السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
02-05-2013
Bulan Mei sudah tiba.
Tak sempat nak menulis beberapa cerita yang tertinggal di bulan April. Nanti saja.
Gambar sekitar saya duty di booth Pesta Buku Sabtu, 27hb yang lalu.
Memang tempat kija saya ada keluarkan robot sendiri.
Sudut jualan lego. Lego untuk pendidikan.
Macam ada slope kat situ kan? Sebenarnya mat yang bercorak “3D”. Sekali pandang nampak biasa, tapi bila disnap gambar baru jelas nampak effect 3D nya.
Sempat jumpa novelis terkenal Puan Melur Jelita, dapat autograf istimewa walaupun agak kuciwa kerana novel terbaru yang dilancar di booth, tajuk MyPI (My Precious Iris) sudah habis. Tak cukup masa pulak nak menunggu stok masuk. Takpa. Saya boleh cari lain kali.
Kuciwa lain: saya terlepas berjumpa novelis KAMSIAH ABU (walaupun dah standby bawak 3 novelnya utk diautograf). Saya sampai di bilik Karangkraf, novelis tu baru saja beberapa minit balik. Aduhai...
Bak kata kawan saya yang suka benor mengejek saya: “Lu sapa orang mau tunggu sama lu?” hahahaha!
Betul. Siapa lah saya...
~...enjin generator terpadam sendiri membuatkan Mak Utih melatah tidak tersukat patah sedang Pak Utih masih di serambi melayan asap merawang di depan mata dan SERI BULAN terpegun tidak berkutik di penjuru laman kerana HISYAM juga terkejut seperti orang terperanjat macam telinga kena jentik...!...~
mat 3d tu memang nampak betul2 3d.cantik..
ReplyDeletesiapa kak azie?tentulah peminat setia kan kan kan
Mat 3D tu menarik betul, sekali pandang memang nampak macam Kak Azie berdiri kat atas kotak tu.
ReplyDeleteMat 3D tu mmng menarik.....
ReplyDeleteSaya pun kuciwa jugak tahun ni..2 jam jer dop kat pesta buku tu..biasanya sehari suntuk...huhuhu...
untung dapat jumpa puan melur jelita. ^_^!
ReplyDeletewaktu saya p, dpt jumpa hilal asyraf sj... :)
lantai 3D tu sangat2 menarik perhatian saya...
ReplyDeleteAnak saya ke PWTC Selasa lepas bersama rombongan sekolahnya, sibuk mencari Auntie Azie Azah di SASBADI. Dia tanya segala macam petugas kat situ sebab saya dah pesan cari Kak Azie. Rupa2nya salah tarikh duty daaa....hahahahhaha.
ReplyDeleteMadam Azie.. tak sempat laaaaa... nak g semalam.. hari ni, esok dah keje, sabtu tak keje, tapi ada keje lain nak bwat, ahad NGUNDI!.. lepas ngundi dok umah tunggu keputusan.. pastu Pesta Buku dan abissss.. sekian terimakasih..
ReplyDeleteAlaaa ciannya diaaa
DeleteOoooo..kak azie keja dgn Sasbadi :)
ReplyDeleteJgn kecewa sgt...tu dpt jumpa novelis melur jelita tu...adoiii hebat hebat....simple je kan novelis ni ?
ReplyDeleteMat 3D tu pun hebat tapi lg real kalau tak ada bayang kat situ...
:))
cantik la mat 3d tu.. ada jual x?
ReplyDeletemasih tak berpeluang nak jejak PWTC lagi :(
ReplyDeleteMama 3x ke situ, Nampak je Sasbadi, tapi tak ingat ada Azie di situ. Lagi pun sibuk nak tgk buku2!
ReplyDeleteHarap boleh pegi lagi!