Friday, June 28, 2013

Kerja sampai otak dan minda jadi sakit jiwa, itu gila namanya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
28-06-2013


Sebenarnya saya pelik tau dengan beberapa situasi di tempat kerja saya. (Lagi kisah tempat kerja, macam takda benda lain nak citer).

Rupanya beberapa tahun dulu sudah ada kes, seorang staf yang terpaksa disuruh berhenti kerana kesihatan mindanya sangat parah. Dalam erti kata, sakit jiwa. Saya memang terkejut sebab ada kes camtu. Kenapa? Stress. Depression. Ohh tidak, saya cukup tak faham.

Masih ingat kisah Miss Y yang saya citer tempohari? Dia juga disebut-sebut sebagai cenderung ke arah itu. Sampai ada yang sarankan dia jumpa psychiatrist (cuma berani sebut di belakang jer).

Miss Y bukan saja jumpa beberapa orang secara senyap dan tanya/cakap benda pelik-pelik. Contohnya:
  • kunun orang sekeliling semua mengata-ngata dia. (kata apa pun tak tau, sebab dia bukan campur dengan orang pun, dan orang lain memang tak pot dia. Dia tak mai keja pun orang tak peduli)
  • dia citer, Imam surau taman dia, mengata dia. Konon dia dengar Imam bersembang dengan orang surau bercakap pasal diri dia. (yang pelik, Imam tu kenal dia ker, yang jenis balik keja malam-malam pastu sibuk jaga anak lagi [dia sebaya saya, belum kahwin tapi bela sorang anak angkat pompuan. Pelik, anak itu tidak menjadikan dia rasa happy dan ceria.])
  • dia jumpa ramai orang di department lain, bagitau orang department kami mengutuk dia. (kutuk apa? dia pun tak sebut), juga suka terjah orang dan tetiba bagi warning jangan mengata dia.
  • dia jumpa staf lelaki Cina dalam lif, menangis-nangis konon semua orang tak suka dia. (tak suka sebab apa?)
  • taip surat layang dan letak di meja beberapa orang tanpa orang faham apa isi cerita.
  • taip surat macam memo amaran dan tampal kat skrin pc dia, then balik, tapi sebenarnya dia berdiri setengah jam di pintu luar (nyorok) pasang telinga nak dengar apa orang nak mengata dia bila nampak memo tuh. Tapi kami tak peduli pun. Takda keja lain, kah?
Lama-lama our Supervisor bengang sakan, sebab hampir semua orang kena kacau sampai ramai orang naik tension, termasuk Supervisor department lain. Yang pelik dia tak berani approach saya, or cakap apa-apa dengan saya. Saya tegur jer dia macam biasa, seperti saya tak tau apa-apa pasal rumours dia. Actually saya malas terlibat.

And then, semalam Manager diberitahu. Lalu dia dipanggil bersama 2 orang Supervisor. Bermulalah sesi motivasi dan luahan rasa. Saya malas nak ambil tahu, cuma dengar hujung-hujung telinga. Miss Y dikatakan langsung tak percaya takda orang mengata dia. Dia yakin semua orang memang tak berhenti bercakap pasal dia. Cakap apa? Pelik sungguh! Dalam masa yang sama, saya jadi meluat dan rimas sehingga saya jadi benci nak dengar kisah dia. Macam takda keja lain pulak.

Cara saya senang saja. Time kerja, saya jaga kerja saya. Time makan/rehat/solat, kita buat apa yang perlu untuk masa yang diperuntukkan. Masa makan, borak gelak happy-happy. Yang penting, jangan mengata orang walau di depan siapa. Pengalaman mengajar saya untuk berhati-hati walaupun orang sangat baik dengan kita di depan. Belakang belum jamin lagi.

Bila kuar ofis, lupa kerja. Hidup sebagai keluarga, masak makan-makan dan buat tanggungjawab lain. Bila jumpa kawan, happy-happy. Bila ada program, bergembiralah. Jika ada aktiviti di luar, berseronoklah. Kena ada hobi or kegilaan walaupun mungkin orang lihat kita pelik. Yang penting kita happy dengan diri kita. Mudah kan? Bagi saya, hidup saya simple dan mudah. Mungkin saya jenis yang tidak banyak karenah or juga tidak banyak meminta. Saya suka sederhana. Saya sangat berdikari. Positif lebih banyak dari sentap-sentap wpun saya juga mudah terasa sekali sekala. Itu lumrah fitrah pompuan.

Kenapa nak sulitkan dan rumitkan kehidupan dan pemikiran? Tuhan tu Maha Adil. Ada benda kita dapat, ada benda kita dapat lebih. Well, syukuri kehidupan dengan gembira then kita akan dapat gembirakan orang-orang di keliling kita. Saya rasa hidup kita ni indah sangat.

Dan saya tak pernah pula (belum lagi) merasa kerja saya adalah suatu tekanan sampai orang perlu merasa stress or depression. Tu yang saya pelik kenapa nak seksa diri sampai biar otak stress? Memang seksa diri, namanya. Padahal kerja kami sama saja. Di mana yang susah dan rumitnya sampai nak kena rasa stress? Jika tak sanggup, berenti pegi cari kerja yang sesuai dengan jiwa. Paksa diri buat apa?

Kenapa tak buat hobi atau berblogging? Cewahhh... boleh juga luah perasaan, kan?

Tayang-tayang:


Masak dan makan sakan-sakan juga antara ubat penghilang sress. Saya rasa gitu lah.

Bekal saya semalam. Bawal Masak Kari (dah jemu sebenarnya). Keropok Binjai yang lemak-lemak pahit. Ikan Gelama Kering digoreng garing yang sentiasa ditunggu kengkawan semeja makan.

*****

Ini entri terakhir minggu ini. Saya akan berada di rumah seorang kenalan bermula petang ini hingga esok petang untuk satu majlis walimatulurus. Blog tidak akan dijengah sehingga Ahad... or jika penat mungkin sehingga Senin depan.

Saya harap Senin depan, entri saya akan dapat diupate untuk beberapa luahan perasaan saya (or orang lain) untuk sesuatu yang istimewa. Kalu takda pun, takpa. Hidup tetap diteruskan.


Akhir kata, terimakasih kerana anda sentiasa menjengah, mengomen dan berkongsi rasa. I appreciate it. From bottom of my heart.





 ~...setiap kali selesai acara masa senggang dengan berlepak di bawah rimbunan pokok meranti, berebut buaian dek kerana segan nak berbuai bersama kerana malu kepada ikan-ikan yang tidak pernah pejam di Sungai Menghijau Lumut, lalu SERI BULAN hanya menulis surat berlipat empat untuk diletak di bawah tempurung di tepi ampaian dan HISYAM hanya tersengih membaca barisan ayat “terimakasih untuk masa yang ada untuk aku”...~




26 comments:

  1. Sebenarnya, di mana2 pun ada orang sakit jiwa ni. Di pejabat baru kakcik ni, ada seorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Iklankan produk dan perniagaan anda di

      www.produkmuslim.info

      Daftar segera ia percuma

      Terima kasih

      Delete
  2. lantak dia la kannn.. hahaha.. janji kita happy!!! kiki

    ReplyDelete
  3. Kalau kerja itu kita minat tak akan ada streesnya walau sesibuk manapun. Sejak 2 menjak ni ada org tegur saya selalu ja hepi go lucky. Berubahkah saya. Saya tak mau stress2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kerja yang kita minat dan hati pun ikhlas, memang tak de nak stress nya. Tapi kadang kala stress ni datang nya dari orang sekeliling kita di tempat kerja, bukan kerja itu sendiri.

      Delete
  4. The power of NOW..Bila kerja kita kerja.Bila kita happy jangan dok ingat kisah duka nestapa.Bila beribadat kusyuk.
    Kisah orang buat pengalaman.Jangan dok terlibat dalam dalam.Over concerned boleh jadi problem...Itu sedikit sebanyak pegangan makcik masa bekerja dulu..
    Sekarang bila pencen...office politik dah tinggal kenangan boleh buat idea blogging.

    ReplyDelete
  5. Orang yang menyebabkan orang pening dan tension memang ada kat mana2 kot... susah sungguh nak di handle, ada ja tak betu, ada ja tak kena.. tapi makchaq selalu buat donno saja..

    ReplyDelete
  6. Pelik jugak 'Sakit Jiwa' miss Y ni yer. Teruja tengok bawal kari akak tu. hehe

    ReplyDelete
  7. kalau rasa stress kita buat kerja lain dulu.. dah agak ok baru sambung balik yang sebelum tu.. ;)
    kalau stress jugak, apply cuti pergi bercuti.. walau sebenarnya tak menyelesaikan hal kerja kat office tu..

    ReplyDelete
  8. Pengalaman saya, memang ada staff yang sakit jiwa. Walaupun dia dan keluarganya menafikan. Oleh itu, kami terpaksa ambil tindakan atas dia secara biasa dan dikenakan tindakan tatatertib. Tapi bila kena hukuman, dia kata dia tak waras. Rujuk pada barisan doktor panel SOCSO dan akhirnya beliau diberhentikan.

    Kalau saya jadi HR, saya akan perangkap Miss Y dengan tindakan tatatertiba. Antara major misconduct ialah menyebarkan elemen negatif di kalangan pekerja. Kemudian hantar untuk rawatan psikology dan dapatkan diagnos. Selepas tu boleh mula tindakan susulan.

    ReplyDelete
  9. Oh...saya nak juga komen. Gabungan lauk pauk akak tu sangat mengecurkan saya...Aduhaiiii

    ReplyDelete
  10. bila dah stress takut jadi begitulah...
    santapan yang menyelerakan...

    ReplyDelete
  11. tu sejenis penyakit mental tau, mmg ada. Dia rasakan semua org mengata/benci dia. Kalau tak dirawat makin parah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis yang paranoid. Having problems with her others inner personals aka multiple personals disorder.

      Delete
  12. Sakit jiwa sebab banyak fikir benda yang tak sepatutnya difikirkan.Mungkin juga diri rasa baik berbanding orang lain.

    ReplyDelete
  13. Saya rasa Miss Y tidak pernah memikirkan tentang 'dirinya' sebab sibuk memikirkan orang lain yang katanya sibuk pula memikirkan dirinya! Kasihan.... memang sakit jiwa sebab fikiran tidak normal, perbuatannya pun jadi aneh!

    ReplyDelete
  14. saya suka prinsip hidup kak azie. rimas kutuk sana, umpat sini. kita buat saja hal kita. apa nak kesah dengan hal orang. yang penting, kat tempat kerja tu kita mencari rezeki. bila pulang ke rumah, masing-masing dengan tanggungjawab masing2.

    kesian dia..maybe dia under depression tu. terasa sendiri orang sekeliling mengumpat dia, sedangkan tak ada apa berlaku.

    ReplyDelete
  15. kat opis knah juga ada yg perangai pelik lebih kurang macam ni.payah kalau ada yang terperasan macam ni kan..knah juga ambil sikap yang sama ngan azie.buat tak tau n xdengar saja..sebab dinding2 n semua benda tiba2 boleh menyampai cerita.

    ReplyDelete
  16. Hi Azieazah, first time kat sini! I suka lah blog you. Banyak cerita yang menarik. Betul cakap you. Masa kerja kita kerja. Luar ofis kita relaks. Saya ni kekadang ada jugak mengalami depression akibat stress kat ofis tapi in control lah. Takde sampai jadi gila. Heh..heh...Hari minggu I masak dan buat kek untuk occupational therapy. Biar ceria kat rumah, tak nak sedih :)

    ReplyDelete
  17. k kurangkan akit jiwa join NGo khasnya yang ada pemuda jejaka muda atau gadis cun, atau ada DatO datin,,sambil geder geder seminggu sekali..makan free belanja freee..hilang sttess..awet mufa nanti..walaupun kita dah veteren..pesanan bukan penajaNa

    ReplyDelete
  18. tak semua org boleh berfikiran waras mcm kita. Boleh jadi Miss Y ni delusion kot. As if ada bisikan ditelinga mengatakan sesuatu kat dia. Kalau boleh nasihatknlah dia seek medical treatment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeking medical treatment?! Apa?! Korang kata aku gila?! Hei, mana ada aku gila?! Aku tak gila tau! Korang tu yang giler! Korang giler sebab kata aku giler! Aku tak giler!!! Aku tak giler!!!!

      Contoh ayat-ayat orang yang hampir nak giler.

      Delete
  19. Itu pentingnya skill for 'stress management'.. sebab skrg ramai jugak jadi camni kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istighfar dan zikir banyak-banyak dalam hati juga skill for stress management. Lagi berkesan. Ngeee...

      Delete
  20. Madam.. wah.. lama tak ke sini neh... apo pon.. kat tempat keje saya memang ramai yang sewel... hari neh okeh... esok da tak bercakap dengan kita.. berminggu-minggu.. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN madam...

    ReplyDelete
  21. dah lama tak masuk rumah akk ni, tetibatertarik ngan n3 miss y.

    betul kak, saya suka statement ni "Yang penting, jangan mengata orang walau di depan siapa.Pengalaman mengajar saya untuk berhati-hati walaupun orang sangat baik dengan kita di depan."

    Mmg ramai org yg mcm tu...saya pon pernah terkena, sanggup tikam kita dr belakang huhuhu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails