Wednesday, May 29, 2013

Teringat Azie bila di Mekah.... (lagi?)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
29-05-2013


Buah tangan dari rakan sekerja yang baru balik dari umrah minggu lepas. Saya satu-satunya orang di tempat keja yang dapat sejadah sebab saya yang kirim. Sejadah kecil untuk muka dan mudah dibawa travel.


Katanya, “Akak memang asyik teringat Azie saja masa sampai di sana.” Alhamdulilahhh... terkejut juga saya.


Lately, ramai sungguh orang di keliling saya yang membuatkan saya terharu... dan pilu, dan rasa syahdu. Kemudian malu, sebab dah tua tak boleh nak menangis tersedu.

Selingan:

Bekal saya semalam. Bawal Curry + Bendi (dari kebun kawan sekerja). Set dengan Papadom Goreng Sendirik. Soya Jagung.

Untuk hasil lebih dramatik: pinggan free hasil kawan saya beli sabun pencuci kain. Memang disedekahkan banyak di pantry. Lalu saya makan berhidang macam rumah sendirik!

Oh ya, Kakak yang balik dari umrah tu bercerita, sebaiknya jika ambil pakej umrah, tak perlu teruja sangat dengan pakej yang ada banyak lawatan/ziarah. Sebab ada kes yang dia jumpa di sana, satu grup yang dibawa transit sampai 2 kali, then singgah lawatan Istanbul 2 hari. Pastu baru masuk Mekah. Masa tu, masing-masing dah letih sangat dan terjejas tumpuan untuk beribadat.







 ~...walaupun bukan sekali dua SERI BULAN pernah melihat HISYAM berduka dan berair mata, tetapi sedaya mungkin lelaki itu tidak mahu mengaku akan adanya rasa sayu dan pilu, lalu hujan yang turun di senja itu dijadikan alasan untuk melindungi basah di pipi sekaligus cuba menyejukkan bahang rasa dan menenangkan gelombang asrama yang disebut orang bergelora tapi membara...~




45 comments:

  1. Papadom utk stok seminggu makan ke tu:)

    Betul Azie... kakak dah ada pengalaman sebab itu trip terbaru umrah kakak terus ambil ke Madinah dan Mekah aje - set di minda utk ibadah umrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la. Papadom tu ratah terus kasi habis sebalang! hahahaha

      Delete
    2. Emak saya sedang umrah sekarang ini. Emak ikut besan yang memang bawa orang umrah. Jadinya semua perkara besan emak yang uruskan. Alhamdulillah rezeki emak saya.

      Delete
    3. Bertuah mak awah. Peluang yang sebegini memang elok direbut dan dijaga masa itu dengan sebaiknya. Semoga mak awak sihat sejahtera dan kembali dengan sihat juga nanti.

      Delete
  2. alaa...malu ke nak nangis, nangis dlm bilik sowang2 ler...hehehe

    ReplyDelete
  3. rasa syahdu bila ada orang teringat kat kita bila di sana.. ;)

    psstt: menu tu nampak menarik.. part papadom tu stok kudap2 ke.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la terasa sayu jer bila orang ke sana, pastu ada ingatan pada kita.

      Papadom tu tak sempat nak jadi stok pun. Kami ratah ramai-ramai masa makan nasik.

      Delete
  4. Saya tetap jelez dengan bekal akak setiap hari. Sangat gigih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelez tak jeles. Gigih tak gigih. Dah nak makan sedap....

      Delete
  5. assalam azie..insyaallah..masa akan sampai untuk azie sampai kesana

    ReplyDelete
  6. rejeki kak azie dapat jg sejadah kecik tu yer ;)
    tang kari ikan bawal tu memang mabeles ar tengokk hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah... Dah lama hendakkan sejadah comel dari Mekah.

      Delete
  7. ini macam punya bekal, macam nak picnic jer hahaha...
    kalau makan bersila, sure akak payah nak bangun...tabik kat Azie...gagah dan gigih setiap hari, kalau beli belum tentu dpt selazat masakan sndiri, kan? puas hati lagi...trjamin bersih lagi...caiyuk sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya duduk bersila kat rumah jer Kak. Kalu kat opis, ada grup yang memang buka tikar dan duduk bersila waktu lunch. Berkelah betul. Saya makan di meja. Berkelah cara saya. Asal kenyang. Hehehe

      Delete
  8. Assalam Azie
    I sukalah baca part 'dramatik' tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jer dapat pinggan free bila beli sabun jenama Daia!

      Delete
  9. Amboi banyak nya gambar bekal akak. Tak nampak keyboard pun. Haha.

    Saya tak nampak, bendi tu akak potong atau biar aje seketul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh silap! Bukan:

      "banyak nya gambar bekal akak." tapi
      "Banyak nya bekal akak."

      Dah lain dah maksud ayat pertama tu.

      Delete
    2. Ikan bawal sekor tu memang makan sorang. Papadom tu kongsi. Air dalam kotak tu, stok untuk 2 hari. Banyak kan? Yeaaa utk orang yang kuat makan. hahahaha

      Delete
  10. macam makan kt umah kaedahnya...banyaknya papadom...tuk kenduri satu off la tu.. :)

    seelok2nya pakej tu pergi kerjakan umrah dulu...baru la pergi tempat2 lain...so x ada la letih masa mengerjakan ibadat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenduri papadom saja la. Lauk lain selalunya kami tukar-tukar lauk. Baru meriah.

      Delete
  11. kak rose yg duk rumah je pun x larat nak masak macam azie ni... tabik spring la.... bertuah badan ramai yg ingat kat Azie.

    ReplyDelete
  12. saya lapar. tengok kat pantry ade biskut je. wuwuwuwuw!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat milo panas, cecah semekut! Boleh la bertaham sementara nak tunggu nasik siap.

      Delete
  13. Trip kakcik terus ke Jeddah (Mekah), jadi taklah rasa letih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya begitulah kan? Tak la badan jadi lesu dek kerana jalan-jalan terlebih dahulu.

      Delete
  14. Sy klu g keje mmg rutin bwk bekal klu ade lebih lauk smlm. Pun mcm akak gak. Mkn berhidang dlm pinggan. Tak kos enak korek mkn dalam bks makan. Hehehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangan Kak Azie besar, jdi tak muat nak selok dalam tepawer. Hahaha.

      Delete
  15. Huih.. mmg mabeles... mmg sep belanja ni.. cepat la penuh tabung ayam ek? thn depan bleh p istanbul plak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabung ayam kecik, Istanbul pun tak lepassss...

      Delete
  16. Assalamualaikum..^_^
    papadom? pernah tgk ceritanye je. tapi x penah makan. x tau ada jual tak kat sarawak. sedap x? nape makan dengan nasi?

    uishh..macam polis pulak. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papadom yg dlm filem tu jenis yang bulat. Dlm gambar ni jenis bersei. Tapi yg bulat tu sebenarnya lebih sedap.
      Rasanya masin-masin lemak, memang enak di makan dengan kari or ratah camtu saja.

      Jika nak cari, elok pergi kedai runcit orang India. Harus ada jual. Goreng ya, bukan dimasak.

      Delete
  17. Tu pun kira dah macam rumah sendiri dah tu.

    ReplyDelete
  18. Hisyam tenung bulan di sudut ujung kaabah, tapi nampak seri bulan di bulan, kannelok nampak wajah seri di layar kaabah,,pada subuh pagi

    ReplyDelete
  19. seeloknya bila niat nak buat ibadah tu , moleklah trus jer ke mekah . bila dah selesai baru fikir yg lain . Juadah tu lebih sedap dr restoran lah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juadah masak sendiri, dah tak yah ke restoren lagi.

      Delete
  20. kak azie seorang y baik.
    opkoss semua org sekeliling tmasuk Ayu ingat kakak..

    muahhhhh

    ps: lapo lahhh tgk set makanan tu. lelagi i.bawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Harap harap begitu la selamanya.

      Delete
  21. macam kenduri jer.....ermmm...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails