السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
10-05-2013
Terimakasih kepada ramai yang masih setia mengomen. Juga kepada beberapa orang kenalan blogger baru yang masuk membaca dan sudi pula meninggalkan jejak.
Saya akan cuba membalas kunjungan mengikut masa yang terluang. Tap saya tak janji tau...!
Kuih Seri Muka yang sedap ini saya beli dari gerai tidak jauh dari area tempat keja saya. Sebab sedap, saya beli banyak, simpan dalam fridge kat ofis untuk makan di rumah dengan bebudak. Saya beli macam ni dah 2,3 kali. Ohhh memang pandai sungguh orang yang buat kuih ni. Sungguh menjadi dan enak!
Sarapan saya semalam. Roti goreng bersosej. Makan 2 gulungan dah kenyang. 2 kuih lagi tu simpan time petang.
Waktu buat OT selama 2 jam tu, kekadang memang akan rasa bosan. Bila bosan, ubatnya? Makan la, apa lagi. Adehhhh bertambah comey la saya nanti. Silap-silap lebih comey dari ‘Kak Ton’! hahahaha!
~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam...~
Mak bila makan sedap2 mesti ingat anak!
ReplyDeleteKak Ton? hahahaa...habislah jatuh saham dia nanti.
Salam & Morning..
ReplyDeleteFav juga kuih seri muka tu ;)
bertambah comey pun xpe janji ada yang sayang:)
ReplyDeleteKuih seri muka...my fav! Tapi mmg jarang jumpa yg sedap dan jadik.
ReplyDeleteknah suka kueh seri muka tu..tp xpandai nak buat bg sedap..=)
ReplyDeletecukup ke 6 ketul seri muka tu .... Kat sini ada sorang org tua buat seri muka stail dulu2...sedap....
ReplyDeleteKan Ton juga yg kena hihi...
ReplyDeletekalau saya makan seri muka, makan yang warna hijau tu je.. part pulut tu memang tak makanler.. hehehe..
ReplyDeletekuih seri muka..hehehe . ika tak suka sgt makan kuih .
ReplyDeleteSedapnya kuih seri muka... saya suka kuih ni Azie, kalau makan mau 2-3 potong!
ReplyDeletetersedak kak ton dgr.. ;-)
ReplyDeleteUishhh..sedap yer kak. Ngences dah saya.
ReplyDeletemasya allah, hari ni macam2 cerita yang datang dlm hidup saya. campur2 dengan cerita manis dan masam sedikit. salam hari jumaat untuk kita semua yang hebat. insya allah.
ReplyDeleteKenapa ye nama kuih tu seri muka, adakah muka kita akan berseri2 setelah memakan nya? Hehe
ReplyDeleteBtw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)
insanbiasabiasa.blogspot.com
Dah lama tak makan seri muka, ohhh! Petang nanti nak pi cari. Nak cari seri muka..nak cari seri muka..
ReplyDeleteseri muka tu mmg sedap..saya suka yg bahagian atas tu pejal dan kurang manis..
ReplyDeletehehehee.... lawa la mouse kak azie.....
ReplyDeletesy selalu tgk je, nk beli takut x sesuai.. maklumla jari comel2 je...
Kak Azie rasa lah kuih seri muka yg wife saya buat...:P
ReplyDeletehuih sedap tu seri muka... mesti hari tu mmg berseri2 sungguh muka kalah kak ton.. :-)
ReplyDeletekuih seri muka tu memang nampak sedap dan lazat. My favourite.
ReplyDeleteKuih seri muka memang sedap. Kalau bazar ramadhan di tempat saya ni, kuih itu memang laris. Setiap kali berbuka mesti ada kuih itu. Tak makan nasi pun tak pe.
ReplyDeleteRoti goreng dengan sosej, kalau saya siap² potong 2 atau 3, lepas tu gulung dan goreng. Memang macam byk kerja sket, tapi senang nak makan. Sekali ngap aje masuk mulut. Wah nampak sangat mulut saya besau. MWAHAHAHA..
p/s: Kalau saya la blogger baru yang akak maksudkan tu, tak balas kunjungan saya pun tak apa. Saya tak kisah. Eh merajuk ke? HAHAHA funny la nak merajuk. Tak merajuk, cuma blog saya dah lama tak update. Kalau akak masuk pun karang, akak will see dead end.
Saat ayat aku mencintaimu tu, mesti hidung dengan hidung jauhh kan?
ReplyDelete