Tuesday, January 22, 2013

Teringin? Keteringinan yang hampeh...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
22-01-2013

Jenis tak reti bersyukurkah kita, bila kita tak pernah merasa hak milik kita itu sudah yang terbaik?

Kenapa dalam beberapa keadaan kita sering membandingkan, lalu melihat hak orang itu lebih baik, lebih cantik, lebih molek... lalu kita teringin. Teringin nak sama, atau kalu boleh nak lebih dari hak orang itu.

Tengok rumah orang cantik, kita pun teringin. Tengok jiran pakai keta besar sikit (padahal sama jer tayar 4 jugak), pun kita teringin nak keta besar, kalu boleh nak lagi besar (beli bas laa...!).

Tengok orang pakai baju fesyen-fesyen (orang boleh pakai peplum [??], awak buncit) pun teringin nak berfesyen tapi jadi terperangkap dalam kaler ntah apa-apa..

Melihat orang berjalan pakai kasut tumit 3 inci, kita teringin juga, padahal pastu jalan tonggek sakit pinggang maklum berat badan lebih...

Kalu orang lelaki, tengok kawan ada batang pancing canggih dia pun kalu boleh nak beli batang pancing laaagi mahal. Padahal dapat ikan sama jugak. Baik la beli terus dari pasar. Siap disiang bersih lagik...!

Yang lebih parah... tengok bini orang lawa. Dia teringin nak dapat bini lawa jugak. Kalu belum berbini ok la ada niat camtuh, tapi kalu dah ada isteri nak rebut juga bini orang...??


Ada sesiapa teringin juga?



 ~...pernah sekali SERI BULAN menyebut dia teringin hendak mencuba emping muda yang ditumbuk dalam lesung kayu beralu kaki, Mak Utih segera menyebar kisah lalu ramailah yang segera menjadi ahli pasukan termasuk HISYAM yang sebenarnya lebih teringin hendak menunjuk kuat menjadi penumbuk alu paling handal...~




35 comments:

  1. Nafsu kak, semua pun nafsu..Ha yang makanan atas ni saya teringin jugak, meh la pos kat saya meleleh air liur ni..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafsu kita sebagai manusia biasa, kan? Tapi kalu ndak bini orang, tu nafsu iblis tu.

      Tak sempat pos, kuah tumpah di jalanan. Hahaha

      Delete
  2. i think dat is common kot kak.
    manusia tak pernah puas dgn apa yg dia ada.
    when we unable to own sumthing yg org lain able to have...
    lepas tu tak brp phm konsep 'bersyukur'...
    memang lah takkan boleh tgk org lain ada 'lebih'? he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh tengok orang lain lebih... itu frasa biasa, keadaan biasa. Tapi membuat tindakan yang tidak biasa utk mendapatkan hak milik orang itu yang luar biasa. Dan di luar kebiasaan kita.

      Delete
  3. Akak kalau teringin...
    Nak nasi beringinnnnn jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah lama, bertahun dengar pasal Nasi Beringin yg kat Bangsar tuh. Tapi sekali pun saya tak pernah pegi rasa. Ada yg kata sedap, ada yang kata tak sedap mana.

      Suatu hari saya harus cuba untuk memastikannya.

      Delete
  4. Kakcik teringin nak beli beg tangan baru sebab tangkai beg yang ada dah berbulu! ;-)

    ReplyDelete
  5. sesekali ku rasa teringin...mendekati hatimu yg dingin...hehe teringat lagu Shima la pulak..

    manusia tak pernah puas dan bersyukur dgn apa yg ada...cuba bandingkan diri dn insan yg tak bernasib baik..barulah rasa syukur tu datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi kita nama manusia. Teringin tu tiada batasnya, tiada had.
      Tapi lagu Shima tu teringin yang lain macam. Haahaha

      Delete
  6. Ye tak ye juga kan apa pun kereta 4 tayar juga kan..
    Tapi kakak kalau asam pedas tayang pepagi mestilah teringin sebab tengah lapar - bertuah azie ni kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalu nak lebih tayar, beli lori atau treler jer kan? hehehe

      *Kakak, itu Kari Ikan Tongkol.

      Delete
  7. Ikan itu buat zureen teringin... :)

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya, orang yang kurang pandai bersyukur ada perasaan macam nie. Yang ndak bini orang tu lagi parah. Tapi, kadang2, bila dah dapat, dia tak hargainya pula. Nak yang lain pula. Jadi membazir. Betul2 perangai syaitan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ia bergantung kepada cara mereka mendapat. Kalu dapat dengan cara tak betul, cara kotor, jarang la nak hargai. Dari mula lagi dah perangai syaitan...

      Delete
  9. betoi2... penah terjadi pada saya gak... masa mula2 der facebook dulu tengok kawan lamanyer fb , tentulah dia duk letak yang hebat2 kitapun rasa alahai kalau aku gini aku gini... lepastu istighfar banyak2 apa yang kita dapat hari ini adalah hak kita... jagalah dia dan bersyukurlarlah, nasib sedar diri lak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tidak dapat mengelak untuk membuat perbandingan. Kemudian timbul rasa rendah diri. Kak Azie pun kadang, malas nak join reunion sekulah, sebab ini lah.

      Delete
  10. teringin juga saya nak makan emping tu. Kalau ada lebih, hantar2lah ke sini.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum musim pagi berisi, sebab pokok padi masih tegak. Hehehe

      Delete
  11. Aina belum lagi teringin nak husband yang lebih hansome coz dlm tak handsome dia pun ramai org dok teringin kat dia kalau dia lagi handsome mahu dia masukkan Aina kat muzium...ahhaaa...

    Dalam keadaan sekarang terlalu banyak yg teringinnya Kak Azie...sat lagi nak pi Pizza Hut. Terasa spagethi dok lam mulut ja. Nak pi SR jauh pulak nak jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalu hensem sangat, asyik la jadi rebutan orang jenoh pula nak menepis.

      Wahhh skang dah mula ya idam itu idam ini.
      Pegi Pizajahhat tu, yg best adalah Cabonara!

      Delete
  12. minda dikawal nafsu jadi macam tu la..
    saya pun bernafsu je tengok gulai kak Azie nih....
    hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafsu selera makan ok la tu. Kalu ilang selera makan, parah juga. Mata teringin tekak menolak. Seksa tu.

      Delete
  13. Azie,kak rose teringin kari yg kat atas tu... lapo baru balik dari brisk walk....sementara kering peluh ngadap pc dulu, layan keinginan nak makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Rose lagi pandai masak dari saya. Kompom la pasni Kak Rose masak.

      Delete
  14. Salam kak... kesimpulannya, kita nk beli apa2 pun ikut kemampuan diri. Ukur baju d badan sendiri. Nampak sedap kari akak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang ramai pula dari kita yang ukur terlebih, ukur terbesar dari saiz sebenar. Hehehe

      Delete
  15. rezeki masing-masing...
    kena ikut kemampuan diri juga...

    teringin nak hp samsung sekarang ni he..he..tapi tengok kari tuh lupa jap...

    ReplyDelete
  16. jenis tak boleh tengok orang lain lebih.. yang susah diri sendiri dengan family.. kalau tak berhutang takpe.. cuba bayangkan kalau berhutang.. berapa banyak pulak nak kena bayar balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa betul jugak tu. Kalu semua nafsu hendak dilayan, tapi poket tak kembung mana tentulah hutang pula jadi tali pinggang. Kan?

      Delete
  17. Salam Azah. ya saya teringin lauk azah dalam gambar tu, hehe..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails