Saturday, October 2, 2010

Che Rozmey Che Din: Dia Antara yang Terhebat...

Bagi sesiapa yang melanggan KOSMO pasti akan melihat setiap hari, 1 page penuh, ruangan khas (yang dibeli, of course) oleh Dr yang seorang ini.

Ruangan yang memuatkan pelbagai kisah dan promosi tentang produknya dan yang paling terkini tentulah filem pertama terbitannya yang menggunakan motto “Pecah Panggung” bertajuk 2 ALAM. Yang mensasarkan kutipan RM40 juta, bakal ditayangkan pada 18 November akan datang di 83 panggung dengan 700 skrin. Filem ini dikatakan mempunyai kualiti tersendiri dan membuatkan industri filem menjadi riuh rendah, penuh kontroversi dan berbalas statement. Ya, aku tak mau komen bab tu, sebab aku bukan orang filem.

Yang pasti DR ROZMEY aku lihat seorang yang berjiwa kental, teguh pendirian. Mungkin beliau dilihat masih baru, tetapi tidak mustahil ideanya, kreativitinya mungkin hebat, mungkin lain dari yang lain. Dengan promosi yang sangat hebat (dan kosnya pasti sangat lebat), beliau berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia, berfikir dan tertunggu-tunggu “Pecah Panggung RM40 Juta”nya itu.

Menyalin kembali kata-kata beliau, “2 Alam merupakan karya yang luar biasa, seram tanpa hantu, takut tanpa dialog dan sedih tanpa kata-kata serta adunan kesan bunyi yang hebat dan lagu tema yang mengganggu perasaan penonton meletakkan fiem ini sebagai satu karya unik yang menjadi isu hangat dalam industri filem.” Kita sama-sama tengok nanti.

Sedikit profil beliau (yang aku copy dari blog beliau):
7 tahun lalu (2001), saya hanya Pakar Perubatan (Obstetrik & Ginekologi) dan cukup kerdil dalam dunia perniagaan. Kini Alhamdulilah, rezeki kejayaan dalam usaha saya menyelidik, mengamal perubatan dan menceburi berbagai bidang perniagaan, tampak jelas dan terus saya pacu untuk satu tahap kejayaan dan kecemerlangan yang tertinggi.

Komitmen saya meningkatkan tahap penjagaan kesihatan secara menyeluruh bermula bila beroperasinya JSC pada 4 Januari 2003 dengan bermodal RM 2 Juta yang di pinjam dari institusi kewangan dan terus dipacu dengan beroperasinya JITRA MEDICAL CENTRE (JMC) pada akhir 2009 yang menelan belanja RM 35 Juta dan seterusnya pelaburan RM 500 Juta untuk 10 buah Hospital Pakar di seluruh Malaysia.

Penyelidikan produk kesihatan yang saya bangunkan dari Jun 2003 terbukti terbaik dan sebaik produk bermutu dari luar negara. Pelan pemasaran yang mudah dan menguntungkan telah saya usahakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan jutawan yg mahu bernaung di HPM. Rangkaian Pusat Penjagaan Kesihatan “HPM Health Care” akan dibuka di 30 lokasi seluruh negara untuk memberi khidmat nasihat dan rundingan kesihatan kepada penguna produk HPM. Kilang HPM yang baru bernilai RM 25 Juta akan di dirikan selewatnya pada 2010 utk menangani permintaan dalam negara yang bertambah dengan pantas. Dijangka menjelang 2011, sebanyak 100,000 pengedar berdaftar dengan HPM dengan jualan minimum RM 45 Juta sebulan dan HPM dijangka akan disenarai di Bursa Saham KL menjelang 2012. Pasaran antarabangsa akan diterokai secara besar-besaran selewatnya menjelang 2011 sekurang-kurangnya di 15 negara serantau, Asia Barat dan Eropah.

Hotel 3 bintang “ROZMEY PALACE” yang menelan belanja RM 7 juta juga sedang rancak diusahakan dan akan mula beroperasi di Jitra, Kedah pada akhir 2009 dan perkongsian secara bijak dalam perniagaan kereta import mewah (NASDEQ AUTO) dengan siapnya bilik pameran baru berharga RM 500, ooo di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Apapun kritikan, aku rasa dia cukup kental menerima itu sebagai kelemahan yang wajar ditegur dan diperbaiki. Yang pasti, secara peribadi aku tabik dengan keberanian seorang anak Melayu yang berbuat sesuatu yang dilihat menongkah arus. Andai ada kegagalan, itu lebih manis kerana beliau berani mencuba. Semoga berjaya.

*Aku bukan pembeli sebarang produk dia. Mahal weyyyyyy...!



21 comments:

  1. fuyooo...x sangka dia ada hospital sendiri..hebat2!

    ReplyDelete
  2. sebenarnya walau dok kutuk2 menyampah2, dia mmg kental orgnya. cuma harap 'cakap-cakap' dia tu jgn la kedengaran lupa diri.

    kite pun x beli walau nak kurus. huhuhu

    ReplyDelete
  3. tak tahan ayat last skali 'mahal weyyy...' besa orang pompuan tak kesah menda cenggini kot

    ReplyDelete
  4. ANA > Dia boleh dikategori jutawan dah tu.


    GB > Businessman macam dia memang selalu kena kutuk, tapi kalu tak kental cemana nak berjaya, kan?

    ReplyDelete
  5. CEMOMOI > Setuju, tapi Kak Azie bukan pompuan kategori tu. Belum lagi ler. Sebab tu masih dok pegang pinggang saiz 40 lagi nih. hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Saya sentiasa bangga dengan usahawan bumiputera beragama islam. Harap2 dia terus berjaya & tak lupa diri

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Kadang-kadang promosi yang berlebih-lebih ini jemu juga...kadang-kadang naik menyampah juga...dari nak tengok filem dia jadi malas nak tengok...Bukan tak boleh promosi...tapi janganlaa sampai tiap hari selak suratkhabar..keluar muka dia..selak muka dia..tengok iklan dia...Kalau terlebih kaya pun, buatlaa promosi cara lain...yang buat kita tak rasa fedup.

    ReplyDelete
  8. ANYSS > Cabaran untuk bisnesman Islam rasanya lebih perit berbanding mereka yang lain.



    ROSLAINI > terimakasih pendapat. Begitulah kalu dah berduit. Bukan semua orang suka, dan tak ramai pula yang tak suka. Masing-masing...

    ReplyDelete
  9. Salam kak Azie..

    Zureen pun nak beli juga produk dia..tapi takde sponsor..he3(makan hatilah..)

    Makan hati boleh kurus tak??

    ReplyDelete
  10. ZUREEN > Beli jangan tak beli... hehehehe

    ReplyDelete
  11. Aslmkm Azie.
    :) Anak2 Jitra memang antara yg hebat2 di Kedah! Satu kenyataan!
    Produk kuruskan badan beliau memang antara yg berkesan dipasaran - tidak terbaik tp antara yg baik/berkesan tapi bukan satu gerenti. Cuma mahal giler!
    Biasanya orang yg mendapatkan kejayaan cemerlang dlm masa yg agak singkat 'terkejut' & mengalami sindrom begitu.
    Kira boleh dimaafkan jika beliau sedar & tidak terlalu angkuh & taksub.

    ReplyDelete
  12. mmmm...aaaa...rambut diaa tuu....ihik!

    ReplyDelete
  13. saya suuuuukaaaaaa rambut dia!!!!!!!
    ikal mayang...

    ReplyDelete
  14. maroh gamok nya kalu kawe bubuh nama produk HPM atau HPZ.. rasonya asal Kkrai.

    bukan pun nak tiru HPA..sikit sipi-sipi..

    ReplyDelete
  15. selalu jugak terserempak dia kat kedai makan....asal terjumpa ja kat kedai makan..asal kat kedai makan je..terjumpa dia..haha.
    stail rambut dia mudah dikenali.
    apa pun memang tabik spring lah..sekejap je menempa kejayaan..bukan mudah kak azie weyyy...!hihi

    ReplyDelete
  16. Salam Kak DrFAUZIAH,
    tabik spring ler pada orang Jitra.:)
    Benar, produk yang laris lagi terkenal kita yakini pasti berkualiti lagi berkesan. Kata orang, ada rupa ada harga.


    FA > Itulah imej dia. Sangat lain dari yang lain. Lagi satu, dia ni peminat bow, kan? Bow tie dia sungguh unik, tengok jer selalu teringat pada sorang lagi yg suka pakai bow, Datok Sahrom.

    ReplyDelete
  17. DrSINGA > Unik, kan? Dia sorang jer orang terkenal yang rambut cenggituh.



    ZEQZEQ > Ambo tak maroh, sebab dah tau, kalu bab tiru-tiru, Sdr ZZ memang terror.

    ReplyDelete
  18. SITI MURNI > amboiiii... jumpa jer kat kedai makan. Macam serasi jer? hahahahaha. Awat tak ajak dia makan semeja?

    Betul, dia tempa kejayaan yang hebat. Pasti ada formula tu kan?

    ReplyDelete
  19. SAYA TAK NAMPAK DI SELAIN DARI ORANG BERNIAGA ..SUNGGUH

    ReplyDelete
  20. BRUTALSOLO > Benar. Sebab tu ramai berani kritik dia bukan orang filem jauh sekali orang seni. Tapi duit ada, semua boleh kuit....

    ReplyDelete
  21. rambut dia tu yg cute...
    eh bini dia muda dari anak dara aku..
    siok jadi org kaya...takde ropa pun pompuan cantik masih memuja...hiks :p

    apapun aku doakan dia terus kaya supaya dapat berdiri sama tinggi dgn bangsa lain diSINI@m'sia :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails