Saturday, February 23, 2013

Dalam malas-tak-malas, rajin-sikit-sikit...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
23-02-2013


Sabtu, tidak banyak agenda sebenarnya. Tapi anak-anak ada yang terlibat dengan Road-Run di sekolah.

Dalam malas-tak-malas, bercampur rajin-sikit-sikit saya gigih juga la nak pegi skulah CHAK. Ada mesorat Agung PIBG. Saya tak pernah harap untuk aktif terlibat apa pun sebab masa Alia Tahun Enam dulu saya dah pegang jawatan dan sibuk. Kemudian saya dah segan nak aktif dah.

CHAK baru Tahun 5.



Bila anak-anak semua ada di rumah, takdak chance la saya nak lepak-relax macam hari bekerja yang lain tu. Selalunya, bila semua orang keluar kerja dan skulah, saya jadi Mem Besor yang relax dan santai ikut-suka-hati-tok-nenek saja. Cuma saya tak suka berlengkor.

*Bila cuaca sedikit sejuk, saya memang pakai “kasut khas” yang lembut macam tisu tu dalam rumah. Kawan Dak AMOI beli kat China, dan hadiahkan pada dia, tapi saya yang ‘lenjan’. Abaikan kain batik usang saya itu.




 ~...menapak sendiri ke baruh sambil berkira minit matahari yang semakin menaik HISYAM masih tersenyum mengendong bekalan ketupat palas bercicah serunding hasil karya Mak Utih sambil Pak Utih menjadi ketua penjejak di hadapan dan SERI BULAN yang tersengih cemas berada di tengah seolah dikawal macam puteri raja...~




14 comments:

  1. mamaD tak penah plk nak pakai kain sarung batik, hadiah dari kengkawan dan keluarga semua dalam lemari tersimpan rapi....

    ReplyDelete
  2. Amboi santai dan rileks betul tu kak..:) Saya tak pernah pakai kain batik kecuali dalam pantang lepas bersalin je, hehe

    ReplyDelete
  3. alahaiiii cantikkk kak kasut lembut tu, kalo siratu tgk dia yg nak dulu ni.

    ReplyDelete
  4. assalam AA..acik pun minat sangat tengok kasut lembut tu

    ReplyDelete
  5. kasut tu nampak selesa. best ni pakai dalam rumah..kulit kaki kak azie mesti lembut je nanti..terjaga elok. kemain tau rileks...saya jeles!

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan Murni, kasut tu nampak selesa, mesti sedap dipakai.

    Ketupat palas bercicah serunding..nyamsss..

    ReplyDelete
  7. cantik kasut dan kain batik akak..hehehe

    ReplyDelete
  8. Kasut tu mmg best
    Ada kawan hadiah beli dari mekah..
    Tapi.. Tak ingat letak kat mana...
    Nak cari lah

    ReplyDelete
  9. Asallamualaikum
    Salam kenal dan salam ziarah,
    Mama nadz pun ada banyak kasut lembut tu..suka pakai untuk alas kaki salam kasut..buat mcm sarung kaki , beli kat Madinah dan ada yang beli di Bangkok..Sangat selesa.

    ReplyDelete
  10. saya ddalam umah pakai stokin je kalau malam2..sejuk..sejak besalin la saya tak tahan sejuk..

    ReplyDelete
  11. salam sis azieazah.
    Suka tgok kasut sis tu. Ta kat umah tak pakai.coz umah papan.

    Terima kasih atas lawatan ke tempat ta.

    Oh ya sis kalau sis ada kelapangan nak minta bantuan dari sis..mohon panjangkan entry tirana aduka pd tajuk'hanya ini yg dpt ku bantu-tirana aduka'

    Ohya sis ..sgala transaksi wang masuk bukanlah ke akaun ta.tapi terus masuk ke acct. Abil4fauziah.blogspot.com.
    Kalau sis kurang berkeyakinan.sila semak no. Acct abik pd blog ta.

    Kerjasama dari sis amat ta hargai.terima kasih.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails