Friday, July 31, 2015

Syawal: rumah terbuka sudah budaya, jangan dicemari kata perli...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
31-07-2015


Rumah terbuka sudah menjadi budaya. Cuma, berbeza dengan cara di kampung yang tiada jadual. Sesiapa boleh datang. Malah sampai malam pun masih seronok berborak gelak-gelak.

Masa saya kecik dulu, semasa sudah boleh diharap buat kerja dapur, bila time Raya paling seksa adalah time basuh pinggan dan gelas. Walaupun bergilir dengan kakak-kakak saya, tapi memang penat sebab orang datang tak putus-putus. Zaman dulu jangan haraplah nak fikir bab pinggan pakai buang. Dan time orang datang, suasana macam kenduri.

Harini, especially kita kat bandar, rumah terbuka ada jadual. Tuan rumah tentukan satu tarikh dan kepenatan dan kemeriahan serentak pada hari itu. Yang best kita yang hadir pun akan berpeluang berkumpul dengan sedara mara dan kawan-kawan yang lain juga.


Saya singgah ke rumah kawan sekolah lama. Yang sudah 30 tahun tidak berjumpa. Tak sangka jumpa juga 2,3 orang lagi kawan sekolah lama yang juga singgah.


Anak Mami seorang ni pernah menjadi kawan baik dan geng kamcing saya semasa sekolah menengah dulu. Ini kali pertama kami berjumpa semula selepas terpisah 30 tahun dulu.

Rumah terbuka MyBonda secara rasmi berlangsung pada hari Raya ke-3 tetapi tetamu boleh datang bila-bila masa sahaja.


Laksa beras buatan sendiri. Abang kawan saya yang buat. Wahhh terujanya bila dengar orang lelaki pandai buat laksa beras.

Ada orang suka pergi rumah terbuka. Saya pun. Sebab jumpa ramai kawan dan sedara mara. Tapi ada orang bila ziarah rumah orang, mata suka buka luas pandang sana sini. Mata meliar, orang kata. Mak saya kata, itu tak sopan.

Jangan cemari adab berziarah dengan perlakuan yang membuat orang meluat dan rasa menyampah.




 ~...SERI BULAN mudah terasa hati, mudah juga merajuk berhari-hari tetapi kali ini dia benar-benar rasa ingin lari...~




Thursday, July 30, 2015

Syawal: campur aduk macam perasaan saya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-07-2015


Hmmm lamanya tak update. Sibuk dengan kerja sibuk dengan Raya. Yeaaa alasan biasa.

Lalu mood untuk memulakan entri hasil tulisan... terasa benor lah payahnya.

Cerita Raya? Hampir sama dengan orang lain. Balik kampung berkumpul sanak saudara.


Walaupun ibubapa mertua saya sudah tiada, tetapi rumah warisan di Jemapoh, Kuala Pilah tetap dikunjungi. Kami balik selepas solat sunat Aidilfitri. Tahun ini hampir semua adikberadik MyToklaki balik berhariraya di sini.


Berkunjung ziarah ke rumah saudara sebelah MyToklaki di kampung memang seronok. Sambutan raya lebih meriah bila kami saling berkunjung dan menerima tetamu.


Merasai sendiri acara membuat dodol di rumah emak saudara di Bahau, yang enak lazat kerana menggunakan gula enau, suatu pengalaman yang jarang saya lalui.


Pada hari Raya ke-2, barulah kami pulang ke kampung saya di Tanjong Piandang, Perak.


Singgah di Taman Damai, Parit Buntar rumah MyKakYang yang mengadakan majlis tahlil (tengahari, kami tak sempat) dan bersambung dengan openhouse. Makan lagiii..



Yang best sebab ada paberet saya, satay. Wahhh makan sungguh-sungguh...!

Bagi saya, berkumpul adik beradik sanak saudara, sepupu ipar-duai-lamai adalah lebih bermakna bila kita membersihkan hati setelah lama tidak berjumpa. Lebih meriah bila kita mampu bermesra dengan ikhlas dan gumbira, tanpa ada rasa prasangka....

Atau disulami cerita-cerita negatif tentang si polan dan si polan... juga gossip yang tidak memberikan faedah pun. Atau  menumpukan kepada perkara material dengan niat bersaing.

Ingat, bila kita rasa baju kita sangat lawa, baju orang lain lebih cantik lagi. Bila kita rasa gelang kita sampai penuh lengan, ada orang lebih mampu bergelang sampai siku. Jadi, bersederhanalah.

Saya selalu jemu bila diajak sembang tentang isu berlawan lawan baju, gelang dan sofa langsir nih..!

Selamat Hari Raya.



 ~...lama tidak jumpa bukan makna sudah jemu HISYAM, tidak juga kerana sudah mahu dimua, tetapi bagai ada pagar tinggi yang menghalangi, dan seorang SERI BULAN hanya menanti dirinya diajak datang dan dijemput hadir...~




Thursday, July 16, 2015

Ramadhan 29: berayalah walau bagaimana pun caramu..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
16-07-2015


Hari terakhir Ramadhan. Bulan yang bakal ditinggalkan dan akan ditemui lagi pada setahun mendatang.

Saya harap semua orang melalui Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan.

Hari ini saya masih bekerja, walaupun sebahagian besar kawan-kawan sekerja semua dah mula bercuti sejak semalam. Tidak mengapa. Sebab saya bakal bercuti panjang untuk sepanjang minggu hadapan.

Plan kami cuma berhari-raya sehari di Kuala Pilah (parents mertua saya sudah tiada), dan kemudian balik ke kampung saya di Parit Buntar, insyaAllah pada Raya ke-2 nanti.

Persiapan menu, nampaknya MyToklaki yang akan memonopoli dapur sementara menanti saya balik kerja. Lagipun Rendang N9 hasil tangan dia lebih sedap dari rendang buatan saya. Yeayyyy!!

Di kesempatan ini:


Buat semua para pembaca terutama, rakan blogger yang sejak dulu hingga kini setia dengan saya.


Maaf Zahir Batin.

Selamat berhariraya yaaa...!

Berhati-hati di jalan raya.




 ~...HISYAM, alangkah indah di hari lebaran nanti andai dikau tidak pernah lupa buah tangan dan hadiah raya yang saban tahun menjadi habuan dan kenangan indah buat SERI BULAN...~




Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan 28: tailor baju Raya, tolong jangan tamak...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
14-07-2015


Musim Raya, persiapan biasanya dari hujung rambut hingga tapak kaki. Paling besar punya perkara, tentulah baju Raya.

Masa ni seawal 4,5 bulan sebelum Ramadhan lagi, tempahan mula masuk. Biasanya tailor yang mahir, yang sehari boleh siap 4,5 pasang sehari pun akan tutup tempahan sebaik saja Ramadhan bermula. Tak menang tangan.

Minggu lepas, kawan sekerja saya bercerita. Dia hantar 3 pasang baju Raya seawal bulan Mac. Janji dah deal bulan posa boleh siap dan amik. Tailor janji manis. Sampai masa (minggu lepas bermakna minggu terakhir sebelum Syawal) dia call. Singgah nak amik. Apa jadi? Tailor kata baju ada kat dobi. Malam baru siap. Malam pi ulang nak amik, tailor kata baju tengah "hemming" kat tangan orang lain. (Biasanya tailor sub pada orang lain utk selesaikan bahagian kemas jelujur, jahit butang dan sebagainya... betoi kan?). Bayang baju tak nampak. Cakap dalih-dalih. Kawan saya naik angin dan syak baju dia belum buat. Dia kata esok pagi-pagi dia nak amik. Agaknya malam tu tailor tak tido langsung dok pulun jahit.

Kalu mengaku jer kan senang? Lain kali jangan janji.

Saya ada beberapa pengalaman bengang gak pasal baju raya. Dulu sorang tailor saya (saya regular dengan dia bertahun juga) tapi bab baju Raya pernah dia tak sempat siap. Janji soh saya amik sehari sebelum Raya. Bila saya pi rumah, rupanya dia dah balik kampung. Baju saya tak siap.

Dek bengang saya amik kain yang belum berpotong pun. Sakit hati Tuhan saja tahu. Stop tak hantaq dah. Sorang customer gone!

Tahun lepas, pun baju Raya saya tak siap semua. Dapat sepasang saja lagi 2 pasang  tak siap. Ok la juga tapi yang buat saya geram, bagitau la awal bukan dah time kita nak pi amik baru habaq tak siap. Alasan, "baju saya dan baju mak mertua saya pun tak jahit lagi". Saya tak suka peniaga gunakan alasan peribadi camtu. Kita tak minat nak tahu pun.

Sebagai tailor, kalu dah tahu musim Raya akan banyak tempahan dan baju famili-kerabat sendiri pun tak sempat, hadkan tempahan. Jangan gelojoh jangan tamak. Bagi saya berbisnes time Raya kena faham, customer dulu baru diri sendiri. Kalu takleh nak berkorban jangan amik tempahan macam ada tangan sepuluh.. ! Stop hantar. Satu customer gone!

Kadang-kadang saya tak faham orang yang menjahit ni. Kalu tak larat dengan kederat, janganlah amik tempahan lebih dari keupayaan. Sendiri kena bijak nak ejas masan dan kemampuan. Setahun hilang sorang memang la depa tak heran sebab tahun depan akan ada  10 lagi customer. Memang benar. Tapi kan tak baik menganiaya customer? Entahlah jika depa tak rasa bersalah atau tak heran sikit pun?

Bukanlah juga saya nak kata semua tailor camtu. Saya respect depa yang tekun dan komited menjaga hati customer. Yang mengambil tempahan dengan ikhlas tidak berkira. Ramai, saya tahu ada ramai. Yang kena hampeh tu, nasib tak baik lah tu. Cari jer lah tailor baru. Tailor tu pulak cari lagi 10 gantikan kita yang seorang.

Terus teringat iklan raya sketsa pendek tentang seorang ibu tunggal yang gigih menjahit baju Raya sehingga ke pagi menyara anak perempuannya. Rezeki untuknya yang ikhlas. 2 pasang baju yang silap dijahitnya pun tetap diambil customer walaupun sudah dijahit yang betul. Rezeki berganda jadinya.

Tayang-tayang:


Projek kuih yang tiap tahun mesti buat. Paling senang. Cuma, sebab rakyat ramai saya buat 1 paket tepung pulut. Chak pun dah pandai buat.



Buah Melaka. Bila dah selalu buat, terasa sangat mudah dan hasilnya memang mendapat Kepujian Kelas Pertama.




 ~...bila ada yang membandingkan antara HISYAM sekacak Hisyam Hamid, SERI BULAN harus mengaku akan benarnya perbandingan itu lalu dia kemudian jadi bimbang andai dirinya pula dibandingkan dengan bulan yang berseri tiap malam di celahan julai jambu...~




Tuesday, July 14, 2015

Ramadhan 27: our plan now back on track...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
14-07-2015


Terima berita gumbira pagi tadi.


Alhamdulillah. Dengan izinNya.



Terimakasih doa anda sekalian.




 ~...sebenarnya HISYAM ini kacak lebih sikit dari Hisyam Hamid itu...~




Monday, July 13, 2015

Ramadhan 26: dugaan kami...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Isnin
13-07-2015


Khamis lalu, my eldest daughter, Dak Amoi dah bagitau dia demam. Doktor panel bagi MC sehari. Then Jumaat tak kebah lalu dia minta diambil bawak balik rumah. Pagi-pagi sebelum saya masuk opis, kami dah ambik dia di rumah sewa dia.

Then MyToklaki bawa dia pegi buat blood test di klinik kerajaan. Simptom denggi dah ada tapi tak pasti.

Sabtu dia dah semakin lemah. Muntah tak berenti sampai lembik. Lalu petang tu kami terus bawa ke HKL. Yup, ujian darah mengesahkan denggi, dengan bacaan platletnya dari 200++ (semasa di klinik) menurun ke 128. Masuk air 1 botol.


Dah tentu kena repeat lagi.


Ahad. Ujian darah kali ke-3. Platlet menurun ke 128. Lalu tiada pilihan, kena duduk wad.


Result ujian petang Ahad, platletnya menurun ke 50 pula.

Sebenarnya ini kali ke 2 Dak Amoi kena denggi. Kali pertama dulu, tidaklah seteruk ini. Tapi kawasan rumah sewa dia sekarang banyak constructions, dan nampak fogging selalu dibuat, jelas memang banyak nyamuk di area situ.

Saya harap platlet dia akan segera naik sebelum kami bergerak balik kampung untuk beraya.

Saya diberi 2 hari Cuti Ihsan dari company. Berulang alik sehari 2 kali ke hospital.

Terimakasih doa kawan-kawan.


 ~...kalaulah HISYAM kita itu sekacak Hisyam Hamid...~




Saturday, July 11, 2015

Ramadhan 24: berbuka dengan keluarga adalah satu elemen bahagia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
11-07-2015


Ahad minggu lalu, kami memutuskan untuk berbuka di luar. Acara sebulan sekali bersekali meraikan ulangtahun saya yang jatuh pada 01-07 yang lalu.

Dak Amoi memilih Restoren Muhibbah di Kg Sg Penchala, yang katanya sedap dan popular.


Tempahan perlu dibuat awal kerana bimbang tak boleh dapat meja. Menu pilihan juga harus dimaklumkan awal kerana order semasa duduk di meja menjelang berbuka tidak lagi diambil kecuali untuk menambah nasi atau air.

Sayang sekali, air jus buah seperti dalam menu tidak disediakan sepanjang bulan puasa kecuali air sirap dan laici sahaja. Saya rasa depa tak menang tangan nak mesin buah untuk ratusan permintaan pelanggan yang sudah tentu datang serentak masa berbuka... kan?


Memang patutlah restoren ni penuh selalu. Saya segan nak snap suasana dalam restoren yang luas ini. Orang penuh.

Menu yang kami pilih pun sangat-sangat menepati selera. Ternyata pilihan yang tepat. Saya paling suka Kailan Ikan Masin. Marbeles!


Ini snap sewaktu masih siang dan orang belum penuh. Menjelang waktu berbuka, semua meja penuh. Restoren Muhibbah ni memang cantik dan selesa. Luas dan nyaman. Terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan surau. Masjid besar (lupa nama) Kg Sg Penchala pun tak jauh. Walaupun tempat letak kereta tak mencukupi dan ramai terpaksa parking jauh sepanjang jalan masuk, restoren sediakan buggy mengambil-hantar pelanggan dari restoren ke kereta.

Sebelum balik, bebudak ajak makan aiskrim Sangkaya di Uptown Damansara pula.


Aiskrim kelapa yang boleh dipilih beserta perisa lain, dihidang bersama isi kelapa muda. Toping boleh dipilih (terhad kepada 3 jenis toping saja) boleh dibuat sendiri. Enak nyaman dan terasa lemak kelapa mudanya. 1 cup (1 bekas tempurung) = RM10.60 (ada GST juga).


Mengisi masa dengan anak-anak, sambil makan sambil borak-gelak terasa sangat bermakna.

Walau tidak semewah orang lain, tapi tiap orang pasti ada cara tersendiri, kan?





 ~...hampir setiap malam HISYAM berkunjung datang untuk makan berhidang, tidak pernah jemu dia bersila hadap bersama SERI BULAN sambil diawasi Mak Utih dan Pak Utih yang sentiasa ceria hingga makannya lebih banyak dari biasa sehinggalah pernah suatu malam lauk cuma ikan masin dan pulut tanak kerana kayu api basah terendam...~




Friday, July 10, 2015

Ramadhan 23: baju Raya ~ kad raya ~ iklan raya ~ kuih raya dan Raya! Raya! Raya!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
10-07-2015


Masa kecik dulu, zaman tiada henpon tiada siaran berbayar dan of course tiada lagi perkataan media sosial itu wujud, bila start jer bulan posa, kedai yang jual kad Raya sangat untung buat bisnes.

Zaman saya dulu kad Raya cuma harga sekitar 50 kupang or jika besar skit harga RM1.00. Paling popular yang ada gambar kucing. Hehehehe!

Then masa zaman saya sekolah menengah muncul kad Raya boleh lipat-lipat 3 dimensi dan juga yang lipat dua bila buka ada muzik. Wahhh time tu sapa dapat kad ada muzik kita spesel dan hebat lah..!

Hari ini, kedai jual kad Raya pun kita tak masuk dah. Dah takda nak merasa saat macam dulu, kuar masuk pejabat pos beratur panjang semata-mata nak beli setem. Sebelum pos kad Raya siap cium kad tu dulu. Ada ker yang buat gituh? Hahahahahaha!


Ini sampul angpau dari company tempat kija saya. Macam biasa, gold emboss warna yang menawan. Setiap staf Muslim diberi 30 pek.


Ini kad Raya company tempat kija saya untuk tahun ini. Masih warna sedondon dengan sampul angpau. Setiap staf Muslim diberi 3 keping tapi saya dapat lebih sebab kutip dari kengkawan. Depa tak mau. Tidak ramai yang rajin nak tulis dan pos kad Raya sekarang. Tapi saya suka, itupun kena pilih penerima. Maklum tak semua saya simpan alamat.


Isi dalam. Sedikit berubah dari tahun lepas. Tahun ini ada perkataan ‘holdings’.

Kad Raya e-kad belum sempat nak buat. Nak cari design dan edit sana-sini tu yang perlukan masa. Nanti kalu tak sempat, saya nak re-cycle jer kad maya tahun lepas. Ubah tahun. Yang penting ingatan tulus ikhlas, yer dak?

Tayang-tayang:


Not baru. Sebenarnya baru or lama, tidaklah menjadi isi asal ianya bernilai. Tetapi sudah kebiasaan kita, kan. Semua nak yang baru. Lagipun sekarang mudah nak dapat not baru. Hampir semua bank ada kuarkan not baru. Dan anak-anak dara yang berdua tu (Chak & Alia) memang suka benor bila dikerah buat kija isi duit dalam angpau nih...!

Baju Raya? Lain kali saya cerita. Nanti bertambah meleret lak membebel.



 ~...saat terjauh, terpisah dalam ruang waktu, dan akhirnya di sini kita tercampak berdua, SYAM ~ jangan pernah terfikir untuk meninggalkan aku di belakang walau kau pernah berkata “Untuk maju ke hadapan, ada ketika kita perlu berundur selangkah ke belakang” — SERI BULAN...~




Thursday, July 9, 2015

Ramadhan 22: ulangsiar @ gunasemula header Raya lama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
09-07-2015


Kurang lebih tinggal seminggu saja menjelang Syawal. Dah tentu ramai yang dah tak sabar nak balik kampung untuk beraya or bercuti panjang.

Saya berjaya dapat cuti selama 5 hari, plus cuti umum dan Sabtu Ahad, menjadikan cuti saya adalah 10 hari sepanjang minggu. Tetapi saya harus mulakan cuti selepas Raya, means hari terakhir Ramadhan Khamis tu saya masih kerja ya.

Persiapan? Masih tradisi biasa. Sederhana. Anak-anak yang kerja beli sendiri keperluan depa. Itupun depa tak beli baju sangat pun. Baju lama masih cantik. Dak Amoi gunapakai baju dinner haritu plus baju Raya baru saya yang mengecut tu saya korbankan untuk dia.

Yang lain-lain masih guna yang lama. Tiada cacat cela dan saya yakin tidak akan tercemar pun sambutan Raya itu jika tak pakai baju yang baru. Sayang betul baju kurung lama yang jarang dipakai. Lagipun ada 4 orang perempuan, banyak baju kurung yang diturun-temurunkan.

Kuih raya pun beli 2 3 jenis saja buat syarat bila kawan-kawan menjual di tempat kerja. Sekadar memenuhi minat anak-anak dan sebagai buahtangan balik kampung.

Bagi yang dapat bonus tentulah seronok nak beraya, kan? Sebaiknya bersederhana dan berjimat. Minyak mahal wooo...

Tayang-tayang:


Header Raya saya. Gunapakai yang tahun lepas juga. Tak sempat nak buat yang baru. Sibuk tak boleh dijangka. Bulan posa pun ada banyak projek mendadak terutama bila nama tersenarai untuk berada dalam team rebut tender.

Saya hanya edit mana yang perlu. Asal saja header ada tema Raya. Sesuatu yang saya suka.

Jika nak ikut nafsu, semua benda kita nak tukar baru, yer dak?




 ~...mengikut Mak Utih ke pasar minggu sambil dikawal ketat oleh HISYAM dari belakang, SERI BULAN tiba-tiba teringin hendak berbuka dengan sirap selasih yang jernih merah walau tahu HISYAM lebih gemar Teh Tarik Mamak Khurta, tetapi bila melihat Mak Utih membeli tembikai merah menyala dan HISYAM mencapai setangkai laici bulat-cekang, SERI BULAN tahu HISYAM yang prihatin bukan hanya dirinya seorang...~




Wednesday, July 8, 2015

Ramadhan 21: musim durian yang menggoda sanubariku...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-07-2015


Musim durian datang lagi. Bulan puasa pulak tu. Musim panas selama 2 minggu pertama Ramadhan, tidak memungkin saya menunaikan hajat di hati. Takut demam nanti semuanya jadi serba tak kena.

Lalu hajat untuk makan durian terpaksa ditahan selagi mampu.

Tetapi, hari tu MyToklaki beli Pulut Sibaq dengan durian di pasar Ramadhan. RM3.50 sebekas begitu. Mana saya boleh tahan kalu dah cantik dan enak camtu. Aduhaii...


Saya peminat durian. Paling kuat dalam keluarga. Sebiji boleh hadap sorang sekaligus tanpa henti. Syukur setakat ini saya belum ada sebarang penyakit, no darah tinggi no kencing manis (bulan lepas check-up tekanan darah, doktor puji tekanan darah saya bagus memandangkan umur saya dah tak muda). Jadi peluang makan durian tu memang direbut tanpa ragu!

Kemudian seorang kawan seopis offer durian yang dibawa khas dari Batu Kurau. Antara tempat durian kampung yang terkenal di Perak. But, 3 biji dengan harga kengkawan RM10 tidak mencapai piawaian tekak saya. Kena beli lain nampaknya.

Musim cuti Raya nanti, dalam kepala dah plan. Balik kampung nak cari durian di merata ceruk kampung. Hasrat seorang kawan lama mempelawa makan durian di dusunnya juga sedang dinanti ulang-pelawa. Kalu jadi, aduhai makan sakan la saya nanti!

Tayang-tayang:


Pari Rebus. Kemudian saya rendam dengan Air Asam (yang ada belacan, kerisik, air limau dsb). Menu berbuka hari apa hari tu.

*ramai merungut bahan buat kuih dah makin mahal. Tiap tahun harga naik. Jadi harga kuih raya ikut naik sama. Tak boleh elak. Orang yang tak buat kuih raya or tak reti buat macam saya ni... kena la beli. Sapa soh tak rajin belajar masak? Hahahaha!




 ~...semasa moreh semalam, bukan SERI BULAN tidak mendengar soksek kata puji anak-anak dara dan mak-mak dara tentang HISYAM yang dilihat sangat cemerlang bagai ingin dibela ditatang, dan Mak Utih yang turut terpasang telinga hanya mampu sengih-angguk kerana cuba berada di tengah situasi yang jika tidak dibendung boleh merobek hati dan jantung...~




Monday, July 6, 2015

Ramadhan 19: bila kita diseru tidak balik kampung time Raya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Isnin
06-07-2015


Rakyat tahu. Rakyat baca. Rakyat menilai. Mengkritik. Berhak bersuara. Berhak juga mempertikai.

Ada yang melihatnya sebagai sangat serius. Sangat kritikal. Malah tidak kurang melihatnya sebagai sangat lucu. Lalu dilawakkan lagi serta diviralkan menjadi kes paling popular bulan ini selepas isu GST, isu minyak naik harga lagi dan juga selepas isu dera budak.

Kita tidak tahu apa yang dia fikir dan dia ramalkan. Malah kita mungkin tidak mampu berfikir sepertimana dia berfikir. Yeaaa siapa tahu, ye dak?

Namun bagi saya bila memberikan idea dan cadangan yang saya sifatkan sebagai menyentuh hati, saya tahu ianya sangat-sangat menyedihkan. Untuk berjimat minyak dan tol, rakyat disaran tidak balik masa Hari Raya. Tidakkah itu seperti keterlaluan?

Kok la nak bagi idea, serulah jangan pegi bercuti terlalu kerap ker... pegi keja kongsi keta ker... tetapi menyeru rakyat untuk tidak balik berkumpul adik-beradik, ohhh sedih..!

Sudah la hari biasa kita jarang dapat balik, tak mungkin bulan Syawal kita mahu melepaskan peluang jumpa mak ayah...sedara mara, sepupu sepapat, rakan sekampung dan sesiapa saja.

Mau meraung kalu tak balik. Sekeras hati mana pun, cuba bagi dengar lagu Raya, boleh cair hati macam lilin dibakar. Lainlah kalu terpaksa bertugas, memang takleh ngelak.

Bagi anak kampung yang berjiwa kampung sangat ni, seboleh mungkin nak balik seawal yang mungkin. Nak mengulang saat-saat beramai bersiap untuk sambut lebaran. Himpun sabut, tempurung kelapa, jemur tepung gula, kejar ayam, sama-sama isi beras dalam sarung ketupat....aduhai.

MyToklaki pula sangat-sangat suka kampung. Dah jemu dengan bandar. Beraya di kampung adalah saat yang sangat dinantikan.


Buaian kampung yang sangat memberi kenangan.


Main bungai api di laman pada malam Raya. Ini kenangan tahun lepas.

Apapun jua seruan atau kempen, saya secara peribadi takmau pedulik. Balik tetap balik. Nak saman ker, nak tangkap kerr, tunggu aku sampai kampung dulu...!



Tayang-tayang:


Cucur Jagung. Saya boh udang nak sama banyak dengan jagung. Buat sendirik jugak yang puas.


Murtabak Daging beli dari pasar malam haritu. Mujur sedap.



 ~...ayam sudah direban, pucuk kelapa juga sudah diikat kemas di atang dapur lalu apabila Mak Utih bagai panik bagai ada sahaja benda yang belum siap dirancang, Pak Utih dengan sengaja berlagak selamba walaupun kelapa parut belum dibuang sabut, kemudian bagai berpakat pula dengan HISYAM yang memang menunggu masa untuk menakal dengan membuat SERI BULAN panik gelabah tentang baju kurung kedah yang ditempah sebenarnya sudah menjadi baju kebaya berpinggang ramping...~




Sunday, July 5, 2015

Ramadhan 18: dah tahu dia gila glamer, buat apa bagi perhatian?!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
05-07-2015


Saya bukan follower dia. Juga bukan follower sekian-sekian artis. Tapi harus mengaku ada sorang dua selebriti yang saya follow di IG tetapi jarang saya buka tengok. Selebriti yang ada unsur 'fun' dan tidak meloyakan.

Umum tahu, ada isu panas tentang artis lelaki yang seorang itu (lagi...lagi?). Saya tidak baca secara details punca kata-mengata tu. Yang saya sempat baca, mengata restoren steak, kutuk dan hina. Ayat kasar.

Ramai sedia maklum. Dia yang seorang ini pamtang kena cuit. Melompat melatah macam betis kena sebat dek rotan seurat. Menjerit mencarut maki hamun complete pakej! MasyaAllah.

Sejak dulu pun macam tu lah. Ada la sekejap sekejap dia macam berubah. Tapi tidak kekal. Ulang balik ulang balik.

Saya sendiri pernah jumpa dia (masa tu sama-sama tunggu nombor giliran kat kaunter pasport). Saya buat tak nampak tak pandang. Sebab lagi orang pandang dia lagi nak gedik kat situ. Dengan beg tangan pompuan, gelang besar, cekak rambut pompuan...hmmm mengata dah nih...

Bila tengok satu promo kat TV yang dok ulang selalu sedutan reality show masak tuh, dia dok sebut, "Bulan puasa ni kita kena control emosi.." Hmmm ironinya...!

Bagi saya, dia terdesakkan perhatian. Lagi banyak kita bagi perhatian lagi suka dia terkinja melompat nak menunjuk kehebatan dia. Jadi cara terbaik, jangan bagi perhatian. Buat tak tahu saja. Jangan layan. Dia dah cukup tua untuk fikir baik buruk. Lagipun dia berpelajaran tinggi. Ada ijazah.

Dalam masa yang sama, kita doakan yang baik-baik saja. Semoga hatinya akan lebih lembut, lebih matang selaras usia, lebih rasional dan lebih rendah hati... Keras jangan dilawan keras.

Tayang-tayang:


Biasanya orang yang pernah lalui penderitaan, hatinya akan keras, jiwanya akan kental jika tidak memberontak sekalipun dan bersikap mementingkan diri. *Han Tae Hee - Birth of A Beauty.

Bersyukurlah dengan penghidupan kita, sejak dulu kini dan akan datang.




 ~...hanya HISYAM seorang lebih tahu tentang betapa kerasnya hati SERI BULAN itu dan tiada siapa yang lebih faham kenapa dia tiba-tiba lembut hati untuk ikut bermastautin di Kampung Separuh Desa ini walaupun alasannya sebagai pengikut setia HISYAM itu terlalu tipis untuk dipercaya, namun hingga hari ini hatinya belum pernah berubah...~




Friday, July 3, 2015

Ramadhan 16: pertanyaan tentang Kuih Abuk-Abuk ~ nostalgia kuih lama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
03-07-2015


Pada entri yang lalu berkaitan iftar dan kuih berbuka, ada beberapa pertanyaan tentang kuih tradisi yang saya selalu dok buat bila tiba Ramadhan. Kuih Abuk-Abuk:



Saya dah pernah tulis tentang cara buat kuih ini secara ringkas dulu.



Bolehlah semak entrinya di SINI...


Menyebut tentang kuih tradisi, biasanya juga dikaitkan dengan musim yang lebih besar seperti Hari Raya. Bila tiba Syawal pelbagai jenis kuih tradisi yang sedia kita maklumi akan mula rancak dilihat di mana-mana. Buat sendiri atau juga merata tempat orang berjualan.

Bagi yang setia dengan cara lama, agak sukar hendak menerima kuih lama yang dijual sekarang apatah lagi bila ianya dibuat secara moden. Feel tentang nostalgia membuat kuih itu sendiri sebenarnya lebih dinantikan...

Saya tak pandai buat kuih raya. Hanya pernah semasa zaman anak dara saja. Bila dah kerja dan kahwin, memang tiada masa nak buat, lalu feel nak buat tu langsung menghilang lalu saya terus jadi tak pandai. Bila anak-anak dara dah besar dan pernah tanya kenapa kita tak buat sendiri pun, saya masih tak dapat memecahkan tradisi buat sendiri. Memang tak berani nak mulakan sesuatu yang tidak pernah saya pelajari. Keinginan itu tidak cukup kuat. Lalu saya merasa saya sudah terlalu tua dan sudah kekurangan tenaga untuk bertungkus lumus kat dapur nak mengerjakan kuih raya. Adehhh...!

Cuma, tekak saya masih gemar kuih lama. Malah saya tidak makan Kuih Makmur lain kecuali yang dibuat MyBonda — yang sudah berpuluh tahun dah dia tak buat — lalu keinginan untuk membeli kuih raya juga tidak seghairah orang lain, mungkin. Beli hanya menunaikan hajat anak-anak dan sebagai pelengkap sambutan Aidil Fitri.

Korang buat kuih apa?



 ~...bila Pak Utih mengajak HISYAM ke baruh mencari kayu getah dan kemudian menyebut tentang sabut kelapa yang harus dikering-kumpul dan Mak Utih pula mula mengumpul telur itik, SERI BULAN mula memahami suasana sibuk akan kembali lagi, kerancakan berjaga malam memukul telur sambil ditemani HISYAM yang suka bercerita kisah lawak-tak-lojik dan bersambungan dengan kisah duka-lara Mak Utih, SERI BULAN tiba-tiba merasa sayu di malam hari...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails