SalamAhad26-06-2011Ini cerita semalam, Sabtuday.
MyMakMertua akhirnya berpindah ke rumah kampung di Jemapoh, Kuala Pilah. Rumah kampung yang dulu kayu dan uzur, sudah berganti baru. Rumah batu setingkat yang lebih luas dan cantik, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Selesa dengan laman yang luas dan tanah di belakang yang juga luas dan sudah kami tanam pelbagai pokok termasuk pokok petai! (Dah pernah cerita dah pun, kan?)
Mereka memulakan proses pindah dengan lori sebelah pagi, berduyun dengan kereta juga. AA bekerja pagi Sabtuday (inilah antara buat aku rasa menyampah bila keja Sabtu, sebab banyak urusan personal terpaksa dikemudiankan).
So bila My Toklaki dan anak-anak dah gerak dulu, AA akan bergerak sendiri dari ofis lepas kerja. Wuaaaaaaa best, sebab nak merasa pengalaman baru. Bagi setengah orang, alaaa apalah sangat setakat naik komuter dari KL ke Seremban. Tapi pertama buat aku. Sebab aku hanya pernah naik komuter sekali sahaja, beberapa tahun dulu masa nak pegi Sg Buluh. Naik ketapi balik kampung tu selalu la jugak. Tak beza pun, kan?
Seremban. Aku tak pernah pergi Seremban, setakat lalu saja. Dengan komuter dari Stesen Bandar Tasik Selatan. Mengambil masa tepat sejam. Siap tengok jam tuh. Dengan harga cuma RM5.40 seorang (sehala). Bila tiba di bandar Seremban, tak tau kat mana nak cari bas. Pun terpaksa tanya dengan pakcik-pakcik teksi yang ramai di sekitar stesen komuter. Rupanya untuk berjalan kaki ke terminal bas Seremban tu agak jauh, kira-kira 15 minit melalui laluan khas yang disediakan. Best jugak.
Laluan khas yang luas dan cantik untuk pejalan kaki ke terminal bas Seremban. Berpeluh jugak lah, tapi best. Depan stesen komuter, berhampiran stesen teksi. Jangan tanya, sapa snap pic minah jakun tuh. Mencari bas yang perlu dinaiki dan melihat jadual perjalanan terlebih dahulu, sebelum membuat program lain. Program singkat yang mengejut. Program meronda!
Bandar Seremban tiada beza dengan bandar lain yang aku biasa tengok. Sayang, terlupa nak snap gambar terminal bas secara keseluruhan. Hmmm... bila dah dapat pastikan bas apa nak naik nanti, aku pergi merayau sekeliling dulu. Macam orang jakun baru masuk bandor! Nak kata orang kampung, memang dah sejak azali aku ni orang kampung!
Hmmm apa nama kompleks tepi terminal bas tuh? Alahai...lupa. Seremban Centre eh? Ada jambatan dari tingkat 1 kompleks terus ke terminal bas. Masuk sekejap untuk melihat-lihat mencari foodcourt. Lapar weyyy! Sorang diri, Sup Kuew Teow sama Air Tembikai memadai. Sedap gak. Ada banyak pilihan bas untuk ke Kuala Pilah, samada bas ekpress atau bas biasa yang aku sebut “bas lompat-lompat” — My Mak Mertua gelak bila aku sebut, dia ajar, itu namanya “bas berenti-renti”. Sama la kan?
Untuk perjalanan singkat yang tidak memburu masa, dan bagi menikmati suasana “balik kampung” yang kampung buat seorang orang kampung macam aku, naik “bas lompat-lompat” la best, kan? So aku sengaja naik bas yang agak uzur, enjin menderum, tanpa aircond... oh sungguh mengimbas kenangan masa zaman aku di kampung dulu!
Dengan tambang cuma RM4, perjalanan agak lama (38km), kira-kira 45 minit.
Snap secara curi, kebetulan duduk di belakang. Seat yang uzur dan keras ni, betul-betul macam bas yang aku selalu naik masa di kampung halaman aku sendiri dulu. Snap dari atas bas. Butang loceng yang sudah lama tidak kulihat. (ini pun ko snap, Azie?) Antara pemandangan dari atas bas. Bukit Putus yang tidak lagi berbengkak-bengkok teruk seperti dulu. Jalan baru, jika ikut Lebuhraya LEKAS, lebih cepat sampai. Kawasan rekresasi Ulu Bendul, nampak kurang meriah sejak kes kematian yang meragut nyawa kanak-kanak 3 beradik bulan lalu. Khabarnya, sebahagian kawasan ditutup kepada orang awam. Pekan Kuala Pilah, sementara menanti dijemput dengan kereta. Bangunan lama yang nampaknya diperbaharui dengan ukiran dan warna cat yang sungguh unik. Sebenarnya memang selalu balik ke Jemapoh, tapi untuk menikmati suasana sebegini memang takkan rasa jika berkereta.
Jika orang membaca or melihat, agak pelik dan menyusahkan apa yang AA lakukan, tapi dengan sedikit persediaan awal, tiada yang susah pun. Malah menyeronokkan. Yang penting, bawa beg (bagpack) yang sesuai dan tidak berat, sport shoes, topi jika perlu, kamera, (tunai dalam poket seluar lebih selamat), perjalanan ringkas sebegini sangat best!
~...semasa dipelawa untuk ikut berburu di hutan demi seekor kijang yang tidak pernah jinak, SERI BULAN kehilangan topi kesayangan yang basah kerana tidak sempat berlindung di balik banir, lalu HISYAM terpaksa mengganti topi dengan jaket kesayangannya pula...~