Tuesday, May 19, 2020

Mother’s Day 2020

Thalatha
19-05-2020

Selamat Hari Ibu. Walau sudah berlepas Ahad lalu.

Semoga terus menjadi para ibu yang cemerlang sejak dulu, kini dan selamanya. Kagum dengan ramai orang yang meraikan Hari Ibu dengan cara masing-masing. Samada kecil atau besar bukan ukuran, tapi ingatan dan kasih sayang yang tidak pernah berkurang.

Bagi saya, setiap tahun Hari Ibu memang istimewa dengan cara kami. Bezanya tahun ini tiada acara dinner di luar seperti tradisinya. Masing-masing berada di rumah.

Seperti biasa juga, anak-anak akan tanya, “Mak nak hadiah apa?”

Ya, saya sudah tidak ada apa yang saya mahukan sebagai kehendak. Hanya keperluan. Lalu berkira-kira apa lagi keperluan. Bukan untuk kegunaan saya sendiri, juga boleh digunakan semula untuk sekeluarga.

Along belikan saya oven. Kerana musim PKP dan menjelang Syawal, oven adalah hadiah paling sesuai tahun ini. Order online. Alia pilih warna dan model. Rasanya dia yang akan banyak guna benda nih. Dia yang nampak berminat dalam hal baking nih.


Ika, kirim melalui runner, hantar hadiah dari tempat kerjanya. Sehelai sport legging yang cantik dan berkualiti. Lepas PKP boleh sambung joging. Beserta sebalang cookies, sekotak coklat (saya tak boleh makan pun) dan sampul duit raya eksklusif keluaran company tempat kerja dia.

Pun begitu, saya juga beli hadiah untuk diri sendiri. Reward diri kunun rajin masak, kan? Hahaha sebenarnya rambang mata tengok non-stick frying pan ni. Harga asal RM129, tapi ada offer RM39. Grab laaa...

Juga order botol air baru Herbalife. Warna gold. Sebagai penambah semangat dalam diri sendiri.


Jute bag. Order online. Pilih warna royal blue, dengan cetak nama yang eksklusif itu. Bolehlah guna untuk isi botol-botol nutrition saya nanti.

Wahh... tetiba macam banyak pulak hadiah Hari Ibu tahun ni. Gara-gara #DudukRumah semua benda nak layan. Banyak masa, kan. Kalu pegi kerja (awal pagi balik malam), mana ada masa nak explore benda ni.

Terimakasih semua. Sayang semua.




 ~...kerana hanya HISYAM sejak awal dan akhir menjadi kekasih dan kepercayaan, SERI BULAN sukar hendak berkongsi kisah walaupun hanya selingkar dengan sesiapa yang lain dek bimbang apa yang nanti disebut nanas bakal dianggap ganas, berkata sesuwar dianggap pula sesuai lalu biar sahaja kamus bahasa itu mereka berdua sahaja yang faham dalam ertikata Serasi Bersama itu lebih bernilai dari air sarsi...~



Monday, May 18, 2020

Journey AA: #04 – Jom tukar gaya hidup

Monday
18-05-2020

Apakah yang lebih penting dalam sebuah perubahan?

Ya, minda. Menukar minda dari yang kurang elok kepada yang lebih baik. Kemudian berusaha mengekalkan setiap yang baik dan positif itu menjadi suatu habit, suatu amalan, dan gaya hidup.

Ada banyak perkara yang saya korbankan untuk menjadi insan yang baik dan terbuka minda sepanjang menjadi peserta program IBC Diet selama 21 hari untuk satu musim. Kini saya sudah memasuk musim yang ke-5.

Sudah tentu ada banyak gaya hidup yang saya ubah dan saya bina. Bina sesuatu yang baru. Eat Clean. Balanced. Quality.

Sebenarnya tidak susah untuk kita mengenalpasti apa yang berkhasiat untuk diri kita dan keluarga apabila kita bersedia membuka minda ibarat cawan yang kosong, dan menerima ilmu dengan positif dan bermatlamat.

Kawan-kawan, untuk lebih memahami saya boleh berkongsi apa yang saya lalui melalui pengalaman dan perasaan. Selebihnya boleh bertanya lanjut dengan orang yang lebih pakar iaitu Coach saya: HALIZA AKMAR. Follow dia di IG: haliza.akmar

Selepas hampir 5 bulan saya berada di bawah program ini, apa perubahan yang saya rasa?

Saya rasa lebih selesa, baju terasa semakin longgar, saya semakin cergas dan kurang mengah semasa naik tangga (kalu boleh nak cergas lagi), kurang craving dan semakin boleh minum air banyak. Dulu, saya susah nak minum air banyak.

Perasaan saya?

Saya rasa lebih tenang, semakin kurang stress, rasa lebih ceria dari dulu. Bila berada di persekitaran yang sejiwa dan positif dengan matlamat yang sama, kita akan rasa dihargai. Semangat dan dorongan bukan sahaja dari keluarga, tetapi dari orang di luar yang kita tidak pernah kenal pun sebelum ini, tetapi mereka sangat ikhlas. Apatah lagi, jika kau merasa kawan-kawan rapat or yang selalu kau jumpa, bukanlah mereka yang sangat memahami pun.

Kongsi gambar terawal yang buat saya rasa gembira.

Cukuplah dulu untuk permulaan. Nanti akan saya kongsikan lagi. Belum gambar terbaru.

Ini coach saya. Transformasi beliau sangat memberi inspirasi kepada ramai orang.

Bukanlah sampai tahap sampai saya nak pakai baju kebaya nyonya, tapi andai saya berjaya pakai semula baju lama saya yang masih baik dan elok tu, sudah cukup buat saya gumbira.



 ~...sudah berkali HISYAM berpesan dalam amaran yang lembut manja, agar SERI BULAN tidak langsung mendedahkan dirinya yang sebenar berasal dari keluarga berdarah kerabat agar anak dara Pak Imam tidak terusan perasan tidak terlayan, kerana segala harta benda tidak semesti menjadi pusaka, cinta paksa tidak semesti menjadi asmara dan rindu dendam tidak seharusnya menjadi berahi...~



Saturday, May 16, 2020

Journey AA: #03 – ayaq paling murah, itu lah ayaq paling sedap...

Sabtuday
16-05-2020

Sudah 23 Ramadan.

Saya akan menyambung siri Eat Clean saya kali ini berkaitan bab air.

Kenapa air penting? Memang air penting. Sebab ada orang boleh tidak ada makanan berhari-hari tetap boleh hidup asalkan ada air.

Untuk turun berat badan, airlah unsur paling penting. Di bawah program ini, kami diajar (setiap hari ada kelas yaa...) tentang peri pentingnya air kepada tubuh badan dan bagaimana air berfungsi di dalam badan dan menyumbang kepada seseorang itu boleh turun berat badan.

Air paling berkualiti? Yeaa... air kosong. Kenapa? Kerana air kosong zero kalori.

Apakah air lain tidak bagus dan tidak berkhasiat. Yea... ia bergantung kepada tubuh badan seseorang. Adakah air ketum itu sesuai untuk semua orang, walaupun ia dikatakan air yang boleh memberi tenaga dan kekuatan?

Di bawah program ini, akan ada Meal Plan di mana menu (dan air) dicadangkan. Banyak ilmu yang selama hidup saya hanya baca dan tahu secara pembacaan, kini saya mengamalkannya. Betapa beruntungnya saya berada di bawah kumpulan mereka yang tidak kedekut ilmu untuk berkongsi banyak info dan tips.

Jangan ambil mudah tentang pengambilan air walaupun air kosong. Apatah lagi air yang bergula. Semuanya ada kisah di sebaliknya.




Untuk ketahui betapa bermanfaatnya program ini untuk diri dan keluarga, boleh explore Facebook saya, ada album khas –> EAT CLEAN, AA! – “Siapa Buat Dia Dapat”, di mana setiap menu makanan dan air, tersimpan rekod untuk rujukan saya dan sesiapa saja.

Jika jus buah, pastikan tiada gula.

      

     
Botol yang menjadi teman sepanjang masa.

Bila kita menyedari fakta dan kepentingan air, kita akan merasa betapa nikmatnya air walaupun sekadar air kosong.

Hidup tanpa air, akan lebih teruk dari kemarau semusim, kawan-kawan.



 ~...hari yang penat bukan menjanjikan ada orang sudi mengubat atau mengurut urat (or mengurat), tapi bila SERI BULAN sudi menuang kopi — walau seperti air telaga keruh — HISYAM terpaksa juga mempamerkan senyum walaupun kelatnya lebih dari kopi itu sendiri...~



Friday, May 15, 2020

Journey AA: #02 – bila kau dah pandai scan...

Khamis
15-05-2020

Apalah ertinya ilmu jika tidak mengamalkannya, kan?

Jadi, seboleh mungkin saya mempraktikkan apa sahaja ilmu yang saya belajar dari program Eat Clean.

Saya berasa bertuah berada dalam persekitaran yang positif walaupun secara maya, tetapi setiap ahli bermatlamat yang serupa. Mahu sihat, mahu ceria, mahu kurus dan positif untuk sepanjang hayat. Kita akan lebih rasa hidup bermakna bila kita ada matlamat yang baik, cara mengendalikannya dengan positif dan disokong oleh orang-orang di sekeliling kita.

Saya suka travel. Suka pegi kenduri. Selain menjaga silaturrahim, saya cuba menunaikan hajat setiap orang yang menjemput kami ke majlis. Dan majlis tanpa makan, adalah janggal. Dan makan mestilah semuanya sedap. Sedap di mata dan tentu sedap di tekak.

Bagi orang yang tidak cerewet seperti saya, apa sahaja yang terhidang pasti akan dicuba. Dari nasi yang pelbagai, lauk yang menggoda nafsu – sanggup tu kosongkan perut sebelum pegi kenduri (kann...?) – hanya nak jamu kenyang-kenyang di majlis orang. Itu belum masuk bab side dish seperti cendol, laksa, bihun sup, kuih-muih dan lain-lain yang sangat-sangat meriah di majlis orang. Betoi dak?

Apatah lagi kalu pegi travel. Makanan di negara orang, seboleh mungkin hendak dicuba semua.

Ternyata, itulah kesilapan saya. Kita semua juga, mungkin. Jika ada yang tidak setuju (kerana metabolisma depa tinggi, makan berpinggan pun tak gemuk, ok teruskan), saya harap itu bukan suatu penilaian yang melulu.

Apa yang saya belajar ialah, belajar scan makanan. Kenalpasti apa yang boleh, dan apa yang tidak boleh. Jangan sangka, makanan yang dihidang itu tidak elok. No. Semua makanan adalah baik, tetapi belum tentu baik untuk badan setiap orang. Sebab itu kita kena kenal diri kita, badan kita. Kemudian kita akan tahu, apa yang terbaik nak disuap. Sedap belum tentu ada khasiat.



Contoh: walau saya ditempatkan semeja dengan pengantin yang sudah tentu lauk-pauknya sangat indah lagi menggoda, saya hanya makan nasi dengan ikan. Seekor udang. Untuk menjaga kalori, daging adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Bila makan di luar, boleh pilih menu yang lebih sayur. Tetap sedap dan kenyang.

Ini antara menu yang tidak boleh disentuh jika mahukan hasil EatClean yang cemerlang. Lagipun selama hayat ni, dah banyak dah makan makanan bergula manis camtu. Gituuu....

Semangat dan dorongan dari kawan sealiran adalah penting untuk mengekalkan momentum dan istiqomah. Tidak akan berhasil suatu matlamat tanpa usaha dan dorongan.

Nanti saya akan tulis tentang air pulak.

Air apa yang paling sedap agaknya bagi orang yang amalkan Eat Clean?

*Bersambung.


 ~...setiap kali pulang dari kelas atau sawah berbatas, HISYAM selalu berangan hendak makan tengahari bersama SERI BULAN di bawah pokok kuinin yang rendang, ditiup angin tengahari membawa bau wangi buah kuinin yang sedang meranum di pokok tetapi bila tiba masa SERI BULAN mengelak HISYAM seperti hendak menolaknya jatuh ke telaga buruk...~



Thursday, May 14, 2020

Journey AA: #01 – apa yang saya belajar itu lebih penting dari apa yang saya bayar...

Khamis
14-05-2020

Tiga tahun dulu, saya disahkan bergula tinggi. Tapi simptomnya saya dah rasai, lebih 5 tahun sebelumnya. Saya sering gatal di kaki. Hanya di kaki. Selepas berkali-kali ke klinik, doktor kemudian kata, “Agaknya awak ada kencing manis. Pegi hospital check.”

Dan bermulalah saya menjadi pemegang kad biru. Jumpa doktor setiap minggu, kemudian setiap 2 minggu, pastu setiap bulan. Dan saya kena makan ubat kencing manis – 2 jenis. Saya stress.

Saya mula jaga gula. Jaga dalam ertikata cara saya. Memang tak minum manis, tapi solid food lain saya tak berapa jaga. Dan takda ilmu pun untuk nak jaga pantang. Walaupun saya ada set lengkap untuk check darah & paras gula, tapi hasilnya turun naik. Huru-hara, terutama bila saya rajin pegi kenduri, dan travel. Balik travel, gula saya mesti naik 9–10 mmol. Memang tak pernah berjaya.

Suatu pagi Ahad, saya ternampak promo dari kawan lama. Kawan blogger, kawan FB. Kenal dia lama dah. Hampir 10 tahun kenal. Kenal dia lama, dan sering nampak perkembangan positif dia. Transformasi dia yang hebat sejak 3–4 tahun kebelakangan ini. Nampak lebih sihat dan... ohh bestnya dia boleh sihat dan lebih ceria sekarang.

Dari situ, saya whatsapp dia secara personal dan terus join program yang dia seliakan. Program untuk sihat. Untuk kurus. Untuk ceria. Untuk positif.

Dan sejak 3 Januari 2020 itulah, saya terus berada di bawah program seliaan Coach Haliza @ EJA, dan berada dalam group yang sangat positif dan bersemangat.

Apa yang saya belajar itu lebih penting dari apa yang saya bayar.

Benar. Saya mula consume produk HerbaLife. Saya mula mengubah tabiat makan saya. Saya mula mempraktikkan makan bersih. Saya mula seronok shopping benda yang berkualiti dan sihat. Saya mula mengumpul ilmu tentang makanan dan pemakanan.

Boleh follow beliau di Instagram: haliza.akmar

Melihat transformasi beliau sendiri, saya yakin segalanya harus bermula sekarang.


Yang lebih penting, minda saya semakin berubah. Semakin positif dan semangat. Rugi pulak rasanya lewat join program sehebat ini. Program untuk sihat. Dan mengajar saya, kesabaran untuk mendapat hasil yang best macam depa yang lain tu.

Inilah pelaburan saya sekarang. Stop dulu beli kasut or handbag or baju mahal or tudung Itik....

Seronoknyaaaa....!

*bersambung.


 ~...dalam banyak hal dan urusan, HISYAM pernah tersilap kata menuduh SERI BULAN tak boleh diharap dan bila ada muka sentap ada ayat tak sedap, HISYAM tahu kesilapannya itu bukan lagi seperti air batu dalam Sirap Selasih, tetapi macam kulit kerang direbus berjam, langsung tak empuk...!~ .~



Wednesday, May 13, 2020

Adakah blogger sudah pupus?

Rabu
13-05-2020

Semakin jauh dari dunia blog, semakin saya sedar, rakan blogger juga semakin kurang. Yang aktif sekarang sudah tentu rakan blogger yang saya tidak kenal. Geng lama dulu, seolah-olah berfikir sama. Makin perlahan. Mungkin sibuk atau mungkin juga rancak di medan lain.

Rindu pulak zaman aktif blog dulu. Banyak aktiviti yang dibuat. Paling best gathering blogger. Kadang-kadang hanya untuk sarapan pagi, kadang minum petang, kadang BBQ. Dan paling best Gathering bertema Raya. Ala-ala open house konsep potluck. Meriah betul waktu tu. Entah bila nak repeat lagi. Geng pun dah ramai yang senyap.

Imbas kenangan:

Anjuran Sdr Mazidul Akmal Sidik, Rawang. Disember 2009.

Mac, 2010. Commonwealth Resort, Rawang.

Disember, 2010. ICEROOM, Kota Damansara. Rasanya dah takda cafe ni sekarang. Masa ni ada ramai blogger femes yang join. Antaranya, Lord Zara from Johor.

Oktober 2011.
Lokasi di rumah blogger Kakcik Seroja. Masa ni ramai blogger turun. Antaranya, Dr. K, Bujal yang sekarang sudah kurus, Acik Yan yang datang dari Kuantan.

Disember 2011.
Bertempat di Bandar Baru Bangi, Musolla Ehsan kediaman rasmi Dato’ Abdullah al-Hadi.

Sarapan pagi potluck di Taman Tasik Cempaka, Bangi. Mei, 2012.

2012 juga. Banyak siri gathering seterusnya bertempat di Musolla Ehsan, BBBangi.

Jun, 2013. Lokasi Musollah Ehsan lagi.

Ogos 2015, majlis raya di kediaman Pakcik Lee & Mama Diana.



Gathering Durian Blogger, Julai 2018, di kediaman rasmi Datin Azilah.

Banyak siri seterusnya melibatkan pertemuan di majlis-majlis walimatulurus. Kadang-kadang singgah ziarah dan minum petang.

Silaturrahim terjalin lebih 10 tahun ini terpelihara baik bilamana masing-masing menghormati dan memahami.

Saya berhasrat, lepas negara kembali pulih dari COV19, saya cuba nak organise satu majlis gathering lagi seperti ini. Lama tak lepak dengan geng blogger otai-otai yang masih berbisa. Rindu.

Ada sambutan tak agaknya?



 ~...setiap kali ada majlis dan SERI BULAN sering dijemput sebagai tetamu istimewa, HISYAM ternanti-nanti acara menabur beras kuning atau renjis air mawar atau setidak-tidaknya menebar bunga rampai di laluan tikar merah sebagai simbolik rasminya seseorang menjadi milik seseorang juga dan jauh di sudut hatinya dia ingin SERI BULAN juga kelak menjadi milik seseorang jikapun bukan dia...~



Tuesday, May 12, 2020

Air apakah yang paling sedap?

Selasa
12-05-2020

Hari ini adalah tarikh akhir bagi PKP Fasa 4. PM sudah mengumumkan, PKP Bersyarat akan disambung sebulan lagi, yakni sehingga 9 Jun 2020. Lepas Raya yer kawan-kawan.

Itu juga bermakna saya akan terus berada di rumah. Work From Home sehingga tarikh itu. Seronoknya.

Tarikh untuk bercuti Raya juga sudah diumumkan oleh HOD. Cuti akan bermula 27–29 Mei (compulsary leave), dan ofis akan dibuka semula pada Isnin 1 Jun.

Bagi setengah orang, or maybe ramai orang, apalah makna Raya jika tidak balik kampung, kan?

Saya, dan keluarga, sudah biasa berhari raya di rumah sendiri terlebih dahulu sebelum kami balik ke kampung pada Hari Raya atau selepas raya pertama. Jadi persiapan kami tetap akan jadi sama seperti tahun-tahun sebelum.

Persiapan rasanya, akan berkurangan berbeza tahun sebelum. Saya tidak order sebarang kerepek berbalang seperti dulu, atau biskut. Setakat ini belum ada senarai kuih yang akan dibeli. Mungkin bergantung pada masa. Adakala, anak-anak akan beli serba sikit untuk rumah.

Saya, lebih nak tumpu kepada menu masakan. Pulut sudah dibeli dan itu tentu menjadi menu wajib hidang nanti.

Korang plan, apa menu utama?

~~~~~

Cerita tentang menu Eat Clean saya.

Kali ini saya hendak tulis tentang air. Air apa saya minum?

Sudah beberapa tahun saya tidak sentuh air bergula. Minum semua air yang tawar atau jus buah tanpa gula.

Kini saya minum Shake HerbaLife setiap pagi dan malam. Sekarang bulan puasa, saya ambil Shake semasa berbuka dan juga sewaktu bersahur. Juga minum air kosong + Aloevera dan juga Teamix (Herbalife).

Sesekali, saya pelbagaikan rasa Shake. Campur buah. Untuk tambah rasa sedap. Pada waktu sahur, saya blend shake dengan kurma.

      

     
Paling best blend dengan Buah Naga.

Kadang-kadang campur cendol.




Untuk orang yang ada gula tinggi seperti saya, setiap jus buah adalah tanpa gula. Dulu rasa susah. Kena ada semangat dan rasa gigih nak sihat, pejam mata dan sekarang, yang susah itu sudah menjadi mudah. Biasakan yang betul.

Untuk mendapatkan hasil kesihatan yang baik, sudah tentu air kosong menjadi keutamaan. Air kosong zero kalori. Setiap hari saya kena pastikan sekurang-kurangnya 3 liter air kosong mesti dihabiskan. Biasanya lebih.

Siapa lagi nak jaga kesihatan kita, jika bukan diri kita sendiri?


 ~...walau Mak Utih sedia hafal apa yang digemari oleh bujang kesayangannya tentang minum petang dan menyarap pagi, tetapi tetap tidak boleh menandingi segala yang dia tahu tentang Pak Utih lalu apabila SERI BULAN cuba mengambil alih, HISYAM merajuk kerana terminum Teh Tarik terlajak sejuk...~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails