السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
25-06-2013
Jerubu nampak semakin parah sehingga petang. Sepanjang hari walaupun berkurung saja di tempat kija, tapi bau asap dan debu memang terasa sungguh. Matahari terlindung di balik jerebu lalu sinarnya menjadi merah dan nampak ‘sakit’.
Empat orang MC di tempat kija hari ini. Saya sendiri terasa pedih mata, bersin kerap, batuk sedikit, dada sakit... dan yang tak tahan petang tadi saya muntah di opis. Sebab kepala sakit berdenyut dan rasa loya-loya.
Walaupun tak pernah lupa untuk ambil supplement VitC yang diorder khas dari kenalan doktor, tapi rasa sakit dada dan bersin tu tetap terasa bermula.
Lalu mood malas merentap segala semangat kerja saya hari ini. Hanya semangat dalam diri jer yang kata, “jangan putus asa.”
Tiada bekal dimasak, sebab saya balik keletihan. Padahal baru hari pertama minggu. Uishhhh... balik rumah terus melepek, mood blogging out ke laut!
Perjalanan pegi balik kerja yang agak jauh dan lama sebenarnya memang letih, tapi kerana saya masih mengira ianya sebagai berbaloi, redah juga la.
Nasihat ramai orang, minum banyak air. Ya setuju.
Nasihat orang tua-tua pula... hmm banyak.
Pernah dengar, jika menumbuk cili/lada dan terpercik ke mata, cepat-cepat makan ‘ibu garam’. Sejauh mana benar or berkesan, saya tak pernah cuba. Sebab masa pernah terkena sekali dua dulu, saya cepat-cepat basuh mata dengan air mengalir. (Btw, ‘ibu garam’ tu cemana? Garam yang paling besar ketulannya, kah?)
Sambal Belacan, yang diusahakan oleh Dak AMOI. Sekarang ni, bebudak dalam rumah ni pun dah tak pernah terkena cili ke mata lagi dah. Sebab dah pandai skit skil menumbuk, sambil tutup muka dengan pinggan kaca jernih, macam topeng lutsinar. Hahahaha...! Tak perlu petua pun.
Orang tua-tua pernah larang, anak dara jangan menyanyi di dapur nanti dapat suami tua. Memang banyak betulnya, sebab saya memang suka menyanyi di dapur sejak dulu-dulu lagi. Akhirnya? Naaahhhh... saya memang dapat laki tua pun. Tua lima tahun dari saya! Hahahahaha.....

~...mengisi masa senggang berdua sambil diawasi mata oleh Mak Utih dan Pak Utih sejarak tidak mendengar sebarang kata bual, SERI BULAN rela berebut buaian dengan HISYAM kerana sesi rebut-merebut sambil ejek-mengejek akan menjadi kenangan manis lagi lucu bila masing-masing rajin pula hendak mengulas ketika tiada topik hendak disembang, tiada isu hendak dibincang dan ketika itu SERI BULAN terasa hendak menumbuk HISYAM di dadanya sehingga retak...~
dah lama x menumbuk sambal..
ReplyDeletehurmm..
skill da hilang..
dulu masa arwah mama ada..
rajin menggiling dan menumbuk sambal..
yes, my mom sgt tradisional..
huhuhu~
5 tahun beza tu taklah terlalu tua...Yg tua tu macam TokTi dgn Datuk K...bahahahaha
ReplyDelete5 tahun beza kira ok dan sedang la tu.
Deletesaya pulak tak pernah terpercik sambal kemata..sbb nya saya blender hehe
ReplyDeletedalam rumah akak ni pun memasing kurang sehat....takder mood nak jemur kain baju, bau asap jer lebih...
ReplyDeleteadik akak suka sgt nyanyi kat dapur, takyah on radio dah, tp kami semua suka sebab suara dia mmg sedap pun...suami dia tua 22 tahun dari dia hehehe(duda anak 3), dah 25 tahun dh rumahtangga dia, dpt anak sepasang...:)
arwah abah sy ajar pkai spec mata dia yg khas utk menebas rumput...jenis plastik biasa n besar...mmg puas hati time tumbuk sambal....heheh....
ReplyDeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeletemasa kecik2 dulu memang jadi tukang tumbuk sambal
banyak kali kena percik
rendam dlm air shj
Saya tak ingat siapa ajar saya, tapi bila mata terpercik kena cili, kalau mata tu sebelah kiri, basuh kaki sebelah kanan. Saya pun tak ingat menjadi atau tidak sebab saya basuh dua-dua kaki sekali. Aha ha ha.
Deletesy pun suka nyanyi time masak tapi dapat laki muda 2 bulan plak huhu
ReplyDeleteSaya tak suka nyanyi. Saya tak suka masak. Itu pasal saya sorang-sorang lagi ni.
DeleteMWA HA HA HA..
Masa di office lama, bangunan atas pejabat kami dijadikan rumah dan disewa kepada pelajar kolej. (Memang tak sesuai langsung sebab dalam 1 deretan rumah kedai itu, cuma satu tempat tu aje dijadikan rumah, yang lain semua pejabat-pejabat.)
ReplyDeleteBila mereka menumbuk sambal, memang kedengaran jelas hingga ke tingkat bawah. Saya pesan pada mereka, kalau nak tumbuk sambal, alas lesung tu dengan kain. Dapat la kurang kan sikit bunyi-bunyian itu. Tapi biasa la budak remaja, rasa diri aje yang betul, boleh dia kata balik kalau tak menumbuk macam mana nak menumis?
Saya cakap lain, dia cakap lain pulak. Hmm suka hati korang la minah-minah semua. Orang cakap tak nak dengar. Tapi kami juga yang malu sebab bila client datang time tengah hari, time tu la mereka dok menumbuk. Buat dek je la memasing.
Time memasak tak nak dengar nasihat, bila time tak de air pandai pulak mengendeng bathroom kitorang nak mandi. Hampas kelapa betul.
Smlm dada saya sesak. Tak selesa. Mata pedih tu, biasa.
ReplyDeleteWalau mcm ne pun, duka jerebu tu terubat bila tgk sambal belacan mcm dlm gamba atas tu. Pehhh!
Saya tak pernah nyanyi kat dapur tapi tetap dapat seami yg tua baaanyaaakkk...hahahaaa...
ReplyDeleteItulah namanya jodoh!
Tua lima tahun tu just nice lah kak. hehehe
ReplyDeletekata orang tua, insya allah kekal lama kahwin dengan lelaki yang tua dripada kita sbb dia lebih matang. kata orang tua kan.
ReplyDeletepetua saya tumbuk sambal belacan, masa tumbuk cili tu sambil2 masukkan sikit2 garam supaya pecahnya tak berterabur memercik. hihi, yela kot...
meletup smbal tu... ye btul ckp ell letak garam sikit... mama pun ckp cmtu..
ReplyDeleteyg baik kita ikut, walaupun kdg2 riciculous petua2 dan larangan tu..kan?
ReplyDelete