السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
14-06-2013
Baru 2 hari tak update blog, seorang kawan sms bertanya, “Kenapa tak update? Kita nak tahu cerita-cerita awak.”
Cerita saya? Cerita apa yang saya ada? Tak banyak, kerana rutin saya untuk seminggu memanglah sangat padat. Kebetulan MyManager bercuti selama 2 minggu, dan kerja mula naik tidak putus-putus, bercampur tekanan kiri kanan dari orang-orang yg diamanahkan mengawasi, boleh bertukar menjadi lebih sudu 4,5 batang dari kuah, dalam mangkuk sup yang tak berapa besar mana pun > kalu tak faham, abaikan saja.
Saya mencuba juga memberi ruang kepada diri sendiri, mencari masa sedikit untuk blog, tetapi setiap masa selepas keluar opis, adalah untuk keluarga. IKA dah pun balik semula ke kampus, kerana semester akhirnya sudah bermula. Rutin kesibukan dah masuk semula ke dalam rumah.
Dalam pada masa yang sama, terpaksa juga menyemak kalendar melihat beberapa peristiwa dan perkara penting di sekeliling, among kengkawan. Termasuk kenduri nikah kahwin menyambut menantu. Tentulah tidak wajar mengenepikan ukhwah yang terjalin bertahun, jika tidak sama-sama meraikan hari besar dan gumbiranya orang yang nak terima menantu.
Lalu ada 2,3 tarikh yang perlu ditanda agar tidak terlepas. Malah saya terpaksa menyusun semula jadual kerja saya untuk hari Sabtu, samada saya boleh skip pada hari off saya untuk tidak datang buat OT. Semua tu harus ada perbincangan, lapuran progress kerja sebelum boleh dapat kebenaran untuk skip. Nasib kuli macam ni la, apa lagi bahagian production. Mesin kena jalan 12 jam sehari..!
Yang pasti, di saat beberapa orang merungut penat dan bosan, saya masih lagi... ya masih lagi rasa happy dan cergas. Kepenatan fizikal adalah bersifat sementara. Balik rehat dan tido, recharge tenaga. Sangat berharap agar keletihan tidak menjalar hingga ke minda. Kerana kalu minda sudah dikuasai oleh unsur negatif... hmmm apa pun tak boleh!
Tayang-tayang:
Bekal saya seterusnya. Ayam Masak Hitam. Seorang kawan yang mengendeng makan, juga turut mengendeng resipi. Hahahah... saya kata, saya beli rempah dalam paket di Tesco jer. Jenama apa ntah, lupa sebab masa tu promosi. Nanti kalu jumpa, saya belikan lah untuk dia cuba masak sendiri pulak.
~...melihat SERI BULAN pulang mengayuh langkah seperti berkawad di padang kemudian melangkah anak tangga berselang dua Mak Utih akhirnya segera menangkap ada kes sudah berlaku di belakang waktu dan akan ada merajuk panjang antara HISYAM dan teman setia lalu Pak Utih segera berisyarat agar jangan diusik air yang berolak di bawah dasar kerana bimbang percikan melimpah hingga ke lantai dapur...~
Ada ketika memang rasa sibok tak tentu hala...
ReplyDeletesuka tengok azie hari2 bawak bekai.. Makchaq la ni malas sungguh nak masak pagi2
Kerana masa saya agak suntuk, dan agak berat nak bangun lebih awal dari jam 5.00 pagi tu, saya terpaksa prepare segala bahan mentah pada waktu malam sebelum tidor. Pagi bangun jer kul 5 tu, terus tumis.
DeleteBila intai-intai kesibukan + remeh temeh di dapur tu, Pak Temuk amat suka kalau banyak jenis masakan lauk pauk, juga sayur-sayuran, ada "ready-made" rempah ratusnya di pasaran. SEMUA ramuan di dalam satu paket. Setuju tak?
ReplyDeleteAda ketika, yang ready-made ni memang nampak mudah, tapi tak semua tu sedap. Saya suka sayur masak sendiri.
DeleteNo update? Ini pun kira update juga kak.
ReplyDeleteBagi saya kalau kita bekerja di pejabat, keletihan hanya la di minda kita. Balik rumah tengok muka anak-anak, hilang la semua emosi di pejabat. Tapi kalau kita kerja jadi buruh binaan atau memandu, yes, itu adalah letih tubuh badan yang harus dilepaskan dengan....?
TIDUR!!!
Heaven!
Kalu otak kita set letih dan lesu, automatik badan pun jadi letih juga. Saya tak suka camtu. Hati kena ceria dan gumbira so keletihan kurang terasa. Actually, di opis, saya suka buat lawak!
DeleteHahahaha... masak merapu dan campak-campak. Maklum masa pepagi buta tu sangat suntuk.
ReplyDeleteadoiiii tang ayam masak hitam tu yang tak tahan kak, tapi kenapa tak warna hitam pung hiksss
ReplyDeleteNama saya Ayam Masak Hitam dan rempah tu pun memang tulis Rempah Masak Hitam. Jadi tak hitam mungkin kerisik saya tak berapa hitam kot... hehehe
Delete