Sunday, February 17, 2013

Projek “K-Pop” saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
17-02-2013


Hari Ahad hari cuti. Semua bebudak memang ada di rumah. Macam biasa si omak ini akan plan dah nak masak sedikit berat untuk sarapan, dan yang berat-berat belaka untuk lunch.

Semalam petang, saya mulakan Projek K-Pop @ Projek Keripop saya. Cewahhh....!

Mentang-mentanglah sekarang mudah nak masak inti.


Masak inti menggunakan rice-cooker adalah sangat mudah. Hanya 15 minit, semua ready. Disejukkan sebentar dan ready untuk dimasukkan ke dalam pastri kulit keripop!

*Saya pernah tulis caranya di entri ini > Masak inti karipap hanya 15 minit. Nak belajar tak?. Boleh rujuk jika nak belajar, siap ada gambar di sana.




Kalu ikut petua Kak QUEENIE, goreng dengan minyak yang kurang panas dulu sebelum kuatkan api. Untuk mengelakkan kulit berbuli menggerutu. Jika ikut petua Kak Q tu, kulit karipap akan licin gebu. Tapi sebab si IKA yang goreng, belasah jer goreng. Si omak dah tak sempat nak pesan itu ini dah. Yang pasti  memang laku selalu keripop ni sebab dah lama tak buat.


Kerana saya buat 2 kg tepung dan menghasilkan lebih 100++ biji keripop, half-cook untuk frozen. Stok pun kena buat asing-asing untuk memudahkan bebudak nak goreng nanti.

Harap boleh bertahan sehingga 3,4 hari. Kekadang bebudak ni bukan boleh harap sangat. Sekali goreng sampai 10 ketul seorang. Macam makan nasik! Boleh bankrap la si tukang masak.





 ~...sudah lama tidak terlibat dengan projek memburu di hutan dara sebelah Tenggara, HISYAM menyebut dia sedikit serik sedangkan SERI BULAN teruja belum merasa lalu kesal mungkin tidak langsung akan diajak sama, sehingga Pak Utih menggesa mereka lebih menumpu kepada tugasan di sekolah beratap rembia untuk menjadi perintis kental yang disimbah tidak tiris...~




34 comments:

  1. Cuti sabtu ahad adalah hari bertugas utk kaum wanita, kan? Surirumah mcm akak ni takde rihatnya, nasib baiklah bertiga je. Tapi seronok bila ramai2 kan....mcm2 kerenah. Teringat masa anak dara dulu, melayan adik beradik lelaki, kain baju, tempat tidur.....huhu...senang betul jd lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Kak Azie ada 2 orang lelaki. Depa pun sempoi jer. Makan ikut dan saja. Yang tak tahan, betul. Kain baju depa yang kita tak tahan tu.

      Delete
  2. Aduh kak.. Sampai 2kg tepung. Da boleh buat meniaga. Rumah saya tak boleh buat frozen. Buat sekilo habis sekilo.nak buat 2kilo tak larat nak ulit la pulak. Padahal isi rumahnya bukan ramai pun. Dua org budak kecik tu boleh tahan makannya. Paling2 pun boleh tahan 2 kali goreng je. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie buat banyak senang nak stock. Sekali buat biar penat sekali. Ada 2 orang anak dara tolong terap. Kak Azie hanya isi inti dan kelim. Sorang lagi anak dara pastu tolong goreng.

      Delete
  3. tu dia aihhh...2kg tepung sekali buat....boleh buat bisness tu....
    akak tak kisah kulit mengerutu ke..licin ke..janji kulitnya ranggup tak berminyak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya la yang jadi "pembeli"nya. hehehe Betul, bebudak ni bukan kisah menggerutu ke idak. Belasah jer bukan depa kira pun.

      Delete
  4. Kalau ada kat rumah kakcik pun, mungkin tak panjang hayat keripop tu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir semua orang gemarkan keripop kan Kakcik?

      Delete
  5. lama juga tak masak karipap ni... tapi saya tukang wat kari dan papnya suami yg wat sbb dia clipkn guna tngn..lau guna yg sarang karipap xde seni katanya.. sy xreti nk clip guna tngn.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Maria, Kak Azie pun gunakan acuan juga tu dapatkan saiz yang sama. Kelip juga dgn acuan tu tapi kendian kelim dgn tangan. Tak la susah mana tapi kena buat latihan 2,3 kali then pasti dapat. Kelim dgn tangan lebih kejap bila goreng tak terbuka.

      Delete
  6. eh kalau nak buat frozen kena masak half-cook ye kak azie..kena tanya pakar keripop dulu..hehe..sebab kat rumah memang takde masak2 dah..terus masuk freezer. tapi biasa tak simpan lama pun..2 hari je clear semua stok..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja tak goreng half-cook pun.

      Kak Azie kena goreng dulu sebab tak pandai buat adunan pastri mcm orang meniaga tu, elok saja tak melekat wpun tak goreng. Adunan Kak Azie tu lembut, berminyak sedikit (planta) so keripop mentah tu stick each other. Peti ais tak besar mana pun nak frozen sebiji sebiji. Heheheh

      Delete
  7. sedapkan kak kalo dpt buat karipap inti sardin + kentang, mesti sedapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keripop inti sardin pun lama gak kami tak buat...

      Delete
  8. Azie, timekasih la perkongsian 15 minit tu, serius kalau Azie tak citer aritu, mmg akak tak pernah tahu, tu betul2 perkongsian pintar!

    masalahnya ialah akak takder rice cooker kecik, yg ada utk 10 org makan tuh! bakal jadi kerak jer la gamaknya! haha

    Azie, kalau dh lapar, mengerutu ker, kerepot ker, belasah jer!
    entri ni mengingatkan akak jaman kecik2 dulu, adik beradik ramai, mmg sekali buat karipap sampai 2-3 kg! small matter jer tuh! kalau kuih talam tu, mak kukus guna dulang besar...haha tp kita enjoy kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan 10 org makan la Azie, tp 100 org makan! hehe

      Delete
    2. Akak.. hanya orang ada anak ramai akan faham cemana cara kita masak. Heheheh

      Saya punya rice-cooker tu pun, rasa macam nak kena tukar hat besaq sikit. Sebab yg itu hanya muat 6 pot. Sekarang ni sekali makan itu semua dah sampai 5 pot. Bila-bila jer dah nak tukar.

      Delete
  9. Azie, apa 2 kilo tepung? .banyak tu, boleh la sedekah jiran pulak ..gd idea la masak inti dlm rice cooker.tk prnah trbayang pulak..he he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni saya dah plan nak mula buat 3 kg sekali buat. Sebab 2 kg ni pun sekejap saja dah susut stocknya...

      Delete
  10. Amboi kak....2 kg tpung...klau x de orng tlong...mau patah pinggang nak mmbuatnya tu....sy pun buat karipap guna acuan kak...kadang asben gelak...sbb dia lgi terer kelim karipap tu....hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada juga pembantu, tukang gelek dan terap. Saya hanya isi inti dan kelim.
      Kalu tak biasa memang sakit pinggang, tapi kalu dah biasa buat, sekejap dah siap.

      Delete
  11. salam, nampak lebih sedap daripada yang kepit kepit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu yang kepit tu bimbang selalu terbuka ternganga semula time menggoreng.

      Delete
  12. paling suka karipap sardin.. mmg klau beli kueh mesti karipap jd pilihan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler Kak. Saya pun suka juga keripop sardin. Dah lama tak buat.

      Delete
  13. Banyaknya buat sampai 2 kilo karipap.....inti dia banyak mana?..
    kat rumah makchaq pun selalu ada stok karipap frozen.. tapi hat beli la....kalau jumpa hat sedap sekali beli 100 bijik... bila la nak rajin macam Azie dan Queenie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya jika 2 kg tepung, saya gunakan 2.5 kg kentang. So inti boleh isi semuatnya, tak la terlalu kempis macam orang meniaga. Untuk 1 kg, boleh dapat 60-65 ketul keripop.

      Alaa... rajin saya pun ada musim jugak MakChaq. Kadang tu rajin terpaksa.

      Delete
  14. Kak zie
    si kocik sya ni sibuk suruh ibu buat karipap
    ibu kata ibu tak pandai
    si kocik bujang ni kata alahhh senang je bu ibu buat mcm ni
    picit picit lepas tu tekan
    hrrrmmmm....(",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah pandai dan expert, memang la picit picit tekan. Tapi kena la gigih juga. Anak ramai mana cukup nak buat setakat 10,20 ketul saja, kan?

      Delete
  15. Bestkan bila masakan kita di gemari... rasa puas dan berbaloi, hilang penat lelah, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebudak ni suka sebab depa tak boleh makan di tempat lain dah. hahahaha!

      Delete
  16. Wah 15 minit masak inti, ni yg nk cuba ni. Kuih favourite cik abg ni

    ReplyDelete
  17. mase dalam pantang tolong atuk kopek keledek buat karipap pusing.. atuk jual karipap tu buat sarapan.. bile da habis pantang.. kesian atuk.. takde orang tolong..

    ReplyDelete
  18. tu dia..2kg tepung tuh!..siap buat stock ye kak..
    pasni senang...tergerak nak mkn goreng aje kan...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails