Tuesday, February 19, 2013

Kerana salad Chef Ju & Azian Elias...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-02-2013


Saya baca entri pasal makan-makan di blog Azian Elias tentang Salad Sayur yang nampak enak dan membuatkan saya sangat teringin nak buat.

Ini salad hasil karya mereka. Pic cilok dari entri tersebut. Terimakasih ya Yan.


Kerana Dak AMOI bawak balik banyak sayur termasuk salad dari CH tempohari, so terus saja buat salad yang konon nak sebijik serupa macam Chef JU buat tuh.


Snap guna hp saja so pic sedikit kabur kabur. Sebelum siram dressing. Cewahhh. Saya tambahkan isi ayam (patutnya grill tapi saya goreng). Sayur seperti biasa saja, ada salad, cauliflower (rebus sekejap), tomato, telur rebus. Cuma saya takda brokoli.


Siram dengan Thousand Island. Tu jer stock mayo yang ada dalam rumah.

Semangkuk besar dapat kongsi dengan 4 orang anak dara. Sedap youuuu....! Pasni boleh la buat selalu selalu. Kalu rajinnnn...




 ~...SERI BULAN bukanlah peminat sayur hijau mahupun yang kuning merah bak bendera Selangor, tetapi dek kerana HISYAM seperti gemarkan bukan hitam bukan putih lalu Mak Utih tersengih kerana Penganan Pulut Hitam terus mendapat Pujian Kelas Pertama...~




32 comments:

  1. Memang sedap makan berebut macam tu
    senang dan sedap
    sya bolehlah masukan sebagai menu bila rumah ni ramai orangnya di hujung minggu
    harap kak yan dapat bg resepi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resipi yang sangat mudah. Bergantung apa sayur or ulam yang kita ada dalam rumah.

      Delete
  2. Replies
    1. Salad tu sangat sesuai, tapi mayo tu rasanya lemak tinggi juga. Tak leh selalu.

      Delete
  3. akak tak makan mayo...leh gantikan dgn bahan lain tak...olive oil ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok Chef Shers tu, setiap kali salad dia mesti ada Olive Oil. Tapi kalu minyak tu jer, tak berapa sedap kot. Kena ada sos la. Boleh jer guna sos tomato.

      Delete
  4. yeay....ada idea camner nak perabih salad dlm esbok tu hehe
    tenkiu sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Kak Q niii... Dia lagi terror masak, setakat salad camni petik jari jer Kak Q tahu apa nak buat. hehehe

      Delete
  5. bestnyer..saya suka saya suka...dil suka ltk sos black pepper buat sndiri....atau thousand island bebanyak...hehhehehehe.......:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Black pepper sos pun sangat sedap. Ikut la kesesuaian selera masing-masing, kan?

      Delete
  6. Nampak sedap salad sayur tu w/pun saya bukan penggemar sayur .... ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tak suka sayur, sila makan jer telur rebus tu. hahaha

      Delete
  7. Salam,

    terliuklah tgk. selalunya mama akan tiru apa yg kawan2 tayang!
    hehe ingat chef juhariah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa salah nya tiru. Takda hal. Kalu dapat hantar semangkuk lagi bagus. Hehehehe!

      Delete
  8. perh...memang nampak sedap dan menyelerakan. nak cilok resepi jugaklah dekat kak yan nanti.

    ReplyDelete
  9. utk yg mengejar masa sgt sesuai salad2 ni
    sediakan sesayur sesiap stok 2-3 kali mkn
    bila nak mkn, amik & curah sos. siap!

    ReplyDelete
  10. sedap nyee kak
    hurmm saya dah lama x buat salad macam nie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sedap lagi, boh brokoli, atau tambah epal hijau. Perhhhh!

      Delete
  11. Salad ni mmg sdp kak. Tp thousand island dgn mayo tu...peh!!! Lagiiiiiiiiii sedap. Sedap kat jantung pun ya. Heheheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii terasa sampai ke jantung? Dasat benor tuh...

      Delete
  12. musim depan kak azie masuk la masterchef..heheh

    ReplyDelete
  13. alamak...terus lapo! huhu...kijam..kijam kak azie...

    ReplyDelete
  14. salam sis AA
    kalau tambah mayon bebanyak banyak mesti sedapkan sis...
    banyak resepi nak kene cuba ni.....

    Tolong sebarkan: Cara Menegur ketika dalam solat Jumaat- TiranaAduka


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang. Anak dara Kak Azie tak suka mayo banyak sangat.

      Delete
  15. sedap kann.. kalau tak nak letak thousand island, letak sauce chili plus mayo.. sedap sangat kann....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails