السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
06-05-2013
Sempena PRU13, Selangor diberi cuti sehari pada hari berikutnya yakni hari ini. Yeayyyy!
Untuk rekod, Selangor masih kekal di bawah PKR untuk sepenggal lagi. BN hanya berjaya merampas semula Kedah. 3 negeri lain kekal di tangan parti tentangan. Di kawasan saya membuang undi (kenapa kena buang?) iaitu kawasan Pandan, Rafizi Ramli (PKR) menang besar mengalahkan calun BN Gary Lim dengan majoriti 26,700 undi.
Saya tak pandai nak ulas politik, kerana saya tak minat politik. Tapi sedikit sebanyak harus juga mengambil tahu, bertanggungjawab untuk mengetahui dan juga tidak dapat mengelak untuk diberitahu. Dan kemenangan Selangor, khususnya di kawasan Pandan sendiri, saya dah dapat jangka keputusan sebegini. Boleh agak punyaaa...!
Layan dulu beberapa gambar yang saya snap sepanjang hari pengundian semalam.
Saya keluar seawal 8.30 pagi sebab plan nak ke pasar selepas jari kena calit. Tapi.. jalan yang sesak, barisan di saluran saya berlengkar-lengkar dari tingkat 2 sampai ke tangga bawah... adehh. Tak boleh jadi. Lalu saya call MyToklaki ajak kuar dari barisan dan pegi pasar dulu. Kang lepas makan baru datang semula.
Pukul 2 petang, saya masuk berbaris semula. Orang tak ramai, di depan saya kira-kira 10-12 orang saja. Yaa... saya kena Saluran 4. Tingkat 2 sekolah. Kesian juga orang tua-tua yang terpaksa panjat tangga dengan bertongkat dan bertatih setapak-setapak (sebelah pagi yang saya tengok).
Yaa.. harus bangga juga kerana saya berjaya menjadi sebahagian daripada yang layak dan keluar mengundi. PRU13 ini merekodkan 80% pengundi yang keluar. Jumlah yang besar tu. (walaupun saya sebenarnya tak suka... tak suka langsung bab jari kena calit tuh!)
Semoga politik dan pentadbiran negara kita (terutama negeri Selangor yang kaya ini) terus berjalan dengan aman makmur dan sejahtera.
~...mana mungkin akan melupakan segala kenangan bersama terutama sewaktu musim mengemping padi di bendang orang dan SERI BULAN menjadi tumpuan sehingga HISYAM jadi kerasan...~
penang pun cuti harini.. yeayyy
ReplyDeleteYup. Saya dengar Penang pun kemudian diberi cuti. So, dapatlah lepak 3 hari ya?
DeleteKan senang kalau PRU tu dijalankan pada hari Sabtu. Kenapalah pilih Ahad?
ReplyDeleteNakkan tarikh cantik kot...
Deletesaya dapat saluran 1..kena gelak ngan mytoklaki..cis ...
ReplyDeleteHehehe tak pa la. Asal dapat ngundi. Yang tak pegi langsung tu lagi rugi, kan?
DeleteSemua orang gigih jalankan tanggungjawab. Aina saluran 3, berpusing2 le jugak barisannya. Alhamdulillah hampir dua jam jari tercalit jugak.
ReplyDeletesy saluran 3, sampai je trs masuk... x sampai 5 minit... dasyat kan.. menentukan masa depan negara dalam masa 5 minit je... tu pun sebab calit apa semua... nak pangkah x sampai 10 saat rasanya...
ReplyDeletetapi, mak sy beratur sampai sejam!
dan, sy sedih dengan keputusan negeri saya... dalam masa 5 tahun akan datang ni, pastinya lagi teruk kami dihalau...... bukit bukau pasti landai sebelum berakhir penggal... jangan kena tsunami lagi sudahla..... pasti x selamat macam dulu
Saya dapat saluran 5, dari pagi sampai ke petang panjang berlingkar, mujurlah pregnant, datang ngam2 waktu zohor ingat dah surut tak jugak rupanyaa..So petugas SPR terus bawak saya ke barisan depan sekali terus potong line semua orang, haha..Tak sampai 5 minit settle.
ReplyDeletekalau pergi petang kurang sikit orang...tak sampai 5 minit selesai pangkah...
ReplyDeletemoga janji ditepati...
tak suka pun dah tanggungjawab kan kak.. :D
ReplyDeleteSaya sekeluarga datang lepas Zohor. Langsunggg tak beratur. Melangkah lenggang kangkung sambil borak gelak tawa adik beradik sebab tak ada orang langsung.
ReplyDeletepart calit jari tu yang tak best.. :(
ReplyDeletecomot jari..
balik rumah terus cuci bagi bersih..