السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
23-06-2013
Musim JEREBU berulang lagi kali ini. Musim yang berulang saban tahun. Ntah di mana solusinya, dan sejauhmana usaha yang dibuat pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah bakar tanah pertanian di negara seberang sana. Tapi... kita di Malaysia masih perlu menempuh musim “penyakit” ini setiap tahun. Yeaa... setiap tahun.
Rasanya tahun ini jerebu paling teruk. IPU dah mencecah lebih 700 di Johor sana. Tak mustahil akan meningkat lagi.
Hari ini, pagi tadi semasa keluar ke pasar pun, saya ngeri tengok suasana persekitaran. Suram, redup dan sangat-sangat tak sihat. Dalam perjalanan balik, tengok ada temasya sukan tahunan sebuah sekolah sedang berlangsung pula di Kompleks Sukan Kg Pandan. Aduhai... kesiannya kat budak-budak tu. Mungkin pihak sekolah tu pun tak sangka jerebu sangat teruk di hari Ahad, sebab sebelum ni, jerebu tak teruk sangat. Harap-harap bebudak yang bersukan tu taklah diserang sakit or batuk-batuk. Kesian kat budak-budak.
Tentu ramai dah tengok banyak gambar diupload tentang jerebu dan suasana muram di seluruh negara. Memang muram sungguh!
Sekolah di beberapa negeri sudah disahkan ditutup esok. Manakala di selatan, sekolah akan ditutup sehingga suasana kembali ‘sihat’. Di KL & Selangor, cuma disebut sehari esok saja. Selasa, cemana? Entah, tak sempat dengar pun.
Apapun, semoga masalah jerebu ini segera berakhir. Kalu boleh janganlah kita mendapat sakit yang serius.
******
Sekitar majlis bermesorat ringkas yang saya terlibat malam semalam. Mesorat nak kenduri walimatulurus, seorang kenalan dari AnakPerlis.com (AP.com). Keluarga kenalan yang saya kenal dan sering terlibat sejak beberapa tahun lamanya, sehingga merasakan depa dah macam kakak dan abang sendiri. Dah macam famili sendiri. Lalu penglibatan ini merupakan suatu komitmen yang ikhlas dari saya.
Sebahagian yang hadir. Kaum lelaki. Kaum perempuan duk belakang sikit. Macam biasa, bila ada mesorat jer masing-masing potluck dok bawak macam-macam menu. Aduhai... semua sedap wey!
Ada yang bawa Mee Kari, Ubi Rebus, Pulut Panggang, Durian Crepe, Buah Salak selain Nasi Goreng sedap dari tuan rumah. Yang hijau tu bahagian saya; Kuih Tokyo yang saya tempah lagi dari kawan di tempat keja. (nak habaq jugak tuhhh..!)
Paling menyerlah ialah Pulut Tanak dan digandingkan dengan durian mentah. Memang menjadi tradisi orang Perlis, makan durian mentah dengan santan lemak dan gula. Tapi kerana malam tu takda santan, lalu digandingkan dengan gula dan air garam.
Pulut tanak + durian + air garam + gula digaul bersama lalu dimakan dengan tangan sehingga menjilat kelima-lima jari...!
*yeaaa dongak atas, header baru. Khas untuk bulan Julai. Ada ciri kebiruan sket.
~...setiap kali berpergian ke mana-mana dan menyembunyikan teman pengiring, Kak Utih sering curigakan SERI BULAN tetapi apabila HISYAM sendiri tidak berusaha mengorek rahsia, Mak Utih hanya mampu diam dan memandang Pak Utih tanpa kata, kerana mereka tidak pernah tahu ada ikrar antara teruna dara itu yang mahukan janji terus diteguhi bahawa rasa percaya dan telus itu harus berterusan sampai bila-bila...~
kak Azie, tak apa. Tak ada darah tinggi bole ler makan pulut durian macam tu. Kalau saya yang makan, sat lagik ada yang kepala berpusing. Nampak cam sedap,tapi kalau degil makan jugak, ada pulak yang warded pulak ni kang
ReplyDeleteNurul, Kak Azie setakat ni alhamdulillah belum la ada darah tinggi or seumpama. Tapi pun tak makan durian banyak. Cukup sekadar 2 ulas saja.
DeleteRasa kelakar bila akak kata durian mentah. Itu durian yang sudah masak tapi dimakan begitu sahaja atau memang durian yang masih mengkal?
DeleteWalaupun tak seteruk di selatan tanahair tapi kesannya tetap terasa. Syukur semua sekolah di Selangor n KL diberikan cuti..
ReplyDeleteKalu di KL pun muram dan terasa perit asapnya, apa lagi mereka di Singapore, Johor dan Melaka sana. Kesian, kan?
Deleteyg durian pakai air garam? bukan pakai santan pekat?tak pernah makan lah
ReplyDeleteAir garam tu disiram sedikit saja ke atas pulut tanak tu utk dapatkan rasa lemak. Sebenarnya memang kena makan dengan santan pekat bergaram. Ni kes santan takda.
Deletesetiap tahun depa bakar ladang...setiap th masalah sama berulang...bosannn..!! tiada penyelesaian..
ReplyDeletedah tu...depa bakar...kita pulak nak tolong pi padamkan...
Tu la pasalllll.....!!
DeleteMasalah ini tak kan selesai sehingga berlakunya kiamat. Bukan kah jerebu ini tanda-tanda besar berlakunya kiamat?
Delete"The Final Signs of Qiyaamah is THE FORTY DAY SMOKE/FOG.
Fog or smoke will cover the skies for forty days. The non-believers will fall unconscious, while Muslims will be ill (develop colds). The skies will then clear up."
Salam. Bagus nepa mesorat, makan pun macam2. Moga ukwah berterusan dan negara pun cerah kembali. Amin.
ReplyDeleteTmpt sy pun, ade skolah bt aktiviti ms Sabtu aritu. Hrpnye semenya sihatlah.
ReplyDelete=(
berdoa supaya jerebu ni cepat-cepat berakhir, dan moga Allah turunkan hujan serta;
ReplyDeleteberdoa supaya opis dapat cuti...
:P
Kalau semua office dapat cuti pun, saya tetap datang office. Borang B belum hantar. Due date 30 Jun. Ini la akibat suka nanti-najti, kejap-kejap, alaa lama lagi due nya.
DeleteJangan ikut perangai ala-ala setan saya tu ya.
Di sebabkan sudah lama tak berFB jadinya mesorat tu Aina tak tahu menahu langsung, kalau dak boleh lepak2 kat sana jugak...sob...sob...
ReplyDeletemoga kes jerubu tidak berlarutan
ReplyDeletesalam sis
ReplyDeleteAri ni kt tempat ta.bebudak sekolah off.
Kak, your header is so nice. Nampak mewah dan ada timbul rasa ingin pakai. Tapi apakan daya kasut 2" pun boleh terpeletok kaki gue. Aduii. Memang bukan wanita ayu.
ReplyDeletepulut dunian.... terus lapar perut :(
ReplyDeleteNasib baik cek baru makan durian wiken lepaih.
ReplyDeleteJerebu dah mula mai Penang :(
Pulut durian..? Aduh.. dah lama tak makan... :'(
ReplyDeletehBanyak kali juga mak utik cucuk pak utik, bahawa makmutik ada secret affair, begitu juga seri bulan ngadu domba kpd pak utih, b
ReplyDeletesedapnya~huhuhu...
ReplyDeletejilat 5 jari itu pasti..
sedapnya pulut durian..jilat yang meleleh2 kat jari tu memang masyuk....
ReplyDeleteari ni (25/6) baru nampak kelibat matahari..ada panas sikit.kalau tak muram je