Tuesday, August 4, 2015

Syawal: selepas 30 tahun...rupanya masih ada yang bujang teruna...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-08-2015


Beraya di kampung tahun ini, selain membuat Rumah Terbuka yang sentiasa meriah pada Syawal ke-3, juga istimewa tahun ini kerana saya terlibat dalam program Reunion sekolah menengah saya. Yang diadakan pada Syawal ke-4.

Memang zaman sekarang, reunion sekolah sudah menjadi fenomena. Mana-mana ceruk pun kita akan lihat reunion menjadi agenda, terutama musim Raya.

Kami mencapai sepakat sejak sebelum puasa lagi. Saya antara bekas pelajar yang dilantik menjadi Urusetia reunion yang memikul beberapa tanggungjawab bagi memastikan program akan berjalan dengan baik, lancar dan mendapat sambutan.

Walaupun bukan mudah hendak mengumpulkan sekian ramai rakan-rakan pelajar yang bersekolah menengah sejak 1980-1984, tetapi teknologi sangat membantu. Whatsapp menjadi medan paling popular dan disenangi. Dari kawan kepada kawan. Lalu mesej disampaikan dari mulut ke mulut.


Antara beberapa siri mesorat di luar medan whatsapp yang saya hadiri. Ternyata komitmen setiap Urusetia yang dilantik walaupun tidak bergaji wajar dipuji.


Buku Aturcara yang saya usahakan sendiri. Mujur sempat saya design dan hantar cetak walaupun dalam kesibukan kerja dan bulan puasa.


Duit Raya untuk anak-anak tetamu juga disediakan. Selaku Ketua bahagian sambutan, beberapa AJK di bawah saya memberikan kerjasama yang memuaskan dan saya amat berterimakasih dan menghargai usaha dan tenaga mereka.


Sehari sebelum program majlis. Sekolah menengah saya yang sudah 30 tahun saya tinggalkan. Begitu banyak perubahan yang saya lihat. Secara kebetulan baju saya sama warna dengan tembok pagar sekolah. Saya dan beberapa orang Urusetia datang menyediakan dewan. Lama sungguh tidak menjejak kaki ke sekolah ini. Sejak meninggalkannya pada tahun 1984 saya tidak pernah sekalipun datang. Masa berlalu pantas membawa saya merantau dan jauh tercampak dari kampung halaman...





Atas usaha gigih beberapa orang rakan Urusetia yang tinggal di kampung dan berdekatan kampung, kami berjaya mendapat dewan sekolah lama saya untuk dijadikan lokasi majlis. Kerjasama dan keizinan Puan Pengetua SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjong Piandang iaitu Puan Hajjah Halimah Said (yang rupanya kawan baik dan pernah serumah dengan MyKakYang) sangat kami hargai dan menggembirakan kami semua.


Dan hari yang dinanti pun tiba. Dengan kehadiran Puan Pengetua sendiri, beberapa orang mantan guru kami 30 tahun lalu, dan kira-kira 140 orang tetamu - bekas rakan sekolah Batch 1967 bersama keluarga - majlis menjadi sangat meriah dan bermakna.

Saya dilantik sebagai pengacara majlis untuk sepanjang program, jadi tidak banyak gambar yang dapat saya snap sebagai koleksi peribadi. Jurugambar khas telah dilantik bagi merakam segala pergerakan dan suasana hari itu.


Semua gambar rasmi akan dijadikan majalah khas dan sedang dalam pembikinan. Jadi saya hanya gunakan gambar-gambar dari kamera kawan-kawan yang termuat dalam whatsapp grup.




Ada acara karaoke santai lagu raya, cabutan nombor bertuah, duit raya untuk anak-anak, pelancaran Dana Surau (kami berjaya kumpulkan lebih RM6,000++ untuk binaan surau baru sekolah). Sumbangan hamper dan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah juga sangat banyak dan seronok melihat ramai rakan-rakan yang bertuah membawa pulang hadiah pada petang itu.



Ada sebahagian mereka hanya sempat bersama saya sehingga Form 3 sahaja (kemudian menyambung aliran sains di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang) tetapi mesranya kami bagaikan pernah bersama bertahun-tahun.



Sebahagian besar mereka memang masih saya ingat dan sentiasa terkenang. Walau masing-masing berada di merata tempat dengan pelbagai corak kehidupan, kerjaya dan kejayaan, tiada yang dapat menafikan rasa rindu persahabatan zaman sekolah. Sama-sama melalui suka duka zaman belajar selama 5 tahun.

Walaupun masih ada seorang dua masih bujang belum berjodoh (bujang terlajak ler tuh, kan?), rata-rata yang hadir bersama keluarga ternyata lebih memeriahkan lagi majlis dan memberikan suasana lebih telus dan harmoni. Hanya saya yang sedikit ralat tidak dapat bertegur sapa beramah mesra kerana sibuk di pentas mengelola itu dan ini.


Hanya gambar menjadi kenangan abadi.




 ~...bukanlah SERI BULAN atau HISYAM sekalipun tidak mempunyai kawan lain selain sesama mereka, tetapi HISYAM sering tidak dapat menahan rasa sangsi dan cemburu hati apabila bukan sedikit yang ingin menghimpit SERI BULAN bagaikan bulan tidak lagi dipagar bintang dan SERI BULAN terlebih-lebih lagi rasa cemburu-cemberutnya apabila HISYAM itu terlalu ramai peminatnya...~




Friday, July 31, 2015

Syawal: rumah terbuka sudah budaya, jangan dicemari kata perli...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
31-07-2015


Rumah terbuka sudah menjadi budaya. Cuma, berbeza dengan cara di kampung yang tiada jadual. Sesiapa boleh datang. Malah sampai malam pun masih seronok berborak gelak-gelak.

Masa saya kecik dulu, semasa sudah boleh diharap buat kerja dapur, bila time Raya paling seksa adalah time basuh pinggan dan gelas. Walaupun bergilir dengan kakak-kakak saya, tapi memang penat sebab orang datang tak putus-putus. Zaman dulu jangan haraplah nak fikir bab pinggan pakai buang. Dan time orang datang, suasana macam kenduri.

Harini, especially kita kat bandar, rumah terbuka ada jadual. Tuan rumah tentukan satu tarikh dan kepenatan dan kemeriahan serentak pada hari itu. Yang best kita yang hadir pun akan berpeluang berkumpul dengan sedara mara dan kawan-kawan yang lain juga.


Saya singgah ke rumah kawan sekolah lama. Yang sudah 30 tahun tidak berjumpa. Tak sangka jumpa juga 2,3 orang lagi kawan sekolah lama yang juga singgah.


Anak Mami seorang ni pernah menjadi kawan baik dan geng kamcing saya semasa sekolah menengah dulu. Ini kali pertama kami berjumpa semula selepas terpisah 30 tahun dulu.

Rumah terbuka MyBonda secara rasmi berlangsung pada hari Raya ke-3 tetapi tetamu boleh datang bila-bila masa sahaja.


Laksa beras buatan sendiri. Abang kawan saya yang buat. Wahhh terujanya bila dengar orang lelaki pandai buat laksa beras.

Ada orang suka pergi rumah terbuka. Saya pun. Sebab jumpa ramai kawan dan sedara mara. Tapi ada orang bila ziarah rumah orang, mata suka buka luas pandang sana sini. Mata meliar, orang kata. Mak saya kata, itu tak sopan.

Jangan cemari adab berziarah dengan perlakuan yang membuat orang meluat dan rasa menyampah.




 ~...SERI BULAN mudah terasa hati, mudah juga merajuk berhari-hari tetapi kali ini dia benar-benar rasa ingin lari...~




Thursday, July 30, 2015

Syawal: campur aduk macam perasaan saya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-07-2015


Hmmm lamanya tak update. Sibuk dengan kerja sibuk dengan Raya. Yeaaa alasan biasa.

Lalu mood untuk memulakan entri hasil tulisan... terasa benor lah payahnya.

Cerita Raya? Hampir sama dengan orang lain. Balik kampung berkumpul sanak saudara.


Walaupun ibubapa mertua saya sudah tiada, tetapi rumah warisan di Jemapoh, Kuala Pilah tetap dikunjungi. Kami balik selepas solat sunat Aidilfitri. Tahun ini hampir semua adikberadik MyToklaki balik berhariraya di sini.


Berkunjung ziarah ke rumah saudara sebelah MyToklaki di kampung memang seronok. Sambutan raya lebih meriah bila kami saling berkunjung dan menerima tetamu.


Merasai sendiri acara membuat dodol di rumah emak saudara di Bahau, yang enak lazat kerana menggunakan gula enau, suatu pengalaman yang jarang saya lalui.


Pada hari Raya ke-2, barulah kami pulang ke kampung saya di Tanjong Piandang, Perak.


Singgah di Taman Damai, Parit Buntar rumah MyKakYang yang mengadakan majlis tahlil (tengahari, kami tak sempat) dan bersambung dengan openhouse. Makan lagiii..



Yang best sebab ada paberet saya, satay. Wahhh makan sungguh-sungguh...!

Bagi saya, berkumpul adik beradik sanak saudara, sepupu ipar-duai-lamai adalah lebih bermakna bila kita membersihkan hati setelah lama tidak berjumpa. Lebih meriah bila kita mampu bermesra dengan ikhlas dan gumbira, tanpa ada rasa prasangka....

Atau disulami cerita-cerita negatif tentang si polan dan si polan... juga gossip yang tidak memberikan faedah pun. Atau  menumpukan kepada perkara material dengan niat bersaing.

Ingat, bila kita rasa baju kita sangat lawa, baju orang lain lebih cantik lagi. Bila kita rasa gelang kita sampai penuh lengan, ada orang lebih mampu bergelang sampai siku. Jadi, bersederhanalah.

Saya selalu jemu bila diajak sembang tentang isu berlawan lawan baju, gelang dan sofa langsir nih..!

Selamat Hari Raya.



 ~...lama tidak jumpa bukan makna sudah jemu HISYAM, tidak juga kerana sudah mahu dimua, tetapi bagai ada pagar tinggi yang menghalangi, dan seorang SERI BULAN hanya menanti dirinya diajak datang dan dijemput hadir...~




Thursday, July 16, 2015

Ramadhan 29: berayalah walau bagaimana pun caramu..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
16-07-2015


Hari terakhir Ramadhan. Bulan yang bakal ditinggalkan dan akan ditemui lagi pada setahun mendatang.

Saya harap semua orang melalui Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan.

Hari ini saya masih bekerja, walaupun sebahagian besar kawan-kawan sekerja semua dah mula bercuti sejak semalam. Tidak mengapa. Sebab saya bakal bercuti panjang untuk sepanjang minggu hadapan.

Plan kami cuma berhari-raya sehari di Kuala Pilah (parents mertua saya sudah tiada), dan kemudian balik ke kampung saya di Parit Buntar, insyaAllah pada Raya ke-2 nanti.

Persiapan menu, nampaknya MyToklaki yang akan memonopoli dapur sementara menanti saya balik kerja. Lagipun Rendang N9 hasil tangan dia lebih sedap dari rendang buatan saya. Yeayyyy!!

Di kesempatan ini:


Buat semua para pembaca terutama, rakan blogger yang sejak dulu hingga kini setia dengan saya.


Maaf Zahir Batin.

Selamat berhariraya yaaa...!

Berhati-hati di jalan raya.




 ~...HISYAM, alangkah indah di hari lebaran nanti andai dikau tidak pernah lupa buah tangan dan hadiah raya yang saban tahun menjadi habuan dan kenangan indah buat SERI BULAN...~




Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan 28: tailor baju Raya, tolong jangan tamak...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
14-07-2015


Musim Raya, persiapan biasanya dari hujung rambut hingga tapak kaki. Paling besar punya perkara, tentulah baju Raya.

Masa ni seawal 4,5 bulan sebelum Ramadhan lagi, tempahan mula masuk. Biasanya tailor yang mahir, yang sehari boleh siap 4,5 pasang sehari pun akan tutup tempahan sebaik saja Ramadhan bermula. Tak menang tangan.

Minggu lepas, kawan sekerja saya bercerita. Dia hantar 3 pasang baju Raya seawal bulan Mac. Janji dah deal bulan posa boleh siap dan amik. Tailor janji manis. Sampai masa (minggu lepas bermakna minggu terakhir sebelum Syawal) dia call. Singgah nak amik. Apa jadi? Tailor kata baju ada kat dobi. Malam baru siap. Malam pi ulang nak amik, tailor kata baju tengah "hemming" kat tangan orang lain. (Biasanya tailor sub pada orang lain utk selesaikan bahagian kemas jelujur, jahit butang dan sebagainya... betoi kan?). Bayang baju tak nampak. Cakap dalih-dalih. Kawan saya naik angin dan syak baju dia belum buat. Dia kata esok pagi-pagi dia nak amik. Agaknya malam tu tailor tak tido langsung dok pulun jahit.

Kalu mengaku jer kan senang? Lain kali jangan janji.

Saya ada beberapa pengalaman bengang gak pasal baju raya. Dulu sorang tailor saya (saya regular dengan dia bertahun juga) tapi bab baju Raya pernah dia tak sempat siap. Janji soh saya amik sehari sebelum Raya. Bila saya pi rumah, rupanya dia dah balik kampung. Baju saya tak siap.

Dek bengang saya amik kain yang belum berpotong pun. Sakit hati Tuhan saja tahu. Stop tak hantaq dah. Sorang customer gone!

Tahun lepas, pun baju Raya saya tak siap semua. Dapat sepasang saja lagi 2 pasang  tak siap. Ok la juga tapi yang buat saya geram, bagitau la awal bukan dah time kita nak pi amik baru habaq tak siap. Alasan, "baju saya dan baju mak mertua saya pun tak jahit lagi". Saya tak suka peniaga gunakan alasan peribadi camtu. Kita tak minat nak tahu pun.

Sebagai tailor, kalu dah tahu musim Raya akan banyak tempahan dan baju famili-kerabat sendiri pun tak sempat, hadkan tempahan. Jangan gelojoh jangan tamak. Bagi saya berbisnes time Raya kena faham, customer dulu baru diri sendiri. Kalu takleh nak berkorban jangan amik tempahan macam ada tangan sepuluh.. ! Stop hantar. Satu customer gone!

Kadang-kadang saya tak faham orang yang menjahit ni. Kalu tak larat dengan kederat, janganlah amik tempahan lebih dari keupayaan. Sendiri kena bijak nak ejas masan dan kemampuan. Setahun hilang sorang memang la depa tak heran sebab tahun depan akan ada  10 lagi customer. Memang benar. Tapi kan tak baik menganiaya customer? Entahlah jika depa tak rasa bersalah atau tak heran sikit pun?

Bukanlah juga saya nak kata semua tailor camtu. Saya respect depa yang tekun dan komited menjaga hati customer. Yang mengambil tempahan dengan ikhlas tidak berkira. Ramai, saya tahu ada ramai. Yang kena hampeh tu, nasib tak baik lah tu. Cari jer lah tailor baru. Tailor tu pulak cari lagi 10 gantikan kita yang seorang.

Terus teringat iklan raya sketsa pendek tentang seorang ibu tunggal yang gigih menjahit baju Raya sehingga ke pagi menyara anak perempuannya. Rezeki untuknya yang ikhlas. 2 pasang baju yang silap dijahitnya pun tetap diambil customer walaupun sudah dijahit yang betul. Rezeki berganda jadinya.

Tayang-tayang:


Projek kuih yang tiap tahun mesti buat. Paling senang. Cuma, sebab rakyat ramai saya buat 1 paket tepung pulut. Chak pun dah pandai buat.



Buah Melaka. Bila dah selalu buat, terasa sangat mudah dan hasilnya memang mendapat Kepujian Kelas Pertama.




 ~...bila ada yang membandingkan antara HISYAM sekacak Hisyam Hamid, SERI BULAN harus mengaku akan benarnya perbandingan itu lalu dia kemudian jadi bimbang andai dirinya pula dibandingkan dengan bulan yang berseri tiap malam di celahan julai jambu...~




Tuesday, July 14, 2015

Ramadhan 27: our plan now back on track...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
14-07-2015


Terima berita gumbira pagi tadi.


Alhamdulillah. Dengan izinNya.



Terimakasih doa anda sekalian.




 ~...sebenarnya HISYAM ini kacak lebih sikit dari Hisyam Hamid itu...~




Monday, July 13, 2015

Ramadhan 26: dugaan kami...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Isnin
13-07-2015


Khamis lalu, my eldest daughter, Dak Amoi dah bagitau dia demam. Doktor panel bagi MC sehari. Then Jumaat tak kebah lalu dia minta diambil bawak balik rumah. Pagi-pagi sebelum saya masuk opis, kami dah ambik dia di rumah sewa dia.

Then MyToklaki bawa dia pegi buat blood test di klinik kerajaan. Simptom denggi dah ada tapi tak pasti.

Sabtu dia dah semakin lemah. Muntah tak berenti sampai lembik. Lalu petang tu kami terus bawa ke HKL. Yup, ujian darah mengesahkan denggi, dengan bacaan platletnya dari 200++ (semasa di klinik) menurun ke 128. Masuk air 1 botol.


Dah tentu kena repeat lagi.


Ahad. Ujian darah kali ke-3. Platlet menurun ke 128. Lalu tiada pilihan, kena duduk wad.


Result ujian petang Ahad, platletnya menurun ke 50 pula.

Sebenarnya ini kali ke 2 Dak Amoi kena denggi. Kali pertama dulu, tidaklah seteruk ini. Tapi kawasan rumah sewa dia sekarang banyak constructions, dan nampak fogging selalu dibuat, jelas memang banyak nyamuk di area situ.

Saya harap platlet dia akan segera naik sebelum kami bergerak balik kampung untuk beraya.

Saya diberi 2 hari Cuti Ihsan dari company. Berulang alik sehari 2 kali ke hospital.

Terimakasih doa kawan-kawan.


 ~...kalaulah HISYAM kita itu sekacak Hisyam Hamid...~




Saturday, July 11, 2015

Ramadhan 24: berbuka dengan keluarga adalah satu elemen bahagia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
11-07-2015


Ahad minggu lalu, kami memutuskan untuk berbuka di luar. Acara sebulan sekali bersekali meraikan ulangtahun saya yang jatuh pada 01-07 yang lalu.

Dak Amoi memilih Restoren Muhibbah di Kg Sg Penchala, yang katanya sedap dan popular.


Tempahan perlu dibuat awal kerana bimbang tak boleh dapat meja. Menu pilihan juga harus dimaklumkan awal kerana order semasa duduk di meja menjelang berbuka tidak lagi diambil kecuali untuk menambah nasi atau air.

Sayang sekali, air jus buah seperti dalam menu tidak disediakan sepanjang bulan puasa kecuali air sirap dan laici sahaja. Saya rasa depa tak menang tangan nak mesin buah untuk ratusan permintaan pelanggan yang sudah tentu datang serentak masa berbuka... kan?


Memang patutlah restoren ni penuh selalu. Saya segan nak snap suasana dalam restoren yang luas ini. Orang penuh.

Menu yang kami pilih pun sangat-sangat menepati selera. Ternyata pilihan yang tepat. Saya paling suka Kailan Ikan Masin. Marbeles!


Ini snap sewaktu masih siang dan orang belum penuh. Menjelang waktu berbuka, semua meja penuh. Restoren Muhibbah ni memang cantik dan selesa. Luas dan nyaman. Terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan surau. Masjid besar (lupa nama) Kg Sg Penchala pun tak jauh. Walaupun tempat letak kereta tak mencukupi dan ramai terpaksa parking jauh sepanjang jalan masuk, restoren sediakan buggy mengambil-hantar pelanggan dari restoren ke kereta.

Sebelum balik, bebudak ajak makan aiskrim Sangkaya di Uptown Damansara pula.


Aiskrim kelapa yang boleh dipilih beserta perisa lain, dihidang bersama isi kelapa muda. Toping boleh dipilih (terhad kepada 3 jenis toping saja) boleh dibuat sendiri. Enak nyaman dan terasa lemak kelapa mudanya. 1 cup (1 bekas tempurung) = RM10.60 (ada GST juga).


Mengisi masa dengan anak-anak, sambil makan sambil borak-gelak terasa sangat bermakna.

Walau tidak semewah orang lain, tapi tiap orang pasti ada cara tersendiri, kan?





 ~...hampir setiap malam HISYAM berkunjung datang untuk makan berhidang, tidak pernah jemu dia bersila hadap bersama SERI BULAN sambil diawasi Mak Utih dan Pak Utih yang sentiasa ceria hingga makannya lebih banyak dari biasa sehinggalah pernah suatu malam lauk cuma ikan masin dan pulut tanak kerana kayu api basah terendam...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails