السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-05-2013
Semalam ujan sejak dari tempat keja, sehingga sepanjang jalan (kami kuar ofis jam 7.00 malam), dan saya tiba di rumah kira-kira jam 10.00 malam, dek kerana jem tahap Gaban! Jika waktu biasa, kira-kira 8.30 malam dah boleh landing kat rumah.
Pagi tadi, kami nampak ada beberapa pokok tumbang, dek tanah bukit runtuh di sekitar Bukit Tunku. Memang laluan kami setiap hari pun. Ohhh... jalan tutup. Terpaksa la ikut MRR2, walaupun sedikit jauh.
Rutin saya begitulah. Beberapa orang kawan sekerja macam tak percaya, saya boleh berulang seawal 6.30 pagi setiap hari, 6 hari seminggu. Bangun seawal 5.00 pagi, masak untuk bekal pula. Jika saya tak bawak bekal pun, saya tetap masak untuk bebudak kat rumah (yang balik skulah jer, kompom lapaq macam ikan piranha!) [Bayangkan berapa jam yg saya ada untuk berblogging?]
Di tempat keja saya bukan takdak cafe, restoren or foodcourt, tapi agak jauh. Harus keluar berkereta, dan rata-rata takda yang rajin nak kuar time lunch sebab balik nanti selalunya takdak parking! Walaupun kawasan luas, tapi keta memang melimpah sampai ke jalan besar. Sapa lambat sampai kena park keta kat luar area keja. Nasiblah...
Lalu cemana cara depa makan? Order dari sebuah restoren. Menu difax ke ofis setiap hari, staf order (setiap urusan ini ada staf ditugaskan mengikut jadual) dan food delivery sampai time lunch. Selalunya menunya sama jer — menu = lauk nasi campur. Jarang bertukar pun. Jika jemu nasi berlauk, boleh order lain a-la-carte. Tapi saya boleh order 2 hari saja. Pastu tewas dek tak tahan kerana betapa tak sedapnya orang kedai tu masak. Sejak tu, hampir tiap hari saya bawak bekal. Paling malas pun, saya goreng ikan siram kicap, sikit sayur atau pun bawa beberapa bahan (sayur, cili, telur) buat maggi guna microwave di pantry. Atau pun, beli di mana-mana gerai yang kami singgah waktu pagi, simpan untuk lunch.
Amalan bawak bekal bukan asing bagi saya. Saya tak kisah pun apa orang kata. Lauk saya, saya masak dan saya yang nak makan. Ada saya kisah orang nak kata lauk saya tak sedap? Hahahah! Tapi sebenarnya, dalam banyak keadaan saya rasa, lauk sayalah yang paling kerap dingendeng orang. Sebab saya masak dengan penuh kasih sayang. Cewahhh!
Ada yang masih ingat pasal entri saya berkaitan ‘pakcik’ di tempat keja saya > “Pakcik, jangan renung saya, boleh?
Sekarang ni pakcik tu semakin baik dan mesra dengan saya. Kadang-kadang cakap pasal kerja, sekali-sekala sembang-borak tentang perkara yang bukan kerja.
Sehingga pernah kawan sebelah saya tegur, “Sebelah dia pun ramai orang, kenapa dia nak datang sini tanya you jugak?’
Hehehehe... saya layan jer dengan jawab, “Dia suka saya kot?” Hahahaha berdekah kami gelak. Gelak dalam kefahaman kami masing-masing.
Sebenarnya pakcik tu baik orangnya. Masa Pesta Buku haritu, dia duty sama hari dengan saya. Ohhh jangan tanyalah cemana dia prihatin pasal saya. “Azie dah makan?” ‘Azie nak balik kul berapa?”
Ok. Tayang-tayang sarapan pagi saya. Hari apa ntah minggu lepas. Yang hijau tu Kuih Tokyo. Pertama kali saya dengar dan tengok, lalu makan. Atas hijau macam Seri Muka, bawahnya ialah sagu. Memang sedap! Popia tu saya kurang gemar. Semua tu sekali pakej dengan karipap pusing dan juga nasi lemak. Sorang kawan ofis belanja satu department, doa selamat dan kesyukuran sempena beliau menunaikan umrah.
Seorang kawan lain bertanya, “Dah 3 bulan kamu di sini, apa kamu fikir pasal ofis ni?” Haa?!
Saya tak tau nak jawab apa, sebab saya tak pernah pot pun nak fikir-fikir sangat. Saya hanya jaga kerja saya jer. Orang lain punya hal, saya memang tak kuasa nak campur.
Satu perkara yang saya suka ialah, hampir semua staf lelaki kat sini sangat cool! Depa sangat tenang, tak pernah kecoh, tak bising, respect, sopan, berdisplin dan relax. Susah nak tengok muka depa ketat ker, merungut ker, marah-marah ker... Memang tak pernah saya nampak. Ohh... saya suka berurusan dengan depa..!
Ahaa.. jangan tak tau, saya kan lebih suka berkawan dengan lelaki? Ahaks!
~...menutup lawang yang terkangkang sejak petang, seolah-olah memberi ruang kepada hati menjadi lapang, tetapi HISYAM segera mengerti itu bukan berarti dia menutup pintu hati dan SERI BULAN lebih memahami keluk lekuk hati lelaki yang seorang ini sebenarnya tidak susah untuk difahami kecuali ada mangga sebesar penumbuk yang bertindak sebagai kunci mati...~
betul kak azie, budaya bekal makanan ni patut dipupuk oleh orang malaysia, masa belajar dulu kat oz, lecturer pun bawak bekal, siap kuah dal lagi, pastu makan dengan student, memang jarang nampak diorang beli, skrg kejer nak bawak bekal saya pulak segan, dulu bawa nasi sejuk dengan timun n letak sos je, janji kenyang. heheh(terpanjang lak)
ReplyDeleteZul, Kak Azie pun banyak baca kisah students (dan family) orang Malaysia yang merantau di luar negara, memang akan automatic jadi rajin masak. Sebab selera tekak. Jadi secara tak langsung memang akan bawak bekal.
DeleteMasa kecik sekolah rendah, selamba jer bawak bekal, kan? Bila dah besar, ada yang segan lak nak usung bekal. Hehehehe
saya mmg x larat lah klu bangun seawal 5 pagi dan balik selewat 10 mlm . Dah mcm x der life . wpun masa saya lbh byk dr awk , saya masih x punya byk masa nak buka blog ... bab mkn lak , saya mmg jenis yg ringkas . asalkan ada sambal dan ulam + telur / ikan goreng , dah naik selera saya .
ReplyDeleteSaya terpaksa juga menyesuaikan diri dengan rutin macam ni. Hari Ahad perlu direbut untuk diri sendiri dan famili.
DeleteTakpa, selagi saya minat dengan kerja sekarang saya rasa saya boleh bertahan.
Kuih tokyo??? First time dengar ni..Hari2 saya bangun pukul 4.30 pagi tapi balik awal la seawal 5.30 ptg, tapi tetap malas nak bukak blog kat rumah, hehe.
ReplyDeleteKak Azie setkan bangun jam 5.00 pagi, sempat la masak. Sebab bahan-bahan sudah prepare sebelum tidor.
DeleteBlog pun dah jadi on off.
Aina cuba belajar dari Kak Azie bab bekal dan masak ni, terutama sekali masak untuk anak2. Seminggu ni rajinlah memasak minggu depan adik yg jaga anak dah balik mungkin fikir 10x nak masak2 lagi. Inilah sikap Aina ambik mudah bila org lain ada utk uruskan anak2.
ReplyDeleteAina selesa bawak bekal jugak. Dulu2 lauk mlm panaskan je, tengahari masuk microwave kat opis. Jimat belanja.
Ada banyak kelebihan bawak bekal. Selain menepati selera sendiri, jimat belanja, selamat dan bila makan rasa nikmat sangat.
Deletepanjang kisahnya..tp saya suka je baca ;)
ReplyDeletesejak kafe sebelah suka hati caj harga,saya dah lama amalkan bawak bekal dr rumah..wpun simple,tpi sedap di tekak saya
Yup, simple pun tetap sedap bila kita yang masak sendiri. Tu yang best, kan?
DeleteBawak bekal ke tempat kerja memang perkara biasa bagi saya. Even kakak saya dan suaminya juga bawa bekal. Rasa jimat sangat tak perlu keluar belanja.
ReplyDeleteEh heh kak, sama dengan saya. Saya lebih suka kerja dengan lelaki berbanding perempuan, sebab depa ni kurang kecoh sikit. Mwahaha.
Hai T.A.T.A.
DeleteSelain kurang kecoh, orang lelaki juga kurang heboh. hehehe
bagus kak azie nih.. sy nih tak larat kalu nak ikut cara akak.. hehehe.. yg hari2 gini pun selalu tumbang lg la kalu ikut cam akak.. kiki
ReplyDeleteSekali sekala ada gak rasa macam nak tumbang. Tapi semangat jer la yang jadi penyokong diri yang berat ni.
Deletesalam kak. lama tak tulis komen kat blog ni. saja singgah nak ucap selamat.
ReplyDeleteSalam Fyzal. Kak Azie pun lama tak sempat nak jengah blog Fyzal. Sori berlori ya.
Deletejgn baik pakcik tu,ada udang disebalik batu dah ya Azie hehe
ReplyDeleteSaya akan terus berhati-hati dan memantau. Uishh dok cuak la jugak ni.
Deleteha azie....sama cam makcik. kecik dulu tak suka kawan ngan pompuan sbb dpa suka sgt gaduh, selesa gang ngan abg&kuncunya. Bila kat U, pompuan ada 9 ja lainnya lelaki (engineering, masa tu lah) jadi mcm tak kisah keliling lelaki...bila kerja, dah confirm la male-dorminant dept....
ReplyDeleteBetul tu Makcik. Saya sejak sekolah menengah dah terbiasa dok berkawan dengan lelaki lebih ramai dari kawan pompuan.
DeleteTerbawa-bawa sehingga sekarang. Kawan lelaki ni mudah, depa kritik telus, jadi kita kena bersedia mental untuk hadapi sebarang kritikan pedas. Lama-lama jadi kebal sendiri.
betul kak, dulu masa saya memula keja kat lembah sintok ni. byk pekerja lelaki dari pompuan, mmg sronok bekerja dgn depa. relax n cool. jarang merungut n membebel n beremosi n bersentap cam geng pompuan...hehehehe
ReplyDeleteSapa yang biasa berkawan dengan lelaki, sebagai kawan kerja or kawan perjuangan yang sama kepala, pasti akan faham apa yang kita maksudkan, kan?
DeleteBoleh saya tahu akak kerja area mana, lalu Bukit Tunku ... macam dekat jer dengan area saya. Hehehe ... entah entah kita berjiran
ReplyDeleteKD sayang....
Deletecayalah kak azie....
ReplyDeletesy x sanggup dr kul 5 sampai 10.... huhuhuuu.... kagum betul..
masak bekal? masak pun tidakkkkk..... hehehehhee.... trs terasa beruntungnya saya n rasa cam anak manja je......
Alhamdulillah....
Sekali sekala memang ada rasa macam tak sanggup. Tapi sebab dah terbiasa, masak tu bukan setakat untuk bekal sendiri saja, masak untuk orang dalam rumah juga, so memang memasak tu dah jadi satu tugas dah.
Deletetabik org yg bleh bangkit awal pg dlm kalut nak pi kerja (jauh plak tu) masih sempat masak.
ReplyDeleteklu sy yg malas nak bangkit awal sgt, dulu2 mlm kol 10 ke ataslah time sy bersilat di dapur utk makan tghari anak2... maid tinggal panaskan aja
kuih tokyo nmpk menarik, x pernah cuba ntah mana jumpa agaknya
Saya lupa nak tanya pada orang tu kenapa nama Kuih Tokyo. Memang saya pun tak pernah jumpa sebelum ni. Rupanya sangatlah sedap!
Deletepanjang pun saya baca satu2.. saya pun takde masa nak berblog..lagila kat office dah kena block. balik rumah nak rehat je
ReplyDeleteBetul. Bila dah balik rumah, ingat nak rehat saja.
Deletesalam kak azie..tempat keje zi tengah2 bandar.dekat ngan shopping mall.banyak juga kedai2 makan kat area sini.harga pun ok la..
ReplyDeletezie pun lama tak update entry, balik umah banyak benda nak buat..
Sama ler kita. Balik rumah, ada banyak benda lain nak dibuat. Pastu dah letih dan nak tido jer.
DeleteDi desa hisyam tak teti kupas mangga dengan pisau, dia pakai jari jer terus mamah macam burger,,huuu bayangkan
ReplyDeleteApa kene mengena Hisyam di sini?
Deletesungguh baik sekali pak cik.
ReplyDeletedownload film subtitle english