Wednesday, February 20, 2013

Bila hidup rasa pahit, bila hati rasa peria...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
20-02-2013


Hidup sering dikata orang penuh dugaan, ujian dan tidak lupa keindahan di sebalik kejayaan mengharungi dugaan itu. Well... dengan mudah kata: tiada laut yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Memang hujan pun setiap hari sejak Ahad. Lalu yang disebut orang hujan di hati tu lagu mana? You tell me larrr...

Izinkan saya merapu tanpa hujung tanpa pangkal, tidak dengan kepala tidak juga bertemu ekor. Izinkan juga saya mengambil sedikit masa untuk meletak mouse sedikit jauh dari jangkauan. Kenapa? Hmmm takda sebab khusus pun. Ada ketika kita tak perlukan sebab untuk mengosongkan masa buat diri sendiri. Tak gitu?



Sapa kata peria pahit,
Pahit lagi kaki tersepit,



Sapa kata ayat berkait,
Jadi mengapa hati tersanggit?


Seorang pembaca blog saya, menegur entri kita jangan terlalu "sama" setiap hari. Sama di sini bermaksud jangan asyik cerita pasal kucing sahaja sampai 3,4 entri berturut. Alangkah ruginya bila sesuatu yang sebenarnya menarik, tetapi disebut bosan.

Contoh? Rasanya semua orang tahu.




 ~...bila semakin ramai warga Kampung Separuh Desa mula bertanya siapa HISYAM di hati SERI BULAN, anak dara Pak Imam pula yang gelabah bermuka kelat-tak-boleh-tengok sehingga Mak Utih terasa hendak ketawa nyaris pula tersandung waton...~




27 comments:

  1. noted!

    sbb sy sekarang mmg terdorong ke arah ini.

    ReplyDelete
  2. Entri2 k.azie sgt menarik..x pernah mis baca walaupun kdg2 terrrmis untuk komen hehe

    ReplyDelete
  3. Saya tak bosan baca entry akak tau...penuh maksud tersirat dan bahasa yang cantik..

    ReplyDelete
  4. pulak... apa yg 'sama'nya kak...??? rasanya lain2 la...

    ReplyDelete
  5. sama ke??rasanya tak la..
    risau nye dapat pembaca macam tu/..
    saya pun selalu tulis benda yang smaa..heheh

    ReplyDelete
  6. Hi Azieazah, I suka makan ni. Luckily we can get this at the Chinese supermarkets where I am.
    Your this peria dish looks really delicious. Suaka tu chilli merah.
    May I have your kind consent copy the picture? Boleh?
    Bila saya naik angin post about food instead of sex, I will display it, credit you of course.
    Ok, outang you teh tarek lambong tinggi.
    Lee.

    ReplyDelete
  7. pahit pun tidak selamanya sis...
    matinya semut kerana gula...
    apa nak dikata?

    ReplyDelete
  8. Pahit itu lah yg selalu menjadi penawar tapi yg manis bergula itu racun sebenar yg menyebabkan penyakit kronik-kencing manis..heheheeh

    ReplyDelete
  9. Dear Aziezah ,dah blog kita ikut suka kita la nk tulis apa kan? awat la org tu particular sgt.kan kan kan?

    ReplyDelete
  10. yg pahit tu la penawar...takpe lah..ambil sisi positif setiap teguran tu...

    ReplyDelete
  11. Peria goreng dengan udang hidup dan cili hidup pun sedap...

    ReplyDelete
  12. Pahit...? Walaupun pahit...ku telan jua......seperti sedapnya lauk itu....hehe....

    ReplyDelete
  13. Blog kita kan..suka hati lah nk cite pasal apa. hahahahaha boleh gitew??? sy suke peria msk mcm ni. yummy!

    ReplyDelete
  14. mak saya kalau goreng peria pun macam tulah juga gayanya... sedap!

    ReplyDelete
  15. Salam Madam Azie

    Gula tu manis tapi yang manis tu penyakit. Eloklah yang pahit, pahit itu penawar. Hidup pun gitu gak kan... Manis sangat pun tak syok gak, kena lah ada banyak kaler, barulah fun hidup ini..

    Saya suka peria goreng dihiris nipis. Sedap.

    ReplyDelete
  16. Saya minat sgt tengok dan baca cerita kucing dari cerita handbag...kesukaan orang lain lain .Nak buat camana.You choose and pick .
    Pahit peria
    Ada baiknya
    Manis gula
    Sakit jua akhirnya.

    ReplyDelete
  17. pahit akan manis akhirnya.. macam peria tu.. bila dah jadi lauk macam masakan kak azie tu, tentu jadi hilang pahitnya bila makan dengan senyuman yang manis..

    ReplyDelete
  18. saya kenal ke blogger tu? .... ngeeee


    oh ya. Kirim salam saya kpd Hisyam .... hehehe

    ReplyDelete
  19. Kenapa dia nak tegur entri Kak Azie? Kami setia kerana kami suka stail Kak Azie. Kami suka entri2 kat sini. Ada jer yang nak take over blog kita kan?

    P/S : Saya baru sembuh dari trauma teguran di blog nie.

    ReplyDelete
  20. peria walaupun pahit tetappi sedap...

    ReplyDelete
  21. As salam Kak Azie,

    Good afternoon! :)) Peria always my favorite! Hubby yg tak mamam peria pun kena paksa & terus suka mamam...hikhik... Kat sini pun ada jual peria tau! Tapi kena beli kat tempat2 tertentu lah, mcm kat chinatown... Buat masak gulai dgn udang pun sodap! hehehehe...

    Hidup sepahit & sesedap peria! Waaalahhh..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Azie

    saya suka peria

    ReplyDelete
  23. peria...buatlah camana pon masaknya ..pahit akan tetap orang kata pahit walau terlebih gula atau garamnya *(rasa/makan dulu dengan nikmat.. baru tau !)

    entri...buatlah camana pon menariknya cerita...bosan akan tetap orang kata bosan walau ceritanya menarik pada pembaca lainnya. *(baca dulu dgn ikhlas..baru tau!)

    ReplyDelete
  24. Mungkin orang tu rasa dia ada hak untuk menegoq. Tapi kita pun ada hak untuk mengekalkan blog kita mengikut cara kita sendiri kan :)

    ReplyDelete
  25. Citarasa manusia berbeza. Kalau sama kain di kedai tak laku....hehe

    ReplyDelete
  26. Pahit itu sebenarnya penawar... suka makan peria sebab peria zaman sekarang tak sepahit peria dulu he he ehh.. agaknya baja punya pasal ni.
    Azie,
    orang ada mulut, dia boleh kata apa nak kata... tulah pasal dah resminya manusia, kalau tak masakan orang tua2 kita ada menyebut pepatah: mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia....

    ReplyDelete
  27. pahit tu la yg buat ubat

    *yang kat ats ni sya panggil kambas. kalo peria yg kecik2 tu. peria katak. perhhh sedap kak kalo digoreng mcm gmbr tu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails