Thursday, June 9, 2011

Dating Santai bersama Tart Nenas_02...

Salam
09-06-2011
...Khamis malam JumAAt?


Dating ini sepatutnya berlangsung bulan lalu, tapi kerana masa tidak mengizinkan, tak jadi. Lagipun setiap kali dia datang KL banyak kerana urusan kerja.

Bertangguh lagi.

Akhirnya hasrat berjumpa terlaksana malam semalam. Mulanya dia sms bagitau nak datang hari Khamis, beserta komen di blog “nak pulut...”. Terlior tengok gambar Pulut Kuning.

So, hari Rabu aku plan nak beli pulut dsb. Tup-tup sms nak nak sampai petang Rabu. Sempat ker nak rendam pulut dan masak?

Usaha tangga kejayaan. Aku beli pulut masa balik kerja, rendam terus seawal jam 5.30 petang. Pukul 8.30 malam terus kukus dan masak Sambal Bilis. Memang nak jadi rezeki depa ler. Walaupun warna kuningnya kurang menyerlah, tapi hasil tidak mengecewakan.

Tujuan kami kena jugak jumpa adalah kerana ini:

Kamus Dewan edisi terbaru yang dia tempah masa Pesta Buku lalu. Memang aku dapat harga murah masa Pesta, diskaun promoter lagi...!


Kami dah kenyang. Blogger OhBULAN order Mee Rebus Taiping.




Bergebang sakan kami malam tu. My TOKLAKI pun bukan main seronok bercerita tentang macam-macam.

Termasuk citer politik.. serta beberapa isu yang off record!


Me and “Triple H” @ Hanizah Hazrey Hisham. *posing je kat depan pintu MayBank Pandan Jaya.


Mereka datang kerana menjemput ayahanda Hanizah di KLIA, yang bakal tiba keesokannya (hari ini), dari mengerjakan umrah.


Terimakasih kepada blogger HAZREY si Bapak Gula-Gula dan wife Mak Gula-Gula serta blogger OhBulan dan seorang lagi kawan yang sudi bertandang bertemu AA.














9 comments:

  1. dah lama simpan hasrat nak bersua AA....

    ReplyDelete
  2. Hazrey ke yang tempah Kamus tu?? :)

    ReplyDelete
  3. belum penah jumpa rakan maya..

    ReplyDelete
  4. Cik azie memang best! She is the prada of blog buddies!

    Kami seronok beborak semalam sampai tak sedar dah jam 1 pagi !

    Pulut sedap, tart bukan world class tapi cakerawala class!!!

    Kakcik, ya saya memang kumpul kamus sebab nak kumpul stamp tak pandai.

    Tengkiu azie !!!

    ReplyDelete
  5. AYU:
    Sama ler juga Kak Azie. Ada juga hasrat nak jumpa AYU. Nanti kalu kalu tetiba Kak Azie ke Johor, cari AYU lah.



    KAKCIK:
    Yup. Dialah orang nyaaaa...



    HAMIZAH:
    Kak Azie jumpa bila ada gathering yg sempat disertai... dan jika ada hal2 sebegini. Nak jumpa selalu, tak sempat.

    ReplyDelete
  6. HAZREY:
    Thanks buddy!
    Puji la lagi... lagi?




    CHE MID:
    Meh kita dating jommmmm...

    ReplyDelete
  7. adoiiiii tetiba terkeliur pulak tengok pulut kuning cecah sambal ikan bilis. sedapnyaaaaaa

    ReplyDelete
  8. ANN ISHAK:
    Pulut Kuning tu memang lawannya dgn Sambal Bilis atau Rendang atau Kari. Perhhh...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails