Friday, February 8, 2013

Kenangan Mengusik Jiwa: Kami ada serimbun buluh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
08-02-2013


Minggu depan sekolah bercuti seminggu untuk Chinese New Year, huh? Ramai dah mula plan cuti-cuti, or paling kurang pun balik kampung.

Sejak kampung asal saya semakin ‘kosong’ sudah bertahun tiada agenda balik kampung sebelah saya. Jika balik pun, menginap di rumah MyKakYang, rumah semi-D di tengah bandar Parit Buntar, yang mana tak sama seperti bermalam di rumah kelahiran or bersiar di laman kampung sendiri. Kampung yang ada banyak pokok, bendang yang luas, ada parit...

Dulu ada reban ayam, ada ‘lau’ itik, kami juga ada kebun sayur kecik MyBonda tanam jagung, cili dan macam-macam...

Kami ada serimbun pokok buluh yang selalu menjadi permintaan orang kampung untuk menebang sebatang dua untuk dijadikan batang pancing, mengail puyu di parit-parit. Bersebelahan pula dengan pokok cermai yang tinggi rimbun dan sering berbuah lebat. Hogah sedahan bentang kain batik boleh dapat cermai sampai sebakul...


Gambar lama: Raya 2008.
Sebahagian belakang kampung tu sudah kami tukar menjadi tanaman kelapa sawit.

Malas nak ingat lagi. Lain kali sambung.


Tayang-tayang:


Bungkusan Pulut Kuning untuk diagih kepada jemaah surau. Semalam kami buat tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah ahli keluarga, sebelah saya dan sebelah MyToklaki.





 ~...rimbun buluh kuning emas yang sering dianggap menjadi tempat si buluh perindu sering menjadi tempat menyorok si Wahab Tiga Suku mengintai menjeling SERI BULAN melintas lalu walau pernah tersilap terka Mak Utih berlenggang sama, sehingga HISYAM pernah bertekad hendak menebang setiap ruas...~




32 comments:

  1. Ada lagi tak pulut kuning tu, Azie? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup la Kakcik. hehehe
      Dapat cuma 55 pack (target 50), dan sepinggan untuk Ika yg balik malam. Mak dia, dapat sesuap saja. hehehe

      Delete
  2. Nape akak suka buat tayangan amal eh....lapor sudah....!

    Bau bendang tu part yg best...sy klau dlu la...blik kg...msti msuk dlm bendang pnya....best...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beramal kan amalan mulia? hahaha sian.
      Kak Azie jarang masuk bendang, kami masa kecik tak digalakkan sangat pegi bendang, soh pi sekolah jer.

      Delete
  3. Kampung apa nama tu Kak...sy sekeluarga ada di sana cuti CNY ni. AA tak balik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak balik. Tapi akan berhimpun dengan Bonda saya di Jinjang sepanjang minggu.

      Delete
  4. pagi2 tngok pulut kuning..berselara ja..CNY knah balik kg =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat balik kampung Kak Nah, semoga selamat pergi dan kembali.

      Delete
  5. Wah.. Tgk bendang teringat kg... Lama dh tak tgk pokok padi... Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pegi kampung yg ada sawah la. Sungai Besar, Tanjong Karang ada banyak bendang!

      Delete
  6. Teringat rumah kg yg pernah Azi buat N3 sayanggg...

    Pulut kuning Azi memang mantop!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula ingat nak masukkan juga rumah biru tu, tapi dah selalu sangat. hehehe

      Delete
  7. macam rumah opah di kg, pakcik sewa pada orang nak balik tido dah susah kena cari rumah sedara..tuh yang jarang balik....

    banyaknya pulut kuning....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah bertahun-tahun sewakan pada orang, kini kami berhasrat nak ambil kembali.

      Delete
  8. Kalau selalu balik ke kampung akak tu, boleh jadi terapi minda tu kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Rasa release tension. Aman damai nyaman jerrrr

      Delete
  9. bila balik kampung... perabut, pinggan mangkuk, pokok bunga, halaman, bilik tidur, meja makan dan ruang dapur buatkan saya terasa begitu 'dekat' dgn arwah mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu belum lagi kalu tengok baju kain dia... tilam katil dia ohhh.

      Delete
  10. Saya lahir dan membesar di kl. Namun suasana kampung juga say rindukan bila sudah dewasa. InsyaAllah akan saya dirikan sebuah rumah kecil menggantikan rumah pusaka wan sebagai tempat kami berhimpun semula.btw...kenapa pulut kuning tuh macam gugat selera saya eeehh kak azie? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika masih ada tanah di kampung, elok juga ada sebuah rumah untuk singgah bermalam berehat sehari dua. Duk kampung ni best!

      Delete
  11. mesti sayu je rasa nk imbas balik kenangan kat kampung kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kenangan. Kenangan mengusik jiwa gitu...

      Delete
  12. lama tak makan pulut kuningla... hantar 2 pek kat bangi boleh kak? kahakhkhk

    ReplyDelete
  13. saya pun dah lama tak balik kampung asal.sekarang ni dok kampung yang tak de pokok2 buah macam dulu..rindu zaman budak2 dulu,masa dok kampung asal saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara kenangan di kampung tentulah pokok buah, makan buah yang segar.... dan panjat pokok buah.

      Delete
  14. salam kak azie..

    indahnya suasana kampung tu.. dah lamanya tak dengar perkataan hogah tu.. terus terbayang kak azie menghogah dahan cermai he..he..
    aduhai sedap betul pulut kuning tu.. terus rasa teringin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dara ganas jer yang boleh hogah dahan pokok ni. Kalu tak dipanggil tomboi pun dah kira baik dah tu. hahahah

      Delete
  15. RIndu kampung jugakkkkkkkkkkkkkkkkkk....huhuhu...

    ReplyDelete
  16. rindu kan kampung ye kak
    nak buat macam mana ..
    tapi saya beruntung kerana hidup didalam suasana kampungg
    kampung dan saya x dpt dipisah kan
    cewahh ! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang kita jeles dgn awak. Awak siap ada bela ayam kampung lagik!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails