sebab tu la tak pandai beratur!

Situasi 2:
Saya memang selalu tunggu teksi di LRT Ampang, bila balik kerja ketika tidak dapat dijemput MyToklaki. Jarak untuk ke rumah, hanya kira-kira RM5.00 saja so agak berbaloi untuk naik teksi berbanding LRT.

Di hadapan LRT Ampang, memang tiada taxi stand yang formal kerana banyak projek baik pulih dan membina tempat letak kereta baru. Lalu di hadapan stesen bas, juga menjadi taxi stand. Dan secara tak rasmi, bagi orang awam yang biasa di situ, sudah faham taxi stand sementara itu dan memang ada barisan yang dibina secara automatic oleh mereka.

Saya pun masuk barisan sepertimana orang lain juga. Dan petang itu, agak kurang bernasib baik agaknya, giliran teksi saya juga cuba dirampas orang. Pompuan plak tu. Mujur pemandu teksi terbabit bertimbang rasa dan menunjuk saua adalah penmpang yang berhak naik dulu.

And again, sempat juga la saya tembak, Puan, saya orang Malaysia. Orang Malaysia semua pandai beratur!

Tayang-tayang:


Bekal saya hari apa ntah. Bawal Masam Manis. Yang menjadi kesukaan saya ialah, ada nenas. Hanya RM1.60 jer sebiji di Pasar Pudu.





 ~...belum pernah terjadi sejarah di bawah bumbung Teratak Nyatuh, Pak Utih merasa begitu marah, selain dituduh cuba menjadi batu api dalam jalinan kasih sayang antara Mak Utih dan HISYAM, the teruna pujaan kampung, dan kemudian dia menjadi semakin berang apabila difitnah-lelah cuba mengorat SERI BULAN yang dilihat bagai anak sendiri...~




Thursday, November 14, 2013

Majlis kenduri blogger dan saya sedondon dengan blogger terkenal itu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
14-11-2013


Sibuk yang ntah apa-apa (ayat berulang) lalu saya terlewat update kisah majlis kenduri doa selamat yang berlangsung di rumah rakan blogger Kakcik Seroja pada Sabtu 2 November lalu.

Macam biasa, tentulah makanan antara pic yang seronok untuk ditayang-tayang:


Cup cakes yang pelbagai rasa dan warna, sungguh menggoda tapi saya bukan penggemar kek, lalu menjadi habuan anak-anak.

And... bagi yang biasa dengan Pulut Kuning dan Sambal Tumis Bilis camtu, boleh jer teka siapa empunya menu tu. Ahaks!


Ada pie ti yang dibuat dengan penuh gigih oleh blogger Iyra Si Riben Merah yang berkampung sejak pagi.


Zoom dari dekat.

Menu lain dari katering yang ditempah tak sempat pula saya snap. Yang pasti ada kari daging yang enak, juga ayam goreng berempah. Apapun, kerana siang harinya kan saya dah pegi jalan-jalan tengok wayang dan makan di Ben’s dengan anak-anak, lalu saya hanya boleh makan kuih muih saja.

Dan ramai juga teman blogger yang turut hadir memenuhi undangan.


Blogger LF Dato’ Abdullah dan isteri Datin Aishah, berserta NSHanie, Iyra the Riben Merah... dan sapa tak kenal dengan pakcik saya yang sorang tuh? Geng kariah saya tuuu...


Sebahagian teman blogger yang hadir, bergambar bersama tuan rumah Kakcik Seroja dan suami.

Terimakasih kerana mengundang kami. Bukan saja, memenuhi undangan tapi juga menjadi suatu pertemuan para blogger yang jarang-jarang dapat berjumpa.

Sebenarnya, bukan nak makan sangat, tapi sangatlah seronok bila bertemu sekali sekala. Gurau senda pun tak terasa penatnya.

Dan saya suka, ‘pakcik’ saya yang jarang senyum tu boleh tertawa besar sampai bergegar meja! Hahahaha!



 ~...ketika majlis marhaban sedang berlangsung dalam irama sayu pilu bersatu irama hujan gerimis menitis atap bumbung, SERI BULAN mencari wajah tenang HISYAM yang sejak awal menjadi muram kerana terkenang seseorang yang jauh di mata tetapi pernah menjadi terlalu dekat di hati semasa mereka di Tingkatan Enam...~




Wednesday, November 13, 2013

WW: Kisah megi ~ dan kisah saya yang terpinggir...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
13-11-2013


Saya yang sibuk ntah apa-apa, dan masa lapang untuk berblogging hanya sempat update tanpa sempat merayau membalas kunjungan.

Nak tunggu masa free, ntah bila. Megi saya sudah kembang! Megi saya sudah kembang!


Jom kira, berapa kepingan hotdog dalam mangkuk megi saya tu?

Oh ya... Nak masuk satu selingan.

Soklan: kenapa orang Malaysia (bukan semua tapi ramai sekali) yang bila nak tahan teksi mesti nak potong Q, dan tak mo beratur??

Next entri saya cerita terperinci. Buat masa ni, isu rebut teksi buatkan saya rasa benci...!




 ~...Mak Utih tidak pernah merasa sebegini pilu hatinya, kerana SERI BULAN tiba-tiba menyebut dia sangat berkecil hati apabila setiap kali harus ke baruh, hanya dia yang mesti mengendong bakul dan kayu api, sedang HISYAM hanya pandai mengarah arah dan menunjuk jalan...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails