Salam Jumaat. Semoga hari ini (walaupun dah nak mula hujan pepagi nih), memberikan seribu rahmat dan keberkatan. Memberikan kita tambahan rasa keinsafan, bahawa hidup ni sementara. Harta dunia tak kekal lama. Bak kata Syawal si gembala kambing: “nama pangkat dan kekayaan bukan terletak di tangan bapak!” — Ahmad Albab
Apa yang kita selalu dengar, lihat dan mungkin ramai yang lalui ialah, politik tempat kerja. Perasaan hasad dengki dan khianat lalu fitnah orang lain terhadap orang lain dan lebih malang lagi, terhadap diri kita. Perasaan cemburu dan perasan bagus tu hampir semua orang ada dalam diri. Bergantung bagaimana kita menerima, mengendali atau meluahkannya. Nampak dan tidak nampak. Positif dan negatif.
Terkini, Che Ita yang saya sebut dalam entri
“Maid Kami Kena Pukul” akhirnya ditukarkan ke tempat kerja lain. (Syarikat yang menyediakan cleaner menukarkan dia dengan cleaner lain). Soksek menyebut, dia dikatakan tidak cekap, tidak pernah bersih dan kuat mengampu. Ok.
Yang dikatatakan tidak cekap itu saya (dan ramai yang lain termasuk MYManager, menganggap itu memang sengaja untuk menjatuhkan Che Ita).
Tidak pernah bersih itu ketara benar fitnah kerana sepanjang Che Ita menjaga Lantai 3 (floor kami), sinki pun dia berus guna berus gigi lama. Dinding pun dia panjat untuk lap habuk.
Tidak pernah bersih itu: disebut tandas tak pernah bersih. Bersih yang bagaimana? Yang boleh tidur baring? Selagi tiada kotoran, tiada sampah, tiada bau (malah wangi selalu), tisu sentiasa penuh, sinki sentiasa kilat, bagi kami itu adalah definisi bersih bilamana kami selesa menggunakannya tanpa ragu. Surau sentiasa dijaga tidak berdaki, tidak licin tidak berbau. Lalu mahu piawaian yang bagaimana lagi?
Mengampu? Memang ada ketika kami tak pernah berkira dengan dia termasuk MyManager pun. Tiap kali bercuti ke mana-mana (bukan kerap pun, sebab Che Ita baru setahun) pasti ada buah tangan yang best-best untuk Che Ita. Malah bila time Raya, ramai yang murah hati bagi duit raya. Belum lagi masuk kain-baju baru dan lama yang masih elok. Sebab dia rajin sangat. Buat kerja tidak berkira, dan selaku orang yang dah biasa bercampur, ramai kami segera yakin akan kejujuran dan keikhlasan maid yang seorang ini. Mungkin itu yang memberikan rasa cemburu di antara beberapa lagi rakan sekerja dia.
Apapun dia akhirnya pergi. Mengejut saja. Mengejutkan ramai lagi. Yang menangis (termasuk saya), semasa dia bersalam-salam meminta maaf sungguh meruntun hati dan jiwa kami.
Sebuah kisah kehidupan seorang wanita yang teraniaya. Lalu kami mendoakan semoga dia akan mendapat kehidupan dan layanan yang lebih baik walaupun berada di mana saja. (Untuk info: sebelum ini Che Ita pernah berkhidmat di Arab Saudi dan dah pun buat Haji dan umrah).
Semoga Tuhan akan terus melindungi dia.
*Dia berada di bawah syarikat pembersihan yang berkontrak dengan company kami, lalu keputusan dibuat oleh majikannya bukan majikan saya.
Tayang-tayang:
Sabtuday lepas, dating dengan MyAnakBuah di Aeon Kepong. Dah lama tak pekena Yee Mee Sizzling. Not bad.
Dia order makanan Jepun, tempura ayam dengan nasi. Kuah sup tu agak pelik di lidah kita orang Melayu so tak habis.
Jika nak dibanding, saya lebih suka Yee Mee Sizzling di foodcourt Lot 10 Bukit Bintang dulu. Sekarang ntah ada lagi ke tidak.