Monday, April 27, 2015

KLIBF 2015: tugasan tidak lagi mencabar....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-04-2015


Semalam Ahad saya mula bertugas di booth tempat kija saya untuk hari pertama tugasan. Sebenarnya setiap tahun sebahagian staf yang terpilih diwajibkan bertugas sekurang-kurangnya sehari.

Tidak banyak yang saya nak tulis lagi sebagai cerita dalam siri entri Pesta Buku saya. Gambar juga tidak banyak. Pertemuan-pertemuan juga tidak banyak. Malah I can say, semalam hampir tiada. Melihat beberapa wajah yang saya sedia kenali setiap tahun memang menggembirakan tetapi masing-masing sibuk dengan tugas. Saya juga begitu.


Booth kami seperti biasa, di lot yang sama dengan keluasan besar yang sama. Permanently. Agaknya.


Ain, dulu merupakan silent reader blog saya. Kemudian ditakdirkan syarikat kerjanya diserap di bawah company saya kerja. Dan semalam bertugas bersama menjadi asisstant di kaunter saya. Thanks Ain.


Tugasan saya mudah kerana tahun lepas juga saya bertugas bahagian yang sama. Jaga duit jer.

Saya sempat singgah di booth yang menjadi kenangan. CESB. Saya pernah buat part time Promoter dengan CESB sebanyak 6 kali/6 tahun berturut-turut. Menegur sapa mereka yang masih saya kenal baik sebenarnya antara perkara yang saya perlu lakukan. Mereka pernah melayan saya begitu baik sekali. Jika ada peluang saya memang ingin buat kerja promoter lagi di situ tetapi terikat dengan arahan tempat kerja...


Saya satu-satunya DTP yang terlibat secara langsung dengan siri Carlton: Dinasour ini. Ada banyak siri lain termasuk satu tajuk The Jurrasic World (sempena filem terbaru Jurrasic World yang akan release tak lama lagi). Tapi buku itu tak sempat siap print untuk Book Fair. Weyyy bangga weyyy.


Antara gambar selingan lain:



Booth Pavilion of Saudi Arabia. Di tingkat bawah dalam Dewan Tun Ismail (harap tidak silap). Ada Quran kulit keras bertekat emas, diberi percuma. Setiap hari dengan unit terhad. Dua orang kawan saya berjaya dapat tetapi saya pegi sebelah petang, unit untuk hari semalam sudah habis. Jika mahu, kena mari hari ini. "Come tomorrow", kata Pak Arab yang muda hensem berjambang macam Wak Doyok.


Boleh bergambar dalam khemah ini. Ada kurmah dihidang yang boleh dirasa bersama air zamzam.


Di tingkat bawah pentas utama seperti biasa ada banyak acara tanpa henti. Sempat snap gambar Ustaz Kazim ketika menuju surau. Teringin nak dengar ceramahnya dan lihat beliau dari dekat tapi tugasan menanti.

Dan sebelum pulang meninjau beberapa booth kegemaran tetapi tiada hasil buruan. Tahun ini saya berhasrat mencuba publisher yang baru. Penulis yang baru. Mungkin ada gaya bahasa dan tema baru yang boleh menambat hati saya.

Nanti saya sambung dengan siri tugasan ke-2 pada Ahad 3 Mei nanti.

Buat masa ini, saya berehat dulu sebab akan mula bercuti beberapa hari bermula Rabu.




 ~...HISYAM sudah mula berhajat hendak memulakan semula siri kirim surat bawah tempurung tepi tiang ampaian kerana mula sedar SERI BULAN semakin pandai merajuk susah dipujuk apalagi bila diajuk tetapi apabila tidurnya sudah tidak lagi lena,HISYAM tahu dia memang sebenarnya bersalah...~




Thursday, April 23, 2015

Orang rindu diajak jumpa... hahahaha!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
23-04-2015


Sudah lama saya tidak mengulangi rutin Jalan-Jalan Cari Makan dengan sorang kawan sekepala. Beberapa faktor (antaranya side projek sudah beralih ke area yang jauh) lalu sudah lama kami tak pekena ikan bakar kegemaran kami di Pinggiran Subang.

Banyak kali saya cuba mengajak. Banyak kali juga cuba memberi ruang. Dan sebanyak itu juga saya selalu merajuk bila ajakan ditolak lembut tapi mentah. Wuaaaa! Tak larat lah nak merajuk.

Entah kerana jampi atau saya memang pakai lawa semalam, selepas berbulan hingga fed-up nak tunggu, akhirnya kami berjaya pergi makan bersama. Bukan hebat sangat pun. Sekadar makan tengahari yang berlangsung tak sampai sejam.

But...  masa itu jadi bernilai buat saya kerana ada banyak yang dapat kami bual-kongsi bersama. Lepas ni agaknya tahun depan baru dapat jumpa lagi.

No pic sebab dia tak suka selpiaq. Hahahaha!

Tayang-tayang:



Draft rekabentuk booth tempat kerja saya sepanjang 10 hari Pesta Buku Antarabangsa PWTC yang bakal bermula esok 24 April, sehingga Ahad 3 Mei.

Seperti tahun lalu juga, saya ditempatkan di bahagian kira duit. Dan dah ramai bebudak berebut nak jadi packing assistant saya! Hahahahaaha...!

And...ada tak orang yang rindu nak jumpa saya?




 ~...walau hanya sekali diajar cara mengajar kukur kelapa, HISYAM sudah yakin dapat melakukannya tanpa sedar SERI BULAN dan Mak Utih tersenyum simpul di belakang melihat lelaki itu kelihatan seperti menunggang kuda padi...~




Wednesday, April 22, 2015

VIP: bukan semata untuk orang penting...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Raby
22-04-2015


Pernah tak korang jumpa or menhadapi orang yang spesis lanun macam biadap pentingkan diri sendiri, di tempat kerja? Then nak kena hadap tiap hari pulak tu.

Well, di Lantai tempat saya kerja ada seorang. Lelaki. Agak berumur (kalu dah lebih tua dari saya tu kira berumur la kan?).  Saya tidak mempersoalkan pasal kerja dia. Itu bukan part saya walaupun dia boleh masuk kerja suka hati dan balik suka hati. Hanya MyManager saja yang boleh "bercakap" dengan dia. Special kes la kot. Cakap orang lain dia takkan ikut. *saya tidak mahu melihatnya sebagai racist walaupun dah ada yang ungkit.

Tiada siapa berani dekat dengan dia. Dia bercakap hanya soal kerja dengan orang berkaitan sahaja. Ada ketikanya bila dia langgar peraturan kehadiran dan saya perlukan tandatangan dia sebagai pengesahan (agar tidak disebut sebagai kehadiran palsu) saya terpaksa gunakan orang ketiga. Sebab dia akan argue banyak benda dengan saya. Kita ikut arahan saja, boleh tak?

Itu belum soal betapa ganasnya dia bawa kereta sehingga beberapa kali nak langgar kawan satu opis. Bergaduh ajak tumbuk pun dah berapa kali. Macam samseng.

Dan yang tak tahan buat suka hati dalam ruang kerja tetapi orang lain tak boleh. Memanglah buat suka hati di tempat kerja bila-bila pun salah. Contoh, jerit jerit atau pasang radio kuat... but for me jika kita tidak suka orang buat, kita pun jangan buat.

Juga sudah berapa kali dia masuk pantri guna barang-barang kawan tanpa tanya tanpa izin. Sehingga ke tahap selongkar lokar. Yang buat saya rasa nak meletup semalam dia ambil bekas mangkuk saya untuk panaskan makanan dia. Sedangkan dia tahu non-halal area di tingkat bawah. Saya terus buang mangkuk. Rasa nak baling jer kat kepala dia, tapi saya risau si samseng tu tunggu saya kat lif atau parking pula nak tumbuk saya...!

Ya orang akan tanya, kenapa company ada staf perangai gitu. Orang akan kata, buang saja staf yang merbahaya.

Bagi saya, selagi ada yang "menjaga dan mengendalikan keadaan dia" saya rasa tiada siapa berani minta samseng tu berhenti. Mungkin jika suatu hari ada kes besar dan melibatkan polis barulah pihak pengurusan mahu bertindak. Itu pendapat saya.

Sekarang ini, saya hanya mahu berhati-hati tidak mahu cari pasal.

VIP = very irritating person




 ~...tolong jangan lagi rindu jika tidak lagi mahu bertemu..~




Tuesday, April 21, 2015

Semangat sudah mula ada, gundah sudah mula reda...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-04-2015


Seperti lazimnya bagai sudah dianggap program peribadi tahunan, saya bakal berada di booth tempat kerja saya pada musim Pesta Buku Antarabangsa nanti.


T-shirt petugas sudah siap dan mula diedarkan petang tadi. Ada 3 design dengan 3 warna berbeza. Kerana saya bakal bertugas 2 hari, saya dapat 2 helai.


Semangat terus dibakar. Dalam hati, dalam jiwa. Tidak perlu orang tahu. Hati sendiri sudah lama merasa ini yang saya suka. Sesuatu yang saya suka nak buat. Saya tidak mahu peduli mereka-mereka yang menolak terus dan merasa terbeban.

Semoga semangat itu terus masuk di celahan hati kebal saya dan menambahkan lagi keras jiwa saya yang sedia kental.

Chaiyok Azie!





 ~...belum pernah sekali pun SERI BULAN merasa satu kerugian atau kekalahan bila ada ketikanya HISYAM bagai tidak mahu melayannya lagi kerana sibuk mengatur hari bertemu sekian ramai anak dara Kampung Separuh Desa...~




Monday, April 20, 2015

Berikan saya ruang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-04-2015


Selamat datang 1 Rejab. Semoga kita terus dirahmati dan diberkati.

Track saya sebagai seorang blogger semakin huru hara. Semakin merudum mood kerajinan. Bukan sahaja kerana masa kesibukan tetapi apabila ada masa lapang pun, hati dan perasaan saya sudah tidak sepenuhnya untuk berblog. Agaknya inilah kot perasaan mereka para blogger yang dah tinggalkan blog depa bersawang tu...

Saya berada dalam situasi sedikit tertekan. Ada beberapa peristiwa (jika boleh saya ingin menyebut sebagai kes) di tempat kerja yang membuatkan saya harus berhati-hati. Politik sangat dahsyat. Untuk membina keyakinan dan kedudukan yang selesa memanglah susah tetapi saya tidak menduga akan perit sebegini.

Saya perlukan ruang untuk mengubah beberapa keadaan termasuk rutin diri sendiri.

Tayang-tayang:


Lemon Teh Suam. Pengubat stress.

Saya rasa saya perlukan cuti.





 ~...berjauhan dari HISYAM juga sebenarnya sangat mendukacitakan SERI BULAN lalu dia cuba mendidik diri dan hati untuk lebih kebal dan kental...~




Thursday, April 16, 2015

Book Fair 2015: beza saya dengan mereka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
15-04-2015


Begitu cepat masa berlalu tak sedar sudah pertengahan April. Kesibukan mungkin membuatkan kita tidak sedar betapa cepatnya masa bergerak lalu hari bertambah sangat cepat.

Menumpukan perhatian kepada kerja menjadi suatu perkara "escapism" buat saya yang mencintai kerja saya sejak dulu hingga hari ini. I love to work with books.

Pesta Buku just around the corner. Pelbagai persiapan dah bermula di tempat kerja saya terutama di department tertentu. Booth structure, tshirt, poster, bunting dan sebagainya diuruskan sepenuhnya oleh depa. Saya tidak pernah terlibat secara langsung kecuali sibuk mengintai peluang nak duty kat booth.

Book Fair tahun ini walaupun tidak jatuh pada cuti semester persekolahan, tetapi ada beberapa hari cuti peristiwa yang panjang. Saya hanya melihat cuma 2 hari Ahad ruang untuk saya. Tidak perlu berebut pun kerana hampir semua rakan satu lantai dengan saya mengelak. Sebenarnya yang terpilih hanya perlu duty 1 hari sahaja tetapi saya suka nak kerja lebih. Sehari lagi saya gantikan orang yang ada komitmen keluarga. Hari lain yang cuti (Wesak dan Hari Buruh) saya akan bercuti di tempat lain. Jika tak kerana cuti yang dah confirm sejak awal tahun ni, haruslah saya duty setiap hari tersebut.


Saya menjangkakan dan mengharapkan kali ini akan lebih meriah dan menyeronokkan. Itulah beza saya dan mereka. Saya sukakan kemeriahan Book Fair tetapi ramai sekali depa ni tidak pernah suka.


Staf yang menabung syiling boleh menukar tabungan berat depa untuk keperluan cashier di Book Fair. Department saya sahaja berjaya menukar syiling lebih RM1k...! So akaun department tak perlu pi bank untuk menukar syiling.

Saya tidak mahu berkempen tetapi menyeru masyarakat meluangkan masa ke Book Fair setiap tahun. Bukan sahaja ada diskaun tetapi juga ada banyak pilihan bahan bacaan yang berfaedah. Dalam fenomena ramai orang sukakan (kadang-kadang taksub) akan gadget, saya rasa memilih buku adalah juga pilihan terbaik.


Kita jumpa di Book Fair PWTC nanti....!




*saya akan bertugas pada Ahad 26 April dan Ahad 3 Mei.





 ~...tiada lagi lagu senandung buat kita?...~




Monday, April 13, 2015

Ministry_of_Fish Head - Kementerian yang nyaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
13-04-2015


Sekali lagi saya menerima undangan makan malam bersama rakan sukarelawan yang bertugas pada program dinner Tautan Kasih minggu lalu.

Kali ini melibatkan kumpulan kami yang lebih kecil tetapi eksklusif. Tajaan sepenuhnya dari pasangan sahabat kami yang sudah berjaya dalam bisnes tudung bawal. Mengenali mereka sejak dari kedai depa hanya kecil di lorong aked Jalan TAR. Kini mempunyai lot kedai sendiri yang sangat cantik dan eksklusif di lokasi yang sama. Bawal Exclusive.


Berbaju biru adalah En Rosli dan bertudung pink, isterinya yang kami kenali sebagai  En. Bawal dan Puteri Batrisha.

Bertempat di Glomac, Damansara di hari Sabtu malam minggu. Ministry_of_FishHead. Restoren konsep Pakistan milik orang Malaysia. Senang cari sebab di tepi jalan saja.




Roti capati yang enak dimakan panas bersama kuah kari. Salah satu kepala ikan itu adalah ikan merah. Yang satu lagi saya tak pasti. Makan saja.


Ayam kampung goreng yang dihidang 'plating' menarik. Sekadar diletakkan di atas papan cincang. Dihidang bersama sos cili yang pedas masin tapi enak. Menurut cerita Puteri Batrisha yang merupakan rakan tuan restoren MOF, ayam ini dibela di ladang mereka sendiri di N9 dan diternak secara dibiar meliar tidak dikurung.



Memilih ruang makan di tingkat 1, lebih selesa nyaman dan privacy. Setiap meja dipisahkan oleh tirai putih seperti kelambu.

Makan beramai-ramai memang seronok walaupun saya sedar, semakin berusia selera saya tidak sehebat dulu. Makan dah tak banyak. Nampak mangkuk sangat besar tapi nasi pun tak habis.

Done!

Selepas makan kami dihidangkan pula dengan Teh Masalla.


Tidak ingat bila kali akhir saya minum Teh Masalla sebegini. Saya suka. Sangat sedap. Manis berherba. Arghhhh puas rasanya. Saya sangat rekmen.


Pengakhirannya puan empunya restoren tiba-tiba belanja kami dengan pencuci mulut Halwa Suji. Bersira coklat. Saya cuma makan sesudu. Bukan kerana tak sedap tapi kerana saya bukan penggemar coklat lalu saya tidak begitu teruja.


Terimakasih banyak kepada Bawal dan Puteri Batrisha yang menaja dinner kami malam itu. Sebenarnya ada lagi jemputan lain yang juga berminat dengan kari kepala ikan MOF ni. Kita tunggu siri seterusnya.

Untuk menikmati Kari Kepala Ikan yang enak di persekitaran restoren yang nyaman sila ke:
AG-12 Menara Glomac, Jalan Damansara, KL..



*kredit: sebahagian gambar BadangPerkasa




 ~...ada ketikanya SERI BULAN malas hendak menyebut betapa dia rindu akan laman metropolitan ketika zaman sibuk membentang kertas kerja serta rajin berbalah mulut dengan HISYAM kerana tidak sependapat tetapi hari ini HISYAM kelihatannya seperti sangat selesa hanya berpelikat dan berkhurta dan menyenangkan diri di Kampung Separuh Desa...~




Sunday, April 12, 2015

Teater KENA MAIN ~ Bila dah tak muda, jalan hujung minggu pun rasa penat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
11-04-2015


Ahad menjadi hari untuk famili. Bagi saya. Cara saya. Ke pasar adalah rutin tidak tertulis tetapi kemestian.

Ahad lepas walaupun masih penat dan tak cukup tido, saya tetap menunaikan janji dengan dua anak dara untuk keluar bersantai. Menonton filem pilihan depa. Cinderela. Dak Amoi booking tiket secara online di TGV KLCC.


Setakat nak release tension, layan jer filem budak-budak ni.





Bebudak ni memang la suka. Ada banyak versi Cinderela ni. Apapun yang ini boleh tahan juga bestnya. Kelakar sebab saya dok sangka movie ni katun animasi rupanya filem hidup. Hahahaha. Kostum menarik sangat. Terutama scene Cinderela bertukar cantik dan dapat kasut kaca. But... cuma sekali tu saja scene bertukar cantik.

And.. tak sah keluar wayang kalu tak lepak makan dengan budak berdua nih. Kali ini PH KLCC.





Dan cerita berjalan hujung minggu saya bersambung lagi pada sebelah malam.

Program menonton teater di Istana Budaya atas ajakan seorang rakan urusetia. Ada tiket percuma. Wahhh dah lama tak tengok teater.


Teater KENA MAIN by pengarah berkaliber, Khalid Salleh.


Bagi saya, setengah jam pertama adalah bosan. Plot tidak bergerak selain dari cakap-cakap antara 3 orang pemuzik buta (Aida Osman [aku tak kenal], Ebby Shaiful dan Sani Sudin). Bila ada watak lain by Eman Manan, Azizah Mahzan dan lain-lain barulah saya cuba fokus siapa sebenarnya "yang kena main"...


Wajar mendapat pujian kerana bahasa yang baik dan tersirat membawa makna bahawa dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat mengelak dari mempermainkan orang dan juga dimainkan oleh orang, walaupun kawan sendiri.

Part paling  best dan sedikit lucu bila muncul watak penagih dadah yang lalok jalan huyung-hayang, memberikan suasana agak riuh. Lakunan baik oleh Radhi. Saya tak kenal. Pelakun teater lah agaknya. Watak tu buat mata saya celik. Hahahaha!


Sesi bertemu penonton selepas persembahan. Saya sengaja zoom kepada Azizah Mahzan sebab saya berkenan dengan baju kebaya labuhnya tu. Cantik sangat. Nak buat jugak lah!


Hujung minggu saya yang tiba-tiba sangat padat. Alahai... bila nak cuti niii.



 ~...pokok padi pulut sudah tidak banyak ditanam orang kerana harus mengirik dengan kaki dan miangnya sampai ke malam tetapi sangat berhasrat SERI BULAN dapat mencubanya lantaran HISYAM sendiri sudah mencabar diri cuba membanting padi yang menguning membuatkan Pak Utih tiada pilihan lalu bendang orang sedang ditenang..~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails