السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
07-05-2013
Sempena PRU13 juga, Pesta Buku Antarabangsa 2013 yang sepatutnya berakhir pada 5 Mei telah dicepatkan. Lalu Sabtu 4 Mei menjadi hari terakhir Pesta Buku. Dengan itu saya yang djadualkan kena duty ada tarikh 5 Mei, terlepas dari kerja tersebut. Apapun, sangat besar hasrat saya untuk pergi ke PWTC mencari buku idaman yang saya idamkan.
Paling mujur pula, Sabtu itu nama saya ‘terlepas’ dari kena masuk ofis untuk OT. Lagipun Sabtu minggu saya off. Beberapa nama telah disebut tapi saya terlepas.
Saya masuk PWTC bersaing dengan IKA seawal jam 9.30 pagi. Rupanya PWTC memang dibuka awal untuk memberi peluang pengunjung pada hari terakhir. Tak perlu tunggu sampai sampai 10 pagi baru pintu besar nak buka.
Saya singgah ke booth Ana Muslim. Menjadi booth wajib singgah mencari buku paberet CHAK. Jumpa blogger KHAIRIN yang bertugas di sini, seperti tahun lalu juga. Bertukar cenderamata, borak-borak tapi lupa nak bergambar. Alahai...
Ini buku yang IKA beli untuk diri dia. Saya sendiri memang lintas di booth SELUT PRESS ni. Karya depa lebih kurang sama macam FIXI. Underground. Tapi tak cukup masa saya nak singgah membelek. Mujur IKA ada beli, boleh tumpang baca, sebab saya tahu karya depa ni memang best!
Dengan harga istimewa, diskaun sampai 50% saya beli empat buku dari Creative Enterprise (CESB) tempat saya selalu duty saban tahun. Ramai mungkin tidak biasa dengan novel CESB, tapi bagi peminat setia karya dari publisher ini akan setuju dengan saya, karya CESB lain dari yang lain. Lain dari publisher ‘moden’ hari ini.
Ini hasil buruan hari terakhir bercampur hasil saya beli pada Sabtu sebelumnya. Untuk saya cuma novel Perempuan Lindungan Kaabah dan My Precious Iris (MyPI @ maipai) karya terbaru Melur Jelita yang dilancar di booth pada Pesta Buku. Belum ada jual di kedai. Selebihnya kiriman rakan blogger dari Parit Buntaq. “Hang sabaq nooo...”
Pada hari saya jumpa Melur Jelita, novel tu dah habis stok. Syukur juga saya dapat pada hari terakhir, itupun dah tinggal sikit di rak. Itulah untungnya datang awal.
Selamat membaca sakan-sakan untuk diri sendiri...!

~...biarpun sering dikata sindir oleh mereka yang ingin merebut perhatian HISYAM, SERI BULAN tidak pernah takut dan gentar kerana sejak dahulu pun HISYAM tetap cenderung kepadanya, tetap condong ke arahnya walaupun matahari menyinar tegak di atas kepala dan pelangi melengkung indah di sebelah lembah...~
btw, terima kasih kerana singgah dan terima kasih banyak2 jg d atas FM...hope bertemu lg thn dpn ;-)
ReplyDeleteYup. Thanks dear!
DeleteTengok tajuk pun memaag CESB ada kelainan dari publisher yang baru.
ReplyDeleteAda banyak kelainan yang mungkin pembaca setia sahaja yang tahu. Orang yang melihat sekali imbas, tak akan faham.
DeleteCESB memang lain. Regulation nak jadi penulis mereka pun ketat. SAya dah rasa dah...huhuhuhu
ReplyDeleteOhh pernah apply hantar scrip ke sana ker? Kak Azie teringin, sebab memang ada manuskrip tapi tak siap siap dah bertahun.
Deletekak azie boleh tak buat review/sinopsis ringkas buku SPERMA CINTA tu?
ReplyDeletejust nak tahu, adakah kandungannya best, sebagaimana hot nya tajuk novel tu :P
Belum ada masa sempat baca lagi..
DeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeleteRakyat Malaysia sekarang dah rajin membaca...
...yea, wpun lebih ramai yang memilih untuk membaca online.
Deletepergi jugakan.. ramai peminat buku sekarangni.. sapa kata rakyat Malaysia tak suka membacakan...
ReplyDeletekami mengundi seaawal pagi sebelum pintu dibuka.. ramai tapi syukur sebab saluran dan no siri dah tau senangjer=ler ... kira terus pergijer...
Pesta Buku Antarabangsa cuma sekali setahun. Terasa juga terkilan jika tidak pegi melihat dan borong buku idaman hati dengan harga potongan.
Deletekalaulah saya ada banyak masa utk membaca ... nak baca blog n wat bw pun seksa . kena curi - curi masa ...
ReplyDeleteBegitulah hidup kita, kan? Bukan ada banyak masa untuk semua benda.
DeleteThanks.
ReplyDeleteoh mama terlepas pandang.ingatkan habis 5/5. sememangnya tak puas ke pesta tu, walau 3xdtg, dpt tgk booth tertentu saja.tak boleh nak lama2.
ReplyDeleteSekali dua pegi memang tak cukup dan tak puas Mama Ju. Kena ulang 4,5 kali, tapi duit kena banyak. hehehe
Deleteakakkkk! nak cincin permata biru tuuu...huhuuu...antara novel pertama yg sy baca masa zaman skolah dulu...novel lama kan? ehehe...
ReplyDeleteMemang itu novel lama. Zaman kita sekolah dulu lagi, CESB dah cemerlang sebagai publisher novel. Kak Azie sendiri membesar dengan novel CESB masa tu.
DeleteTu yang Kak Azie dok kumpul novel novel lama, akan datang susah dah nak dapat.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteJeles dengan buku Kahlil Gibran itu hu hu hu hu ...
Tunggu Kak Azie baca dulu, nanti boleh share story nya. Tapi ntah la bila nak mula baca.
Deletewow.. bestnya..
ReplyDeletebetol2 setok setahun.. akan ku tunggu...
#kak, jgn pos dulu.. nnt eja sms.. ;)
Yes dear!
Delete