السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
21-06-2013
Kampung saya dekat dengan kampung nelayan dan laut walaupun kami sepenuhnya adalah bersawah. Majoriti orang kampung saya memang buat bendang, terutama yang di sebelah darat. Manakala yang di seberang yang hampir dengan laut, juga ada yang berbendang juga bersambil ke laut. Lalu nelayan dan hasil laut tu amat mudah di kampung saya. Hanya masa kecik, masa sekolah dulu saya tak heran pun dengan makanan laut ni.
Then bila saya meninggalkan kampung, saya semakin perasan akan uniknya kampung-kampung nelayan di persisir laut berhampiran kampung saya. Malah ada jaluran pantai yang cantik yang hanya 10 minit bermotor/berkereta dari rumah MyBonda... yang semakin popular semakin dikunjungi ramai setelah dibaikpulih beberapa tahun kebelakangan ini.
Dulu, jaluran pantai ni hanya tempat orang menangkap ikan/kerang semata kerana ianya pantai berselut (berpokok bakau) dan langsung tak boleh mandi manda. Malah hingga hari ni pun, memang tak boleh mandi manda pun. Nama tempat tu Ban Pecah. (ban tu lebih merujuk ‘batas’)
Masa saya kecik dulu, ban ni langsung tak menarik. Kemudian ianya ditambak dengan batu-batu besar untuk mengelakkan hakisan air laut, kerana ban itu semakin menipis dan satu-satunya yang memisahkan antara laut dan kampung. Sekiranya ban tu runtuh atau semakin pecah, air laut akan melimpah ke bendang dan kampung, kompom lah kampung saya akan banjir! (syukur tak pernah lagi la banjir)
Dulu, batu-batu besar tu langsung takda, sekarang ditambak untuk mengukuhkan struktur pantai. Ban Pecah menjadi cantik (dalam kategori pemandangan, tapi tak boleh nak mandi juga) walaupun tidak berpasir landai bersih putih, tetapi viewnya memang menarik. Ini pic semasa MyAnakBuah kahwin, dan buat outdoor shooting. Kami “the dayang-dayang” pun posing sekali.
View semasa senja, waktu matahari jatuh juga cantik dan unik. Saya suka view camni, tapi saya tak selalu dapat balik kampung, sementelah rumah kampung MyBONDA pun dah kosong tidak dihuni orang. Ahhh... saya rindu!
Sekarang Ban Pecah semakin menjadi tumpuan kerana ada banyak gerai-gerai makan dibuka di situ dan setiap hujung ramai orang datang berkunjung berehat jalan-jalan atau memancing.
Sebenarnya, nak citer kisah si ikan masin dari kampung saya. Memang saya selalu dapat stok ikan masin dari sana bila MyKakak selalu turun naik ke KL.
Then, baru-baru ni semasa ada gathering blogger hari tu, saya kirim melalui seorang rakan blogger yang memang menetap di kampung saya (town Parit Buntar) untuk belikan Ikan Masin Gelama Masam dari pantai Kuala Kurau. Saya order banyak-banyak kilo(s)! Saya nak buat stok di bulan posa.
Dapatlah saya beragih serba sikit dengan kengkawan di tempat kerja. Laku youuu...!
Yang ini saya jemur untuk keringkan sikit, sebab terlampau lembap akan mudah busuk.
Ini gambar berulang. Saya ulangtayang, sebab nak eksyen tunjuk Ikan Masin Goreng.
Yang ini Ikan Masin Sepat Ronggeng yang MyKakak bawakkan untuk saya dari kampung. Wahhhh saya rindu zaman kecik cute saya dulu, berlari dalam air sawah yang paras paha, menangguk ikan sepat ronggeng di tengah bendang. Benda penangguk tu pun saya dah tak pernah jumpa dah sekarang.
Yeaa saya anak orang bendang yang tak reti nak buat bendang. Saya patut malu, kan?
View semasa senja, waktu matahari jatuh juga cantik dan unik. Saya suka view camni, tapi saya tak selalu dapat balik kampung, sementelah rumah kampung MyBONDA pun dah kosong tidak dihuni orang. Ahhh... saya rindu!
Sekarang Ban Pecah semakin menjadi tumpuan kerana ada banyak gerai-gerai makan dibuka di situ dan setiap hujung ramai orang datang berkunjung berehat jalan-jalan atau memancing.
Sebenarnya, nak citer kisah si ikan masin dari kampung saya. Memang saya selalu dapat stok ikan masin dari sana bila MyKakak selalu turun naik ke KL.
Then, baru-baru ni semasa ada gathering blogger hari tu, saya kirim melalui seorang rakan blogger yang memang menetap di kampung saya (town Parit Buntar) untuk belikan Ikan Masin Gelama Masam dari pantai Kuala Kurau. Saya order banyak-banyak kilo(s)! Saya nak buat stok di bulan posa.
Dapatlah saya beragih serba sikit dengan kengkawan di tempat kerja. Laku youuu...!
Yang ini saya jemur untuk keringkan sikit, sebab terlampau lembap akan mudah busuk.
Ini gambar berulang. Saya ulangtayang, sebab nak eksyen tunjuk Ikan Masin Goreng.
Yang ini Ikan Masin Sepat Ronggeng yang MyKakak bawakkan untuk saya dari kampung. Wahhhh saya rindu zaman kecik cute saya dulu, berlari dalam air sawah yang paras paha, menangguk ikan sepat ronggeng di tengah bendang. Benda penangguk tu pun saya dah tak pernah jumpa dah sekarang.
Yeaa saya anak orang bendang yang tak reti nak buat bendang. Saya patut malu, kan?
~...semalam si JALAL mampir ke ambin menerpa SERI BULAN bagai orang terdesak nak memasak, mujur SERI BULAN tidak jemu beramaran bahawa rasa kasih tidak boleh ditumpu kepada seorang, lalu perhatian harus sama rata dan apabila HISYAM tiba-tiba pulang mengejut JALAL terasa hendak melompat lari dan SERI BULAN panik tanpa peluh mercik kerana tinggal seorang di Teratak Nyatuh boleh mengundang bidaah dan resah...~
Sedap ikan gelama masam goreng mkn dgn pajeri.. gulpppppp....
ReplyDeleteAdoi laaa.. Lama tak buat pajeri. Tak berapa pandai buat pun sebenarnya.
DeleteSy pn sempat bersalut lumpur d sawah padi nenek d kg..sgt2 seronok..cuti sekolah mng x sabar nak blik kg..dan sy smpt bljr mnuai padi guna tgn..skrg sy pn tba2 tr igt dgn suasana masa tu..tidak trkata..n org x akn prcaya sy prna brmain selut..sbb sy d bsr kn d luar kg...my mum pn dah bapa pncen baru blik mnetap d kg. ..rindu dgn suasan zmn knk2 dulu...
ReplyDeleteBila sudah lama meninggalkan kampung yang pernah kita bermain dulu, rasa sesal pula banyak benda yang kita tak pandai. Tapi bila dah dewasa, jika masih ada sawah di kampung, masih ok lagi. Boleh juga dijengah jengah.
DeleteMengimbau kenangan lalu hati menjadi rindu. Rindu pada kenangan2 yang pernah kita lalui dulu, rindu pada perkara2 yg pernah buat satu ketika dulu.
ReplyDeleteAina pon anak bendang tapi sama tak reti buat bendang takut, pacat dan takut lintah!
Zaman masa kecik terus menjadi zaman yang paling banyak kenangan yang seronok pula nak kenang. Masa kecik mana ingat pasal masalah pun. Tahu nak seronok saja.
DeletePi jugak ke bendang, tapi tak bersungguh pun. Tu yang tak pandai.
Kena buat stockpile ikan masin dah sbb puasa tak lama lagi.Masih teringat kesedapan ikan masin Pahang..
ReplyDeleteSaya pun order banyak tu dengan tujuan untuk stok di bulan posa Makcik. Macam mak saya dulu-dulu, bila nak sambut Ramadhan saja, macam-macam yang dia buat untuk dijadikan stok bulan posa. Telur masin pun dia buat sendiri.
Deletealah2 comell nyee semua berbaju kuning
ReplyDeletedah macam boria kak
eh nama ban pecah tuu unik lah ..
hurmmmmmm
Rasanya nama Ban Pecah tu tak ler diletak khas, tetapi sebab selalu disebut orang, maka melekatlah nama tu menjadi nama khasnya.
DeleteZaman kecik cute saya dulu, memang tak boleh tahan ayat. Ala dah tak kecik pun masih cute apa kak. Kan, kan?
ReplyDeleteApa yang saya faham, ban tu adalah batas (bila orang korek buat parit, ban itu adalah tanah korekan yang dilonggok di tepi menjadi busut tinggi.) Tapi ada sesetengah tempat orang panggil ban itu adalah parit atau pun tali air. Bila first dengar, saya pun confused.
Lain tempat mungkin lain istilah. Mungkin juga istilah sama tapi definasinya berbeza-beza. Kami pun sebut batas/busut tinggi tu sebagai ban juga. Maklum orang utara...
Deletememula baca para atas, hati akak cakap, "beruntungnya Azie, masih ada desa yg indah pemandangannya..." bila scroll ke bawah...makin lama makin cair air liur...kena tutup mata sebelah, tulis komen dan cabut! buhbye! notty Azie!
ReplyDeleteIkan masin goreng garing, bila pun boleh mencairkan hati dan ayaq lioq, kan Kak Q? Hahahaha... tapi saya ni tak la rajin macam Kak Q, kalu goreng ikan masin, siap ada bawang goreng dengan cili limau segala...
DeleteKak Azie,
ReplyDeleteSaya ni banyak membesar di tempat orang. Tak pernah la merasa hidup berbendang dikampung2. Kampung sebelah emak memang bandar,sebelah abah pun macam tu. Jadi, saya memang takde peluang nak tengok sawah padi. Pemandangan sawah padi yang paling saya suka tengok sepanjang jalan area Jitra nak pi Sintok, tempat saya study dulu. Satu lagi kat area Jertih-Pasir Putih,Kelantan. Masa saya kecik2,kalau tgk sawah padi tu,cam jakun. Terjerit-jerit dalam keta yang bergerak laju sambil kepala terkeluar dari tingkap. Cantekkkk sangat. Macam karpet hjau yang sungguh luas...:)
Seronok baca pengalaman hidup Nurul. Kak Azie yang memang ada bendang ni pun, kalu jumpa sawah yang macam karpet hijau tu, pun jakun jugakkk...!
Deleteserius cakap ni kak Azah, saya tak baca habis entri kak Azah ni, kepala tengah berdenyut sikit, tapi suka pula tengok gambar akak beramai2 berbaju kuning tu, cantik!!!...:)
ReplyDeleteLama dah orang ak pernah panggey saya Kak Azah . Hehehe.
DeleteGambar baju kuning sedondon tu masa anak buah kahwin dulu. Kami jadi dayang sebab konsepnya, Melayu Lama.
oOOOO....port yg bagus ni utk menembak sunset...So Ban Pecah tu di Parit Buntar ya? Saya nak google..
ReplyDeletePS: Dayang2 pun kena heret buat outdoor shots...hahahah
Dari Parit Buntaq kena memandu keta kira-kira 45 minit juga. Dari rumah kampung saya, cuma 10 minit saja. Mai lepak rumah kampung Kak Azie dulu sementara menanti matahari nak jatuh... Ada berani?
Deletewahh..kemain dayang2 tu yeee..berbaju kuning lagi tuu..
ReplyDeletemmg cantik waktu senja.. suka kalau ada di luar kawasan.. jadi tak ganggu waktu maghrib...hayati beno2..
Kebetulan pengantin nak buat outdoor shooting, kami pun melaram sama. hehehe
DeleteRumah dekat, sempat la kami tunggu matahari jatuh sebelum Maghrib.
memula baca serius ingat Roti pecah.
ReplyDeletesorry.
hehhehe.. Ayu pun rindu kampung
Hahahaha macam bun ya bunyinya? hehehe
Deleteban pecah parit buntar ye ? ada kari sedap terkenal di sana ..
ReplyDeleteOrang belah utara memang rata-rata handal buat kari. Yang selalu dok menjadi sebutan adalah Kari Semilang di Ban Pecah.
Deletepernah dengar pasal ban pecah ni..tapi x pernah sampai lagi...in sha Allah akan sampai juga nanti...seronoknya duduk kt area bendang ngan laut..mesti seronok kan...
ReplyDeletesama la kita...anak penoreh...tapi x pernah jejak pun ke ladang getah tu...menoreh lg la...rugi rasanya...sbb x ada kenangan...
Kak Azie sendiri, dah umur 18 tahun barulah merasa masuk kebun getah, tu pun orang punya. Pegang pisau toreh merasa nak menoreh sampai luka pokok getah orang. Sekarang ni, kalu ada peluang masuk kebuh getah, alangkah seronoknya...!
Deletebest n3
ReplyDeleteTerimakasih Ayah Zain.
Deleteamboi Azie, mcm puteri santubong aih..kuning tu.I like he he.
ReplyDeleteSaya rasa macam puteri selubong pun ada, Kak Inda... hahaha!
Deleteikan gelama masam grg,mesti ada sambal belacan,ulam2an dan sayur lemak putih..emmm...
ReplyDeleteWahhh itu gandingan menu yang sangat serasi tuh. Memang saya ada buat sambal belacan cuma tak tunjuk gambar saja.
Deleteoppss...gambar berbaju kuning tu ala2 puteri dari kayangan turun ke bumi...:)
ReplyDeletePuteri kayangan turun ke bumi, lalu mendarat di tepi pantai. hahahaha
Deleteoo..kampung kak azie kat ban pecah rupanya....tempat yg famous mee udang jugak kan.
ReplyDeletesaya takat sampai kuala kurau je, tapi tak sampai pulak tempat ni. pemandangan senja yang cantik....suka sangat suasana macam ni. tenang.
ikan gelama masam..ikan sepat ronggeng, tu semua pembuka selera masa sahur. nostalgia. silap2 boleh sebek sambil menitih ayaq mata buatnya kalau sahur sensorang dok teringat kampung laman dengan mak bonda.
Kalu mai dari Tanjong Piandang ke Kuala Kurau, memang akan lalu depan Ban Pecah ni la. Exact location, di Batu 10 1/2, Sungai Bharu.
DeleteIkan gelama masam tak masam, memang popular di area sana. Kalu bulan posa lagi la melonjak, sebab pembuka selera. Sedih bila dikenang, memang sedih!
memang tempat akak tu fames dengan ikan masin ek
ReplyDeleteTempat lain pun femes gak, tapi ikan masin kat tempat Kak Azie ni difemeskan oleh Kak Azie jer. Hahahaha
Deleteikan masin nie...nikmat dia pekena dengan nasi kosong pun dah tak boleh nak gambar kan
ReplyDeleteWoooo kalu nasi putih kosong panas-panas, pun dah hebak dahhh...!
DeleteHi Azieazah, saya suka ikan masin, especially tu ikan sepat and Kuantan ones. Sini ta'dapat tu ikan sepat ones.
ReplyDeleteI see your ikan masin goreng, sedap best tu! Kalau saya dapat makan ni, tiga pinggan nasi lichin, ha ha.
Have a fun weekend.
Lee.
Uncle LEE... kalu tiga pinggan tu belum cukup banyak. Kalu saya, haruslah 5 pinggan Uncle! hahaha
DeleteHave a nice day, Uncle.
garang muka ikan masin tuh!
ReplyDeleteGarang tapi sedap!
Deletebila imbau masa zmn kanak2 mmg rindu . malangnya bunda tggl bersama di sini . x tau bila blh balik kg memandangkan bonda dah uzur ...
ReplyDeleteSama lah kita. MyBonda pun dah tinggal di KL dan jarang dah balik kampung. Saya pun sama, sangat rindukan kampung dan rumah di sana.
DeleteParit Buntaq tu kira townnya. Yang lebih tepat ialah Tanjong Piandang. Tak la jauh pun dari Kedah. Lorat cakapnya pun sama saja....
ReplyDelete