Friday, January 10, 2014

Realiti Pencetus Ummah: sekurang-kurangnya ada usaha...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
09-01-2014


Walau semakin hari semakin ramai yang meminati bercampur dengan segelintir orang yang mula mendakwa-dakwi dan menuduh itu-ini, setidak-tidaknya program realiti Astro Oasis Pencetus Ummah (PU) ada suatu program yang sangat bagus dan wajar disokong.


Dalam keadaan masalah sosial dan masih ramai yang jahil, kita didedahkan dengan begitu banyak ilmu. Dari insan muda, pelapis para pendakwah yang sedia ada.

Malah ramai sudah melihat golongan pendakwah bagaikan selebriti yang diminati, dan tidak salah menjadi ikutan. Ikon yang baik untuk menarik ramai orang (terutama yang muda) untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Hampir setiap hari saya dengar tentang PU ini di radio Sinar.fm termasuk dok dengar temubual langsung dengan PU (terutama finalist) yang dijemput khas ke konti.

Menarik sekali mengenali mereka walaupun saya tak sempat tengok setiap episod secara langsung. Selalu tengok tang ulangan saja.

Lalu, tiada seorang pun yang saya nak teka sebagai pemenang or tiada seorang pun saya letak sebagai favourite. Bagi saya, niat dan matlamat mereka menjadi PU untuk yang lebih penting. Semoga mereka yang bertanding, terus menjadi pendakwah berjaya. Untuk generasi kita...



Status saya di FB tengahari tadi.

Bayangkan, seorang pendakwah muda, bergelar Ustaz, bijak dan betah, ada karisma. Ditambah beberapa kriteria tambahan seperti mempunyai kehandalan, pemegang Tali Pinggang Hitam (taekwando la tu kan?).... hmm berapa ramai agaknya anak gadis megimpikan lelaki sebegitu sebagai pasangan hidup?

 Hmmm dalam novel bolehlah kita jumpa.. realitinya jika ramai lelaki sebegitu, takda bagi hantaran pun takpa! Ahaks!




Oh ya... jangan lupa malam ini Malam Final Pencetus Ummah, di Astro Oasis 106.






 ~...ramai tidak pernah melihat suatu sisi dalam diri HISYAM yang bukan sahaja pemegang talipinggang hitam ‘2 done’ kerana sejak kali pertama jejak kaki di jeti pinggir Sungai Menghijau Lumut, dia tidak pernah ingin ada yang tahu bahawa dia juga pernah berada di negara empat musim bertahun-tahun paling mujur dia tidak pernah lupa buminya masih ada sawah bendang juga masih ada SERI BULAN yang masih mengambang...~




14 comments:

  1. Saya cuma nak komen tang picture profile empunya diri nama Azie Azah itu. Wah! Sangat tak boleh blah okay!


    Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. ya kak azie.. sy pun tgk sikit2 je.. mak y layan habis. Memang bagus.. kami kagum dengan kehebatan hafalan mereka...

    kepetahan memang tidak dapat dipertikai, tapi bab menghafal.... allahuakbar!

    ReplyDelete
  3. Sekrang2nya menjadi ikutan ramai anak2 muda. Alhamdulillah, Malaysia dah ada banyak pusat2 tahfiz yang mendidik pelajarnya seimbang dunia dan akhirat. Program ini sebagai penggalak masyarakat yang penting sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah berkesempatan nak tengok
    malam ni nak cuba luangkan masa
    terima kasih for the info =)

    ReplyDelete
  5. Kesian bujang2 yg bukan ustaz...tp sekurangnya ada inisiatif nak jdi baik kan...

    Suka tgk diaorng ni...muda...pandai bercakap..moga suatu hari nnti dpt mendidik org lain....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Azie

    saya suka penampilan PU Yoep

    ReplyDelete
  7. Kak Azie belajar ilmu mempertahankan diri tukan sunnah. Jadi memang calon suami terbaiklah...:)

    ReplyDelete
  8. Malam ni ramailah yg tidur lewat sebab nak tunggu PU ni sampai habis …… hehehe

    ReplyDelete
  9. PU memang best ...finalist2 semalam semua best..tahniah pada yang menang

    ReplyDelete
  10. PU memang ohsem satu rancangan terbaik dari astro oasis.....

    ReplyDelete
  11. tak pernah tengok rancangan ni ..
    aleh2 dah selesai hehehe

    ReplyDelete
  12. Sy kadang2 je tertengok nih..selalu tgk ulangan or kat intenet je..PU memang bestlah..emmm macam comel je PU Rahmat tu...lalalalaa

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails