Tuesday, January 8, 2013

Rindu men-Nescafé...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
08-01-2013


Wahhh mentang-mentang saya masih ‘bercuti’ banyak masa pula nak blogging ya... Inilah masanya pun.

Air masih belum mari seperti yang dijanjikan MEREKA. Takpa. Masak tetap masak. Walaupun saya tak upaya nak masak sakan-sakan tapi menu utama lauk pauk wajib la kena ada. Bebudak balik skulah kompom la lapar.

Semalam saya masak ini: Sambal Tumis Ikan Bilis + Petai


Petai dibawa oleh seorang kawan, seorang sahabat yang sudah kami berkenal begitu lama. Kebetulan dalam perjalanan ke Ipoh untuk ke Melaka menghantar si isteri yang bertugas di sana (mereka ni weekend husband-wife). Singgah di rumah seorang sahabat lain di KL, tetapi agak sayang saya tak upaya hadir pada malam pertemuan itu.

Apapun terimakasih banyak, atas ingatan. Beberapa tongkol jagung juga dikirim sekali, sudah saya buat Cucur Jagung petang semalam.

Sejak tidak lagi harus ke tempat kerja, saya juga automatik berhenti mengambil Nescafé. Sekarang saya rindukan suasana men-Nescafé di tempat kerja. Muq sudah disimpan dalam kotak, hanya akan keluar bila saya mungkin bekerja kembali nanti.

 Saya ada 2 muq khas untuk diguna di tempat keja.

Pic kredit: OhBulan!

Dalam Twitter, ada orang kata gaya Aizat macam tengah buat iklan Nescafé...!




~...walau Mak Utih sedia hafal apa yang digemari oleh bujang kesayangannya tentang minum petang dan menyarap pagi, tetapi tetap tidak boleh menandingi segala yang dia tahu tentang Pak Utih lalu apabila SERI BULAN cuba mengambil alih, HISYAM merajuk kerana terminum Teh Tarik terlajak sejuk...~







11 comments:

  1. Salam kak..bercuti atau keja nescapi totap pilihan hati.:))

    ReplyDelete
  2. ermmm sedapnya sambal bilis ngan petai...feveret saya tu

    ReplyDelete
  3. betullah, mug nescafe kan warna merah, hehe

    sambal petai.. dah lama ku idamkan ;-)))

    ReplyDelete
  4. Men-Nescefe kat rumah pun best hapa...hihihih

    Eh, sambal ikan bilis tu, ikan bilisnya nampak macam masih garing...saya suka version yg garing

    ReplyDelete
  5. Bestnyer sambal ika bilis petai.....

    ReplyDelete
  6. Kakcik tak boleh minum nescafe, nanti mulalah kepala rasa hoyong hayang...

    ReplyDelete
  7. saya sukasambal petai bubuh udang..ikan bilis ni yang tak best lama2 dia jadi lembik..tak garing...tapi kalau baru masak memang lajak la makan..rugi tu tak makn..petai mahai la sekarang ni..

    ReplyDelete
  8. SEDAPNYA NAMPAK SAMBAL BILIS PETAI KAK AZIE....

    ReplyDelete
  9. Kenapalah saya nampak sambal Kak Azie tu sangat mengancam dan terus terbayang gambaran sepinggan pulut kuning untuk dicicah sambal ini. Aduhh..ngencess.

    ReplyDelete
  10. Saya pun suka Men-Nescafe. Tapi yg O.

    ReplyDelete
  11. Sy hari2 men'nescafe' walaupun hari cuti. Huuuuuuuu~

    Sambal petai tu akak tu! Waduh-waduh!!!!!!!!!!!!!!1 Kecur liur sy!!!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails